Isnin, 30 November 2009

Trip To Kudat

Akhirnya sampai juga saya ke Kudat, Daerah yang jauh terletak di Utara negeri Sabah. Dapat pi pun sebab ada kursus Biasiswa. tapi sekurang-kurangnya dapat juga la meninjau kembali daerah yang telah lama saya tinggalkan...(macam la pernah duduk lama di kudat, setakat seminggu je...)

ketika ini saya berada di Hotel Ria Kudat, Selepas sahaja solat subuh hehehheh buka laptop dan teringat pula mau mencoretkan sedikit kenangan semasa perjalanan saya ke kudat semalam. Perjalanan yang agak jauh juga la...sebab saya terpaksa melalui beberapa daerah..Dari Ranau ke kudat mengambil masa lebih kurang 5 jam perjalanan dengan menaiki kenderaan.

Alhamdulillah la tidak perlu naik kapal....takut juga sebab kejadian kapal karam di lautan masih lagi baru berlaku....nasib baiklah kursus saya di bandar kudat sahaja. kursus ini bermula 30/11/2009 dan akan berakhir 02/12/2009. Dari Ranau saya bertolak pada pukul 9 pagi dengan menaiki teksi menuju ke Kota Kinabalu. malas mau bawa kereta sebab jalan tak berapa biasa jadi adalah lebih baik naik teksi jer....kira-kira 11 pagi saya sampai di KK, lepas tu saya rehat dulu sambil pi window shopping...tp ndak shopping la...pukul 1 ke Kota Marudu sebab dah janji dengan kawan mau pi kudat sama-sama. alhamdulillah pukul 5 petang kami sampai di kudat....

Ahad, 29 November 2009

secebis kenangan bersama di SMAIM

Hidup dengan amalan bergotong royong adalah amalan yang sangat mulia, begitulah juga dengan halnya di sekolah. Penghuninya sangat dititik beratkan dengan amalan bekerjasama dalam melakukan kerja-kerja di asrama. pada tahun ini sekolah telah mula mengorak langkah untuk mencerikan lagi kawasan sekolah.

Banyak aktiviti yang telah dibuat untuk menceriakan lagi kawasan sekolah. Pertamanya projek tingkatan 3 setelah selesai menduduki peperiksaan PMR. Pelajar-pelajar tingkatan telah diamanahkan untuk membuat projek keceriaan iaitu Projek Taman Herba, Projek Mural dan Projek sudut kata-kata hikmat dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Mereka telah diberi masa selama 2 minggu untuk menjayakan projek tersebut. seramai 18 orang pelajar telah berkerja keras dengan dibantu oleh guru yang terlibat. syukran buat guru-guru yang terlibat untuk menjayakan projek ini. Alhamdulullah setelah 2 minggu berlalu akhirnya apa yang telah dirancang kini menjadi kenyataan. Kini sekolah sudah ada taman herba, keceriaan pun bertambah.


selepas itu di sambung lagi dengan projek tingkatan 4 dan tingkatan 6. untuk maklumat sekolah saya tingkatan enam cuma ambik STAM so bulan 10 sudah abis exam STAM jadi sementara menunggu sesi persekolahan berakhir dan menghabis hari-hari terakhir di sekolah ini maka apalah kiranya memberi sedikit sumbangan buat sekolah ini. Untuk projek ini...melibatkan pelajar lepasan SMU dan STAM.

Projek yang seterusnya ialah Projek bendera, Taman thanawi 6, menceriakan dewan makan asrama dan sudut wuduk. kali ini pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan dan masa yang diberikan juga 2 minggu. Hasil kerjasama yang padu alhamdulillah terhasillah satu mutu kerja yang baik. sekolah pun semakin ceria tapi macam mana pula pencapaian para pelajar......moga-moga pelajar juga akan mendapat result yang baik. Buat pelajar thanawi 6 syukran khatiran kerana sudi memberi sedikit sumbangan kepada sekolah. Moga kalian semua akan berjaya dunia dan akhirat.

