Khamis, 16 April 2009

petang yang redup

alhamdulillah masi lagi diberi kesempatan untuk mencoretkan kalimah di ruangan maya ini...
hari ini tak pi main badminton so rest la skit..walaupun tak pandai main tapi sajer nak ambik hati kawan-kawan yang mengajak...sekurang-kurangnya keluar juga peluh...sukan untuk kesihatan la katakan....

minggu ini ada ASAT lagi. apa tu ASAT?? nak tau juga ka? ok fullnya Anugerah Sri Asrama Terbilang. aktiviti khas untuk pelajar yang tinggal di asrama aja. ada pertandingan pentas, sukan dan keceriaan asrama. untuk kali ini saya di amanahkan untuk memimpin pelajar untuk public speaking. fuh!!! rasa sekolah silap pilih orang ini..saya bukannya orang bahasa...saya ajar sejarah dan mate so bahasa ini kurang la skit..tak pandai bi la....but bila dah di amanahkan terpaksa juga la menggalas bebanan ini. pelajar dah dikenal pasti cuma tajuk aja yang belum ada....mesti mau latih pelajar juga ini....

tarikh nak serahkan kertas soalan exam pertengahan tahun dah dekat ini. 27 april kertas soalan kena hantar ke ketua panitia setiap matapelajaran. saya nak siapkan 3 subjek yang berlainan subjek mate, sejarah dan akhlak. nampaknya kena round table la ini buat soalan...mula tu guna bahasa melayu pas tu buat kertas mate kena guna dwibahasa then subjek akhlak kena guna tulisan jawi. ini yang pening ini....soalan mate alhamdulillah dah siap walaupun guna dwibahasa skema jawapan pun dah siap cuma tinggal sejarah tingkatan 4 dan akhlak tingkatan 1 lagi tak siap. moga2 dapat la siapkan sebelum 27 april ini.

Ya Rabbi, ya Ilahi bantulah daku dalam menerusi jalan di bumiMu ini.

0 Comments:

© free template 3 columns