Ahad, 29 Jun 2008

Ulat Di Otak Akibat Makan Sushi

Kesian juga bila tengok gambar orang nie....
ni la akibat jika kita makan tapi tak masak dulu....
bagi anda yang suka makan mcm orang jepun kena jaga2 juga...

Ini akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama org ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, jepun, umur 80 thn, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoric- nya sejak tahun itu. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktr yang merawatnye menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.



Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!
Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal
dari parasit yg selalunye didapat pada tubuh ikan mentah baik ikan
laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan
dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).



Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Jumaat, 27 Jun 2008

KeTeNaNgaN HaTi



senyuman amat mendamaikan hati
walau di dalam berkocak
namun luaran bisa mengubah
segala luka yang mencengkam

bicara luka tidak menentu
keduka kian pudar
meninggalkan kamar hati
yang ada hanyalah
sebuah ketenangan..

wahai hati
apakah kau tenang bersamaku?
hilangkah gusar
yang membuatkan kau muram?
jangan bersedih.....
aku berjanji
akan menjagamu mendidikmu
inginku berikan ceria
dan seribu kenangan
buat memorimu dikala sunyi

terima kasih hati
hadiah sebuah ketenangan
tidak nilai tertanding
di situ aku mencari
menanti sebuah ketenangan
yang akhirnya menyapa
sedang aku terleka

wahai TUHAN penguasa hati
tetapkanlah ketenangan ini
moga jalanku tiada duri
terkadang sangat menyeksa diri
dan kini aku mencapai
sebuah ketenangan yg dinanti.......



Posted at 09:49 by puteradamanhur

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Rabu, 25 Jun 2008

Renungan Buat bersama......Nauzubillah...

Kisah ni agak panjang sedikit.Anyway, take Ur time b'coz it really2 good story.
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin.Rasanya sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok.

¡§Eh, makin kurus nampak. Diet ke ?"kata saya setelah mempersilakannya duduk.
¡§Tak adalah... biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah... badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang," balas Arifin."Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,"tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
" Orang rumah saya sakitlah, ustaz ", kata Arifin.
" Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa?" saya bertanya.

Agak lambat Arifin menjawab.Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam. "Entahlah... " katanya perlahan, " lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang.. . penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas,"kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya , Niza,ke serata hospital dan klinik, namun ubat yang diberi oleh doctor tidak dapat merawatinya....
"Dah pergi berubat kampung ?" saya bertanya.
" Dah,tapi macam biasalah...bomoh, cakap kena buat orang,terceroboh kawasan orang bunian., sampuk... macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya takjuga sembuh," jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung, kusut.
" Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya,setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru," tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan,bintil- bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. Di sebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Kebanyakkannya menyindir dibelakang , tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan. Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an,rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruhdi musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama,kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

" Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni.Kenapa dia, bukan orang lain ? Apa salah dia ? Kasian betul saya tengok," kata Arifin. Wajahnya sayu"Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".

Di sebabkan doctor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza,Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
" Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,"tambah Arifin.

"Insya-Allah. ..."Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
"Apa yang dia cakap masa meracau tu ?"

"Macam-macam ustaz... tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa?. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja.Yalah.. . orang dah sakit memang macam tu," kata Arifin.
Saya Cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak.
Setelah berbincang lama, dia meminta diri. Sebelum pulang, saya berjanji untuk kerumah Arifin pada malam esoknya.

" Datang ya, ustaz . Saya tunggu,"katanya sambil mengangkat punggung. Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya.
Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
"Jemput masuk ustaz," Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
"Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

" Za... ni Ustaz Nahrawi datang," kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. Masya-Allah memang keadaan Niza sangat menyedihkan .
Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita.
Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minitmeneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya; "Pin ,saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung ".
" Tak adalah ,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin.
" Err,...dari mana datangnya bau yang..." soal saya, tapi tak sanggup nak enghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk
"Ooo... mmm, dari alat sulit dia," kata Arifin perlahan. "Keluar lendir bercampur nanah."
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin,kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja diturunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
"Sudah ustaz. Dengan emak dan ayahnya saya pun sudah."
"Kalau macam tu, baguslah,"kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.
" Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi.
Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis."Ustaz, " katanya, " sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu"

"Kenapa?" pantas saya bertanya.
" Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya" . Arifin menyambung ceritanya; ¡§Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Katatelah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya "kenapa?"

Dia jawab , supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain. "Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya di tundukkan dengan ilmu hitam." Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas diluar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.
"Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal.Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap buat hubungan seks. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya. Dia minta saya maafkan." Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bilaberdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan... ." Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
" Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,"kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi. Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu." Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang,kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi. Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa."
" Ampunkan dia ?" Arifin bertanya balik. " Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain,kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkandia ?"tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut. " Ya... dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik.Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
" Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia ? Maki dia? Tak ada gunanya... Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas saya. Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
" Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

"Tapi alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia." Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alatkelamin Allahyarham isterinya itusehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini.Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jgn pandang hanya pada rupa......

sekadar peringatan bersama......

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Selasa, 24 Jun 2008

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis




1. Menangis karena kasih sayang & kelembutan hati.
2. Menangis karena rasa takut.
3. Menangis karena cinta.
4. Menangis karena gembira.
5. Menangis karena menghadapi penderitaan.
6. Menangis karena terlalu sedih.
7. Menangis karena terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis karena mengikut-ikut orang menangis.
10.Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


"...dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab
tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya
dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia
tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti
sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata
itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ???

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Adapula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana
menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis karena takut akan azab dan
siksa Allah.



Tangisan dapat memadamkan api Neraka

"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali
Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air
matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu
kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu
akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.
Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa
mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang
telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir
di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah
menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor
burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh
air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu
mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam
sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air
mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah
menentukannya. Janganlah menangis nonton film itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh
yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau uang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan
beramal.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu???...Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di
atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang
berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk
menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari
persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur
dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.



Junjungan Mulia bersabda " Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata
yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2
biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari
qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang
kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak
gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a "Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :

1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan. Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1. Apabila dahi nya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,

dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" Al-Hadits

Wasalam


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Jumaat, 20 Jun 2008

BN tidak boleh bertindak membelakangi YDP Agong

Tarmizi Mohd Jam
Fri | Jun 20, 08 | 10:05:12 am MYT
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Profesor Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengingatkan parti-parti politik supaya tidak bertindak membuta tuli dalam menghadapi kemelut politik negara dengan membubarkan Parlimen atau mengisytiharkan darurat.

