Isnin, 30 November 2009

Trip To Kudat

Akhirnya sampai juga saya ke Kudat, Daerah yang jauh terletak di Utara negeri Sabah. Dapat pi pun sebab ada kursus Biasiswa. tapi sekurang-kurangnya dapat juga la meninjau kembali daerah yang telah lama saya tinggalkan...(macam la pernah duduk lama di kudat, setakat seminggu je...)

ketika ini saya berada di Hotel Ria Kudat, Selepas sahaja solat subuh hehehheh buka laptop dan teringat pula mau mencoretkan sedikit kenangan semasa perjalanan saya ke kudat semalam. Perjalanan yang agak jauh juga la...sebab saya terpaksa melalui beberapa daerah..Dari Ranau ke kudat mengambil masa lebih kurang 5 jam perjalanan dengan menaiki kenderaan.

Alhamdulillah la tidak perlu naik kapal....takut juga sebab kejadian kapal karam di lautan masih lagi baru berlaku....nasib baiklah kursus saya di bandar kudat sahaja. kursus ini bermula 30/11/2009 dan akan berakhir 02/12/2009. Dari Ranau saya bertolak pada pukul 9 pagi dengan menaiki teksi menuju ke Kota Kinabalu. malas mau bawa kereta sebab jalan tak berapa biasa jadi adalah lebih baik naik teksi jer....kira-kira 11 pagi saya sampai di KK, lepas tu saya rehat dulu sambil pi window shopping...tp ndak shopping la...pukul 1 ke Kota Marudu sebab dah janji dengan kawan mau pi kudat sama-sama. alhamdulillah pukul 5 petang kami sampai di kudat....

Ahad, 28 Jun 2009

Sedikit Ruang Waktu....

Hampir sebulan telah berlalu nampaknya blog ini semakin sunyi dan sepi tanpa info terkini dari empunya blog ini. Banyak ruang masa yang terpaksa digunakan untuk keja-keja yang lebih berhak untuk mendapatkannya. Hampir dua minggu berada di Ibu Negara dengan pelbagai bebanan tugas menyebabkan empunya blog ini tidak dapat menyumbangkan coretan kata-kata di blog ini.

Semasa di KL (15 - 18 jun ) saya telah menghadiri satu taklimat dan kursus khas untuk membuat laman web sekolah iaitu kursus Direct Admin (Joomla) di CitiTel Express Hotel Kuala Lumpur. Saya telah mewakili sekolah saya untuk kursus ini. agak pening juga la nak buat laman web ini memandangkan saya bukanlah orang yang mempunyai asas ICT. pada mulanya ingatkan senang macam blog biasa tetapi susah juga pula mau ikut kursus ini. mahu tidak mau kena juga ikut kursus ini untuk buat laman web sekolah. alhamdulullah selama kursus dijalankan saya dapat juga mengutip mutiara-mutiara ilmu yang amat berguna.

Photobucket

inilah front pages laman web sekolah yang barutapi masih dalam proses pembikinan...so banyak lagi maklumat yang tidak lengkap....

Minggu seterusnya pada 20 - 24 jun pula saya telah mengikuti Kursus data Emis Pula di Adamson Hotel Kuala Lumpur jiran kepada Cititel Express Hotel jer....kursus data pula agak penat kerana banyak benda yang perlu dilakukan. banyak input baru yang telah disampaikan Oleh Pihak EPRD (Unit Perancang dasar ). alhamdulillah dapat juga melalui kursus ini walaupun pening kepala....

Sekembalinya dari kursus kena bantu lagi Program Mukayyam Bahasa Arab. So just bantu yang dapat ajer la.....penat juga sbb penat dari kursus belum habis dah kena turun padang pula membantu Bahasa Arab....sy tak pandai arab cuma menjadi Ajk bawahan jer....Moga adalah peningkatan bahasa Arab pada tahun ini. Amin..

nampaknya mata dan tangan makin lemah nie...nak masuk tidor dulu la.....esok dah kena pi Sekolah.....

Isnin, 25 Mei 2009

Minggu Akhir Sebelum Cuti

Alhamdulillah peperiksaan pertengahan tahun telah berakhir, hanya tinggal 4 hari lagi cuti semester akan bermula. Suasana sekolah pada minggu ini agak perlahan dan guru-guru agak sibuk untuk memeriksa kertas soalan.

Alhamdulillah saya pun dah abis " Mark Paper" dan sudah pun menghantarnya dengan guru-guru kelas. Kalau tak siapkan nanti kena "tiau" pula. so kena la siapkan awal dan alhamdulillah semuanya sudah siap. Minggu ini juga pendaftaran PTK telah berjalan dengan lancar dan saya telahpun menjalankan amanah dengan baik. Syukur...

InsyaAllah hari ini ada program untuk pelajar-pelajar menengah atas khas dari PSS (Persatuan Siswazah Sabah) dan kelas PROBIM bermula lagi.

Khamis, 14 Mei 2009

Abg Abdullah & Kak Fadh

Pertemuan pada 13 mei 2009
tempat : di Pekan Ranau
selamat datang ke My Hometown...
ada rezeki jumpa lagi..
pic ini saya ambik masa abg Dollah dan kak Fadh datang pi Ranau...
baru lepas dari Poring Hot Spring.
buat sahabat2 yang x-uum dulu nak tau mcm mana Ranau tanya la abg Dollah dan Kak Fadh yer...

Sabtu, 9 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU



10 mei setiap tahun adalah hari Ibu. pastinya ibu-ibu akan berbunga riang dan gembira kerana mereka akan diraihkan. setiap anak yang mempunyai ibu sudah pasti ada kejutan untuk ibu mereka. tapi buat diriku ini....saya tidak dapat berbuat apa-apa hanyalah iringan doa buat ibu tersayang. kini telah 12 tahun ibu tiada di sisi kami sekeluarga.

Setiap hari sebenarnya adalah hari Ibu. namun 10 Mei telah diwartakan sebagai hari ibu untuk menghargai kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu. Ibu adalah tempat pertama kita berlindung. Selama 9 bulan kita berada di dalam kendungan ibu dan ibu tetap sabar dan berharap yang terbaik untuk anaknya. Seorang ibu dapat menjaga anaknya walau seramai manapun anaknya, tetapi 12 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

Ibu engkaulah ratu hatiku....terasa rindu pula pada ibu..ketika saya membuat coretan ini hati saya agak sayu dan pilu kerana tidak sempat memberi hadiah semasa hayat ibu masih bersama kami. zaman sekolah dulu hanya mampu mengucapkan selamat hari Ibu sahaja. tapi dulukan tinggal asrama so nak ucapkan hari ibu pun kena tulis surat...nak telefon masa tu belum ada telefon rumah...so surat aja la pengutus salam.....

