Isnin, 25 Mei 2009

Minggu Akhir Sebelum Cuti

Alhamdulillah peperiksaan pertengahan tahun telah berakhir, hanya tinggal 4 hari lagi cuti semester akan bermula. Suasana sekolah pada minggu ini agak perlahan dan guru-guru agak sibuk untuk memeriksa kertas soalan.

Alhamdulillah saya pun dah abis " Mark Paper" dan sudah pun menghantarnya dengan guru-guru kelas. Kalau tak siapkan nanti kena "tiau" pula. so kena la siapkan awal dan alhamdulillah semuanya sudah siap. Minggu ini juga pendaftaran PTK telah berjalan dengan lancar dan saya telahpun menjalankan amanah dengan baik. Syukur...

InsyaAllah hari ini ada program untuk pelajar-pelajar menengah atas khas dari PSS (Persatuan Siswazah Sabah) dan kelas PROBIM bermula lagi.

Isnin, 18 Mei 2009

Seminar PIBG SMKA & SABK Sabah 2009


Pada 17 Mei 2009 satu seminar khas untuk PIBG SMKA & SABK Sabah telah diadakan. Seminar yang julung kali ini diadakan di SMKA Kota Kinabalu ( SMAKK). Di mana seminar ini adalah pertama kali menggabungkan 8 buah SMKA dan 2 buah SABK di negeri Sabah.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Muhiyuddin Yusin iaitu Timb. Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Majlis ini bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 12 tengah hari. Terdapat 2 program Wacana Ilmu iaitu Pembinaan Negara Bangsa dan Halatuju kecemerlangan SMKA dan SABK.

Banyak input yang diperolehi dari seminar sehari ini. Rugi bagi mereka yang tidak turut serta dalam seminar ini. Saya sungguh tertarik dengan penggunaan ayat dan laras bahasa yang digunakan oleh dr semasa menyampaikan ulasan beliau. Dia banyak menggunakan istilah-istilah ilmiah dan perumpamaan yang cukup gramatik.

Sedikit perkongsian ilmu yang saya perolehi dalam seminar ini iaitu jangan kita bodoh sombong. ceritanya lebih kurang macam ini.....Di sebuah Kota ada seorang yang makbul doanya....semasa berlaku hujan lebat yang tak berhenti-henti maka kampung tersebut telah mula banjir..semua orang kampung telah berusaha untuk menyelamatkan diri dari banjir tersebut. Tetapi orang yang makbul doanya tadi tidak juga menyelamatkan diri.

Apabila orang kampung mengajaknya untuk menyelamatkan diri tetapi beliau tetap dengan pendiriannya tidak mau berganjak dari rumahnya keran dia yakin Allah akan membantunya.
Apabila hujan semakin lebat dan banjir semakin tinggi semua penduduk kampung telah berpindah tetapi orang tadi tetap dengan pendiriannya untuk tetap berada di rumahnya sehinggalah air telah menengelamkan separuh rumah orang tadi.

Pada masa itu dia tetap yakin Allah akan membantunya..sehinggalah air banjir tersebut telah sampai hingga ke bumbung rumahnya. Pada Masa itu orang tersebut mula berdoa..." Ya Allah selamatkan la saya...." tidak lama selepas itu datanglah sebuah sampan kecil ke tempatnya dan mengajaknya untuk naik ke atas sampan tersebut namun lelaki itu menolak pelawaan tersebut dengan menyatakan Allah pasti akan menolong saya.
Selepas sampan itu berlalu pergi, orang itu berdoa kembali dengan doa yang sama " Ya Allah Selamatkanlah saya".

tidak lama selepas itu datang pula Kapal yang besar ke arahnya dan menyuruh orang tersebut naik ke atas kapal tersebut....sekali lagi lelaki itu menolak pelawaan pemandu kapal tersebut kerana dia yakin Allah aka membantunya. Maka kapal itupun terus berlalu..banjir semakin dalam dan deras...lelaki itu berdoa lagi dengan doa yang sama..


Tidak lama selepas itu datang pula Helikopter ke arahnya dan menurunkan tangga tali dan menyuruh lelaki tersebut untuk naik ke atas tali tersebut. Namun sekali lagi lelaki itu menolak tawaran tersebut. Helikopter itu terus berlalu.....tidak lama selepas itu hujan makin lebat dan banjir semakin dasyat...maka tidak lama selepas itu...lelaki itu terus lemas dan hanyut dibawa arus yang deras.
Persoalannya??? korang rasa-rasa la...apa Allah akan jawab pada orang itu jika dia bertanya Allah kelak kenapa Allah tak selamatkan dia semasa banjir tersebut.????? saya pasti korang pun tahu jawapannya....

