Rabu, 18 Jun 2008

APABILA ENGKAU TIDAK MALU BUATLAH





Merujuk kepada Hadis Rasulullah s.a.w. daripada Ibn Mas’ud r.a. Rasulullah s.a.w telah bersabda “… Apabila engkau tidak malu,
buatlah apa yang engkau mahu”.
Malu adalah satu perasaan jiwa yang tak sanggup melakukan perkara buruk atau keji walau pun hanya pada pandangan orang
ramai. Perasaan ini merupakan jelmaan iman dalam diri seseorang yang akhirnya merasa kepuasan dalam hatinya apabila dapat
mengilakan diri daripada perbuatan yang tersebut. Rasulullah s.a.w telah bersabda, bermaksud: “ Malu ialah satu cabang dari iman”
Seorang yang tidak malu ,tidak menghiraukan sebarang pekerjaan yang dilakukannya. Sebagai kakitangan Kerajaan atau swasta
umpamanya, ia boleh melakukan apa sahaja yang melanggar etika professionnya. Seorang guru sanggup meninggalkan kelas
pengajarannya tanpa merasa bersalah. Seorang pengurus kewangan sanggup menyelewengkan dokumen kewangan untuk cepat
kaya.
Orang yang bersifat malu sahaja yang sanggup memelihara segala hak dan kewajipan dirinya dan hak orang lain, kerana malu
dapat melahirkan sifat benar dan Amanah dan dapat mendidik satu bangsa yang berakhlak dan beriman. Bayangkan, sekiranya
sebuah organisasi anggota pekerjanya yang tidak mempunyai sifat malu, apa yang akan berlaku, sudah barang tentu berlaku
banyak penyelewengan dan pelanggaran disiplin ditempat kerja yang boleh menggugat kewibawaan organisasi, bangsa dan negara.
Kita jangan pula tersalah memahami sifat malu yang sebenar sehingga mengakibatkan kesan buruk pula apabila malu kepada
bukan tempatnya seperti malu menyuarakan kebenaran, malu untuk belajar dan malu untuk membela nasib bangsanya sendiri.

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

0 Comments:

© free template 3 columns