
Sharlinie: Polis buru suspek lelaki Melayu
12/01/2008 5:01pm
Fotofit suspek penculik
PETALING JAYA 12 Jan. - Polis kini
menjuruskan misi memburu seorang suspek
lelaki Melayu yang diyakini sebagai
suspek sama menculik dua budak perempuan
termasuk kes Sharlinie Mohd Nashar yang
hilang tidak jauh dari rumahnya di Taman
Medan di sini Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten
Komisioner Arjunaidi Mohamed memberitahu
berdasarkan keterangan Sharliena iaitu
kakak Sharlinie dan Nur Fatiha Zaidi
yang diculik di taman yang sama tetapi
ditinggalkan di Wangsa Maju tiga jam
kemudian petang Selasa lalu, polis
membuat kesimpulan bahawa kedua-dua
mangsa diculik penjenayah yang sama.
``Kita yakin penculik Nur Fatiha dan
Sharlinie orang yang sama dan usaha
memburu kini difokuskan kepada suspek
dengan lakaran wajah yang diedarkan
polis dan telah disiarkan di media
baru-baru ini.
``Kita meminta orang ramai yang nampak
suspek dengan wajah seperti lakaran
fotofit yang diedarkan agar segera
menghubungi pihak polis secepat
mungkin,'' katanya kepada pemberita
dalam sidang akhbar di pejabat di sini
hari ini.
Menurutnya, polis juga kini sedang
mengambil keterangan lanjut daripada
beberapa saksi yang mendakwa ternampak
seorang lelaki Melayu berhampiran lokasi
kejadian dengan muka yang menyerupai
sepenuhnya lakaran wajah suspek pada
hari kehilangan Sharlinie Rabu lalu.
Beliau memberitahu sehingga kini
sejumlah RM17,000 telah ditawarkan oleh
pelbagai pihak termasuk badan-badan
bukan kerajaan (NGO).
Reviews Pda Gps
10 tahun yang lalu
0 Comments:
Post a Comment