Rabu, 5 November 2008

Kereta terbang dua tahun lagi ??

LONDON: Sebuah kereta terbang diilhamkan daripada model kereta Ferrari mungkin berupaya mengangkut penumpang kaya ke tempat kerja dalam tempoh dua tahun lagi, perekanya membuat ramalan.

Kereta terbang itu yang digelar ‘Autovolantor’ - berdasarkan rekaan model Ferrari 599 GTB berharga £200,000 (RM1.11 juta) - dibangunkan Moller International.

Ia mempunyai keupayaan untuk berlepas secara menegak dan meluncur kerana memiliki lapan kuasa tujahan yang menolak udara ke bawah ketika berlepas. Lubang udara kemudian terlipat supaya kereta itu boleh terbang ke hadapan.

Kereta itu dijangka mampu mencapai kelajuan 160 kilometer sejam dan 240 kilometer sejam di udara.

Jarak ketinggian ialah 120 kilometer dan jarak di darat ialah 240 kilometer.

Perekanya Bruce Calkins berkata, ciri-ciri kereta itu direka khas untuk menampung minyak hibrid dan sistem elektrik bagi memberi kuasa tujahan, mencipta sehingga 800 kuasa kuda.

Beliau percaya ia mampu terbang pada ketinggian sehingga 1,524 meter. - Agensi

Calkins berkata: “Autovolantor mempunyai tenaga daripada lapan kipas yang diletakkan dalam enjin kenderaan. - Agensi

“Ketika di dapat kipas ini menolak kenderaan dengan tujahan kurang berkuasa.

“Bilah kipas kecil di kawasan luar saluran boleh membawa udara ke hadapan atau belakang atau kekal di kedudukan neutral untuk pelepasan menegak dan mendarat.

“Sebaik saja berada di udara kenderaan itu bergerak seperti helikopter, bahagian hidungnya berada di bawah untuk bergerak ke hadapan, berputar ke kanan atau kiri untuk berubah haluan.

“Ketika ketinggian maksimum mungkin lebih tinggi, tenaga yang diperoleh untuk mencapai ketinggian melebihi 1,525 meter akan ketara justeru kami menjangka ia kekal di bawah ketinggian itu.”

Moller memilih Ferrari menjadi model bagi mesin mencatat sejarah itu kerana bentuknya yang berlainan. -Agensi

0 Comments:

© free template 3 columns