Ibu walaupun 12 tahun telah berlalu tapi sentuhan dan belaian kasih sayang ibu tetap saya ingat...saya agak rapat dengan ibu sebenarnya...jarak 4 tahun antara saya dan adik di bawah saya membuatkan sayalah yang paling lama bersama-sama dengan ibu. ketika saya berumur 4 tahun barulah saya dapat adik kalau jarang saya dengan kakak saya cumalah setahun. tempoh 4 tahun itu saya adalah peneman ibu yang paling setia tetapi anak yang paling nakal dan manja dengan ibu....masa umur 5 tahun barulah saya ada adik..itu pun saya tetap juga rapat dengan ibu....membantu ibu menjaga adik dan macam-macam lagi kerja....Ibu suruh saja pasti saya kan buat......

Ibu....jika ibu masih ada pada hari ini sudah pasti saya adalah anak pertama yang akan mengucapkan selamat hari Ibu dan akan memberikan hadiah yang istimewa buat Ibu....namun semua itu tidak akan berlaku kerana takdir telah tersurat ibu telah pergi......hanya doa untuk ibu Moga Ibu Aman di Sana.....Amin....

Ibu....saya ingin menjadi anak yang soleh..yang boleh mendoakan Ibu di sana....saya tahu saya tidak mampu membalas jasa Ibu...Jasa Ibu Tiada taranya.....hanya Doa yang dapat ku hulurkan buat Ibu di sana....





teringat pula lagu Nasyid masa di sekolah menengah dulu...

" sewaktu azan mendayu-dayu
ibuku pergi meninggalkan ku...
perginya tak kan kembali...
kerna tuhan telah menentukan

Doa restu
ku utuskan untukmu ibu..
semoga ibu
tenang di sana , di akhirat yang
kekal abadi...

ibuku..
kau pemupuk kasih sayang
kerna kaulah ibu yang sejati
kasihku padamu
seperti dulu
selamat tinggal ibuku.....

itu la antara bait-bait lagu tersebut.....bagi mereka yang masih mempunyai Ibu hargailah mereka, jangan menderhaka kepada Ibu....kenanglah kesusahan mereka dalam mengandung kita dan mendidik kita semasa kecil. tanpa ibu tiadalah kita di bumi ini. Ibu dan Ayah adalah permulaan kita...IBU....SeLaMaT HaRi IbU.......

Ahad, 3 Mei 2009

Trip to langsat

Setelah sekian lama tidak turun padang untuk membantu ayah di kampung akhirnya saya turun jua untuk sama-sama membantu ayah tersayang. Kebetulan pulak ada cuti sekolah jadi saya ambil peluang untuk membantu ayah di kampung. Biasalah kalau hujung minggu saya kena tunggu kakak dan adik balik rumah sewa dan sama-sama balik ke kampung.

Cuti kali ini agak ramai skit…kakak dari Sandakan dan kaingaran balik, begitu juga dengan 2 orang adik saya yang belajar di asrama. Jadi bila balik kampung meriah skit la rumah tu…..kami sampai di kampung lebih kurang 5.30 petang…..malam tu ayah ada pesan untuk tolong ayah pi ambik langsat esok pagi…saya ok aja….yala kan sudah lama tidak tolong ayah so kena juga tolong dia…

Pada pagi tu seperti biasa selepas selesai menunaikan tanggungjawab kepada yang Maha Esa…seperti biasa rutin saya lepak di ruang tamu…best ape duk di ruang tamu sambil mendengar radio..tp tertidur balik ini…empuk sangat di sofa tu…heheheeh…bila sedar ada pula kucing di tepi tangan…best kan!!!

Kembali semua cerita ambik langsat….mula tu ingat macam tidak jadi la mau pi ambil langsat sebab tengok cuaca macam mau hujan aja…heheheh bila pukul 9 cuaca agak bagus…so ayah pun bawa la pi ambik langsat….saya pun on aja la….bila lagi nak tolong…tp sebelum tu ada juga fikiran nakal….” Kalau ada adik2 lelaki balik kan bagus ….boleh juga during pi tolong ayah ambik langsat…hehehe” saya ada 3 orang adik lelaki tp semua tengah pelajar lagi kat IPT so belum cuti jadi tinggal saya seorang lagi la lelaki yang mau bantu ayah…..ada abg juga tapi malas nak mampus!!!! Heheheh

Trip mau ambil langsat agak jauh kali ini iaitu kira-kira 1.5 km. Dalam 30 minit perjalanan la….trip kali ini saya bersama ayah, kakak dan adik. Kami berempat dengan misi mengambil langsat…boleh Berjaya ka ni ah? Heheheh boleh bah….sebelum mau jalan tu saya berkira-kira juga mau angkat apa pi ambik langsat. Skali tu ayah suruh angkat “basung” bakul tinggi aras pingang….kalau penuh berat juga tu…..saya mula memikirkan macam manalah mau angkat ini? Sudah lama tidak buat kerja ini…lagi-lagi angkat dan berjalan naik bukit..blank…..

Lebih kurang 9.30 pagi kami bertolak….nampaknya 1st time pulak saya jalan jauh untuk tahun ini..pi ambik langsat di lereng bukit…kira-kira 75 darjah la kecuraman cukit tu….kalau tidak biasa jalan boleh “krem” kaki….masa pi sana tu….baru jalan turun bukit dan tanpa membawa apa-apa pun sudah “ ketaq” kaki ni, belum lagi balik dengan naik bukit dan membawa langsat. Masa dalam perjalanan pergi sempat lagi mengimbas semula memori silam sewaktu kecilku….dulu masa sekolah rendah selalu balik kampung…entah la rasa maca dulu banyak betul cuti sekolah…setiap kali cuti sekolah saya orang pertama akan bertanya dengan ayah bila boleh balik kampung. Disebabkan dulu ayah keja polis jadi jarang la dapat balik bersama-sama….maybe sebab kami ramai ayah tidak kisah kalau kami balik kampung….apa lagi sy la orang pertama mau balik kampung…..nasib baik ada uncle yang keja driver bus Keningau-Ranau jadi ayah tidak la risau untuk kami balik ke kampung. Kalau cuti seminggu 4 hari balik kampung dan 3 hari lagi kena balik rumah sudah. YES BOS!!! Mesti patuh araha ketua….eheheh

Entah la sama pi tu banyak pula peristiwa yang terjelma semua di skrin ingatan saya…bila melalui denai yang telah lama ditinggalkan saya senyum sendirian…bestnya masa kecik-kecik dulu..atuk dan nenek tak pernah marah saya….kira cucu yang rajin juga la dulu…rajin sungguh ikut ke ladang..jauh mcm mana pun sampai juga…bila pi ke ladang bukannya menolong sangat pun…selalunya kalau dah merumput sejam mula la rehat jam…macam =macam aktiviti yang dibuat….naik pokok la..pi mandi sungai la..tp nenek dan atok tak pernah marah…..bila time makan aja kena panggil…apa lagi suka la…..lepas maka tu buat la keja skit..pas tu apa lagi….mula la aktiviti bebas…..bestnya….

