Ramadhan bermula lagi....hari ini hari pertama aku berpuasa..Apakah azamku untuk ramadhan kali ini? kalau ditanya setiap insan yang melakukan ibadah puas sudah pasti mahukan natijah yang lebih baik dari tahun-tahun yang telah berlalu...
Kini, tahun ini, ramadhan berbeza buatku dan buat sahabat-sahabatku akan iftar dan bertarawih dengan orang-orang yang berbeza… dan Ramadan kali ini tiada sofian, aiman,muslim,cikgun shbt2 lain, kini diriku bersama keluargaku...aku harapkan sahabat-sahabatku juga begitu. sofian telah berumahtangga dan mempunyai 2 cahaya mata, aiman dengan zaujahnya dan muslim juga telah berdua namun terpaksa berjauhan demi meneruskan pelajarannya untuk mengejar cita-cita. akau bersyukur kerana dapat juga posting kembali dekat dengan keluarga...susah senang biarlah bersama....
Apapun, mudah-mudahan hadirnya romadhan ini setiap antara kita menjadi lebih baik, lebih bersih hati dan jiwa dari kekotoran sebelumnya… mudah-mudahan ramadhan ini memproses hati hingga akhirnya mencapai tujuan puasa yang disebut dalam al baqarah – taqwa… mudah-mudahan ramadhan ini mentarbiyyah diriku untuk melakukan amal soleh yang tidak pernah dilakukan dan juga untuk ku memperbaharui kebaikan yang pernah diniatkan… ramadhan ini juga kekuatanku untuk tinggalkan, kurangkan segala keburukan zahir dan batin…
Walaupun di sekeliling ada orang telah mula merancang kelengkapan raya…ada orang yang bakal menghabiskan ramadhan untuk lebih tidur dan kurang kerja…ada orang yang bakal makan jauh lebih banyak dan bernafsu pada pelbagai jenis makanan pada ramadhan… ada orang yang bakal menghabiskan masa ramadhan berjualan di bazaar mencari rezeki tambahan, sedihnya hingga melupakan tuntutan kepada tuhan… ada orang yang bakal membazir dengan berbuka dihotel yang kos makanannya boleh menampung makanan keluarga miskin untuk seminggu..
Itulah ‘bakal’ yang wajib ku hindarkan.
Moga ALLAH menjauhkan diriku dan diri kita semua dari kemungkinan-kemungkinan kelalaian , pemborosan yang menjauhkan dari ketaqwaan, yang sebaliknya mengundang kemurkaan tuhan…moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun -tahun sebelumnya...
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.


0 Comments:
Post a Comment