Beliau menegaskan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan yang sangat penting di dalam mententeramkan keadaan politik yang tidak menentu sekarang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan apa yang akan berlaku, selepas Parti Maju Sabah (SAPP) yang dipimpin Dato' Yong Teck Lee mengisytiharkan partinya akan membawa atau menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan.

Ekoran tindakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, pelbagai spekulasi telah timbul. Ini termasuklah tindakan mengadakan pilihan raya mengejut oleh BN untuk menyelamatkan dirinya.

Selain itu, tegas beliau, ada yang bimbang bahawa perisytiharan darurat akan dibuat bagi mengelakkan kejatuhan kerajaan BN melalui undi tidak percaya di parlimen.

"Oleh kerana kemungkinan-kemungkinan itulah maka Perlembagaan secara idealnya memberi ruang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk bertindak bebas dari nasihat atau pengaruh kerajaan yang memerintah," tegas Aziz.

Beliau yang juga pakar Perlembagaan, mengingatkan bahawa kedudukan dan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan tidak harus disamakan dengan cop getah yang perlu melaksanakan apa sahaja yang diminta oleh kerajaan.

"Raja berperlembagaan sebenarnya lebih merujuk kepada seorang raja yang bertindak selaras dengan tuntutan dan semangat demokrasi bukan mengikut nasihat membuta tuli", tambah beliau.

Mengenai pilihan raya mengejut Aziz berkata ia hanya boleh dilakukan sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan dengan permohonan Perdana Menteri untuk membubarkan Dewan Rakyat.

Aziz berkata di bawah Perlembagaan kuasa itu adalah kuasa baginda dan Perdana Menteri tidak boleh memaksa Yang di-Pertuan Agong. "Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa ia adalah kuasa budibicara Yang di-Pertuan Agong," tambahnya lagi.

Dua minggu lalu Aziz berkata bahawa di dalam senario sekarang adalah tidak wajar untuk Yang di-Pertuan Agong membubarkan dewan bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan.

Beliau menjelaskan, meskipun kuasa itu kuasa budibicara baginda diberi tanggungjawab untuk menilai keadaan dan mempastikan bahawa kepentingan negara dan rakyat mengatasi segala-galanya.

"Inilah sebabnya mengapa Suruhanjaya Reid meminta Yang di-Pertuan Agong melihat pengalaman negara-negara Komanwel yang lain," tegas beliau.

Aziz menjelaskan di dalam keadaan sekarang pembubaran dewan adalah tidak perlu kerana dua sebab.

"Yang pertama kita sudah mendengar hasrat untuk membawa usul undi tidak percaya di parlimen. Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong mesti menunggu sehingga usul itu dikemukakan dan melihat hasilnya. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan membubarkan dewan maka baginda akan dilihat menyebelahi kepentingan Barisan Nasional dan ini tidak selaras dengan ideal Perlembagaan yang mahukan baginda bebas dari politik dan melindungi proses Perlembagaan," tegas Aziz.

Sebab yang kedua, bahasnya, wujudnya potensi pembentukan kerajaan baru tanpa melalui pilihan raya. Beliau menjelaskan sama ada melalui undi tidak percaya atau lompat parti, sebuah kerajaan baru sebenarnya boleh dibentuk.

"Cara ini jelas lebih murah dan lebih menjimatkan masa. Lagipun pilihan raya baru sahaja diadakan," ujarnya.

Bagaimanapun, Aziz berasa ragu sekiranya pilihan raya adalah satu pilihan yang sesuai ekoran kenaikan harga minyak kerana isu itu menyebabkan kerajaan yang memerintah sekarang tidak lagi popular.

Mengenai pemerintahan darurat di bawah Perkara 150, Aziz berkata ia adalah tidak baik kerana krisis politik yang ada sekarang boleh ditangani melalui proses dan prosedur biasa yakni undi tidak percaya dan seterusnya.

"Dalam soal ini Yang di-Pertuan Agong mesti menolak nasihat untuk mengisytiharkan darurat kerana ia akan menyebabkan Perlembagaan digantung dan kerajaan yang ada diberi kuasa untuk membuat undang-undang tanpa ke parlimen. Ini berbahaya", tegas Aziz. - mr _


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Rabu, 18 Jun 2008

APABILA ENGKAU TIDAK MALU BUATLAH





Merujuk kepada Hadis Rasulullah s.a.w. daripada Ibn Mas’ud r.a. Rasulullah s.a.w telah bersabda “… Apabila engkau tidak malu,
buatlah apa yang engkau mahu”.
Malu adalah satu perasaan jiwa yang tak sanggup melakukan perkara buruk atau keji walau pun hanya pada pandangan orang
ramai. Perasaan ini merupakan jelmaan iman dalam diri seseorang yang akhirnya merasa kepuasan dalam hatinya apabila dapat
mengilakan diri daripada perbuatan yang tersebut. Rasulullah s.a.w telah bersabda, bermaksud: “ Malu ialah satu cabang dari iman”
Seorang yang tidak malu ,tidak menghiraukan sebarang pekerjaan yang dilakukannya. Sebagai kakitangan Kerajaan atau swasta
umpamanya, ia boleh melakukan apa sahaja yang melanggar etika professionnya. Seorang guru sanggup meninggalkan kelas
pengajarannya tanpa merasa bersalah. Seorang pengurus kewangan sanggup menyelewengkan dokumen kewangan untuk cepat
kaya.
Orang yang bersifat malu sahaja yang sanggup memelihara segala hak dan kewajipan dirinya dan hak orang lain, kerana malu
dapat melahirkan sifat benar dan Amanah dan dapat mendidik satu bangsa yang berakhlak dan beriman. Bayangkan, sekiranya
sebuah organisasi anggota pekerjanya yang tidak mempunyai sifat malu, apa yang akan berlaku, sudah barang tentu berlaku
banyak penyelewengan dan pelanggaran disiplin ditempat kerja yang boleh menggugat kewibawaan organisasi, bangsa dan negara.
Kita jangan pula tersalah memahami sifat malu yang sebenar sehingga mengakibatkan kesan buruk pula apabila malu kepada
bukan tempatnya seperti malu menyuarakan kebenaran, malu untuk belajar dan malu untuk membela nasib bangsanya sendiri.

