Ahad, 19 Julai 2009

Selamat bertunang Sahabatku...

Alhamdulillah bertarikh 19 julai 2009 bersamaan 27 rejab 1430 sahabat saya telah berjaya melangsungkan pertunangannya.....alhamdulillah setelah hampir 3 tahun berkawan mereka telah melanjutkan persahabatan ini ke marhalah yang seterusnya.....

Doaku moga selepas ini akan dipermudahkan segala urusan untuk peringkat seterusnya.....Syukur kerana hasil usahaku berbaloi untuk menyatuhkan mereka setelah lama terpisah....pertemuan saya dengan sahabat ini bermula di sebuah teratak ilmu yang mana pada masa itu kami berkongsi cerita dan tak sangka pula dia telah menceritakan cerita tentang dirinya...

Masih segar dalam ingatan apabila Bulan Ramadhan 2007 menyaksikan saya telah bertekad untuk membantu hasrat hati sahabatku ini...akhirnya dengan izinNya saya telah berjaya untuk menyambungkan semula tapi bersahabatan mereka berdua.....amanah perlu dijaga....alhamdulillah sy telah dapat menjaga amanahnya......untuk merahsiakan perkara ini kepada kawan2....

InsyaAllah Segala yang baik akan dipermudahkan Allah...gembira rasa hatiku ini apabila akhirnya saya dapat juga menyatukan dua buah keluarga.....saya mendoakan agar sahabatku ini akan cepat2 kahwin dan jangan lupa jemput kami tau....gerenti kami datang..jangan susah....

P/s siapa orgnya? itu masih rahsia.....yang pentingnya dia adalah seorang sahabat saya.....org malaysia juga bah......

0 Comments:

© free template 3 columns