Kembali semua cerita ambik langsat…..setelah 30 minit berlalu barulah bertemu dengan dusun buah-buahan ayah. jauh juga tempat ini seingat saya masa kecil-kecil dulu..tempat ini macam dekat aja….tapi sekarang rasa macam jaub la pulak..dah la kaki dan ketaq tidak tau la kalau balik nanti macam mana….

Sampai aja di dusun tu ayah bagi tau pokok yang nak di kutip buahnya….alamak tingginya pokok langsat ini….boleh ke saya panjat lagi ni????? Sudah lama sangat tidak memanjat….setelah 5 minit berehat…tanpa disangka-sangka ayah pula memanjat pokok langsat…tinggi pulak tu….kesian ayah…..ingatkan saya mau naik tapi ayah tidak benarkan…teringat pula masa naik pokok langsat di halaman rumah…lepas panjat sahaja esoknya saya demam dan sakit badan……maybe sebab itulah ayah tidak suruh saya panjat pokok langsat itu…so jadi tukang tunggu kat bawah aja la….di hatiku tidak henti-hanti mendoakan keselamatan ayah…risau juga umur dah 60 thn tapi masih boleh naik pokok…

Nak memutik buah langsat bukannya mudah..banyak buahnya berada dihujung ranting….silap langkah jika tak berhati-hati boleh jatuh…Alhamdulillah akhirnya selesai juga ayah memutik langsat pada pokok yang pertama…kesian ayah..jadi saya minta la kebenaran untuk pajat pokok langsat yang kedua…Alhamdulillah ayah benarkan juga tp kena hati-hati pesan ayah….Ok BOS!!!!...

Berjaya juga saya memanjat langsat dan memutik buahnya….setelah hampir sejam setengah kami memutik buah langsat kami bakul kami pun penuh (heheheh tidak tau ini mau guna ayat apa….entam aja la…) masa untuk balik….alamak mampu ka saya memikul bebanan ini??? Apa-apa pu kena angkat juga la…mula tu try angkat ok jer….so dalam hati pun lega skit…

Tapi..ingatkan ringan la skali bila dah start naik bukit macam mau pitam pun ada….suda pun langsat tu berat…naik bukit lagi..rasa macam mau tertanam aja di tanah angkat langsat itu…mula la tangan nak sakit dan kaki pun tiba-tiba kebas….so terpaksa la rehat…..masa rehat tu teringat pula ambik langsat masa puasa tahun 2007….lucu betul….dah la puasa nak angkat berat lagi…hampir pitam la jawabnya…pas tu taubat sudah mau pi ambil langsat masa puasa…nanti batal puasa kalau pitam beb!!!

Bila penat dah reda skit…barulah saya jalan semula…dalam perjalanan balik hampir 20 kali saya berhenti….apa tidaknya..penat sungguh….dah berapa tahun tidak pi angkat langsat…naik bukit lagi tu….adus!!! penat giler…( penat pun gila ka…?) canggih betul bahasa sekarang ini. Sampai penat pun boleh gila….akhirnya setelah hampir 2 jam barulah saya tiba di rumah dengan muka yang pucat dan tidak bermaya…sampai saja di rumah saya letak saja langsat tu ditepi saya terus baring di ruang tamu….sedar-sedar sudah 2.30 petang…nasib baik sedar….walaupun penat tapi tanggungjawab kita WAJIB kita tunaikan…apa lagi ambik wuduk terus la tunaikannya….lepas tu..heheheh sambung tidor la….dalam pukul 4.50 petang barulah sedar semula….lepas solat asar pi cuci kereta dan lepas tu barulah saya mandi…heheheh

Alhamdulillah dapat juga membantu ayah walaupun hampir tidak larat tp ku gagahi juga demi ayah tersayang. Ayah dapat RM 165.00 ( 55 kilo). Bila diperhatikan semula bertapa besarnya jasa ibubapa kita dalam mancari nafkah untuk anak-anaknya. Mereka tidak pernah tau erti putus asa…walaupun penat mereka tetap melakukan kerja tersebut demi anak-anaknya. Hargailah pengorbanan kedua orang tua kita. Bagi mereka yang masih ada ayah dan ibu taati la mereka dan bantulah yang termampu….jangan menderhaka kepada keduanya. Saya bangga dapat membantu ayah….alhamdulillah….

Isnin, 27 April 2009

Public speaking n Kursus Biasiswa BKP

Seperti biasa 6.20 pagi adalah masa yang sesuai untuk saya start enjin kereta kesayanganku...(siapa lagi nak sayang kereta sendiri kalau bukan tuannya)..heheheh...hari ini saya ditugaskan untuk mengiringi pelajar ke pertandingan ASAT di SMK Mat Salleh II or SMK Ranau.

Selepas perhimpunan sekolah berakhir pada pukul 7.25 pagi ( perhimpunan paling pendek dalam sejarah sekolahku..hanya kira-kira 25 minutes only....selama ini hampir 1 jam ..meleret-leret aja selalu...heheheh) pukul 7.50 pagi saya bersama cikgu Amirah, Cikgu Nurhidaya, 4 orang puteri peserta bahas dan seorang putera peserta Public Speaking....Alhamdulillah perjalanan hanya memakan masa 10 minit aja..kena hati-hati memandu sebab ada ibu mengandung....kena jaga bini n anak org juga tau....