.
SO janganlah jadi BODOH SOMBONG..PERTOLONGAN DAH ADA FIKIRLAH SENDIRI...PELUANG SUDAH ADA DEPAN MATA JADI AMBIK LA PELUANG TERSEBUT....

moga ada sedkit pengajaran bersama... :)

Dipendekan cerita masa nak balik tu hujan lebat....alhamdulillah pada pukul 6 petang kami selamat sampai semuala ke Ranau.

Jumaat, 15 Mei 2009

SeLaMaT HaRi GuRu




Saya nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua x-Guru saya yang telah mengajar saya selama ini. Terima Kasih atas Ilmu yang diberikan, buat semua guru yang pernah mendidik saya dari Prasekolah hinggalah ke Menara Gading...terima kasih saya ucapkan..jasa kalian tidak akan ku lupakan....saya akan teruskan menyambung warisan sebagai insan bergelar Pendidik.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam semasa saya pi taklimat pendaftaran PTK di PPD Ranau, saya ada terima call dari ABX Terkejut juga tiada angin tiada ribut, tiba-tiba kena call..sedangkan tiada pun kawan yang bagi tahu mahu hantar barang atau saya memesan apa-apa.... lepas saja kursus tu habis, saya pi ke ABX Ranau untuk mengambil barang tersebut. Bila sampai di rumah saya pun buka la...skali buku pula yang dikirimkan dari Sahabat...Syukran jazilan.....

Tajuk buku :
Setengah Berisi, Setengah Kosong

Best Wishes on Teacher Day n Always
" God Understood pur thuist for knowledge our need to be led by someone wiser
someone who could see potential n bring out the best in others"
.....so God made a teacher...


Selamat Hari Guru ini juga saya tujukan buat rakan2 guru seperjuangan My Lovely teacher Ust. Ishak Othman, Ust Azril, Ust Rezany, Ust Madris, Ust Ismail, Ust Rukimin, Ust Ahadin, Cikgu Suhairul, Cikgu Hisyam Yong, Ust Kamarol, Cikgu Joy, Cikgu Zahrul, Cikgu Mizan, Cikgu Zul Azreen, Cikgu Misha, Cikgu Lin, Cikgu lela, Cikgu Amirah, Cikgu Hidaya, Cikgu farisia and all teachers in Malaysia..( kalau mau tulis semua 100 helai pun tak cukup)...heheheh

" selamat mendidik anak bangsa kita moga kita sentiasa tabah dan bermotivasi dalam mendidik anak murid"

Khamis, 14 Mei 2009

Abg Abdullah & Kak Fadh

Pertemuan pada 13 mei 2009
tempat : di Pekan Ranau
selamat datang ke My Hometown...
ada rezeki jumpa lagi..
pic ini saya ambik masa abg Dollah dan kak Fadh datang pi Ranau...
baru lepas dari Poring Hot Spring.
buat sahabat2 yang x-uum dulu nak tau mcm mana Ranau tanya la abg Dollah dan Kak Fadh yer...

Isnin, 11 Mei 2009

Suasana Exam

Jom kita tinjau-tinjau masa Exam sedang berlangsung....
exam pertengahan tahun ini bermula pada 11 Mei - 22 Mei 2009
kenapa lama sangat? sebab ada 20 subjek.....
memang tak sama dengan sekolah yang lain...so banyaklah ruang masa yang diperlukan...

Thanawi 5
tengah tekun menjawab

Thanawi 4
tengah mendengar penerangan sebelum exam bermula

Thanawi 1

Thanawi 2

Thanawi 5
Gambar-gambar ini diambil diawal peperiksaan jadi sempat lagi la pelajar posing sebab terperasan saya ambik gambar...moga2 dapat la menjawab dengan baik...

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SEMESTER 1


Sabtu, 9 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU



10 mei setiap tahun adalah hari Ibu. pastinya ibu-ibu akan berbunga riang dan gembira kerana mereka akan diraihkan. setiap anak yang mempunyai ibu sudah pasti ada kejutan untuk ibu mereka. tapi buat diriku ini....saya tidak dapat berbuat apa-apa hanyalah iringan doa buat ibu tersayang. kini telah 12 tahun ibu tiada di sisi kami sekeluarga.

