Perjalanan hidup ini penuh dengan onak dan duri...lantaran terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan hati ini menjadi kurang selesa...tahun 2008 bermula era baru dalam hidup ini....banyak cabaran baru yang perlu dihadapi....banyak kekangan yang perlu dilepasi dan banyak lagi benda yang akan berlaku...yang sudah pasti akan saya lalui atau belum pasti sempat saya lalui.
bulan FEb dan Mac akan menyaksikan satu lagi proses pilihan raya negara iaitu pilihan raya ke-12. jika kita lihat di mana-mana jalan pastinya kelihatan deretan poster para calon yang akan bertanding pada pilihan raya pada kali ini. namun saya masih lagi belum dapat menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia sebabnya belum mendaftar dengan SPR. tahun akan datang ler....biarlah saya rehat dulu untuk penggal ini. penggal akan datang saya akan mengundi ler....jangan susah...:)
Pada minggu ini sekolah terpaksa berhadapan dengan situasi di mana banyak kelas yang tidak ada guru kerana terlibat dengan sukan. Pada masa yang sama guru jadual waktu sekolah juga terlibat dengan sukan peringkat KOBTAR. Jadi sebagai alternatif, saya dan beberapa orang guru praktikum telah berpakat untuk membuat jadual guru ganti sepanjang minggu ini. Saya telah ditugaskan untuk membuat jadual waktu gantian pada hari isnin dan rabu.
Agak mengecewakan kerana terdapat juga guru yang sengaja datang lewat ke sekolah menyebabkan jadual yang sepatutnya digantinya tetapi tidak pula menghadirkan diri. Disebabkan rasa bertanggungjawab saya dengan rela hati menggantikan tempat guru tersebut. Jauh di sudut hati, saya sangat kesihan dengan pelajar-pelajar di sekolah ini kerana hak yang sepatutnya mereka dapat tetapi berlaku sebaliknya.
Dalam minggu ini saya dan beberapa orang guru telah membuat tinjauan mengenai penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Setelah membuat tinjauan saya telah mencadangkan agar pihak sekolah menggadakan satu program khas iaitu Program Kalimatus Sobah ( perkataan pagi). Program kalimatus sobah akan memberi manfaat kepad pelajar kerana setiap hari mereka akan dapat perkataan baru beserta dengan contoh ayat.
Pelajar akan diberikan satu perkataan baru dalam bahasa arab dan bahasa inggeris. Secara tidak langsung pelajar akan dapat meninggkat penguasaan bahasa dalam kedua-dua subjek ini. Saya telah berjumpa dengan guru panitia bahasa Arab dan beliau telah bersetuju. Disebabkan sekolah ini tidak ada guru khas untuk bahasa Inggeris maka saya dengan rela hati menawarkan diri menjadi guru untuk penyediaan perkataan dalam bahasa Inggeris. Secara kasarnya pihak pentadbiran bersetuju dengan cadangan saya dan akan dilaksanakan pada minggu hadapan.
Debaran mula terasa apabila saya mendapat panggilan dari pensyarah pembimbing saya iaitu En. Rajit Lumandan dan En. Saimin Ginsari di mana Saya akan diselia pada minggu ini. Walaupun saya telah membuat persediaan awal untuk setiap subjek yang saya ajar namun masih terasa bahang debaran ini. Saya telah berusaha menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian dan Bahan Bantu Mengajar bagi setiap subjek yang saya ajar. Apabila bertemu dengan pensyarah pembimbing saya sangat gembira kerana saya berpeluang untuk mendapat tunjuk ajar daripada mereka. Walaupun masih ada debaran namun saya sangat berharap agar saya dapat sesuatu yang berharga dari dua orang pensyarah pembimbing saya.
Saya sedar Rancangan Pengajaran Harian dan Bahan Bantu Mengajar adalah penting dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya telah cuba sedaya upaya membuat bahan bantu mengajar bermula dari awal tahun tetapi saya agak terkilan dengan sikap segilintir guru senior yang membuat sindirian. Namun apa yang dikatakan oleh guru tersebut saya jadikan sebagai satu galakkan pada diri saya agar sentiasa memberikan yang terbaik. Saya dapat rasakan kelas akan lebih ceria dengan adanya bahan bantu mengajar ini. Saya berharap agar praktikum ini dapat melatih saya menjadi guru yang prihatin dan bertanggungjawab dalam memastikan akan murid saya mendapat hak mereka yang sepatutnya.
Minggu kedua ini sebenarnya menjadi titik tolak bagi saya untuk berhadapan dengan banyak perkara baru. Minggu ini saya telah dipanggil oleh pihak pentadbiran untuk menyelesaikan beberapa masalah. Saya agak takut juga apabila mereka meletakkan harapan agar saya dapat membuat kerja yang diberikan dengan baik. Saya telah diamanahkan untuk memikul satu lagi jawatan iaitu guru biasiswa sekolah. Sebenarnya saya agak berat hati untuk menerima jawatan ini kerana saya merasakan ada orang yang lebih layak untuk jawatan ini.
Pada mulanya saya menolak untuk jawatan ini tetapi apabila saya memikirkan masalah pelajar maka saya bersetuju dengan jawatan ini.
Selaku guru data EMIS, sudah semestinya saya berhadapan dengan banyak tugasan berbanding dengan guru lain. Selain tugas utama mengajar saya juga dibebani dengan kerja lain seperti guru ICT, Panitia Sejarah, Ketua Bidang Kemanusiaan, guru audit dalaman, guru penasihat persatuan sejarah dan geografi, ajk unit kaunseling( bahagian kerjaya) dan beberapa lagi tugas yang berkala. Tapi saya amat bersyukur kerana dalam kesibukan ini saya masih lagi diberi kekuatan untuk menyiapkan kerja-kerja saya berbanding guru-guru yang lain.minggu ini sajer kena pi ke KK lagi untuk menghadiri satu kursus untuk guru biasiswa. sibuk ajer.....
Menjadi seorang pelatih yang sedang berpraktikum sebenarnya memberikan kesempatan untuk saya mempelajari bagaimanakah cara terbaik untuk mendidik pelajar. Bermula dari praktikum ini saya akan sentiasa belajar dan berusaha agar setiap langkah dan perbuatan yang saya lakukan mampu memberi impak yang berguna kepada anak didik saya. Oleh itu, saya harus faham bahawa tidak akan ada pada hari ini tanpa ada semalam. Begitulah jugalah dalam mengajar sejarah ini. Menananam minat sejarah kepada para pelajar adalah cabaran utama saya selaku guru matapelajaran sejarah. Semoga saya masih lagi mampu berhadapan dengan hari-hari yang mendatang demi mendidik anak bangsa tercinta.
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
Reviews Pda Gps
10 tahun yang lalu
0 Comments:
Post a Comment