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Selasa, 17 Jun 2008

Yang Berlalu Biarlah Berlalu....



Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa dan kegagalan di dalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad, dan mengubur masa depan yang belum terjadi.

Bagi orang yang berfikir, berkas-berkas masa lalu akan dilipat dan tak pernah dilihat kembali. Cukup ditutup rapat-rapat, lalu disimpan dalam ruang penglupaan, diikat dengan tali yang kuat dalam penjara pengacuhan selamanya, atau diletakkan di dalam ruang gelap yang tak tertembus cahaya. Yang demikian, karena masa lalu telah berlalu dan habis. Kesedihan tak akan mampu mengembalikannya lagi, keresahan tak akan sanggup memperbaikinya kembali, kegundahan tidak akan mampu merubahnya menjadi terang, dan kegalauan tidak akan dapat menghidupkannya kembali, karena ia memang sudah tidak ada.

Jangan pernah hidup dalam mimpi buruk masa lalu, atau di bawah payung gelap masa silam, selamatkan diri Anda dari bayangan masa lampau! Adakah Anda ingin mengembalikan air sungai ke hulu, air susu ke payudara ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata? Ingat keterikatan Anda dengan masa lalu, keresahan Anda atas apa yang telah terjadi padanya, keterbakarann emosi jiwa Anda oleh api panasnya, dan kedekatan jiwa Anda pada pintunya, adalah kondisi yang sangat naïf, ironis, memeritkan, dan sekaligus menakutkan.

Membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa depan, mengendurkan semangat, dan menyia-nyiakan waktu yang demikian sangat berharga. Dalam Al-Qur’an, setiap kali selesai menerangkan keadaan suatu kaum dan apa saja yang telah mereka lakukan, Allah selalu mengatakan, “Itu adalah umat yang lalu.” Begitulah, ketika suatu perkara habis, maka selesai pula urusannya. Dan tak ada gunanya mengurai kembali bangkai zaman dan memutar kembali roda sejarah.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tak ubahnya orang yang menumbuk tepung, atau orang yang menggergaji serbuk kayu. Syahdan, nenek moyang kita dahulu selalu mengingatkan orang yang meratapi masa lalunya demikan :” Janganlah engkau mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya”. Dan konon kata orang yang mengerti bahasa binatang, sekawanan binatang sering bertanya kepada seekor keledai begini :”Mengapa engkau tidak menarik gerabak?” “Aku benci khayalan,” jawab keledai.
YANG LALU BIAR BERLALU_________________________________________


Adalah bencana besar manakala kita rela mengabaikan masa depan dan justru hanya disibukkan oleh masa lalu. Itu sama halnya dengan kita mengabaikan istana-istana yang indah dengan sibuk meratapi pondok-pondok yang telah lapuk. Padahal betapapun seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, niscaya mereka tidak akan pernah mampu. Sebab yang demikian itu sudah mustahil pada asalnya.

Orang yang berfikiran jernih tidak akan pernah melihat dan sedikit pun menoleh ke belakang. Pasalnya, angin akan selalu berhembus ke depan, air akan mengalir ke depan, setiap kafilah akan berjalan ke depan, dan segala sesuatu bergerak maju ke depan. Maka dari itu, janganlah pernah melawan sunnah kehidupan.


Sumber : La Tahzan oleh Dr. ‘Aidh Al-qarni


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Sabtu, 14 Jun 2008

Temuramah bersama CeO PETRONAS - Rencana dari Utusan Online - mari

Tuhan Masih Sayang-kan Kita" : Temuramah
bersama CEO Petronas

Tan Sri Hassan Merican, CEO Petronas
Mukadimah
Ketika membicarakan tentang prospek industri minyak dan gas baik di dalam negara ataupun global, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican, merupakan orang yang paling arif untuk dijadikan rujukan.
Selain berpengalaman luas, beliau adalah seorang yang cukup teliti tentang apa yang diperkatakan dan sentiasa membuat kajian sendiri.
Tidak hairanlah apabila beliau membayangkan rakyat Malaysia perlu bersedia membayar lebih (untuk mendapatkan minyak) pada masa depan berikutan berlakunya penyusutan dalam sumber negara, ia harus diberikan perhatian serius kerana implikasi besarnya terhadap pembangunan ekonomi negara dan juga rakyat.
‘‘Pada pandangan saya, perkara yang berlaku ini adalah satu yang kritikal kepada anak cucu kita. Sumber (minyak dan gas) semakin berkurangan,’’ kata beliau.
Mohd. Hassan menjangkakan Malaysia yang kini merupakan pengeksport minyak, akan menjadi pengimport bersih bahan berkenaan menjelang tahun 2010, iaitu hanya tiga tahun dari sekarang apabila permintaan yang ada bakal mengatasi pengeluaran.
‘‘ Hari ini, sumbangan Petronas masih lagi tinggi tetapi esok apabila sumber makin sikit dan harganya pula jatuh, sumbangan akan berkurangan, macam mana kita akan menanggung semua (membangunkan negara) ini. Keadaan ini akan berlaku dan hanya menunggu masa sahaja,’’ kata beliau.

Pengurangan sumber berkenaan bukan fenomena yang hanya berlaku di Malaysia, tetapi juga melanda dunia berikutan usaha mendapatkan komoditi yang dikenali sebagai emas hitam, kini diburukkan oleh peningkatan kos untuk mengeluarkannya dari perut bumi selain terdapat kekangan terhadap tenaga manusia dalam industri itu.
‘‘Tuhan masih lagi sayang kepada kita kerana itu kita berjaya temui rizab laut dalam,” kata beliau dalam satu temu bual dengan wartawan Mingguan Malaysia, MOWARDI MAHMUD, KHAIRUDDIN MOHD AMIN dan AMRAN AHMAD di pejabatnya baru-baru ini.
Namun begitu, menurut Mohd. Hassan, penemuan kawasan minyak laut dalam yang baru masih belum mencukupi kerana permintaan dalam negara yang dijangka terus meningkat, lambat-laun apa yang dimiliki itu akan habis juga.
Dalam temu bual itu, beliau juga menceritakan kesukaran mendapatkan sumber manusia dan kejayaan Petronas melahirkan jutawan bumiputera melalui pengendalian stesen minyaknya dan penting syarikat bumiputera membina modal insan dan juga keupayaan diri untuk bersaing.