SALAM AIDIL ADHA & SELAMAT BERCUTI

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SALAM AIDIL ADHA 2009 & SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK DAN PARA PELAJAR.....
Nampaknya cuti kali ini adalah cuti panjang yang sangat dinanti-nantikan oleh para pelajar tidak kira pelajar sekolah rendah, menengah mahupun bakal2 guru di mana-mana juga IPGM.



Para Pelajar yang sedang berjuang SPM dan STPM gunakan masa yang ada ini untuk mencipta sejarah yang tidak akan anda lupa sampai bila2.....buat mereka yang bercuti panjang jangan pula buku terus dilupakan..kenalah beringat..cuti, cuti - cuti juga tapi buku jangan terus dilupakan. setahu saya pelajar telah diberikan buku teks sebelum cuti sekolah bermula jadi jangan biarkan buku-buku anda terus berkulat.....jangan pula bila buka sekolah tahun depan buku teks yang diberiakn telah lesap entah kemana......kena beringat-ingat la ye anak-anak murid....

Gunakanlah cuti yang ada ini untuk berbakti dengan IbuBapa....jangan sakiti hati mereka....ambilla kesempatan untuk menyayangi mereka selagi mereka masih ada di sisi kita...jangan biarkan hati yang keras menguasai diri untuk menderhaka kepada mereka.....cuti ini pastinya akan mencoretkan seribu satu kenangan manis bagi mereka yang menggunakan cuti ini dengan sebaik mungkin......

buat anak muridku...jumpa kita tahun hadapan dengan inspirasi baru....




Isnin, 23 November 2009

MENDAKI PUNCAK TERTINGGI

Bagi seseorang yang ingin mendaki puncak tertinggi (katakanlah gunung Kinabalu), tentu dia bersedia untuk menempuh berbagai macam halangan; nyamuk, serangga berbisa, onak dan duri mungkin tidak dianggap sebagai masalah atau rintangan kerana jiwanya benar-benar telah bersedia untuk itu semua. Sebahagian besar rintangannya mungkin dianggap biasa dan ringan. Bahkan jiwanya bersedia untuk sesuatu yang lebih besar dan luar biasa; tersesat, terjatuh dan patah tangan atau kaki, kehabisan makanan dan minuman serta kelaparan berhari-hari dan sebagainya. Hatinya sentiasa membayangkan puncak yang bakal ditawannya; kepuasan, kebanggaan dan segala macam perasaan yang bakal dikecapinya. Segala keupayaan fizikal dan mentalnya ditingkatkan dari semasa ke semasa. Dia akan sentiasa memastikan kesihatannya baik dan sesuai dengan perjalanan yang bakal ditempuhinya.

Bagi seseorang yang hanya ingin berehat dan tidak ada apa-apa yang ingin dilakukan selain tidur, makan sambil berehat untuk menghabiskan masa cutinya, tidak akan sanggup untuk berdepan dengan apa-apa masalah. Nyamuk yang terngiang-ngiang ditelinganya ditampar dengan penuh rasa benci dan marah. Jika ada sedikit kekurangan dan masalah, dihadapinya dengan penuh kekecewaan dan sakit hati. Kalau tiba-tiba bekalan air dirumahnya terputus maka dia akan marah-marah dengan wajah yang sangat tidak menyenangkan. Segala masalah-masalah kecil dianggap besar kerana jiwanya mengharapkan keselesaan, kerehatan dan kesenangan.

Apa yang membezakan dua golongan tadi? Perbezaannya cuma satu tetapi menghasilkan tingkahlaku dan sikap yang terlalu jauh berbeza. Salah seorangnya mengharapkan sesuatu yang tinggi manakala seorang lagi mengharapkan kemudahan dan kesenangan.

Yang membezakan kita ialah apa yang kita cita-citakan atau harapkan di dalam kehidupan kita. Jika kita hidup untuk sesuatu yang tinggi dan mulia maka kita bersedia untuk berdepan dengan berbagai masalah-masalah besar dan berat. Bahkan kita memandang ringan sesuatu yang dirasakan oleh orang lain besar. Yang terlintas difikiran kita ialah cabaran dan rintangan maka kita sentiasa meningkatkan diri kita untuk berdepan dengan apa saja yang bakal menghalang tercapainya cita-cita tinggi kita itu.

