Jumaat, 5 September 2008

Ramadhan bergerak laju....















Hari ini sudah masuk 6 Ramadhan 1429H, banyak perkara telah berlaku dalam hidup diri ini sebagai insan yang kerdil di atas muka bumi ini. banyak peristiwa yang telah berlaku..bermula dari awal Ramadhan saya telah mengikuti kursus dan bengkel Data EMIS & SMM. banyak benda yang perlu saya pelajari dari semua ini. alhamdulillah dapat juga membantu guru2 senior yang turut sama menghadiri kursus tersebut. balik ke sekolah saya satu lagi tugas sedang menanti untuk dibereskan...alhamdulillah kemarin satu amanah yang telah di amanahkan kepada saya telah dapat saya sempurnakan dengan baik...Syukur ke hadrat Ilahi masih lagi diberikan kesempatan untuk terus berada di bulan yang Barakah ini.


Hari ini tak tau macam mana laptop yang selama ini saya gunakan untuk membuat kerja-kerja sekolah agak bermasalah. bila sahaja nak export data smm tiba-tiba aje laptop saya shut down...bahaya nie...data banyak lagi tak update dan banyak data tak backup lagi...Laptop itu sangat penting buat diriku...banyak maklumat sekolah dan peribadi yang ada di dalamnya..yang paling penting data sekolah la..kalau tak sempat back up alamat terpaksa buat kerja dari 0. alhamdulillah dapat juga save data -data sekolah dalam external disk yang dibekalkan oleh JPN.


Ya Allah, berikanlah saya kesebaran dalam melakukan kerja-kerja ini...berikanlah daku kekuatan untuk terus istiqomah di jalan yang Lurus....Amin


Hasan Basri pernah berkata “Allah jadikan bulan ramadhan sebagai bulan persaingan merebut untuk mendapatkan ketaatan dan keredhaanNya. Ada sebahagian kaum merebutnya dan berjaya, dan ada yang terkebelakang dan mereka rugi. Peliknya hari itu, orang-orang muhsinin sentiasa berjaya dan orang-orang yang melakukan kebatilan selalunya mengalami kerugian”


Ya Allah, Berikan daku petunjuk yang terbaik buat diriku....


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

0 Comments:

© free template 3 columns