Hari ini sebenarnya cuti peristiwa bagi sekolah saya, tapi........saya kena pi taklimat PROBIM-M3. di SMK Paduka Mat Salleh Ranau. Nama lama bagi sekolah ini SMK Mat Salleh Ranau. Sekolah ini adalah sekolah tertua di Daerah Ranau yang telah banyak melahirkan insan yang berguna. tenaga pengajarnya terdiri daripada mereka yang telah hampir 20 tahun berkhidmat..pastinya pelajar-pelajarnya pun ramai dan berkualiti...

satrt pukul 8.30 dan berakhir pukul 12.30 t/hari. selapas tu saya ke Karnival PPDA pulak. kebetulan pada pukul 12.30 tu ada pertandingan Boria sekolah Rendah. lucu betul bila tengok adik-adik kecil berbahasa dialek tempatan yang agak pelat..heheheheh ... ada 9 buah sekolah yang mengambil cara dalam pertandingan Boria ini...syabas buat adik-adik dari Sk. Kilimi kerana menjuarai pertandingan Boria diikuti oleh Sk. Pekan ranau dan SRJK Benidect.



Dipendekkan cerita memang berbagai-bagai gaya dan lagu yang dipersembahkan..ada lucu, bosan pun ada...selama hampir pukul 4.30 barulah pertandingan ini tamat. Syabas kepasa SMK Matupang sekalu Juara Pada tahun ini. Diikuti oleh Kundasang dan tempat ke-3 ialah SMK Lohan Ranau. kalau melihat kepada pendangan saya( bukan juri) saya mahukan SMK Lohan yang menang tapi Juri yang dilantik lebih berpengalaman dan memang kepakaran mereka. Redha aje la yer....
0 Comments:
Post a Comment