الحمد لله الهادي إلى سـواء السـبيل، أمر عباده باتباع صراطه المسـتقيم، وحذرهم من الشـبهات والضلالات والفتن، حيث قال جل وعلا:
أشـهد أن لاإله إلا الله وأشـهد أن محمدا عبده ورسـوله. اللهم صل وسـلم على خاتم الأنبياء وسـيد المرسـلين وعلى أله وصحبه الطيبين الطاهرين وعلى من اتبع سـنته واقتدى بهديه الى يوم الدين.
أما بعد، فياعبادالله إتقوا الله وأوصيكم وإياي بتقوى الله
Sidang jumaat yang dihormati sekelian,
Marilah kita sama-sama merenung ayat Allah SWT dari surah al Mukmin / Ghafir ayat 51, firman Allah SWT:
Maksudnya: Sesungguhnya kami menolong Rasul-rasul kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (Hari Kiamat)
Pertolongan Allah adalah kurniaan besar kepada hamba-hamba pilihan yang menjamin kemenangan, kejayaan, ketinggian yang ampuh. Para Rasul terdahulu mendapat pertolongan Allah, para sahabat rasul-rasul itu juga mendapat pertolongan Allah, oleh itu sejarah telah memaparkan bahawa mereka menang dalam perjuangan mereka, tenang dalam kehidupan mereka, disayangi sahabat mereka, digeruni musuh mereka. Pertolongan Allah menjamin kemenangan yang hakiki. Kemenangan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Jika Allah menolong kamu maka tiada orang yang akan dapat mengalahkan kamu, jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan) maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang beriman bertawakkal. A-li Imran.
Kekalahan Umat Islam dimana-mana, ketewasan mereka ditangan musuh-musuh mereka, sehingga Umat Islam diperkotak katikkan seolah-olah berada dalam kebodohan yang tidak terajar. Kegagahan musuh melanyak mereka seolah-olah mereka tiada sedikit pun kegerunan untuk dipandang. Tipu muslihat yang dirancang untuk menjerot leher mereka seolah-olah dikalangan mereka tiada cerdik pandai yang dapat menguraikannya. Isme-isme yang diketengahkan seolah-olah mencucuk hidung mereka untuk ditarik kesatu arah seakan-akan mereka tiada otak dan fikiran untuk memikirkannya. Aliran dan budaya yang diasak masuk ke dalam masyarakat seolah-olah mereka tiada aktivis yang berpotensi untuk menolaknya. Hasil maksul negara-negara Umat Islam dirompak, disamun dan dicuri seolah-olah mereka tidak pandai mengurus dan menggunakannya. Maka segalanya itu boleh disifatkan sebagai sebuah kegagalan yang tidak disedari puncanya. Atau kelekaan yang membawa celaka. Atau akibat membuang yang baik lalu mengambil yang tidak baik hingga ia tidak dapat membantu untuk menggukuhkan dan memantapkan.
Sidang jumaat yang dihormati sekelian.
Allah pasti menolong hamba-hambanya yang beriman. Allah Maha Bijaksana dalam memberi pertolongan, Maha Lemah Lembut, Maha Penyantun lagi Maha Perkasa. Seluruh kebijaksanaan adalah milik Allah, semua orang yang bijak adalah kurniaan Allah, dan mereka di bawah Kebijaksanaan Allah yang Maha Bijaksana. Pertolongan Allah datang dalam berbagai-bagai bentuk yang tidak disedari atau disangka-sangka. Dalam hal musuh sedang merancang kehancuran untuk Umat Islam, pertolongan Allah boleh berlaku, dengan kejahatan berbalik kepada mereka dan kebaikan datang kepada Umat Islam. Tidakkah Allah berfirman:
Maksudnya: Kerana kesombongan mereka di muka bumi, dan kerana perencanaan jahat mereka, dan tidaklah perencanaan jahat itu melainkan menimpa orang yang merencanakannya. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan berlakunya sunnah Allah yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan dapat penggantian bagi sunnah Allah dan sekali-kali tiada penyimpangan dari sunnah Allah itu. Faathir.
Walau pun begitu, realiti hari ini dan dewasa ini tidak seperti mana kenyataan Allah tadi, dimana salahnya? Kenyataan Allah pasti benar, janji Allah pasti benar, Allah tidak sekali-kali menyalahi janji-janjinya.
Sidang jumaat yang dihormati sekelian.