Ingatkan dapatlah ikut pertandingan Public Speaking sampai habis..tiba-tiba dapat call dari JPN kena suruh pi kursus n taklimat biasiswa BKP pula...mula tu di PPd tetapi bila sampai PPD tiada pula bilik khas so terpaksa pi ke PKG. start pukul 10.00 pagi berakhir pada pukul 4.oo petang. dah la tiada surat so tidak tau nak bawa apa...so antam aja la bawa aja fail dan laptop.....


alhamdulillah dapat juga siap walaupun siap agak lambat sebab terpaksa mula dari A to Z semula. orang baru belajar la katakan...kira ini !st time la saya buat penyambungan Biasiswa kepada pelajar sebab baru tahun lepas sekolah kami pelajarnya dapat biasiswa....mau saja saya tamatkan biasiswa kepada pelajar yang bermasalah...tapi bila tengok saya belum ada buat surat amaran lagi so terpaksa la teruskan saja..tapi masa akan datang saya kan street sikit baru pelajar tau....supaya jaga disiplin dan rajin belajar..

masa di PKG sempat juga menggatal tangan nak picit juga punat hp untuk ambik gambar...heheh he
tangga nak naik ke bilik mesyuarat

ruangan TV



Sabtu, 25 April 2009

weekend activities

seperti biasa setiap hujung minggu menjelma, sudah pasti saya akan banyak meluangkan masa berada di rumah. pada minggu ini kakak dan adik saya balik ke rumah. kira ruih la sikit di rumah nie...tapi bila hari isnin menjelma tinggal la saya seorang saja kat umah.

rutin aktiviti hujung minggu saya yang pertama kena hantar kakak ke parking kereta ke Kaingaran, pastu dalam pukul 12 thari pula kena hantar kakak satu lagi ke parking bus ke Sandakan. pastu petang dalam pukul 2 petang atau pukul 3 petang kena hantar dua orang adik ke sekolah asrama. minggu ini adik berdua tu tak balik jadi tidaklah perlu hantar..rilex skit.

minggu depan bermulalah pertandingan ASAT antara sekolah peringkat daerah Ranau. saya telah diamanahkan untuk mengiring pelajar bagi acara " public speaking" tapi macam confius sebab kawan dari sekolah lain dapat surat untuk kursus biasiswa pulak...tapi saya tidak dapat surat panggilan pun..so buat masa ini, saya tumpukan la dulu pada public speaking ini. tapi macam mana kalau tiba-tiba ada pula hari isnin taklimat pasal biasiswa. nanti la fikirkan....

isnin ini juga sudah kena serah soalan peperiksaan kepada ketua bidang. alhamdulillah soalan saya sudah siap...tinggal mau diserahkkan saja..petang semalam ada pi ziarah sepupu saya yang baru lepas bersalin..alhamdulillah dia dapat baby boy. namanya Muhammad Ammar...nama anaknya hampir sama dengan nama anak seorang ustaz di sekolah saya iaitu Muhammad Amar jadul haq bin Risman. Apa-apa pun moga anak-anak ini akan menjadi anak yang soleh. Amin.

Mohammad Ammar
ketika berumur 15 hari...

oklah..nanti sambung lagi...

Khamis, 16 April 2009

petang yang redup

alhamdulillah masi lagi diberi kesempatan untuk mencoretkan kalimah di ruangan maya ini...
hari ini tak pi main badminton so rest la skit..walaupun tak pandai main tapi sajer nak ambik hati kawan-kawan yang mengajak...sekurang-kurangnya keluar juga peluh...sukan untuk kesihatan la katakan....

minggu ini ada ASAT lagi. apa tu ASAT?? nak tau juga ka? ok fullnya Anugerah Sri Asrama Terbilang. aktiviti khas untuk pelajar yang tinggal di asrama aja. ada pertandingan pentas, sukan dan keceriaan asrama. untuk kali ini saya di amanahkan untuk memimpin pelajar untuk public speaking. fuh!!! rasa sekolah silap pilih orang ini..saya bukannya orang bahasa...saya ajar sejarah dan mate so bahasa ini kurang la skit..tak pandai bi la....but bila dah di amanahkan terpaksa juga la menggalas bebanan ini. pelajar dah dikenal pasti cuma tajuk aja yang belum ada....mesti mau latih pelajar juga ini....

tarikh nak serahkan kertas soalan exam pertengahan tahun dah dekat ini. 27 april kertas soalan kena hantar ke ketua panitia setiap matapelajaran. saya nak siapkan 3 subjek yang berlainan subjek mate, sejarah dan akhlak. nampaknya kena round table la ini buat soalan...mula tu guna bahasa melayu pas tu buat kertas mate kena guna dwibahasa then subjek akhlak kena guna tulisan jawi. ini yang pening ini....soalan mate alhamdulillah dah siap walaupun guna dwibahasa skema jawapan pun dah siap cuma tinggal sejarah tingkatan 4 dan akhlak tingkatan 1 lagi tak siap. moga2 dapat la siapkan sebelum 27 april ini.

Ya Rabbi, ya Ilahi bantulah daku dalam menerusi jalan di bumiMu ini.

Khamis, 15 Januari 2009

Petang yang Hening

Sejuknya.....dah la daerah ini terkenal dengan daerah sejuk....alamat keras la orang yang bukan asal dr ranau....ari ini alhamdulillah guru baru sekolah baru datang...ada 3 orang semuanya 2 guru perempuan dan 1 guru lelaki. 1 guru kaunseling, guru bi dan seorang guru mate.

sejak ada laman komuniti sekolah menengah dulu saya dah kurang masuk ke blog ini...tambahan pula kerja sekolah makin bertambah....banyak kerja dan laporan yang perlu dibuat dan kena hantar pada masa yang singkat. sebagai guru data saya perlu siapkan 3 laporan awal tahun iaitu EMIS, SMM dan Laporan Inventory...pada masa yang sama saya juga di hujani dengan permintaan maklumat sekolah oleh SPIMS( sektor pendidikan Islam dan Moral sabah)..hairan la...sudah ada data emis yang dihantar tiap2 tahun pun still minta juga butiran sekolah.....

kerani sekolah pula..perangai macam raja..tak pernah tengok dia sibuk buat kerja...keja dia hanya tau pi bercerita dengan guru2 lain.....Astagahfirullah....harap2 bila sudah ada guru baru iklim sekolah akan berubah la...harap2 tahun ini bermula yang baru bagi sekolah saya.....esok orentasi pelajar tingkatan 1 dan minggu seterusnya sukan sekolah....

kak amirah, kak siti dan Rosmiah....masing2 mula menunjukkan feel yang lain...maybe ada petanda sesuatu yang baik kot....mudah2 mereka dipermurahkan rezeki dapat cahaya hati secepat mungkin....saya pula....Biarlah rahsia...heheheheh moga mereka berbahagia....