Bagi seseorang yang hidup untuk sesuatu yang bersifat rendah dan murahan maka persediaan jiwanya terlalu minima. Dia akan kecewa hanya kerana satu halangan kecil, dia merasakan besarnya sesuatu masalah hanya kerana tidak tercapainya keinginan dirinya. Jiwanya sarat dengan kelemahan, kekecewaan, ketidakpuasan, ragu-ragu dan takut. Kehidupannya dirasakan terlalu membebankan jiwanya. Ketika hidupnya diselimuti kemewahan dan kesenangan maka gembira dan bahagianya bukan kepalang tetapi apabila sekali sekala musibah melanda maka dia tiba-tiba hilang keperibadian dan arah tujuan lalu bertindak semborono tanpa mempedulikan hati dan perasaan orang lain, hingga lupa batasan antara haknya dan hak orang lain. Fikirannya sentiasa mencari jalan singkat untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. Jika jalan singkat itu tidak ditemuinya maka jiwanya menjadi terlalu lemah, harapannya hampir padam dan keputus asaan menguasai dirinya.

Oleh itu hiduplah untuk sesuatu yang tinggi dan mulia agar kita memiliki ketinggian jiwa dan harapan. Kita tidak mampu menentukan rintangan hidup yang bakal kita tempuhi tetapi kita mampu menyediakan kekuatan jiwa dan mental untuknya. Dengan persediaan ini kita mengatur usaha dan harapan kita sambil kita melemparkan jauh-jauh segala kekecewaan dan keputus asaan. Kita sentiasa menanti hari esok dengan penuh harapan dan persediaan.

Mereka yang dididik oleh Rasulullah SAW telah meninggalkan kehidupan yang hina dina kepada suatu kehidupan yang tinggi dan mulia. Mereka melihat kehidupan ini dengan jiwa yang hidup. Dengan ketinggian jiwa dan kemuliaan mereka mula mengorak langkah dalam dunia yang padat dengan fitnah dan cubaan. Mereka tidak pernah mengenal kecewa dan putus asa. Ketinggian jiwa yang dibekali keyakinan kepada apa yang dijanjikan Allah menjadikan mereka manusia baru dengan jiwa baru. Jiwa yang penuh dengan keimanan dan tersedia dengan segala kekuatan, lalu dengan jiwa ini mereka menempuh gelombang hidup jahiliyyah yang tidak mengenal kemanusiaan dan tolak ansur. Dengan jiwa ini mereka mencorakkan sejarah baru untuk umat selepas mereka.

Oleh: Cikgu Azmi Bahari (Perunding Motivasi HALUAN)


Khamis, 19 November 2009

PERTEMPURAN BERMULA LAGI....




tarikh 18/11/2009 - tercetus semula pertempuran yang sentiasa diduga....tetapi peperangan yang dimaksudkan adalah peperangan SPM dan STPM. Mahu tidak mahu pelajar tingkatan 5 dan enam atas terpaksa juga menghadapi....bersedia atau tidak itu terpulang kepada individu itu sendiri..namun apa yang diharapkan moga-moga kalian semua memang telah bersedia untuk bertempur dengan senjata yang canggih dan bakal mencatat sejarah diri anda sebagai pelajar cemerlang.

kali ini saya berkesempatan untuk menjaga exam SPM di salah sebuah sekolah di daerah Ranau. Seramai 181 calon yang sedang berjuang untuk menhadapi spm...namun seorang daripada meraka telah rebah sebelum berjuang....tidak hadir langsung untuk mengambil peperiksaan. kesian la pula...spm ini bagi saya satu penanda aras pertama untuk mencorak masa depan...kalau spm pun tidak lepas..maknanya terpaksa la berjuang dengan cara lain.