MINGGUAN: Petronas sekali lagi mengumumkan hasil kewangan yang tertinggi dalam sejarahnya, jadi banyaklah duit yang ada
Mohd. Hassan: Keuntungan itu juga kita terus pulangkan kepada kerajaan. Pada tahun ini, kita memberi balik sebanyak RM58.1 bilion atau 77 peratus kepada kerajaan bagi digunakan untuk tujuan pembangunan dan melaksanakan agendanya yang memberi faedah kepada rakyat. Tetapi, sejauh mana ia digunakan secara cekap, ia adalah satu soalan lain.

Bolehkah Tan Sri jelaskan lagi?
MOHD. HASSAN: Tanggungjawab Petronas adalah mengembalikan (keuntungan) kepada kerajaan untuk melakukan apa yang perlu dibuat supaya kesannya dirasai oleh rakyat. Tahun lepas, terdapat pihak mempersoalkan kenapa keuntungan itu tidak diberikan terus kepada rakyat RM1,000 seorang dan berdasarkan pencapaian yang baru diumumkan, kita patut bagi RM3,000 seorang. Persoalan itu menjadi satu isu, sama ada duit digunakan sebaiknya atau dibazirkan, contohnya dalam pemberian subsidi ketika sumber minyak dan gas yang dinikmati semakin berkurangan.

Ini bermakna hasil Petronas boleh berkurangan pada masa depan
MOHD. HASSAN: Memang kerana berlakunya penyusutan itu. Kami merupakan penyumbang terbesar tunggal kepada pendapatan kerajaan sebanyak 35 peratus berbanding sektor-sektor yang lain termasuk perkilangan. Hari ini, sumbangan Petronas masih lagi tinggi tetapi esok apabila sumber makin sikit dan harga minyak pula jatuh, sumbangan akan berkurangan, macam mana kita akan menanggung semua ini (membangunkan negara). Keadaan ini akan berlaku dan hanya menunggu masa sahaja.

Apakah kita harus bersedia untuk membayar lebih?
MOHD. HASSAN: Saya rasa rakyat kena sedar yang sumber petroleum semakin susut. Dulu bijih timah tapi kita sudah kehabisan bekalannya walaupun harga timah sekarang ini mencapai AS$13,800 setan, kita sudah tidak ada sumber bahan itu lagi.

Berdasarkan kepada perkembangan semasa, bilakah ia akan habis?
MOHD. HASSAN: Itu terpulang kepada permintaan dan bagaimana kita menggunakan sumber yang kita ada. Jadi, sekiranya permintaan meningkat tinggi maka kadar pengurangan bekalan akan menjadi semakin cepat. Soalnya, adakah kita mahu terus guna (sumber yang ada) selagi boleh sampai habis dan mana manfaat yang boleh kita raih? Apakah kerana benda itu kita peroleh secara murah maka kita tidak payah simpan atau menggunakan secara cekap? Berdasarkan kepada kekurangan yang kita hadapi ini, pada hari ini (bekalan) hanya hampir mencukupi dan memenuhi permintaan.

Adakah tahap penyusutan sumber petroleum membimbangkan?
Mohd. Hassan: Pada kadar pertumbuhan permintaan sebanyak empat peratus setahun terutamanya dalam sektor pengangkutan, negara akan menjadi pengimport bersih minyak menjelang tahun 2010. Permintaannya menjadi lebih besar daripada pengeluaran. Kadar penyusutannya adalah tinggi. Kita bernasib baik mempunyai 30 peratus daripada rizab (minyak) di laut dalam yang ditemui lima tahun lalu. Kalau tidak, sumber kita sudah habis lama (tanpa penemuan medan minyak laut dalam), apa yang kita miliki berkurangan pada kadar yang pantas. (Jika tiada rizab minyak laut dalam) Pengeluaran akan berkurangan daripada 600,000 tong sehari kepada 250,000 atau 300,000 tong sehari. Menjelang tahun 2010, pengeluaran akan berkurangan kepada 300,000 tong sehari tetapi ketika ini kita mempunyai pengeluaran baru. Pengeluaran akan jatuh sebanyak 15 peratus setahun menjelang tahun 2011. Bermula tahun 2014, pengeluaran akan jatuh sebanyak 10 peratus setahun. Nasib kita jumpa ( medan minyak)
di laut dalam pada tahun 2002. Tuhan, masih sayangkan kita.

Bukankah kita menemui telaga baru di laut dalam?
Mohd. Hassan: Pengeluaran minyak laut dalam di Kikeh ( Sabah ) akan dilakukan pada bulan September tahun ini. Ia akan tampung balik kejatuhan yang berlaku sebelum ini (pengeluaran) . Tapi selama mana? Lambat laun akan habis juga.

Apakah pilihan yang ada?
MOHD. HASSAN: Kita boleh import (gas asli) dari negara-negara lain. Tetapi apabila pengeluaran di seluruh dunia jatuh, mereka (pengeluar gas asli) memberikan keutamaan kepada kegunaan sendiri. Sebagai contoh, Indonesia tidak benarkan import (gas asli) dilakukan. Ini adalah satu masalah. Begitu juga di Vietnam dan Mesir yang menetapkan pengeluaran gas pada jumlah tertentu untuk penggunaan dalam negara. Jadi, kita hendak import (gas asli) dari mana? Kalau dapat import pun kita kena bayar harga pasaran yang mana jauh lebih tinggi daripada harga domestik. Pada pandangan saya, perkara yang berlaku ini adalah satu yang kritikal kepada anak cucu kita. Sumber (minyak dan gas) semakin berkurangan.