Sabtu, 10 Januari 2009

Try ke GYm

Entah macam mana saya boleh terfikir nak ke GYm.....tengok jam di tangan baru pukul 4.30 selapas selesai solat asar terfikir juga dah lama tak pi bermain..dah tinggal jauh dari kawan-kawan ini susah skit nak pi main. tambahan pula kereta tidak ada.....

Jadi pi la joging...masa joging tu terfikir juga tempat Gym ty tak jauh dari umah 6-7 minit jer perjalanan..jadi apa lagi terus la pi....sampai di tempat Gym lawak nie saya je yang kursus ...ada abg pemilik gym tu tanya ..adik nak main gym ker? heheheh jawab dengan malu2 sajer mau buat masa pi main2...pastu abg tu bawa la saya masuk da tunjukkan cara penggunaan peralatan yang ada dlm tu...malu juga sebab yang datang ke tempat tu semua badan berotot...depa ingat sy nak jadi ahli bina badan..heheheheh siapa mau!!!

saya datang saja untuk kesihatan...dah lama bangat tidak pi main ini jadi alternatif saya pi la ke gym...abg tu cakap dengan sy ...adik kalau pi gym kena disiplin la yer...jgn macam chipmore...heheh jadi sy pun mula la terfikir daripada sy tiada buat petang2 di rumah lebih bagus sy joging dan ke gym sajer untuk kesihatan. dalam seminggu 3 kali pun dah ok...

oklah, nampaknya baju belum berjemur...ops nak out dulu la....

Khamis, 8 Januari 2009

Syukur Alhamdulillah...

Alhamdulillah syukur .....
Aakhirnya usaha saya selama ini membuahkan hasil....cita-cita untuk menyatuhkan semula kawan-kawan x-SEMEKARIAN batch 1993-1997 akhirnya tercapai jua. bermula dari penganjuran reunion pada tahun lepas saya cuba untuk mewujudkan satu laman komuniti kas untuk warga x- semekar batch kami. walaupun tidak la secanggih mana tapi alhamdulillah semua kawan-kawan boleh bersua kembali dan bertanya khabar.

Terima kasih buat kawan-kawan yang telah mencetuskan Reunion 2008, liza, Rin (walaupun akhirnya tidak dapat datang), ping, ardy, urai dan agang. tidak dilupakan juga buat semua kawan-kawan yang telah hadir ke reunion tersebut. bagi yang tidak dapat datang insyaAllah kita akan berjumpa lagi pada tahun ini. insyaAllah.....

saya sangat gembira kerana kawan-kawan telah dapat berhubungan lagi.....
hari ini juga Ust Azril menghadiri temuduga SPP...khabarnya semuanya ok...moga dapat yang terbaik dan cepat sah jawatan. sy bila pulak?? hehehehe...insyaAllah ada rezeki sampai juga gilira saya nanti. blog batch saya http://xsemekar9397.blogspot.com dan laman komuniti kami http://semekarian9397.ning.com (tp hanya yang diintite ja boleh masuk)

Isnin, 5 Januari 2009

Selamat Menjalankan Tugas....

Alhamdulillah pada hari ini sesi persekolahan 2009/1430H bagi negeri Sabah telah bermula. Bagi sekolah saya SMA Al-Irsyadiah Ranau juga tidak terlepas dari memulakan sesi persekolahan pada hari ini.

Hari ini juga saya terpaksa ke sekolah tanpa kenderaan sendiri....kereta masuk hospital dan masih dalam tahan wad ICU. tak tau la bila boleh siap keta tu...janji orang tu 2 Minggu sahaja tapi sekarang dan nak masuk 2 minggu tapi keta saya belum disentuh lagi. terpaksa la ikut keta sewa...bayaran pun agak mahal.....nak buat macam mana??? kena tempuhi juga la....esok harap dapat ikut ust jamil or Cikgu Sobrie tak nak lagi la ikut pakcik keta sewa tu...mahal giler, minggu depan harap puan Rosmiah bawa keta boleh juga saya tumpang..

Untuk kali ini saya akan mengajar subjek mathematics untuk tingkatan 1 dan 2 dan Sejarah bagi tingkatan 4 dan 5. Tahun ini guru pentaksir sejarah tingkatan tiga dah diambil alih oleh Cikgu Puan Norlela. Guru yang mengajar Sejarah tingkatan 3. Tapi tugas sebagai guru data, guru ICT, guru Biasiswa tetap tersandang juga dibahu ini. InsyaAllah kalau guru baru posting 12/01/2009 ini Matematik tingkatan 2 dan Sejarah tingkatan 4 akan diambil oleh guru lain...kalau boleh nak juga mengajar subjek Azhari seperti sirah, muto'laah or akhlak tingkatan 1. tapi tu semua terpulang pasa pihak pentadbir sekolah la macam mana nanti. saya on jer....boleh juga refresh balik bahasa arab saya yang telah lama ditinggalkan.

Alhamdulillah...Mabruk! Tahniah! buat Ustaz Ishak Othman kerana telah naik pangkat dan telah bertugas di JPN negeri Pahang di bahagian Unit Pengurusan Akademik dan KAA. Ustaz yang paling kami sayangi, hormati semasa belajar di sekolah menengah dulu (SMKA Ranau). Moga Ustaz akan terus berjaya dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Saya amat gembira kerana saya adalah antara bekas pelajarnya yang diberitahu direct tentang perkara ini...Alhamdulillah....masa saya ambik degree di Universiti, ustaz Ishak sedang mengambil Master di Universiti yang sama dengan saya dan kami sama-sama konvo pada hari dan sesi yang sama..InsyaAllah saya nak juga ziarah ustaz bila saya ke Semenanjung.....

Bila teringat masa persekolahan dulu...saya bukanlah antara budak yang nakal.....budak no profile...nasib baik pandai membawa diri dulu..heheheheh...sekarang alhamdulillah menjadi seorang pendidik dan ingin menjadi seorang pendidik yang baik dan berjaya..InsyaAllah...

Khamis, 1 Januari 2009

Minggu depan dah mula mengajar

sekejap aja masa berlalu....pejam celik minggu depan dah buka sekolah semula.....
alamak...RPH belum buat sebab jadual tak dapat lagi ni....
harap2 dapat la jadual sebelum 4/1/2009. sudah tahun 2009 pulak.....
tahun ini kena lebih baik dari tahun lepas.....
ari ini baru nak membeli keperluan sekolah dan terpaksalah naik keta sewa ke sekolah sebab kereta masuk ICU....

