06.12.2008, SABTU, LANGKAH SYABAS RESORT KINARUT, PAPAR Setelah hampir 11 tahun berlalu meninggalkan SEMEKAR, Alhamdulillah kini kami diberi sedikit ruang untuk bersua kembali setelah lama tidak bersua. Bermula dengan sembang-sembang kosong untuk membuat Hinggalah pada tahun 2008, disebabkan telah lama tidak bersua dan terasa rindu yang mendalam untuk bertemu dengan kawan-kawan maka beberapa warga x-SEMEKAR batch 1993-1997 telah berkumpul untuk merencanakan reunion ini. Antara orang awal yang mencetuskan Reunion ini ialah Pn.Rahimah ( Pada 06.11.2008 satu mesyuarat telah dibuat tetapi disebabkan ahli mesyuarat tidak cukup maka mesyuarat tersebut terpaksa ditunda. Hinggalah apada 15.11.2008 mesyuarat kedua telah diadakan. Pada mesyuarat kali ini Pn.Rahimah( Pada mulanya tarikh Mengikut tentatif yang dirancang…pukul 10.00 am hingga 2.00 pm adalah pendaftaran. Tapi kami telah mempermudahkan urusan pendaftaran…yang penting datang sebelum malam. Kira- kira pukul 5.00 ptg barulah semua datang. Tidak sangka pula pertemuan pertama kali ini sangat membahagiakan kami…dari awal pertemuan hingga ke petang hari banyak betul cerita suka duka yang dikongsi bersama. Ikut pada plan asal petang kami mahu buat “Second taaruf” tetapi apabila melihat kepada keadaan kawan-kawan yang masih penat kerana berjalan jauh maka kami putuskan agar memberi peluang kepada mereka untuk merehatkan diri kerana malam nanti ada jamuan khas. Pada pukul 7.15pm selepas menunaikan solat kami telah ke “Balcony Restaurant” untuk Dinner. Setelah kesemuanya datang ke Balcony Restaurant maka majlis pun dimulakan. En Junaidey sebagai wakil telah memberikan sedikit ucapan selamat datang dan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang ke majlis First Reunion batch 93-97. Sebenarnya dalam plan awal Puan Rahimah (ping) yang akan memberikan ucapan tetapi apabila beliau tidak dapat datang makan terpaksalah en. Unai terjun tiruk (bidan terjun) sebagai wakil untuk membuat ucapan. Blank juga sebenarnya tidak tau apa yang mau diucapkan. Hentam ja la… Bacaan doa telah disempurnakan oleh ustaz Amsani dan sesi makan malam bermula. Pada masa yang sama majlis bertukar-tukar hadiah diadakan. Teringat pulak masa jamuan peprisahan tingkatan 5, 10 tahun yang lepas….aktiviti yang hampir sama cuma pada masa itu Selepas makan malam dan bertukar-tukar hadiah, barulah majlis diteruskan dengan Majlis “second taaruf” kepada kawan-kawan. Antara persoalan hangat pada malam itu ialah status. Second taaruf ini sebenarnya mahu tau perkembangan kawan-kawan setelah lebih kurang 10 tahun tidak bersua. Best juga ni dapat tau perkembangan kawan-kawan. Selepas Majlis makan malam maka bermula episod bercerita. Banyak cerita yang dikongsi bersama…apa lagi kedengaran la gelak tawa yang selama ini dirindui bersama. Bermula dari pukul 9.30pm kami bercerita di Balcony Restaurant hinggalah restaurant ditutup iaitu pukul 11.00pm cerita masih lagi belum habis. Jadi semua telah kembali ke chalet masing-masing.Ingatkan semua sudah mau tidor sekali 5 minit kemudian semua keluar balik untuk menyambung cerita. Semua kawan-kawan lelaki terus berjaga untuk bercerita tapi biasalah kalau perempuan kalau dah berkeluarga banyak yang perlu dibuat. Tapi lelaki yang sudah kahwin pun still boleh berjaga sebab ada isteri tercinta. Apa lagi kami pun berkumpul la satu tempat iaitu di chalet nombor 9. iaitu bilik ardey, unai dan iwan. He he he best bangat ni banyak cerita yang di kongsi bersama. Bermula cerita tingkatan satu hinggalah tingkatan Mungkin terlalu mengantuk jadi selepas solat subuh he he he tidor balik la..sarapan pagi yang sepatutnya pukul 7 pagi terpaksa dilanjutkan pukul 8.30 pagi. Selepas bersarapan pagi apa lagi terjun kolam la... best bangat nie. Teringat pula kolah di asrama yang selalu manjadi sasaran untuk terjun tiruk apabila cuti-cuti sekolah bermula. Pantang tiada orang di asrama maka kolah akan menjadi sasaran untuk berenang. Pukul 10.00 pagi pada 07.12.2008 kawan-kawan telah beransur-ansur untuk balik ke tujuan masing-masing. Sesi bergambar tidak dilupakan sebelum balik. Kira-kira pukul 11.30 PAGI semua telah meninggalkan “LANGKAH SYABAS RESORT” dengan hati yang gembira dan membawa harapan semoga akan berjumpa semula. Insya_Allah, tahun depan Syukran jazilan buat semua kawan yang menjayakan
Reviews Pda Gps
10 tahun yang lalu
0 Comments:
Post a Comment