Ada yang mengatakan kenapa tidak kita terus sahaja mencari gali?
Mohd. Hassan: Kos operasi telah meningkat. Kos penggerudian naik 200 peratus. Kos mencari dan kos pembangunan ( medan minyak) juga meningkat dalam tempoh satu hingga dua tahun ini. Ini kos yang ditanggung hari ini. Sekiranya harga (minyak) kekal tidak mengapa tetapi jika harga jatuh, anda akan menanggung kerugian, ia tidak lagi menguntungkan dari segi (skala) ekonomi. Beberapa projek (dalam industri minyak dan gas global) telah ditangguhkan kerana kenaikan kos ini. Ia merupakan kitaran jangka masa panjang. Jika dilihat daripada penangguhan projek, kita akan menyaksikan pembekalan berkurangan dan permintaan akan meningkat.
 
Apakah penyelesaiannya?
Mohd. Hassan: Pada hari ini, permintaan adalah 84 juta tong sehari dan pada tahun 2012 pula sebanyak 120 juta. Persoalan timbul di mana kita perlu mencari 36 juta tong sehari (menjelang tahun 2012). Kita perlu bergantung kepada Timur Tengah iaitu Iran dan Iraq tetapi keadaan geopolitiknya tidak stabil. Apa akan berlaku jika Timur Tengah tidak dapat memenuhi permintaan?

Sebelum ini kekurangan modal insan juga dikatakan perkara serius?
Mohd. Hassan: Industri juga mengalami kekurangan modal insan. Bagi mengatasinya, pada tahun lalu kami mengambil 1,100 jurutera dalam semua bidang kejuruteraan dan kemudiannya menukarkan mereka menjadi jurutera petroleum. Mereka akan pergi ke universiti, belajar balik selama 18 bulan untuk jadi jurutera petroleum. Mereka yang mempunyai (ijazah) sains tulen pula akan ditukarkan kepada saintis geologi. Bagaimanapun ini mengambil masa. Selepas mereka menamatkan pengajian (di universiti) mereka masih lagi baru (tidak mempunyai pengalaman) dan ia mengambil masa antara lima tahun hingga tujuh tahun sebelum mereka boleh digunakan. Anda mengambil masa antara tujuh hingga 10 tahun sebelum mereka bersedia. Purata umur pekerja dalam industri ini ialah 52 tahun dan jika masa selama 10 tahun diperlukan untuk mendapatkan orang baru, pekerja yang ada akan berusia 62 tahun (ketika kakitangan baru berkhidmat). Jurang antara pekerja sedia ada dan pekerja baru adalah besar.


Bagaimana pula dengan kehadiran pekerja yang berpengalaman?
Mohd. Hassan: Hampir separuh daripada pekerja dalam industri minyak dan gas global akan bersara dalam jangka masa 10 tahun akan datang. Kami juga rekrut dan latih tetapi kami merana. Dalam masa tujuh hingga 10 tahun mereka lari ke Australia , Timur Tengah dan United Kingdom . Kami menjangkakan akan terus kehilangan (pekerja) berpengalaman walaupun kami mengambil 1,100 pekerja ini. Modal insan merupakan masalah jangka panjang. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun untuk menyelesaikannya, khususnya saintis geologi. Kita juga memanggil balik pesara Petronas.

Kenapa perkara itu boleh berlaku?
Mohd. Hassan: Generasi muda tidak seperti generasi tua yang lebih setia. Mereka melihat kepada wang. Ini adalah sifat biasa generasi lebih muda. Syarikat minyak di negara lain menawarkan gaji yang lebih tinggi. Tahun lalu, kami kehilangan 270 orang pekerja yang mana 131 orang majoritinya jurutera. Mereka meninggalkan (Petronas) sebab wang. Sekumpulan lagi yang lebih berpengalaman, mereka pergi (ke luar negara) sebab mahukan sistem pendidikan yang baik untuk anak mereka.

Ada yang menyertai semula Petronas?
Mohd. Hassan: Tidak. Saya tidak menukar dasar (tidak mengambil balik pekerja yang telah keluar). Saya mahu menghargai mereka yang setia. Kami ada 75 peratus pekerja yang setia tetapi saya tidak memerlukan mereka yang keluar dan mahu kembali semula.

Dengan peningkatan kos, adakah Petronas mempunyai dana yang mencukupi?
Mohd. Hassan: Kami mempunyai dana yang mencukupi. Kita mempunyai kerajaan yang bertanggungjawab dan Petronas mempunyai 25 peratus keuntungan untuk berkembang. Sekiranya kalau kos terlampau tinggi, kami tidak akan melabur. Ia tidak menguntungkan berdasarkan (skala) ekonomi. Ini yang berlaku di seluruh dunia. Semua orang melihat dan mengkaji semula pelaburan mereka.

Berbalik kepada perkara lain, Petronas juga terlibat dalam membangunkan ekonomi bumiputera
Mohd. Hassan: Petronas Dagangan Bhd., anak syarikat Petronas, mempunyai 832 stesen minyak, yang mana 95 peratus pemilik adalah bumiputera. Stesen minyak ini merupakan tempat latihan orang Melayu menjadi pengedar. Ia untuk pembangunan ekonomi orang Melayu. Jika dilihat pengusaha stesen Shell (yang majoritinya bukan bumiputera) mereka menjadikan stesen minyak ini sebagai tempat proses pembelajaran perniagaan pertama untuk anak-anak mereka. Anak mereka datang (ke stesen minyak) pada hujung minggu. Stesen minyak Petronas ini boleh dijadikan mekanisme latihan untuk masyarakat Melayu berniaga. Selain itu ia juga untuk perusahaan kecil dan sederhana ( PKS ) memasarkan produk mereka. Pada hujung minggu anak ataupun anak saudara pengusaha stesen minyak boleh datang ke stesen minyak dan lihat bagaimana ia beroperasi dan ini merupakan permulaan keusahawanan tetapi mereka tidak mahu belajar.

Bagaimana mereka boleh memperbetulkan keadaan ini?
Mohd. Hassan: Apabila mereka telah menjadi pengedar, bawalah anak ke stesen dan melihat bagaimana perniagaan dilakukan. Ia adalah tempat untuk melahirkan usahawan.

Adakah Petronas telah mencapai kejayaan?
Mohd. Hassan: Kita telah lahirkan banyak jutawan Melayu melalui perniagaan pengendalian stesen-stesen minyak Petronas. Bagaimana pula dengan perkembangan syarikat penyedia khidmat sokongan Petronas.

