Rabu, 6 Jun 2007

SECERAH MENTARI

Oleh : Muharikah
Idea: Dan_is
‎ ‎
Tidak adakah satu detik, atmamu berbisik? Suara hatimu meronta ‎menidakkan noda itu Walau pada zahir ia kelihatan cantik
Tapi nafas dosa itu tetap bergema di hati Fitrah sucimu ‎mengungkapkan bahawa Satu kesalahan itu pastinya dosa
Satu kesucian itu perlu dipeliharaSedarlah jiwa, bangkitlah jiwa!‎
Rungkaikan segala dosa itu! Dengan tangisan taubat dan seruan ‎islah*! Islahkan dirimu dan islahkan bumimu!‎
‎ ‎
‎ ‎
‎‘Astaghfirullahalazi m!!’ istighfarnya berulang kali.‎
‎ ‎
‎ ‎
Suara itu sungguh jelas, cukup kuat untuk membangunkannya dari tidur yang ‎kurang lena. Dikesati peluh di dahi. Panas suam-suam.‎
‎ ‎
Malam itu malam yang panas, sepanas waktu siang yang dipancarkan dengan ‎terik matahari. Kepanasan itu mengigit tubuhnya dengan suara-suara bisikan ‎yang acapkali bertandang di telinga. Membangunkannya tika lena, ‎menyentaknya tika jaga.‎
‎ ‎
Dia bingkas bangun. Segelas air dituang dan dihirup. Dengan pantas memoar ‎setahun yang lampau berombak kembali ke minda.‎
‎ ‎
Mata berkilas ke sekeping kertas kecil terselit di bawah tafsir al-Quran di meja. ‎Sekeping tiket yang menjadi passport kemasukan ke sebuah majlis makan ‎malam. Entah mengapa, acara tahunan yang begitu dinantikan oleh kebanyakan ‎pelajar Malaysia di Turkey itu, bagai tidak menarik perhatiannya. Bukan sahaja ‎kurang berminat, malah terbit perasaan bercampur baur yang menyesakkan ‎dadanya. Antara ketakutan ,kerisauan dan ketidak pastian beradun bersama ‎nafasnya di saat itu. ‎
‎ ‎
‎ ‎
‎“Dani..oi Mat Dani!Meh sini jap!’‎
‎ ‎
‎‘Apa dia Yop?’‎
‎ ‎
‎‘Kalau ko join kitorang arrange bahagian performance mase dinner nanti ok ‎tak?’‎
‎ ‎
‎‘Errr… aku mana reti Yop. Haiyaa… takde orang lain ker?’ Dia mengelak.‎
‎ ‎
Ayub menjawab dengan nada yakin. ‘Alaa..., kerja simple je. Kau pilih orang ‎untuk perform, lepas itu, kau bagi briefing sikit. Kau tengok-tengok macam tu je. ‎Pastikan semua orang ikut jadual latihan. Kacang jekan?’‎
‎ ‎
Dia termangu sejenak, berfikir.‎
‎ ‎
‎ “Hurmm, kalau camtu, aku layan jela. Kau punya pasal!’ ‎
‎ ‎
Ayub kegembiraan di saat dia menyatakan persetujuan itu. Dia terasa bebanan di ‎otak Ayub sebagai pengarah majlis makan tahunan itu berkurangan. ‎
‎ ‎
‎“Kenapa kau ambil tugasan tu??!!”‎
‎ ‎
Persoalan itu menghujam fikirannya yang kematu.‎
‎ ‎
Ahhh!!!‎
‎ ‎
Mahu sahaja dia berteriak ke luar angkasa bagi meleraikan keserabutan di ‎fikirannya. ‎
‎ ‎
Pergi kau! Pergi!!!!!! Nyah!!!!‎
‎ ‎
Kini, disebabkan peranan yang dia anggap mudah itu, bermulalah episod-episod ‎baru dalam majlis keramaian dan persembahan di dalam masyarakat pelajar ‎Malaysia di Turkey itu. Memang benar, tugasan sebagai ajk persembahan ‎memang mudah. Kerjanya cuma memilih para performer yang minat untuk ‎membuat persembahan. Ada yang menawarkan diri untuk mengambil pos ‎penyajak, pelakon, nyanyian,kugiran malahan tarian!‎
‎ ‎
Namun yang menggusarkan hatinya adalah apabila dia terpaksa membuat ‎keputusan di dalam pemilihan penari-penari yang akan beraksi di atas pentas ‎yang bakal dihadiri oleh para diplomat dan juga warga asal Turkey itu. Tidak ‎ketinggalan seluruh pelajar Malaysia di negara sekular Turkey yang dijemput ke ‎majlis keramaian tahunan itu. Majlis yang diadakan secara besar-besaran sambil ‎mengutip derma itu perlu dilakukan dengan cara paling baik, kerana ‎melambangkan betapa berprestijnya masyarakat Malaysia di depan mata dunia! ‎Bangganya dia menjadi orang penting di dalam majlis yang mampu ‎memartabatkan maruah bangsa dan negaranya!‎
‎ ‎
Padanya, dia hanya mahu membuat pilihan yang tepat. Mahu menonjolkan yang ‎terbaik tentang Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Termasuklah di ‎dalam aspek tarian. Tarian Melayu, Cina dan India sangat banyak ciri kesenian ‎dan keindahan budaya yang tidak terdapat di dalam masyarakat Turkey di sini. ‎Tentu perbezaan ini akan menarik minat mereka tentang Malaysia dan ‎memperkayakan pengetahuan mereka tentang sebuah negara kecil yang pesat ‎membangun. Dia mahu para penonton itu kagum melihat budaya Malaysia, ‎kagum melihat keindahan seni Malaysia. Tentu mereka merasakan Malaysia ‎adalah sebuah negara Islam yang moden, yang mengikut peredaran zaman. Apa ‎salahnya jika dia mahu menunjukkan pada mereka akan tarian orang Malaysia ‎juga?‎
‎ ‎
‎ ‎
‎“Danial, awak rasa tindakan awak itu betul ke?’‎.......( bersambung...)

0 Comments:

© free template 3 columns