Setiap hari sebenarnya adalah hari Ibu. namun 10 Mei telah diwartakan sebagai hari ibu untuk menghargai kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu. Ibu adalah tempat pertama kita berlindung. Selama 9 bulan kita berada di dalam kendungan ibu dan ibu tetap sabar dan berharap yang terbaik untuk anaknya. Seorang ibu dapat menjaga anaknya walau seramai manapun anaknya, tetapi 12 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

Ibu engkaulah ratu hatiku....terasa rindu pula pada ibu..ketika saya membuat coretan ini hati saya agak sayu dan pilu kerana tidak sempat memberi hadiah semasa hayat ibu masih bersama kami. zaman sekolah dulu hanya mampu mengucapkan selamat hari Ibu sahaja. tapi dulukan tinggal asrama so nak ucapkan hari ibu pun kena tulis surat...nak telefon masa tu belum ada telefon rumah...so surat aja la pengutus salam.....

Ibu walaupun 12 tahun telah berlalu tapi sentuhan dan belaian kasih sayang ibu tetap saya ingat...saya agak rapat dengan ibu sebenarnya...jarak 4 tahun antara saya dan adik di bawah saya membuatkan sayalah yang paling lama bersama-sama dengan ibu. ketika saya berumur 4 tahun barulah saya dapat adik kalau jarang saya dengan kakak saya cumalah setahun. tempoh 4 tahun itu saya adalah peneman ibu yang paling setia tetapi anak yang paling nakal dan manja dengan ibu....masa umur 5 tahun barulah saya ada adik..itu pun saya tetap juga rapat dengan ibu....membantu ibu menjaga adik dan macam-macam lagi kerja....Ibu suruh saja pasti saya kan buat......

Ibu....jika ibu masih ada pada hari ini sudah pasti saya adalah anak pertama yang akan mengucapkan selamat hari Ibu dan akan memberikan hadiah yang istimewa buat Ibu....namun semua itu tidak akan berlaku kerana takdir telah tersurat ibu telah pergi......hanya doa untuk ibu Moga Ibu Aman di Sana.....Amin....

Ibu....saya ingin menjadi anak yang soleh..yang boleh mendoakan Ibu di sana....saya tahu saya tidak mampu membalas jasa Ibu...Jasa Ibu Tiada taranya.....hanya Doa yang dapat ku hulurkan buat Ibu di sana....





teringat pula lagu Nasyid masa di sekolah menengah dulu...

" sewaktu azan mendayu-dayu
ibuku pergi meninggalkan ku...
perginya tak kan kembali...
kerna tuhan telah menentukan

Doa restu
ku utuskan untukmu ibu..
semoga ibu
tenang di sana , di akhirat yang
kekal abadi...

ibuku..
kau pemupuk kasih sayang
kerna kaulah ibu yang sejati
kasihku padamu
seperti dulu
selamat tinggal ibuku.....

itu la antara bait-bait lagu tersebut.....bagi mereka yang masih mempunyai Ibu hargailah mereka, jangan menderhaka kepada Ibu....kenanglah kesusahan mereka dalam mengandung kita dan mendidik kita semasa kecil. tanpa ibu tiadalah kita di bumi ini. Ibu dan Ayah adalah permulaan kita...IBU....SeLaMaT HaRi IbU.......

Rabu, 6 Mei 2009

kelas Probim bermula

Akhirnya dapat juga saya dan rakan sekerja menjayakan program PROBIM-M3 kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Setelah beberapa perbincangan antara saya, guru panitia matematik dan PK1 maka kami telah membuat keputusan untuk meneruskan kelas Probim ini.


Hari pertama bermula sungguh seronok...kawan2 turut membantu seperti cikgu Suhairul, Cikgu Hidaya dan Cikgu Farisia. " Thanks my Friends" pelajar juga gembira kerana mereka telah diberi peluang untuk memperbaiki diri dalam mata pelajaran Matematik.


Program PROBIM-M3 ini sebenarnya adalah program khas kepada pelajar tingkatan 1 untuk memastikan pelajar-pelajar ini akan dapat menguasai asas matematik untuk kepentingan di Masa Hadapan. ianya perlu dijalankan di sekolah selama 10 minggu. tak tau la mampu atau tidak untuk kami adakan kelas Probim ini.