Renunglah diri sendiri, layakkah diri ini mendapat pertolongan Allah? layakkah diri ini memasuki syurga Allah? layakkah masyarakat ini mendapat pertolongan Allah? layakkah masyarakat ini menghuni syurga Allah? Layakkah perjuangan ini mendapat pertolongan Allah? Layakkah perjuangan ini mendapat kemenangan dari Allah? Sekiranya tidak layak mendapat pertolongan Allah maka sebaliknya layak mendapat kecelakaan dari Allah, jika tidak layak mendapat syurga Allah, maka sudah pasti layak mendapat neraka Allah. Waliyazubillah. Hanya itulah dua tempat yang disediakan, tiada satu tempat antara dua tempat.
Perjuangan dan pengurbanan yang dilakukan tidak menepati kehendak Allah adalah sia-sia, perjuangan dan pengurbanan yang dilalui dengan akhlak kebinatangan yang mengingkari syariat adalah sia-sia. Perjuangan dan pengurbanan yang menyebut nama Allah tetapi dipenuhi dengan maksiat, pasti terjauh dari pertolongan Allah. Sedarlah bahawa maksiat adalah penghalang pertolongan Allah. Maksiat adalah penyebab kekalahan dan ketewasan. Amir al mukminin Umar Ibn al Khattab, telah berpesan kepada tentera Islam yang digerakkan oleh beliau dizamannya dengan katanya “Jangan sekali-kali kamu semua bermaksiat kepada Allah, ingatlah bahawa musuh kamu menang keatas kamu bukan kerana mereka kuat dari kamu tetapi kerana maksiat yang kamu lakukan. Ahli sejarah Islam juga mencatatkan bahawa Salahuddin al Ayubi ketika mengepalai tentera Islam ke Palestin untuk membebasan buminya dari cengkaman Salibiyah telah mempastikan barisan tenteranya bebas dari sebarang maksiat. Lalu kemenangan dikurniakan Allah kepadanya.
Sidang jumaat yang di hormati sekelian
Masih adakah pemimpin dan penglima yang berakhlak sedemikian untuk mempastikan kemenangan untuk Islam dan umatnya kini. Tidak mustahil jika Allah melahirkannya, namun musuh-musuh Islam telah mengkaji factor kekalahan mereka dan sebab kemenangan Umat Islam. Maka ciri tersebut telah dikenal pasti, lalu gerakan memesong, menghancur serta melenyapkannya telah dilaksanakan. Kini kita dapat temui Umat Islam banyak seperti buih di laut, dan kualitinya hanya seperti buih, tiada kehebatan, tiada kegerunan, tidak disegani kawan dan lawan. Dan kalau kita kini memperkatakan kehebatan mereka terdahulu, itu umpama panglima / pendekar tua yang memperkatakan nostalgianya sedangkan dia kini sedang diperkudakan oleh cucu-cucunya. Musuh Islam telah mencernakan peradaban dan budaya mengikut acuan mereka, Umat Islam dipersilakan mengguna dan melaluinya. Musuh Islam telah memalu gendang dan mengalunkan irama mengikut kaedah mereka, lalu Umat Islam dipersilakan menari mengikut rentaknya, lalu penari-penari yang ghairah itu bercakap tentang hak Allah dan Rasulnya ketika yang sama, adakah mereka akan berjaya? Marilah kita renung sabda Nabi SAW ini:
عن عمرو بن عوف أن رسـول الله صلى الله عليه وسـلم قال : والله ماالفقر أخشـى عليكم ولكنى أخشـى أن تبسـط عليكم الدنيا كما بسـطت على من قبلكم فتنافسـوها كما تنافسـوها وتهلككم كما أهلكتهم (البخاري في المغازي ومسـلم رقم 2971)
Maksudnya: Daripada Amru bin Auf bahawa Rasul Allah SAW telah bersabda: Demi Allah bukanlah kefakiran yang aku bimbangkan ke atas kamu, tetapi aku bimbang dibentangkan kepada kamu dunia (kemewahan, keseronokan dan kesibukan dunia) sebagaimana telah dibentangkan kepada orang-orang terdahulu dari kamu, lalu kamu mengambilnya sebagaiman mereka mengambilnya, lalu dia merosakkan kamu sebagaiman mereka dirosakkan olehnya.
