Rabu, 23 Januari 2008

Di sinilah tempatku bermula....



Madrasah ini dibangunkan di atas rasa kesedaran beberapa orang tokoh agama dan akademik daerah Ranau yang merasakan perlunya wujud sebuah institusi Pendidikan Islam untuk meniupkan roh keislaman benteng survival Islam di dalam masyarakat.

Tokoh-tokoh telah bermesyuarat pada 16 April 1992 dan hasilnya tertubuh sebuah madrasah yang didasarkan dengan sistem pondok di atas sebidang tanah seluas 1 ekar yang telah diwakafkan oleh En. Kibin Rasiman. Di atas tanah ini didirikan satu unit rumah dua tingkat dan dijadikan bilik darjah dan sebuah surau.




Pada bulan September 1992 pembinaan bangunan baru dengan perbelanjaan sebanyak RM 300,000.00 dilaksanakan dengan pembiayaan Kerajaan Persekutuan dan telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Dr. Abdul Hamid Bin Othman.

Bermula dari tarikh tersebut Madrasah ini terus beroperasi sehingga kini dengan kemampuan yang sangat terbatas sama ada sudut pengurusan, kewangan, tenaga pengajar dan juga kemudahan prasarana. Kekurangan-kekurangan ini yang membataskan peningkatan Madrasah Al-Irsyadiah sebagai pusat pengajian yang mampu melahirkan ilmuan-ilmuan Islam yang diharapkan untuk menggerakkan perkembangan dakwah Islamiah khususnya di daerah Ranau ini.



Kekangan-kekangan ini yang mendorong supaya satu alternatif yang terancang dilakukan bagi meningkatkan kemampuan Madrasah Al-Irsyadiah sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang boleh bersaing dengan institusi pengajian lain yang sudah “ establish ”.
Bagaimanapun ada juga pihak-pihak tertentu di daerah ini yang sudah melakukan pegorbanan yang bukan sedikit bagi memastikan madrasah ini terus dibangunkan dan dimajukan. Ini termasuklah Tan Sri Kasitah Gaddam, Datuk Hj. Masidi Manjun dan beberapa pihak lain yang telah menyumbangkan pelbagi bentuk sokongan dan bantuan kepada Madrasah Al -Irsyadiah Marakau.



Pihak Madrasah Al-Irsyadiah sangat menghargai segala sumbangan yang telah diberikan.Walaupun begitu pihak madrasah ini sangat mengharapkan bantuan-bantuan dari pihak-pihak tertentu atau badan-badan atau individu-individu lain bagi menangani pelbagi keperluan semasa mahupun isu-isu utama yang dihadapi selama ini.

ini alhamdulillah sekolah ini telah mengorak langkah setapak kehadapan apabila sekolah ini telah bertukar nama dan telah menjadi Sekolah Agama bantuan kerajaan (SABK). Kalau dulu ianya dikenali sebagai Madrasah tapi kini dikenali sebagai SMAR AL-IRSYADIAH MARAKAU, RANAU SABAH.



Sekolah ini hanya 5 kilometer dari pekan Ranau dan berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Marakau. ( 2 km )Sekolah Menegah Kebangsaan Mat Salleh Ranau. ( 5 km ). SMA Al-Irsyadiah marakau adalah sebuah sekolah menengah agama yang menitik beratkan pendidikan agama dan akademik. Secara umumnya sekolah ini adalah serupa dengan sekolah menengah Toh Puan hajah Rahmah Kota- Kinabalu tetapi yang membezakannya hanyalah satu iaitu SMA Toh Puan Hajah Rahmah adalah sekolah agama di bawah kerajaan negeri manakala SMA Al-Irsyadiah adalah sekolah agama di bawah kerajaan persekutuan.

Pelajar- pelajar di sekolah ini akan mengambil peperiksaan PMR bagi tingkatan 3, SMU bagi tingkatan 4, SPM bagi Tingkatan 5 dan STAM bagi tingkatan 6 rendah. Sekolah ini mempunyai pelajar yang terdiri dari ting 1,2,3,4,5 dan 6 bawah sahaja. Bagi pelajar yang ingin menyambung ke tingkatan 6 atas pelajar-pelajar tersebut bolehlah menyambung ke tingkatan enam atas di mana-mana sekolah agama yang terdapat di Malaysia.



inilah sedikit mengenai sekolahku....

1 Comment:

impian hati said...

sekolah yang ku cari...
i'll be there
insyaAllah
jan 09

© free template 3 columns