Selasa, 15 Januari 2008

Mengapa Seronok Belajar!!!


Kamu tentu berasa seronok kalau menonton program TV seperti kartun, lawak jenaka, kung-fu dan bermacam lagi. Begitu juga jika kamu membaca komik atau mendapat hadiah. Adakah kamu berasa seronok ketika belajar? Adakah kamu sedar bahawa melalui pelajaran kamu akan:
1. Mendapat pengetahuan baru.
Pelajaran memberikan kita ilmu pengetahuan baru. Contohnya, kalau kamu membeli sehelai baju baru yang berharga RM 35.00 dan membayar wang sebanyak RM 50, kamu tahu bahawa kamu perlu mendapatkan balik wang baki sebanyak RM15.00. Ini adalah kerana kamu belajar Matematik.
________________________________________
2. Mendapat kemahiran baru.
Sebelum kamu dapat membuat kad raya atau kad hari jadi dengan komputer, kamu perlu belajar bagaimana menggunakan komputer. Sekiranya kamu sudah pandai menyediakan kad-kad itu, kamu dikatakan telah mendapat kemahiran baru.
________________________________________

3. Mengembangkan potensi.
Potensi ialah bakat dan kebolehan semula jadi kamu. Contohnya, kalau pelajar lain mengambil masa enam bulan untuk bermain gitar tetapi kamu hanya memerlukan masa dua bulan sahaja. Ini bermakna kamu mempunyai bakat muzik. Bakat ini hanya dapat dikembangkan lagi jika kamu diberi peluang belajar bermain piano, organ dan alat muzik lain.
________________________________________
4. Mendapat hadiah.
Kamu boleh mendapat hadiah wang tunai dari pihak sekolah atau persatuan jika kamu adalah baik dan cemerlang.
________________________________________
5. Meningkatkan keyakinan diri.
Keputusan yang baik akan meningkatkan keyakinan diri kamu. Semakin yakin kamu, semkain besar kamu akan berjaya dalam ujian dan peperiksaan.
________________________________________
6. Meningkatkan kemahiran berfikir.
Pelajaran menajamkan lagi pemikiran kamu. Semakin tinggi pelajaran, semakin tinggi kebolehan kamu berfikir secara kreatif dan kritis.
________________________________________
7. Mendapat pekerjaan yang baik.
Selepas kamu lulus PMR, SPM/STPM, kamu akan memasuki institusi pendidikan tinggi. Apabila kamu telah menamatkan pendidikan di IPT, kamu akan mendapat pekerjaan yang baik.
________________________________________
8. Menjamin masa depan yang cerah.
Pelajaran membolehkan kamu masuk ke Institusi Pendidikan Tinggi. Dengan pekerjaan yang baik, kamu akan mendapat gaji yang lumayan. Kamu dapat membeli barang-barang keperluan serta dapat membantu keluarga kamu.
________________________________________
9. Menikmati rasa berjaya.
Kamu tentu akan berasa gembira dan bahagia kerana berjaya dalam ujian atau peperiksaan.
________________________________________
10. Mendapat pujian daripada guru dan ibu bapa.
Sekiranya kamu belajar dengan tekun, kamu akan mendapat keputusan yang baik. Guru dan ibu bapa akan memberikan kamu pujian. Sudah tentu, kamu akan berasa begitu gembira.

0 Comments:

© free template 3 columns