Ahad, 28 Jun 2009

Sedikit Ruang Waktu....

Hampir sebulan telah berlalu nampaknya blog ini semakin sunyi dan sepi tanpa info terkini dari empunya blog ini. Banyak ruang masa yang terpaksa digunakan untuk keja-keja yang lebih berhak untuk mendapatkannya. Hampir dua minggu berada di Ibu Negara dengan pelbagai bebanan tugas menyebabkan empunya blog ini tidak dapat menyumbangkan coretan kata-kata di blog ini.

Semasa di KL (15 - 18 jun ) saya telah menghadiri satu taklimat dan kursus khas untuk membuat laman web sekolah iaitu kursus Direct Admin (Joomla) di CitiTel Express Hotel Kuala Lumpur. Saya telah mewakili sekolah saya untuk kursus ini. agak pening juga la nak buat laman web ini memandangkan saya bukanlah orang yang mempunyai asas ICT. pada mulanya ingatkan senang macam blog biasa tetapi susah juga pula mau ikut kursus ini. mahu tidak mau kena juga ikut kursus ini untuk buat laman web sekolah. alhamdulullah selama kursus dijalankan saya dapat juga mengutip mutiara-mutiara ilmu yang amat berguna.

Photobucket

inilah front pages laman web sekolah yang barutapi masih dalam proses pembikinan...so banyak lagi maklumat yang tidak lengkap....

Minggu seterusnya pada 20 - 24 jun pula saya telah mengikuti Kursus data Emis Pula di Adamson Hotel Kuala Lumpur jiran kepada Cititel Express Hotel jer....kursus data pula agak penat kerana banyak benda yang perlu dilakukan. banyak input baru yang telah disampaikan Oleh Pihak EPRD (Unit Perancang dasar ). alhamdulillah dapat juga melalui kursus ini walaupun pening kepala....

Sekembalinya dari kursus kena bantu lagi Program Mukayyam Bahasa Arab. So just bantu yang dapat ajer la.....penat juga sbb penat dari kursus belum habis dah kena turun padang pula membantu Bahasa Arab....sy tak pandai arab cuma menjadi Ajk bawahan jer....Moga adalah peningkatan bahasa Arab pada tahun ini. Amin..

nampaknya mata dan tangan makin lemah nie...nak masuk tidor dulu la.....esok dah kena pi Sekolah.....

Isnin, 15 Jun 2009

al-ustaz fathi yakan telah meninggalkan kita

13 Jun - Dunia Islam dikejutkan dengan pemergian seorang da'iyah yang cukup terkenal di medan lapangan dakwah, Syeikh Fathi Yakan, pagi tadi selepas bertarung dengan penyakitnya beberapa lama. Beliau yang merupakan Ketua Pakatan Amal Islami Lubnan meninggal dunia pada usia 76 tahun.
Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Tarablus, Utara Lubnan. Sepanjang penglibatan dalam amal Islami, beliau dianggap sebagai salah seorang tokoh utama dan penting bagi gerakan dakwah Islam di Lubnan secara khususnya dan di seluruh dunia Islam secara umumnya. Beliau merupakan pengasas gerakan dakwah Islam di Lubnan pada tahun 1950-an.
Beliau juga telah memainkan peranan yang sangat penting dan meninggalkan sumbangan yang amat besar dalam meletakkan dasar-dasar utama kepada pemikiran dan fikrah gerakan-gerakan Islam di dunia Arab dan Islam. Di antara siri karya-karya da'awie beliau yang banyak digunapakai oleh penggerak-penggerak dakwah adalah buku "Apa Ertinya Aku Menganut Islam", "Permasalahan Dakwah dan Da'iyah" dan "Abjadiyat Tasawwur Haraki dalam Amal Islami".
Karya-karya berharga beliau telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain termasuklah bahasa Melayu.Beliau juga pernah bertanding dalam pilihanraya tempatan Lubnan ada tahun 1992, dan memenangi kerusi Tarablus. Beliau juga merupakan salah seorang panel Konvensyen Islam Antarabangsa. Di dalam Lubnan, peribadi beliau digambarkan sebagai seorang patriotik, seorang yang menyeru dan berusaha kepada kesatuan perpaduan, dan merungkaikan perselisihan atau perbalahan di kalangan masayarakat Lubnan, terutama sekali di antara golongan majoriti dan minoriti.
Semoga Allah mengampuni dosa beliau, meletakkan beliau bersama para Nabi dan Rasul, para Siddiqin, Syuhada' dan Solihin, mereka semua adalah sebaik-baik teman di sana. Moga Allah mengganjari semua amal beliau semasa hidup, mengurniakan kepada kita kemampuan untuk menuruti langkah perjuangan, tunjuk ajar dan contoh tauladan yang ada pada peribadi beliau.Wahai sheikh, kita tak pernah bersua di dunia, kami berharap semoga kita akan bersua di sana nanti. Amin. sila lihat website ikhwan jordan http://www.ikhwan- jor.com/

© free template 3 columns