Isnin, 25 Mei 2009

Minggu Akhir Sebelum Cuti

Alhamdulillah peperiksaan pertengahan tahun telah berakhir, hanya tinggal 4 hari lagi cuti semester akan bermula. Suasana sekolah pada minggu ini agak perlahan dan guru-guru agak sibuk untuk memeriksa kertas soalan.

Alhamdulillah saya pun dah abis " Mark Paper" dan sudah pun menghantarnya dengan guru-guru kelas. Kalau tak siapkan nanti kena "tiau" pula. so kena la siapkan awal dan alhamdulillah semuanya sudah siap. Minggu ini juga pendaftaran PTK telah berjalan dengan lancar dan saya telahpun menjalankan amanah dengan baik. Syukur...

InsyaAllah hari ini ada program untuk pelajar-pelajar menengah atas khas dari PSS (Persatuan Siswazah Sabah) dan kelas PROBIM bermula lagi.

0 Comments:

© free template 3 columns