Minggu depan insyaAllah peperiksaan Pertengahan tahun akan bermula iaitu 11 mei - 22 mei. so bila tiba exam dan cuti rasa pelajar pasti tidak akan datang.....tak pe la yang penting kita ada usaha dan laporan.

::: tengah pening nak tidor nie.......so tak banyak la coretanku....

Allah itu Wujud



ALlah itu wujud (ada). ALlah ada dengan tiada yang menjadikanNya. ALlah ada tidak kerana sesuatu yang lain.

ALlah ada bersama zatNya. ALlah tidak akan mati, tidak akan hilang. Semua orang mengakui akan adanya ALlah termasuklah orang kafir. Bezanya cuma 0rang Islam mengakui ALlah ta'ala ada. Tetapi orang kafir mengakui ALLah ada dengan mempersekutukan (mengatakan ada kuasa lain yang lebih tinggi dari ALlah atau sama denganNya), tidak beribadah kepadaNya.

Firman ALlah yang bererti : "Dan jika engkau (Muhammad) bertanya kepada mereka (Orang-prang yang syirik) siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Pasti sekali mereka akan menjawab : ALlah. (Surah az Zumar : 38)

Akal sendiri membuktikan akan adanya ALlah.

Akal yang sihat akan membenarkan sendiri akan adanya ALLah. Setiap sesuatu pasti ada yang menjadikan dan tidak terjadi dengan sendiri. Alam yang terbentang luas, dari sebesar gajah sehingga sekecil kuman ada yang menjadikan. Takkan kerusi akan jadi dengan sendirinya? Tentulah ia mustahil.

Firman ALlah yang bererti :

Amat Suci Dia, Dialah Tuhan yang Esa lagi gagah ( Surah az Zumar:4)

Firman ALlah lagi yang bererti :

"Yang bersifat demikian ialah ALLah, Tuhan kamu yang mencipta tiap-tiap sesuatu daripada tiada kepada ada; tiada Tuan yang berhak disembah melainkan Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan daripada menyembahNya? " (Surah Ghafir: 62)

Selasa, 5 Mei 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat Pengantin Baru buat Ustaz Rukimin Jafari bersama Isteri tersayang.

Tarikh kahwin : 02.05.2009
Tarikh gambar diambil : 03.05.2009
Semoga Ikatan perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat
mendapat zuriat yang soleh-soleheh...amin



Ahad, 3 Mei 2009

Trip to langsat

Setelah sekian lama tidak turun padang untuk membantu ayah di kampung akhirnya saya turun jua untuk sama-sama membantu ayah tersayang. Kebetulan pulak ada cuti sekolah jadi saya ambil peluang untuk membantu ayah di kampung. Biasalah kalau hujung minggu saya kena tunggu kakak dan adik balik rumah sewa dan sama-sama balik ke kampung.

Cuti kali ini agak ramai skit…kakak dari Sandakan dan kaingaran balik, begitu juga dengan 2 orang adik saya yang belajar di asrama. Jadi bila balik kampung meriah skit la rumah tu…..kami sampai di kampung lebih kurang 5.30 petang…..malam tu ayah ada pesan untuk tolong ayah pi ambik langsat esok pagi…saya ok aja….yala kan sudah lama tidak tolong ayah so kena juga tolong dia…

Pada pagi tu seperti biasa selepas selesai menunaikan tanggungjawab kepada yang Maha Esa…seperti biasa rutin saya lepak di ruang tamu…best ape duk di ruang tamu sambil mendengar radio..tp tertidur balik ini…empuk sangat di sofa tu…heheheeh…bila sedar ada pula kucing di tepi tangan…best kan!!!

