Jumaat, 14 Ogos 2009

Pohon keimanan

Apakah yang menjadikan jiwa kita mampu bersabar ketika berdepan dengan ujian yang menekan jiwa?

Apakah yang menjadikan jiwa kita tenang ketika kegelisahan menerpa dari segenap penjuru kehidupan?

Apakah yang menjadikan kita pasrah dan bahagia padahal kekecewaan dan kesedihan bersilih ganti mengunjungi jiwa kita?


Kehidupan ini adalah pentas ujian, inilah yang telah sama-sama kita yakini.Gagal dan berjaya adalah warna warninya. Hidup ini penuh persimpangan dan kita seringkali juga tersalah pilih lalu terhenti kekecewaan dipertengahan jalan, inilah yang sama-sama kita alami tanpa kecuali. Kita adalah insan lemah dan hina yang kadang-kadang tidak mampu menundukkan nafsu dalam diri lalu kita menangisinya dengan tangisan keinsafan dan penyesalan, inilah yang memang sedang kita rasai.

Semua ini adalah hakikat kehidupan dan diri kita. Tidak ada yang menjadikan kita lebih mulia atau lebih baik dari orang lain melainkan buah TAQWA yang kita petik dari Pohon Keimanan. Tidak ada yang menjadikan kita tabah melainkan kerana SABAR yang merupakan bunga-bungaannya. Kita tak akan mampu mengusir kesedihan dan kekecewaan melainkan dengan keharuman PASRAHnya.

Kebahagiaan akan tetap menjadi milik kita selagi pohon keimanan ini masih berdiri teguh di dalam jiwa kita. Kita kan memiliki kekuatan luarbiasa selagimana pohon ini kita bajai dan sirami dengan ilmu dan nasihat serta kita gembur-gemburkan dengan ibadah dan ketaatan. Pohon ini akan tumbuh dan merendang di dalam jiwa kita selagi kita tidak jemu-jemu mencabut rumput-rumput keraguan dan putus asaannya.

Bagi mereka yang tidak memiliki Pohon keimanan ini maka bagi mereka adalah kesedihan dan kekecewaan, hari-hari mereka adalah kegelapan dan keraguan sedangkan jiwa mereka terpaksa mengharungi kehidupan. Bagi mereka yang membiarkan Pohon ini layu tanpa jagaan sedarilah bahawa Anugerah ini milik Allah SWT yang mampu mencabut pohon ini mengikut kehendakNya


Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar. Bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Mesyuarat PIBG Sekolah




08.08.2009 telah berlalu, bermula pada pukul 9.00am hingga 11.50am satu mesyuarat Pibg sekolah telah diadakan di dewan sergabuna Thanawi 3. dalam perbincangan kali ini satu jawatan kuasa telah dibentuk untuk menggantikan ajk yang baru....kenapa baru lantik ajk??? baru kali ini pihak Pibg sekolah berpeluang untuk berjumpa secara direct dengan ahli-ahli Pibg sekolah jadi kesempatan ini telah digunakan untuk melantik Pengerusi baru....alhamdulillah semua berjalan dengan baik.

selepas perlantikan dibuat beberapa agenda telah dibincangkan bersama demi untuk kebaikan bersama. antara agenda yang dibincangkan ialah Peperiksaan pelajar, masalah disiplin pelajar, modul kerja untuk pelajar tingkatan 1 dan 2, aktiviti Pibg dan sebagainya. tapi masa ini alMudir tak datang...dia pi KL dia kata ada urusan Rasmi....well..terpulangla.....

semoga dengan perlantikan ajk baru ini...PIBG sekolah akan lebih berwibawa dan lebih aktif berbanding yang lalu....

Sujud-sujud Dalam Islam

Sumber : Fikah Harian - Dato' Dr Haron Din

Segala Puji Hanya PadaMu Allah,Tuhan Bagi Semesta Alam,Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,Penguasa Hari Pembalasan

Dalam Islam terdapat beberapa jenis sujud yang dituntut selain daripada sujud-sujud biasa dalam solat seperti sujud sahwi, sujud tilawah atau sajadah dan sujud syukur

1) Sujud sahwi ertinya sujud kerasa terlupa. Maksudnya sujud ini dilakukan kerana berlaku kesilapan atau tertinggal sesuatu dalam solat yang tidak membatalkannya.Sujud ini perlu dilakukan 2 kali sebelum memberi salam walaupun berlaku beberapa kesilapan.

2) Sujud tilawah ertinya sujud kerana bacaan.Maksudnya apabila seseorang itu membaca ataupun mendengar ayat-ayat Quran yang termasuk dalam kumpulan ayat-ayat sejadah sebanyak 15 tempat maka dituntut pembaca dan pendengar supaya sujud sekali sahaja. Ia juga boleh dilakukan dalam solat yang dikenali sebagai sujud sejadah.

3)Sujud syukur ertinya sujud kerana berterima kasih.Maksudnya apabila seseorang mendapat sebarang nikmat pemberian Allah ataupun terselamat daripada segala bencana dan bahaya maka beliau digalakkan sujud sekali sahaja sebagai menandakan kesyukuran kepada Allah.


Syarat-syarat(Sujud Tilawah dan Sujud Syukur)

1)Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
2)Suci daripada segala najis
3)Menghadap kiblat
4)Menutup aurat

Rukun-rukun(SUjud Tilawah dan Sujud Syukur)

1)Niat
2)Takbir
3)Sujud sekali
4)Bangun daripada sujud
5)Membei salam(bagi sujud syukur)

Tuntutan melakukan sujud sahwi

1)Menambah rukun fi'li tanpa sengaja
2)Menambah rakaat kerana terlupa
3)Meninggalkan tahiyat awal kerana terlupa
4)Syak atau ragu dengan bilangan rakaat atau sebagainya
5)Meninggalkan sunat ab'ad kerana terlupa

Bagi yang meninggalkan tahayat awal dan tidak sujud sahwi solatnya tetap sah kerana tahiyat awal bukan perkara rukun dalam solat manakal sujud sahwi pula sunat hukumnya.

Bacaan dalam sujud sahwi


Bacaan dalam sujud tilawah atau sajadah





© free template 3 columns