Ahad, 28 Disember 2008

BERSIAR-SIAR DI BANDAR KOTA KINABALU

Alhamdulillah...aktiviti yang dirancang untuk berjalan-jalan di bandar Jesselton jadi juga akhirnya. saya dan beberapa kawan telah berjanji untuk berjumpa dan berjalan bersama-sama. Plan ialah 2 hari 1 malam.

27 haribulan 12 kami saya dan kawan-kawan telah berjanji untuk berjumpa di Wisma Merdeka. best sangat dapat jumpa kawan-kawan sek men dulu...operasi pun bermula la....selepas sahaja semua dah berjumpa di tempat yang dijanjikan jadi kami pun sama-sama ke Hotel Hayat Kota Kinabalu. he. he. he bukan pi menginap ke hotel tu....cuma pi tumpang solat di surau hotel la...heheheheh.

Setelah semuanya urusan penginapan selasai...so apa lagi pi la makan......sekali skala makan ramai-ramai dan kena belanja ni....maklumlah ada kawan yang dapat elaun hampir 2ribu so dia berbaik hati mau belanja...apa lagi jangan lepaskan peluang la.....malamnya pula kami pi tengok wayang tajuknya " IP MAN".

Best ceritanye.....ada lucu, aksi hebat berkunfu,sedih.....saya puas hati tengok filem ini banyak pengajaran yang saya dapat. nak tengok wayang boleh tp pilihlah jalan cerita yang baik dan bermanfaat untuk kita...lepas tengok wayang pi round2 kk pada waktu malam. pi di tanjung lipat Kk dan makan lagi....he.he.he ada org sponser lagi....best ni save my fulus....lepas balik dari minum tengah malam kami pun balik ke hotel....sambung cerita lagi.....cerita punya cerita tak sedar dah subuh....alamak.....solat dulu la..pastu apa lagi terus menternak badan la....(tidor)

kira-kira 9.30 pagi baru bangun....kalau nak diikutkan hati nak lagi tidor tp memandangkan kami kesuntukan masa untuk plan seterusnya maka kena bangun juga la...mandi, bersiap dan menuju tempat yang telah di tetapkan. lepas sarapan pagi kami ke CP (Center Point) pusat membeli belah....untuk window shoping.....pas tu pi main bowling....heheheh best juga la....yang bestnya kami bukannya org yang terro main bowling ni....banyak masuk parit bola tu...he he he...penat ketawa sahaja.....berat juga bola tu...ini masa menaip ini pun tangan masih lenguh...

Lepas main bowling pi lagi windows shoping...dan ada la skit membeli baju dan seluar beli ikut dalam list sahaja...jgn nak membazir pulak.....habis times square kk kami round....tp tak sempat pi 1 Borneo pulak...tak pe la maybe next time la....Tanggungjawab pada yang Maha Esa jgn dilupakan...disebabkan kami semua boleh buat jamak jadi kami telah sepakat untuk membuat jamak ta'khir pada waktu asar...dan disambung dengan doa akhir tahun. Alhamdulillah dalam kesibukan bersiar-siar dapat juga menunaikan kewajipan kepadaNya. ini la hikmah bersahabat dengan mereka2 yang faham...... Syukran my friends....

pukul 4.05 saya minta diri untuk balik ke Ranau sebab esoknya ada meeting...so dalam pukul 6.20 lebih kurang la...saya pun sampai la ke rumah...alhamdulullah..mandi solat magrib dan doa awal tahun...Alhamdulillah....solat Isyak buat keja skit....Tidur.....

Khamis, 25 Disember 2008

SELAMAT TINGGAL 1429H & 2008....SELAMAT DATANG 1430H & 2009





Syukur aku panjatkan kepada Allah Rabul Jalil kerana masih lagi memberikan aku kesempatan untuk terus hidup hingga ke saat ini. Hanya kerana Rahmat dan Kasih Sayang-Mu ya Allah aku masih lagi terus boleh bergerak dan membuat apa juga yang aku sukai..ya Allah Redhakan la hidupku sehingga ke akhir hayat dan tunjukkanlah aku jalan yang Engkau Redhai.Amin

Kalau nak dikirakan bermula hari ini cuma tinggal 3 hari sahaja untuk melangkah ke tahun baru Islam 1430H dan hanya tingal kira-kira 5 hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2008 menuju tahun 2009. Kini usiaku akan bertambah lagi...namun hakikatnya usia untuk sakaratulmaut semakin hampir denganku...

Jika ku imbas kembali tahun ini penuh dengan dugaan buat diriku bermula dengan ujian praktikum, exam final di maktab, kemalangan dua kali dan banyak lagi...namun semua yang berlaku ini ada hikmahnya...Alhamdulillah praktikum dan exam final di maktab aku dapat hasil yang baik sekali malah aku sanggat bersyukur kerana aku dapat mencapai tahap yang sangat berbaloi bagi diriku...

Namun disebalik kejayaan itu terselit kepahitan yang membuatkan aku perlu merenung kembali siapa diriku..bermula dari kerenah pihak pentadbiran di tempat aku bekerja, masalah peribadi dan kemalangan..Tahun ini mungkin saya ada banyak membuat salah sehinggakan aku telah diberikan amaran...walaupun bukan aku yang kemalangan tapi kereta aku yang kemalangan. Mungkin Allah mahu memberikan aku amaran melalui orang lain atas kesilapanku...semua yang berlaku ini membuatkan aku terkedu dan berfikir panjang dengan apa yang telah berlaku...




Semoga tahun hadapan akan memberi kekuatan bagiku untuk memulakan hidup baru dengan azam dan semangat yang baru...Amin.

Khamis, 18 Disember 2008

Dugaan ...Hanya kepadaMu aku mengadu

Semalam telah berlalu namun ari ini hati ini agak kecewa lagi....mana tidaknya kita berusaha untuk menjaga harta benda tetapi orang lain hanya tahu merosakkannya...petang kemarin abg saya pinjam kereta saya, katanya mau pi kampung sebelah untuk cari dompet yang hilang...tunggu punya tunggu sampai pukul 11 malam tidak juga balik..

Awal pagi lepas sahaja solat subuh saya turun ke tingkat bawah rumah kot-kot kunci kereta diletakkan di atas meja...skali hampa...tidak ada pulak... jadi try la sms kakak tanya di mana sudah abg saya bawa keta saya...tidak lama kemudia dapat call dari kakak...tau- tau abg kemalangan lagi...sakit hati juga bila dapat tau kereta kemalangan lagi......