Saudara sekelian, marilah kita menyiapkan diri untuk berada dalam kelompok orang-orang yang mendapat pertolongan Allah. Meninggalkan segala bentuk maksiat yang menghalang pertolongan Allah. Iangtlah sekiranya kita menamakan diri kita sebagai orang yang berjuang untuk agama Allah, maka kita akan ditolong oleh Allah, tetapi pertolongan itu mungkin terhenti hanya kerana kita menghisap sebatang rokok. Apatah lagi jika kita atau dalam kumpulan kita kedapatan orang-orang yang meninggalkan sembahyang, memakan atau memberi makan riba, menganiaya, meminum arak, berzina atau menuduh zina, pelaku bid-ah dan mengajar perkara bid-ah. Maka bukan kita yang akan menghancurkan musuh Allah, tetapi Allah menghantarkan musuh untuk menghancurkan kita. Baginda SAW telah menjelaskan bahawa makanan dan minuman yang haram menghalang dari dimakbulkan doa, maka sudah tentu maksiat-maksiat yang lain juga menghalang dari dimakbulkan doa. Sabda baginda daripada Abu Hurairah ra:
قال رسـول الله صلى الله عليه وسـلم: إن الله تعالى طيب لا يقبل إلا طيبا، وإن الله تعالى أمر المؤمنين بماأمربه المرسـلين، فقال تعالى "ياأيهاالرسـل كلوا من الطيبات واعملوا صالحا..." وقال تعالى "ياأيهاالذين امنوا كلوا من طيبات مارزقناكم واشـكروا لله إن كنتم إياه تعبدون" ثم ذكر الرجل يطيل السـفر أشـعث أغبر يمد يديه إلى السـماء يارب يارب ومطعمه حرام ومشـربه حرام وملبسـه حرام وغذي بالحرام فأن يسـتجاب لذلك؟ (رواه مسـلم والترمذي)
Maksudnya: Sabda baginda: Sesungghnya Allah itu elok / baik, Dia tidak terima kecuali yang elok lagi baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang beriman sebagaimana Dia memerintah para Rasulnya: Firman Allah SWT: Wahai Rasul-rasul makanlah makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang baik (soleh)… dan firman Allah : Wahai orang-orang yang beriman makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah (membelanjakan nikamat Allah di jalan Allah) kepada Allah, sekiranya hanya kepadanya kamu mengabdikan diri. Kemudian baginda menyebut tentang seorang lelaki yang jauh perjalanan, menyebabkan kusut rambutnya, berdebu mukanya, mengangkat tangan ke langit berdoa, wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, sedangkan makanannya haraam, minumanya haram, pakaiannya haram dan dia menyuap ke mulutnya dengan yang haram, maka bagaimanakah akan diperkenankan untuknya?
Sidang jumaat yang dihormati sekelian.
Selain kita sendiri yang menempah kedudukan tejauh dari pertolongan Allah, kita juga dijauhkan dari pertolongan Allah oleh musuh-musuh Islam yang mengerti dan tahu tentang perkara ini. Mereka mengkaji dan meneliti segala sudut dalam Islam, sama ada melalui mata dan kepala mereka sendiri, atau melalui anak murid mereka yang berugama Islam. Rasul Allah SAW telah banyak bepesan kepada Ummat baginda sama ada semasa baginda atau selepas baginda mahu pun orang-rang yang berada dipenghujung zaman. Mengenai perkara-perkara yang merosakkan dan membinasakan. Seperti antaranya, sabda baginda:
عن ابى هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسـلم قال: إجتنبوا السـبع الموبقات قالوا يارسـول الله وما هن؟ قال الشـرك بالله والسـحر وقتل النفس التي حرم الله إلا بالحق وأكل الربى وأكل مال اليتيم والتولي يوم الزحف وقذف المحصنات المؤمنات الغافلات (البخاري كتاب الحدود)
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah ra daripada Nabi SAW sabda baginda: Jauhilah tujuh perkaraa yang merosakkan; sahabat bertanya, apakah peerkara itu wahai Rasul Allah (SAW), jawab baginda: menyengutukan Allah, melakukan sihir, membunuh jiwa yang diharamkan membunuhnya kecuali dengan kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan pertempuran / peperangan, menuduh perempuan yang mulia (tiada keinginan melakukan kejahatan) berzina.
Antaranya sabda baginda:
عن أبي مالك الأشـعري أنه سـمع رسـول الله صلى الله عليه وسـلم يقول: ليشـربن ناس من أمتي الخمريسـمونها بغيراسـمها (أبو داود باب الأشـربة)
Maksudnya: Daripada Abi Malik al Asyari ra bahawa beliau telah mendengar dari Rasull Allah SAW bersabda: Manusia dari kalangan Umat Ku akan meminum arak yang dinamakan dengan nama yang lain.