Adakah Tan Sri puas hati?
Mohd. Hassan: Mereka telah dibangunkan sejak 20 tahun lalu tetapi mereka kurang memberi tumpuan kepada latihan. Mereka sepatutnya membangunkan modal insan dan bukan mengambil pekerja dari syarikat lain selain membina keupayaan diri. Kesemua ini untuk faedah tempoh jangka masa panjang. Ini adalah perniagaan global, mereka perlu cekap dari segi kos, mempunyai bakat dalam modal insan, mempunyai teknologi barulah boleh bersaing.

**Dipetik daripada : UTUSAN ONLINE

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Jumaat, 13 Jun 2008

Tonggak 12


ini adalah skit nota pasal tonggak 12 untuk assgnment Kissm...
karang je la...ambik 5 emelan pas tu goreng aje la...jgn sampai hangit dah la....
heheheh ...okk chayoo!!!!

1] BERTANGGUNGJAWAB DALAM PERKHIDMATAN AWAM

• Amalan Positif
o Menepati masa
o Menyegerakan tugas
o Mempunyai perancangan waktu
o Bijak mengurus tempoh masa yang diberi
o Memumpuk masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif
o Menetapkan "target date" untuk menyiapkan kerja
o Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan

• AMALAN NEGATIF DAN DILARANG
o Berbual-bual kosong
o Tidak menyegerakan tugas
o Tidak ada "sense of urgency"
o Tidak merancang pekerjaan
o Tidak ada prioriti
o Melayan tetamu yang tidak berkenaan
o Tinggalkan pejabat untuk urusan peribadi
o Membuat kerja peribadi di pejabat
o Berniaga di waktu pejabat
o Membuat kerja yang tidak mustahak
o Ke kantin dalam waktu bertugas
o Tidak peka kepada pembaziran masa


[2] KESERONOKAN BEKERJA

• Amalan Positif
o Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar
o Rajin dan sentiasa berusaha
o Tekun dalam menjalankan tugas
o Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan
o Berdisiplin dalam setiap pekerjaan
o Berpandangan jauh
o Bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarah
o Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi
o Sanggup berkorban
o Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas
o Tidak patah semangat
o Becita-cita tinggi

• AMALAN NEGATIF DAN DILARANG
o Mudah tersinggung
o Kurang berdisiplin
o Mudah putus asa
o Tidak tekun
o Mudah mengalah
o Tidak bercita-cita tinggi
o Tidak bersemangat
o Tidak tahan kena marah
o Tidak ada inisiatif
o Tidak kreatif
o Suka bertangguh
o Disuruh buat, baru buat


[3] TEKUN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

• Amalan Positif
o Menganggap kerja sebagai ibadat
o Mempunyai inisiatif sendiri
o Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
o Mempunyai komitmen terhadap kerja
o Sedia memberi kerjasama

• AMALAN NEGATIF DAN DILARANG
o Menganggap kerja sebagai beban
o Tidak komited
o Sentiasa mengharap dorongan oleh ketua
o Tidak diberi masa yang mencukupi
o Kerja tidak diiktiraf
o Hanya menunggu arahan
o Tidak berdisiplin
o Tidak suka menolong
o Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
o Tidak peluang untuk meningkat
o Tidak dipercayai dan selalu dicurigai


[4] KEMULIAAN KESEDERHANAAN

• Amalan Positif
o Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan
o Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
o Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
o Bersifat pemaaf dalam pergaulan
o Boleh menerima teguran
o Berlaku adil dalam semua tindakan
o Menepati janji
o Sedia menerima cadangan dan nasihat
o Jujur dan ikhlas
o Merendah diri
o Bijaksana dalam membuat pertimbangan
o Bermaruah dan berhemah tinggi
o Berjimat cermat
o Cermat dalam kata-kata
o Tidak memperagakan kemewahan
o Mesra dalam pergaulan
o Senang didampingi oleh semua pihak

• AMALAN NEGATIF DAN DILARANG
o Menonjol-nonjol diri
o Bercakap dengan menggunakan perkataan "boombastic"
o Berkelakuan mengada-ngada
o Sombong dan meninggi diri
o Menyukarkan persoalan yang mudah
o Memperbesar-besarkan perkara kecil
o Kedekut atau berlebihan dalam memenuhi keperluan organisasi
o Berlebih-lebihan mengampu ketua
o Memperagakan kemewahan dan kedudukan
o Membazir dan merosakkan harta Kerajaan
o Kerap menghias diri di pejabat
o Bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua hal.


[5] KETINGGIAN PERIBADI

• Amalan Positif
o Teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan
o Menyempurnakan tugas dengan amanah
o Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab
o Berilmu dan berpengetahuan luas
o Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan
o Sedia berkorban
o Berlumba-lumba membuat kebajikan
o Kemas dalam pakaian, pemikiran dan tindakan
o Bersifat penyayang
o Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran
o Bertimbang rasa tetapi tegas
o Bersopan santun serta sederhana dalam kelakuan
o Taat setia dan patuh kepada arahan
o Bersyukur dan menghargai kebaikan
o Bersih daripada sifat dengki
o Berani dan berpendirian teguh
o Bertanggungjawab dan sedia berbakti
o Jimat cermat dalam segala aspek
o Tertib dan baik budi bicara
o Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas
o Cekal menghadapi cabaran
o Bekerjasama dan saling hormat-menghormati

• AMALAN NEGATIF DAN DILARANG
o Selalu berpura-pura dalam tindakan
o Bersikap sombong dan suka menunjuk-nunjuk
o Sukar untuk membuat kebajikan
o Suka mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
o Tamak dalam mengejar pangkat dan kedudukan
o Gopoh dalam bertindak
o Mengampu untuk mendapat pujian dan sanjungan
o Mungkir janji
o Suka menghina dan merendahkan usaha orang lain
o Pemarah dan tidak sabar
o Khianat dalam melaksanakan tugas
o Berdendam serta hasad dengki


[6] KEKUATAN SIFAT BAIK HATI

• Amalan Positif
o Bersopan santun setiap masa
o Pemaaf dan berhemah tinggi
o Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
o Iklhas dan bertimbang rasa
o Pemurah dalam usaha kebaikan
o Mudah mesra dan bekerjasama
o Merendah diri
o Berbudi mulia
o Boleh menerima teguran
o Berlaku adil dalam semua tindakan
o Sedia menerima cadangan

