Isnin, 18 Mei 2009

Seminar PIBG SMKA & SABK Sabah 2009


Pada 17 Mei 2009 satu seminar khas untuk PIBG SMKA & SABK Sabah telah diadakan. Seminar yang julung kali ini diadakan di SMKA Kota Kinabalu ( SMAKK). Di mana seminar ini adalah pertama kali menggabungkan 8 buah SMKA dan 2 buah SABK di negeri Sabah.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Muhiyuddin Yusin iaitu Timb. Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Majlis ini bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 12 tengah hari. Terdapat 2 program Wacana Ilmu iaitu Pembinaan Negara Bangsa dan Halatuju kecemerlangan SMKA dan SABK.

Banyak input yang diperolehi dari seminar sehari ini. Rugi bagi mereka yang tidak turut serta dalam seminar ini. Saya sungguh tertarik dengan penggunaan ayat dan laras bahasa yang digunakan oleh dr semasa menyampaikan ulasan beliau. Dia banyak menggunakan istilah-istilah ilmiah dan perumpamaan yang cukup gramatik.

Sedikit perkongsian ilmu yang saya perolehi dalam seminar ini iaitu jangan kita bodoh sombong. ceritanya lebih kurang macam ini.....Di sebuah Kota ada seorang yang makbul doanya....semasa berlaku hujan lebat yang tak berhenti-henti maka kampung tersebut telah mula banjir..semua orang kampung telah berusaha untuk menyelamatkan diri dari banjir tersebut. Tetapi orang yang makbul doanya tadi tidak juga menyelamatkan diri.

Apabila orang kampung mengajaknya untuk menyelamatkan diri tetapi beliau tetap dengan pendiriannya tidak mau berganjak dari rumahnya keran dia yakin Allah akan membantunya.
Apabila hujan semakin lebat dan banjir semakin tinggi semua penduduk kampung telah berpindah tetapi orang tadi tetap dengan pendiriannya untuk tetap berada di rumahnya sehinggalah air telah menengelamkan separuh rumah orang tadi.

Pada masa itu dia tetap yakin Allah akan membantunya..sehinggalah air banjir tersebut telah sampai hingga ke bumbung rumahnya. Pada Masa itu orang tersebut mula berdoa..." Ya Allah selamatkan la saya...." tidak lama selepas itu datanglah sebuah sampan kecil ke tempatnya dan mengajaknya untuk naik ke atas sampan tersebut namun lelaki itu menolak pelawaan tersebut dengan menyatakan Allah pasti akan menolong saya.
Selepas sampan itu berlalu pergi, orang itu berdoa kembali dengan doa yang sama " Ya Allah Selamatkanlah saya".

tidak lama selepas itu datang pula Kapal yang besar ke arahnya dan menyuruh orang tersebut naik ke atas kapal tersebut....sekali lagi lelaki itu menolak pelawaan pemandu kapal tersebut kerana dia yakin Allah aka membantunya. Maka kapal itupun terus berlalu..banjir semakin dalam dan deras...lelaki itu berdoa lagi dengan doa yang sama..


Tidak lama selepas itu datang pula Helikopter ke arahnya dan menurunkan tangga tali dan menyuruh lelaki tersebut untuk naik ke atas tali tersebut. Namun sekali lagi lelaki itu menolak tawaran tersebut. Helikopter itu terus berlalu.....tidak lama selepas itu hujan makin lebat dan banjir semakin dasyat...maka tidak lama selepas itu...lelaki itu terus lemas dan hanyut dibawa arus yang deras.
Persoalannya??? korang rasa-rasa la...apa Allah akan jawab pada orang itu jika dia bertanya Allah kelak kenapa Allah tak selamatkan dia semasa banjir tersebut.????? saya pasti korang pun tahu jawapannya....

.
SO janganlah jadi BODOH SOMBONG..PERTOLONGAN DAH ADA FIKIRLAH SENDIRI...PELUANG SUDAH ADA DEPAN MATA JADI AMBIK LA PELUANG TERSEBUT....

moga ada sedkit pengajaran bersama... :)

Dipendekan cerita masa nak balik tu hujan lebat....alhamdulillah pada pukul 6 petang kami selamat sampai semuala ke Ranau.

0 Comments:

© free template 3 columns