Dalam tahun ini dah 2 kali kemalangan pertama tu bulan 3, abg juga yang xcdent pas tu bulan 12 lagi pulak xcdent...abg juga yang xcdentkan kereta tu...lepas ni saya cuti panjang la bawa kereta...l

Ya Allah...berikanlah aku kekuatan untuk sabar dalam menghadapi dugaanMu ini dan berikan lah hidayah kepada Abgku agar dia insaf atas perbuatannya...

Rabu, 10 Disember 2008

REUNION X-SEMEKARIAN 1993-1997

06.12.2008, SABTU, LANGKAH SYABAS RESORT KINARUT, PAPAR



Setelah hampir 11 tahun berlalu meninggalkan SEMEKAR, Alhamdulillah kini kami diberi sedikit ruang untuk bersua kembali setelah lama tidak bersua.

Bermula dengan sembang-sembang kosong untuk membuat Reunion akhirnya impian untuk bertemu dan bersua muka termakbul jua. Pada mulanya selepas masing-masing tamat dari pengajian diperingkat IPT kami telah merancang untuk membuat Reunion tetapi mungkin disebabkan kekangan masa dan tenaga maka rancangan untuk mengadakan Reunion pada masa itu terpaksa ditunda.


Hinggalah pada tahun 2008, disebabkan telah lama tidak bersua dan terasa rindu yang mendalam untuk bertemu dengan kawan-kawan maka beberapa warga x-SEMEKAR batch 1993-1997 telah berkumpul untuk merencanakan reunion ini. Antara orang awal yang mencetuskan Reunion ini ialah Pn.Rahimah (Ping), Pn.Liza, Pn.Irni, Pn.Rosmineh, Cik gurai, Cik Rin, En. Ardey dan En.Unai.


Pada 06.11.2008 satu mesyuarat telah dibuat tetapi disebabkan ahli mesyuarat tidak cukup maka mesyuarat tersebut terpaksa ditunda. Hinggalah apada 15.11.2008 mesyuarat kedua telah diadakan. Pada mesyuarat kali ini Pn.Rahimah(Ping), Pn.Liza, Pn.Rosmineh, Cik gurai, En. Ardey dan En.Unai telah bermesyuarat di RM JARIN & CO iaitu company Law Pn. Rahimah.


Pada mulanya tarikh Reunion yang dirancang ialah 28.12.2008 tetapi terpaksa diawalkan iaitu pada 06.12.2008 (sabtu). Ini kerana ramai yang tidak dapat menghadirkan diri. Di peringkat awal mesyuarat seramai 30 orang telah bersetuju untuk menghadirkan diri ke Reunion ini tetapi last minit Cuma 17 orang sahaja yang dapat menghadirikan diri. Ndak apa la…walaupun sikit tetapi sekurang-kurangnya dapat juga bertemu dengan kawan-kawan lama. Inikan baru first time buat jadi tidak ramai pun ndak kisah la…janji ada juga orang datang.


Reunion pada pertama kali ini walaupun cuma 17 orang sahaja yang datang tetapi ianya amat bermakna bagi mereka yang datang. Antara kawan-kawan yang datang ialah Puan liza dan suami( 2 orang anak dan on the way yang ke-3), Puan Irni dan suami (2 orang puteri), En. Arshad dan isteri ( seorang puteri), En.Jussry dan isteri ( 2 orang putera), En. Azry dan isteri( seorang putera), Ustz Amsani dan isteri ( seorang baby), Ustz. Azlan, Ustz. Razal, En. Zulkarnain, En. Junaidey, En. Fauzie, En. Sallehuddin, En. Ardey, En. Rizwan, En. Adzry jaibi, Cik Gurai dan Cik Norazah Alfia.


Mengikut tentatif yang dirancang…pukul 10.00 am hingga 2.00 pm adalah pendaftaran. Tapi kami telah mempermudahkan urusan pendaftaran…yang penting datang sebelum malam. Kira- kira pukul 5.00 ptg barulah semua datang. Tidak sangka pula pertemuan pertama kali ini sangat membahagiakan kami…dari awal pertemuan hingga ke petang hari banyak betul cerita suka duka yang dikongsi bersama.


Ikut pada plan asal petang kami mahu buat “Second taaruf” tetapi apabila melihat kepada keadaan kawan-kawan yang masih penat kerana berjalan jauh maka kami putuskan agar memberi peluang kepada mereka untuk merehatkan diri kerana malam nanti ada jamuan khas. Pada pukul 7.15pm selepas menunaikan solat kami telah ke “Balcony Restaurant” untuk Dinner.

Setelah kesemuanya datang ke Balcony Restaurant maka majlis pun dimulakan. En Junaidey sebagai wakil telah memberikan sedikit ucapan selamat datang dan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang ke majlis First Reunion batch 93-97. Sebenarnya dalam plan awal Puan Rahimah (ping) yang akan memberikan ucapan tetapi apabila beliau tidak dapat datang makan terpaksalah en. Unai terjun tiruk (bidan terjun) sebagai wakil untuk membuat ucapan. Blank juga sebenarnya tidak tau apa yang mau diucapkan. Hentam ja la…


Bacaan doa telah disempurnakan oleh ustaz Amsani dan sesi makan malam bermula. Pada masa yang sama majlis bertukar-tukar hadiah diadakan. Teringat pulak masa jamuan peprisahan tingkatan 5, 10 tahun yang lepas….aktiviti yang hampir sama cuma pada masa itu kan masih lagi pelajar jadi hadiah pun main semborono sahaja. Tapi masa kini ramai kawan yang telah bekerja. Acara bertukar-tukar hadiah bukanlah mahu melihat siapa paling besar hadiahnya tetapi apa yang penting ikatan silaturahim itu yang lebih utama. Tidak kisah apa juga jenis hadiah yang bakal kita dapat yang penting keikhlasan kita untuk memberi sesuatu kepada kawan kita. Hadiah ndak perlu mahal tetapi nilai persahabatan tidak boleh dijual beli. Betul kan???


Selepas makan malam dan bertukar-tukar hadiah, barulah majlis diteruskan dengan Majlis “second taaruf” kepada kawan-kawan. Antara persoalan hangat pada malam itu ialah status. Ada yang bujang tetapi dah berpunya dan ada juga yang bujang tidak berpunya ( bujang berabis)..he he he he lucu bangat nie...


