Mengapa Hatinya Mati?
Syafiq El Balakhi Rahimuallah meriwayatkan bahawa semasa Ibrahim
bin Adham r.a. sedang berjalan-jalan di negeri Basrah, dia ditanya
penduduk negeri itu. Mereka bertanya, "Ya Ibrahim, mengapa doa kami
tidak diendahkan lagi, padahal bukankah Allah telah berfirman "Apabila
hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah : Bahawasanya
Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apibila
ia berdoa kepadaKu" (Al-Baqarah : 186)
Ibrahim memberi jawapan kepada mereka. Katanya, 'Wahai penduduk
Bashrah, itu disebabkan kerana kalbu kamu telah dimatikan oleh sepuluh
hal. Jika demikian bagaimana Allah Taala akan menyambut doa kamu?
Sepuluh hal yang menunda doa kamu daripada diterima oleh Allah ialah:
Kamu telah mengenal Allah, tetapi tidak menunaikan hakNya.
Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi tidak mengamalkan isinya.
Kamu mengaku cintakan Rasulullah, tetapi meninggalkan sunnahnya.
Kamu mengaku bencikan syaitan, tetapi mematuhi ajakannya.
Kamu mengaku ingin masuksyurga, tetapik kau menjerumuskan diri ke dalam
maksiat.
Kamu menyakini bahawa kematian itu suatu kepastian, tetapi kamu tidak
pernah mempersiapkan diri menghadapinya.
Kamu sibuk dengan keburukan orang lan, tetapi mengaibkan keburukan diri
sendiri.
Setiap waktu kamu menguburkan orang mati, tetapi setiap kali jualah kamu
tidak pernah merenunginya.
Kamu telah menikmati nikmat Allah, akan tetapi tidak pernah
mensyukurinya.
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
Reviews Pda Gps
10 tahun yang lalu
0 Comments:
Post a Comment