• AMALAN NEGATIF DAN DILARANG
o Kasar dan kurang sopanBerdendam bila tidak dapat sesuatu kemahuan
o Bersikap tidak peduli terhadap teguran dan nasihat
o Tidak bertimbang rasa
o Mementingkan diri sendiri
o Sombong, bongkak dan membesar-besar diri
o Bermuka-muka
o Cepat menghukum tanpa siasatan
o Cepat menuduh tanpa siasatan
o Suka mencaci
o Suka menghina orang
o Tidak boleh menerima kritikan
o Cepat membuat kritikan


[7] PENGARUH TELADAN

• Amalan Positif
o Sentiasa berkelakuan baik
o Tidak tamak kepada harta dan kedudukan
o Bermoral dan berakhlak tinggi
o Tertib dan beradab sepanjang masa
o Rajin dan kuat bekerja
o Amanah dan bertanggungjawab
o Jujur dan ikhlas dalam setiap usaha
o Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri
o Berpandangan jauh
o Berdisiplin dalam semua tindakan
o Sanggup berkorban setiap ketika
o Bekerjasama untuk kebaikan
o Sederhana dalam tindakan dan tutur kata
o Berani mempertahankan kebaikan dan kebenaran
o Berbudi mulia serta merendah diri
o Gemar dan cintakan ilmu yang bermanfaat
o Bersih hati dan fikiran

• AMALAN NEGATIF DAN DILARANG
o Buruk perangai dan tingkahlaku
o Jahil dan tidak suka membaca
o Hasad dengki dan buruk sangka
o Mempersendahkan agama
o Kedekut dan bakhil
o Suka memcari helah untuk mengelak tanggungjawab
o Suka mengumpat dan mengadudomba
o Terlalu sensitif dan cepat marah
o Tidak kenal budaya sendiri
o Hipokrit serta berpura-pura
o Tidak berpandangan jauh


[8] KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS

• Amalan Positif
o Sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan
o Tekun dan sabar menjalankan tugas
o Selalu mempunyai inisiatif sendiri
o Boleh diharap untuk menyempurnakan tugas
o Mementingkan kualiti
o Cergas dan pantas bekerja
o Cermat dan berdisiplin dalam segala perkara
o Accountable
o Sentiasa belajar dari kesalahan
o Bersikap profesional dan cekap

• AMALAN NEGATIF DAN DILARANG
o Mudah menyeleweng daripada tanggungjawab
o Tidak boleh diharap
o Suka membangkang atau berdalih apabila diberi tugas
o Tidak taat kepada arahan
o Tidak bersungguh-sungguh
o Suka bertangguh
o Mengelak daripada tanggungjawab
o Tidak peka kepada kualiti
o Menggunakan harta Kerajaan seperti harta sendiri
o Bekerja sambil lewa
o Tidak cermat dengan harta Kerajaan
o Sentiasa membuat kesilapan kerja
o Tidak ikut peraturan
o Mengabaikan nasihat dan tunjuk ajar
o Tidak suka membantu rakan sejawat
o Berniaga di waktu pejabat


[9] KEBIJAKSANAAN BERHEMAT

• Amalan Positif
o Berhati-hati bila berbelanja
o Accountable
o Tidak membazir harta Kerajaan
o Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan
o Menyelenggara harta Kerajaan dengan baik
o Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan
o Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
o Menyedari bahawa hasil Kerajaan datangnya daripada rakyat

• AMALAN NEGATIF DAN DILARANG
o Boros dan suka membazir
o Memperaga kehebatan dan kemewahan
o Suka bermewah dengan harta Kerajaan
o Tidak cermat dengan harta Kerajaan
o Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
o Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam


[10] KEUTAMAAN KESABARAN

• Amalan Positif
o Tenang menghadapi masalah rumit
o Mempunyai perhitungan jauh
o Tahan menerima cabaran
o Tidak putus asa
o Pemaaf dan berhemah tinggi
o Cermat dalam tutur kata

• AMALAN NEGATIF DAN DILARANG
o Selalu mengubah pendirian dan keputusan
o Tidak sanggup berkorban
o Takutkan cabaran
o Lekas mengalah
o Berpandangan sempit
o Tidak tahan menghadapi kesusahan
o Tidak bertanggungjawab


[11] PENINGKATAN BAKAT

• Amalan Positif
o Memberi dorongan terhadap kreativiti
o Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha original
o Memberi galakan kepada pemikiran baru
o Mengenal bakat-bakat yang ada
o Memupuk bakat-bakat yang ada
o Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kreatif
o Menggalakkan percambahan fikiran
o Menyediakan persekitaran dan suasana yang dapat melahirkan idea-idea kreatif

• AMALAN NEGATIF DAN DILARANG
o Menyekat pemikiran baru
o Tidak menggalakkan percubaan
o Takut mencuba sesuatu yang baru
o Tidak menghargai bakat yang ada
o Memperkecilkan usaha-usaha original
o Mengekalkan suasana yang tidak menggalakkan kreativiti
o Berpuashati dengan tahap bakat yang ada


[12] NIKMAT MENCIPTA

• Amalan Positif
o Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan
o Sentiasa berada dalam cabaran intelektual
o Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah
o Over-zealous dengan pekerjaan
o Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran
o Senang bermain dengan idea dan berani mencuba

• AMALAN NEGATIF DAN DILARANG
o Berpuas hati dengan kedudukan yang sedia ada
o Takut menemui kegagalan
o Memandang remeh usaha orang lain
o Pemikiran tidak dinamik
o Mempertahankan status quo secara membuta tuli
o Tidak suka pembaharuan
o Tidak sabar dalam penciptaan baru

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Selasa, 10 Jun 2008

IF I KNEW IT WOULD BE THE LAST TIME...


If I knew it would be the last time
that I'd see you fall asleep,
I would tuck you in more tightly
and pray to Allah, your soul to keep.

If I knew it would be the last time
that I see you walk out the door,
I would give you a hug and kiss
and call you back for one more.

If I knew it would be the last time
I'd hear your voice lifted up in praise,
I would video tape each action and word,
so I could play them back day after day.