Bagi anak murid saya semoga mereka telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini, SPM baru sahaja bermula jadi masih ada peluang untuk mencipta sejarah dalam diri anda. soalan BM dan BI cukup senang jadi harap2lah anak2 murid saya dapat menjawab dengan baik.....

pic yang sempat saya ambik masa menjaga exam spm pada hari pertama

tengah tekun menjawab

ada 181 calon tp -1 tinggal 180

pandangan belakang

Beginilah suasana semasa peperiksaan berjalan..semua bertungkus lumus berusaha menjawab yang termampu..siapa yang rajin berusaha sebelum ini insyaAllah mudah la bagi mereka untuk menjawab tetapi jika sekiranya malas berusaha maka terpingga-pingga la di dalam dewan. apa2 pun teruskan usaha dan jgn lupa mohon pertolongan dar yag Maha Esa. Akhirul kalam....lakarkan la sejarah diri anda menjadi sejarah yang amat bermakna buat anda dan masa depan anda......moge berjaya.....



Isnin, 16 November 2009

Jangan layan bayi macam sampah


Sedekad kebelakangan ini, kita sama-sama menyaksikan peningkatan kes pembuangan bayi di negara kita ini. Tiap-tiap tahun ada banyak kes. Kebanyakan kes bayi-bayi yang dibuang ini mati.

Sesungguhnya kita semua amat kesal peningkatan fenomena yang menyayat hati ini. Fenomena ini tidak serasi dengan negara kita sebagai negara timur yang mementingkan semangat kekeluargaan.

Kita harus mengecam gejala pembuangan bayi ini. Pendidikan agama harus diteruskan dan diperkuatkan; pendidikan keselamatan seks juga harus diteruskan dan diperkuatkan di sekolah.

Semua usaha-usaha murni ini harus diperhebatkan. Selain itu, kita juga perlu adakan sedikit "payung terjun" untuk ibu-ibu remaja malang ini yang betul-betul memerlukannya.

Mereka barangkali terjebak kerana kejahilan. Mereka barangkali ditipu, atau ada sebab-sebab yang lain.

Adakah kita harus membiarkan kes pembuangan bayi ini berulang dan terus ulang lagi? Ataupun kita boleh mengambil langkah yang proaktif?

Di Amerika Syarikat, ada hospital kerajaan yang menyediakan inkubator bayi di koridor - satu contoh "payung terjun" yang boleh disediakan.

Barangkali sesetengah pihak akan mengecam saya sebagai menggalakkan pertambahan anak haram. Tidak apa, hujah itu hak mereka untuk mengecam.

Saya tetap berpendapat kita memerlukan saluran yang lebih berperikemanusiaan untuk ibu-ibu remaja yang tidak berhati-hati ini.

Sesungguhnya ibu-ibu remaja ini pasti akan menyesal seumur hidup selepas membuangan anak. Penyeksaan sanubari mereka akan bertambah hebat lagi apabila mereka menyedari anak yang dibuang mereka mati.

Tidakkah harus kita menyediakan "payung terjun" untuk ibu-ibu remaja ini bersama dengan bayi-bayi yang sesungguhnya berhak untuk terus hidup?

Bayi-bayi ini sesungguhnya anak-anak Malaysia seperti anda dan saya juga!

Ahad, 15 November 2009

just think ....

"THE FIRST EARTHQUAKE IN PADANG HAPPENED AT 17.16 HRS AND THE SECOND ONE AT 17.58 HRS."

"THE NEXT MORNING EARTHQUAKE AT JAMBI AT 8.52 HRS"

FIRST, GO AND CHECK THE TIME WITH OFFICIAL MEDIA REPORT. THIS IS FROM THE STAR… THEN CHECK THE SAME VERSE IN QURAN…

SURAH KE 17 -AL ISRAA : AYAT KE 16 ( 17.16 HRS )

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

SURAH KE 17 -AL ISRAA : AYAT KE 58 (17.58 HRS )

Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz).

SURAH KE 8 – AL ANFAAL : AYAT KE 52 (8.52 HRS )

Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhn Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.
Anda mungkin juga meminati:

© free template 3 columns