Oleh Dr Yusuf al-Qardhawy
ISLAM POLITIK
Antara Individu dan Jemaah
Seorang saja sering tidak sanggup menghadapi kemungkaran, terlebih lagi jika kejahatannya sudah bermaharajalela, apinya sudah membara dan para pelakunya kuat atau kemungkaran itu berasal dari kalangan penguasa yang sepatutnya merekalah memeranginya, namun justeru mereka pula menjadi pendokong kemungkaran itu. Keadaan ini seperti yang digambarkan dalam sebuah peribahasa: "Orang yang menjaganya tidak berbeza dengan orang yang melarangnya. " Atau seperti yang dikatakan seorang penyair:
"Penggembala domba menjaga dari serangan serigala bagaimana dengan penggembala yang memelihara serigala?"
Tak dapat diragukan, jalinan kerjasama untuk merubah kemungkaran dalam keadaan seperti ini sangat diperlukan. Sebab ianya merupakan kerjasama kepada kebajikan dan ketakwaan. Amal jemaah (tindakan bersama) menerusi perkumpulan atau parti yang memang diperbolehkan merupakan fardhu yang diwajibkan agama.
[ Komen : Ini bukan cerita khayalan superhero, yang dia sorang boleh selamat dunia. Begitu juga dengan golongan hat makan bertih bertapa sorang-sorang dalam gua, berkhayal boleh lawan kuffar dengan cara macam tu. Ini semua mengarut. Ini dunia realiti sekarang tuan-tuan. Dengan segala macam gejala yang berlaku sekeliling kita hari ini, kita takdak jalan lain melainkan kena pi cari dan join mana-mana pertubuhan yang komited untuk membasmi semua ni. Kalau boleh hat berlandaskan Islam itu lagi bagus. Dalam buku “Ulama: Dalam Sorotan Kemerdekaan†tulisan dua orang MA UKM, saudara Ridzuan Mohd dan Mohd Fadli Abdullah, ada dituliskan ketika menghadapi pihak penjajah British, para pejuang Melayu Islam di tanahair bermula sejak akhir kurun ke 20 lagi hinggalah ke tarikh diberikan kemerdekaan, menubuhkan begitu banyak pertubuhan dalam nak mengelirukan penjajah. Nama pertubuhan lain-lain, namun pejuang-pejuang yang aktifkannya hampir nama-nama yang sama.
Hari ini pun kita boleh kelirukan pihak kuffar dan proksi-proksinya dengan strategi yang sama. Biar ditubuhkan banyak pertubuhan-pertubuh an Islam. Kalau satu diharamkan, yang lain boleh cover-up. Inilah yang pernah disebut oleh TG Nik Aziz dalam ceramahnya sekitar tahun 2001, berucap tentang isu pihak kerajaan mengusulkan nak mengharamkan istilah “Islam†yang digunakan oleh setiap pertubuhan. TG kata (lebih kurang maksudnya), “Haram pi lah parti Pas, kita boleh tubuh parti lain. Walaupun parti nama lain, tapi yg run tu kita jugak.â€â€¦Inilah yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam di Turki. Setelah Parti Refah pimpinan Necmettin Erbakan diharamkan pada tahun 1998, tertubuh pula Parti Fazilet yang sebahagian besar dari anggota bekas Parti Refah. Kemudian Parti Fazilet turut diharamkan pada tahun 2001, tertubuh pula Parti Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) diasaskan oleh Recep Tayyip Erdogan yang cenderung kepada Islam. ]
Rujukan: http://alkhatab2. tripod.com/
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
Reviews Pda Gps
10 tahun yang lalu
0 Comments:
Post a Comment