If I knew it would be the last time,
I could spare an extra minute or two
to stop and say I love you,
instead of assuming you would KNOW I do.

If I knew it would be the last time
I would be there to share your day,
well I'm sure you'll have so many more,
so I can let just this one slip away.

For surely there's always tomorrow
to make up for an oversight,
and we always get a second chance
to make everything right.

There will always be another day
to say our I love you's,
And certainly there's another chance
to say our "Anything I can do's?"

But just in case I might be wrong,
and today is all I get,
I'd like to say how much I love you
and I hope we never forget,

Tomorrow is not promised to anyone,
young or old alike,
And today may be the last chance you get
to hold your loved one tight..

So if you're waiting for tomorrow,
why not do it today?
For if tomorrow never comes,
you'll surely regret the day,



That you didn't take that extra time
for a smile, a hug, or a kiss
and you were too busy to grant someone,
what turned out to be their one last wish.

So hold your loved ones close today,
whisper in their ear,
Tell them how much you love them
and that you'll always hold them dear,

Take time to say "I'm sorry, please forgive me,"
"thank you" or "it's okay".
And if tomorrow never comes,
you'll have no regrets about today.


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

SENANG BUKAN SYARAT TENANG



Dalam abjad rumi, huruf s dan t berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse". Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang.....

Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintudepan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.

Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyidari mulut. Tapi lepas tu.... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.

Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga....perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!

Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihatdengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata....segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati.

Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang....tapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.

Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. Bila sebut zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. SEbab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya?

Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati....mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat ALlah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita.Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.

Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku".

Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan.Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati.Bila ingat Allah diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.

Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK!!!!

Adaptasi dr majalah OK - Abu Nawe

wallahua'lam.





Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Coretan Kehidupan.."BIRO TATANEGARA"



5 Jun 2008....selepas sahaja exam sejarah kertas 2 abis...saya dah kawan-kawan terpaksa berpindah bilik dari blok aman ke blok Budiman. malam nanti nak pi BTn pula....kursus BTN JQAF & SABK di adakan di kem teluk Nipah Kuala Muda Kedah...pada mulanya terbayang juga mcm mana la kursus btn nanti....rase ingin tahu bermain-main di kotak fikiran....macam mana la agaknya keadaan kem tersebut..???

pukul 8 malam semua pelatih IPTB JQAF & SABK terlah berkumpul di hadapan cafe bersiap sedia menaiki bas untuk ke kem teluk Nipah....perjalanan mengambil masa 1 jam lebih...apabila sampai di sana kami di sambut mesra oleh fasi-fasi yang bertugas di kem tersebut.disebabkan masa dah lewat maka proses pendaftaran dipendekkan dan terus kepada penerangan sepanjang kursus ini diadakan.

saya macam tak percaya sebeb kem teluk Nipah tak macam BTN yang lain. terlalu simple dan kemudahan yang kurang memuaskan. dari tempat tinggal dan tandas agak menyedihkan...sia2 sahaja kerajaan memperuntkan sejumlah wang untuk membina kem ini tapi hasilnya tidak memuaskan. walaupaun begitu kami menerima keadaan kem ini dengan sabar dan redha.

6 jun 2008- kami tepaksa kembali semula ke IPTB kerana kem teluk nipah tidak ada air....jadi mbalik maktab la....6,7,8,9 semua berada di IPTB....sepanjang BTn ini berjalan banyak input berguan yang telah saya perolehi...kesedaran untuk mempertahankan tanah air mesti ada dalam hidup kita..tapi jgn lupa semuanya mestilah berpaksikan kepada Agama.


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Rabu, 4 Jun 2008

Memperkasakan Diri Menghadapi Rintangan "coertan kehidupan...."

Tanggal 4 Jun 2008...peperiksaan sejarah kertas satu baru sahaja berakhir namun Sejarah kertas Dua telah bersiap sedia menanti saya untuk hari esok....EXam...mana nak letak Laptop...Nak Pi BTN...lepas tu nak Pi KISSM....semuanya menjadi pertanyaan diriku ini. Esok terpaksa berpindah bilik lagi....kembali ke blok Budiman...2/27 Fuh!!! penat angkat barang ke tingkat 3. dah la banyak barang nie...

Esok exam bermula pada pukul 8.30 pagi di tempat yang same macam hari ini iaitu di bilik B302...exam last yang akan menentukan hala tuju saya selepas ini...cakap pasal exam sejarah ini...sy sebenarnya agak keliru sebab selama 1 tahun 6 bulan belajar tidak ada silibus khas untuk KPLI sej sek menengah....namun terpaksa akur juga la...nasib baik la ada exam kalau tidak..mcm mana nak konvo nanti....dengar khbr dari pensyrah yang mengajar saya mulanya BPG tak tau ada SABK sejarah...nasib baik en.Rosdi Tutor sejarah kami yang baik hati berhubung dengan BPG kalau tak...alamat mengulang lagi la nanti....Syukur la nak....

malam ni nak kemaskan barang sbb Esok lepas exam terus pi ambik kunci untuk tukar bilik...lepas tu kena jumpa dengan tuan Hj.Daud untuk simpan Laptop..bahaya kalau tinggalkan kat bilik tanpa orang yang menjaganya....malam terus ke BTN. alamak .....terpaksa la naik bas nombor 2. hanya dua orang lelaki jer yang 31 orang lagi semuanya guru-guru Perempuan. tempat yang hendak di tuju adalah Pulau sayak....Pulau ke? bukan pulau la...nama saja pulau tapi bukan kta pulau..terletak berhampiran dengan kota kuala Muda. kedah.

BTN bermula pada 5 Jun hingga 9 Jun. 10 dan 11 rest....12 jun hingga 1 julai sambung Kissm.
so 3 haribulan balik sabah....Rugi tak ambil tiket 2 haribulan....terpaksa duk 1 hari la di maktab sebelum balik ke sabah. menjadi GURU GST bukan lagi GSTT.

" pesnan buat diriku.....perjalanan ini baru bermula...masih jauh beribu langkah...pastikan langkah pertama dengan niat yang suci menuju Redha Illahi"...



Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Selasa, 3 Jun 2008

Coretan Kehidupan....

Alhamdulillah..
exam Ip lepas juga..
yang penting Jawab...
tawakkal je la..

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

© free template 3 columns