Antaranya sabda baginda:
عن أبي هريرة قال:قال رسـول الله صلى الله عليه وسـلم: يأتي على الناس زمان يأكلون الربى فمن لم يأكله أصابه من غباره (النسـائي في البيوع باب اجتناب الشـبهات في الكسـب)
Maksudnya: Daripada Abi Hurairah katanya, Rasull Allah SAW bersabda: akan datang kepada manusia satu zaman dimana mereka itu semuanya memakan riba, sesiapa yang tidak memakannya juga akan ditimpa debu-debunya.
Sidang jumaat yang dihormati sekelian
Demikian antara pesanan Rasul Allah SAW yang apabila diikuti akan menjadikan Umat baginda kuat, hebat dan cemerlang. dan apabila ditinggalkan akan menjadikan umat baginda lemah, longgar dan tidak gemilang. Namun musuh-musuh menggunakan persoalan ini sebagai senjata melemahkan umat baginda, mereka mendekatkan umat baginda kepada perkara-perkara yang baginda larang dan menjauhkan umat baginda kepada perkara-perkara yang baginda suruh atas alasan kerja, tugas, muruah, nama baik, airmuka, jaga hati dan lain-lain. Tanpa disedari atau disedari tetapi atas perasaan “tak pa kot, tak pa kot” Allah dan Rasulnya di jauhi dan diingkari. Kalau begitu, apakah akan mendapat pertolongan Allah?
Pertolongan Allah diberikan kepada hamba-hambanya dalam semua perkara. Tanpa pertolongan Allah kita pasti tidak mampu memiliki walau secebis kemenangan kerana musuh-musuh berupa iblis dan manusia yang menjadi kuncu-kuncunya tidak leka walau pun sesaat, sebagaiman kita leka dari mengingati Allah berjam-jam. Namun dalam ingatan yang sedikit itu kita diberi pertolongan yang sedikit ini mungkin telah memadai, kerana pada asalnya kita mungkin tidak layak ditolong, sama ada dalam agama, rezki, usaha dan tindak tanduk, pergaulan dan muamalah yang mana apabila pertolongan Allah diterima oleh seseorang hamba, dia menjadi tenang dalam hidupnya. Allah bersifat Rahman dan Rahim, Rahman di dunia dan Rahim di akhirat. Kerana sifat Rahman itu kita dan seluruh makhluk serta orang-orang kafir, munafik dan ahli mungkar dapat makan dan bersenang lenang. Sedarlah Rahman Allah itu terbatas untuk di dunia sahaja. Apabila ruh dikeluarkan dari jasad dan berada di alam barzakh, Rahim Allah hanya untuk orang-orang beriman sahaja. Dengan hal yang demikian orang yang mendapat pertolongan Allah di dunia pasti akan mendapat Rahim Allah di akhirat.
Sidang jumaat yang dihormati sekelian
Kesabaran yang tinggi amat perlu dalam beragama, cubaan dan rintangan pasti ada dimana-mana sepanjang masa. Perubahan yang menjadi sunnatu Allah ke atas alam tidak menjamin lenyapnya cubaan dan rintangan. Setiap kali tiba perubahan dan keadaan baru cubaan dan rintangan juga tiba dalam bentuk yang baru. Sama ada menyeronokkan, menyakitkan, menggembirakan atau memberangsangkan. Mungkin boleh disifatkan bahawa cubaan untuk sesuatu kaum sesuai dengan masa dan ketika kehadiran kaum tersebut. Oleh itu berpeganglah dengan syariat untuk menghadapi cubaan dan rintangan tersebut. Rasul Allah SAW telah memperingatkan kita dengan sabda baginda:
عن أنس ابن مالك قال:قال رسـول الله صلى الله عليه وسـلم : يأتي على الناس زمان الصابر فيهم على دينه كالقابض على الجمر (الترمذي كتاب الفتن)
Maksudnya: Daripada anas bin Malik ra. Katanya, Rasul Allah SAW bersabda: akan datang kepada manusia satu masa (zaman) dimana orang-orang yang sabar dikalangan mereka dalam agamanya seperti menggenggam bara api.
أقول قولي هذا وأسـتغفر الله العظيم ...
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
Reviews Pda Gps
10 tahun yang lalu
0 Comments:
Post a Comment