Ahad, 28 Jun 2009

Sedikit Ruang Waktu....

Hampir sebulan telah berlalu nampaknya blog ini semakin sunyi dan sepi tanpa info terkini dari empunya blog ini. Banyak ruang masa yang terpaksa digunakan untuk keja-keja yang lebih berhak untuk mendapatkannya. Hampir dua minggu berada di Ibu Negara dengan pelbagai bebanan tugas menyebabkan empunya blog ini tidak dapat menyumbangkan coretan kata-kata di blog ini.

Semasa di KL (15 - 18 jun ) saya telah menghadiri satu taklimat dan kursus khas untuk membuat laman web sekolah iaitu kursus Direct Admin (Joomla) di CitiTel Express Hotel Kuala Lumpur. Saya telah mewakili sekolah saya untuk kursus ini. agak pening juga la nak buat laman web ini memandangkan saya bukanlah orang yang mempunyai asas ICT. pada mulanya ingatkan senang macam blog biasa tetapi susah juga pula mau ikut kursus ini. mahu tidak mau kena juga ikut kursus ini untuk buat laman web sekolah. alhamdulullah selama kursus dijalankan saya dapat juga mengutip mutiara-mutiara ilmu yang amat berguna.

Photobucket

inilah front pages laman web sekolah yang barutapi masih dalam proses pembikinan...so banyak lagi maklumat yang tidak lengkap....

Minggu seterusnya pada 20 - 24 jun pula saya telah mengikuti Kursus data Emis Pula di Adamson Hotel Kuala Lumpur jiran kepada Cititel Express Hotel jer....kursus data pula agak penat kerana banyak benda yang perlu dilakukan. banyak input baru yang telah disampaikan Oleh Pihak EPRD (Unit Perancang dasar ). alhamdulillah dapat juga melalui kursus ini walaupun pening kepala....

Sekembalinya dari kursus kena bantu lagi Program Mukayyam Bahasa Arab. So just bantu yang dapat ajer la.....penat juga sbb penat dari kursus belum habis dah kena turun padang pula membantu Bahasa Arab....sy tak pandai arab cuma menjadi Ajk bawahan jer....Moga adalah peningkatan bahasa Arab pada tahun ini. Amin..

nampaknya mata dan tangan makin lemah nie...nak masuk tidor dulu la.....esok dah kena pi Sekolah.....

0 Comments:

© free template 3 columns