Second taaruf ini sebenarnya mahu tau perkembangan kawan-kawan setelah lebih kurang 10 tahun tidak bersua. Best juga ni dapat tau perkembangan kawan-kawan. Ada yang jadi engineer, guru, tiketing, setiausaha, pegawai kemas, pegawai parol, makmal, berniaga dan banyak lagi. Kalau mau buat satu perkampungan khas “ x-semekarian 93-97” rasa sudah lengkap untuk menjadi satu kampung yang hebat ada law, ada kaunselor, ada engineer, ada guru dan banyak lagi.


Selepas Majlis makan malam maka bermula episod bercerita. Banyak cerita yang dikongsi bersama…apa lagi kedengaran la gelak tawa yang selama ini dirindui bersama. Bermula dari pukul 9.30pm kami bercerita di Balcony Restaurant hinggalah restaurant ditutup iaitu pukul 11.00pm cerita masih lagi belum habis. Jadi semua telah kembali ke chalet masing-masing.Ingatkan semua sudah mau tidor sekali 5 minit kemudian semua keluar balik untuk menyambung cerita.


Semua kawan-kawan lelaki terus berjaga untuk bercerita tapi biasalah kalau perempuan kalau dah berkeluarga banyak yang perlu dibuat. Tapi lelaki yang sudah kahwin pun still boleh berjaga sebab ada isteri tercinta. Apa lagi kami pun berkumpul la satu tempat iaitu di chalet nombor 9. iaitu bilik ardey, unai dan iwan. He he he best bangat ni banyak cerita yang di kongsi bersama.


Bermula cerita tingkatan satu hinggalah tingkatan lima. Banyak betul cerita yang dikongsi bersama. Diselang seli dengan cerita lucu dan tragis dan cerita kampus. Dari cerita lucu, isu semasa dan kembali ke cerita zaman menengah rendah. Cerita punya cerita sekali tengok jam sudah pukul 3.00 pagi. Masih banyak cerita yang mau dikongsi bersama tapi masa tidak mengizinkan kerana mata sudah mula mengantuk..last-last semua telah kembali ke chalet masing-masing untuk zzz..zzz..zzz (tidor)


Mungkin terlalu mengantuk jadi selepas solat subuh he he he tidor balik la..sarapan pagi yang sepatutnya pukul 7 pagi terpaksa dilanjutkan pukul 8.30 pagi. Selepas bersarapan pagi apa lagi terjun kolam la... best bangat nie. Teringat pula kolah di asrama yang selalu manjadi sasaran untuk terjun tiruk apabila cuti-cuti sekolah bermula. Pantang tiada orang di asrama maka kolah akan menjadi sasaran untuk berenang.


Pukul 10.00 pagi pada 07.12.2008 kawan-kawan telah beransur-ansur untuk balik ke tujuan masing-masing. Sesi bergambar tidak dilupakan sebelum balik. Kira-kira pukul 11.30 PAGI semua telah meninggalkan “LANGKAH SYABAS RESORT” dengan hati yang gembira dan membawa harapan semoga akan berjumpa semula.

Insya_Allah, tahun depan Reunion akan kembali lagi. Untuk makluman awal pada sahabat-sahabat insyaAllah Reunion akan diadakan lagi pada bulan 12 juga dan insyaAllah akan dibuat 3 hari 2 malam.jumaat-sabtu-ahad. Ini adalah cadangan kawan-kawan yang datang pada Reunion pertama kali. Moga-moga jika dipanjangkan umur dan dilapangkan masa kita pasti akan kembali bertemu.


Syukran jazilan buat semua kawan yang menjayakan Reunion x-semekar93-97. Syabas dan Tahniah buat sahabat-sahabat yang telah bertungkus lumus sehingga reunion kali ini berjaya, terima kasih juga kepada kawan-kawan yang memberi sokongan selama ini. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi. Maybe next time Reunion akan diadakan di Ranau pulak..moga sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir pada tahun ini akan dapat bersua pada tahun hadapan. Syukran….

Khamis, 20 November 2008

Jadual Sepanjang Cuti...

Cuti sekolah telah pun bermula sejak 15/11 lalu....ingatkan cuti sekolah ini dapat la rilex rehat or sebagainya...rupa-rupanya banyak juga aktiviti yang perlu dilaksanakan. tp perkara pertama balik kampung ziarah ayah adalah agenda yang pertama. Wajib mesti buat....barulah jadi anak soleh...InsyaAllah...

aktiviti sepanjang cuti sekolah....

22/11/08 - Ikut betul jadi supir pi ambik kawan adik datang dr sjung but pas pada my brother...
28/11/08 - My kazen akan berkahwin kena jadi jurukemera....hehehehh
06/12/08 - Reunion x-SeMeKar 1993-1997 kat Langkah Syabas Beach Resort, Kinarut
07/12/08 - Travel to Ranau..bawa my friend (azlan) balik kampung..
11/12/08- Bertugas di sekolah start 8.00am -4.30pm
13/12/08 - Mesyuarat PIBG sekolah
15/12/08 - Pendaftaran Pelajar ting 1
17-27/12/08- ke Penang dan Kuala Lumpur
29/12/08 - Mesyuarat untuk sesi persekolahan 2009
30/12/08 - Mesyuarat Kewangan dan bangkel kewangan

ni adalah antara aktiviti yang perlu saya lakukan sepanjang cuti sek ini..belum termasuk diluar jangka....harap semua yang dirancang dapat di sempurnakan dengan baik...Ya Allah permudahkan segala urusanku...amin.

Ahad, 16 November 2008

REUNION BATCH 1993-1997

Pada 15 nov 2008 seramai 6 orang bekas pelajar SEMEKAR batch 1993-1997 telah berjumpa di RM jarin & co telah membuat meeting kali ke dua untuk menjayakan rancangan Reunion ini. Dalam meeting itu 2 orang lelaki dan 4 orang perempuan iaitu Ardy, unai, liza,agang, Ping n Urai. jadi juga meeting ini yer..janji pukul 2.30 nak meeting skali pukul 3.30 baru start meeting..

Meeting bermula dengan umul kitab al-fatihah.mula tu blank juga tidak tau mau cakap apa...silent kejap....puan Rahimah memulakan bicara...ok kita mulakan dengan tetapkan tarikh yang betul-betul sudah. tarikh mula tu 28/12/2008 tapi terpaksa di ubah ke tarikh lain atas sebab-sebab tertentu, setelah berbincang mencari tarikh yang sesuai maka sebulat suara telah menetapkan 06/12/2008.

Setelah itu kami pun berbincang mengenai tentatif....1 hari 1 mlm....heheheehh
oklah harap2 jadi la Reunion kali ini....


© free template 3 columns