Kembali semua cerita ambik langsat….mula tu ingat macam tidak jadi la mau pi ambil langsat sebab tengok cuaca macam mau hujan aja…heheheh bila pukul 9 cuaca agak bagus…so ayah pun bawa la pi ambik langsat….saya pun on aja la….bila lagi nak tolong…tp sebelum tu ada juga fikiran nakal….” Kalau ada adik2 lelaki balik kan bagus ….boleh juga during pi tolong ayah ambik langsat…hehehe” saya ada 3 orang adik lelaki tp semua tengah pelajar lagi kat IPT so belum cuti jadi tinggal saya seorang lagi la lelaki yang mau bantu ayah…..ada abg juga tapi malas nak mampus!!!! Heheheh

Trip mau ambil langsat agak jauh kali ini iaitu kira-kira 1.5 km. Dalam 30 minit perjalanan la….trip kali ini saya bersama ayah, kakak dan adik. Kami berempat dengan misi mengambil langsat…boleh Berjaya ka ni ah? Heheheh boleh bah….sebelum mau jalan tu saya berkira-kira juga mau angkat apa pi ambik langsat. Skali tu ayah suruh angkat “basung” bakul tinggi aras pingang….kalau penuh berat juga tu…..saya mula memikirkan macam manalah mau angkat ini? Sudah lama tidak buat kerja ini…lagi-lagi angkat dan berjalan naik bukit..blank…..

Lebih kurang 9.30 pagi kami bertolak….nampaknya 1st time pulak saya jalan jauh untuk tahun ini..pi ambik langsat di lereng bukit…kira-kira 75 darjah la kecuraman cukit tu….kalau tidak biasa jalan boleh “krem” kaki….masa pi sana tu….baru jalan turun bukit dan tanpa membawa apa-apa pun sudah “ ketaq” kaki ni, belum lagi balik dengan naik bukit dan membawa langsat. Masa dalam perjalanan pergi sempat lagi mengimbas semula memori silam sewaktu kecilku….dulu masa sekolah rendah selalu balik kampung…entah la rasa maca dulu banyak betul cuti sekolah…setiap kali cuti sekolah saya orang pertama akan bertanya dengan ayah bila boleh balik kampung. Disebabkan dulu ayah keja polis jadi jarang la dapat balik bersama-sama….maybe sebab kami ramai ayah tidak kisah kalau kami balik kampung….apa lagi sy la orang pertama mau balik kampung…..nasib baik ada uncle yang keja driver bus Keningau-Ranau jadi ayah tidak la risau untuk kami balik ke kampung. Kalau cuti seminggu 4 hari balik kampung dan 3 hari lagi kena balik rumah sudah. YES BOS!!! Mesti patuh araha ketua….eheheh

Entah la sama pi tu banyak pula peristiwa yang terjelma semua di skrin ingatan saya…bila melalui denai yang telah lama ditinggalkan saya senyum sendirian…bestnya masa kecik-kecik dulu..atuk dan nenek tak pernah marah saya….kira cucu yang rajin juga la dulu…rajin sungguh ikut ke ladang..jauh mcm mana pun sampai juga…bila pi ke ladang bukannya menolong sangat pun…selalunya kalau dah merumput sejam mula la rehat jam…macam =macam aktiviti yang dibuat….naik pokok la..pi mandi sungai la..tp nenek dan atok tak pernah marah…..bila time makan aja kena panggil…apa lagi suka la…..lepas maka tu buat la keja skit..pas tu apa lagi….mula la aktiviti bebas…..bestnya….

Kembali semua cerita ambik langsat…..setelah 30 minit berlalu barulah bertemu dengan dusun buah-buahan ayah. jauh juga tempat ini seingat saya masa kecil-kecil dulu..tempat ini macam dekat aja….tapi sekarang rasa macam jaub la pulak..dah la kaki dan ketaq tidak tau la kalau balik nanti macam mana….

Sampai aja di dusun tu ayah bagi tau pokok yang nak di kutip buahnya….alamak tingginya pokok langsat ini….boleh ke saya panjat lagi ni????? Sudah lama sangat tidak memanjat….setelah 5 minit berehat…tanpa disangka-sangka ayah pula memanjat pokok langsat…tinggi pulak tu….kesian ayah…..ingatkan saya mau naik tapi ayah tidak benarkan…teringat pula masa naik pokok langsat di halaman rumah…lepas panjat sahaja esoknya saya demam dan sakit badan……maybe sebab itulah ayah tidak suruh saya panjat pokok langsat itu…so jadi tukang tunggu kat bawah aja la….di hatiku tidak henti-hanti mendoakan keselamatan ayah…risau juga umur dah 60 thn tapi masih boleh naik pokok…

Nak memutik buah langsat bukannya mudah..banyak buahnya berada dihujung ranting….silap langkah jika tak berhati-hati boleh jatuh…Alhamdulillah akhirnya selesai juga ayah memutik langsat pada pokok yang pertama…kesian ayah..jadi saya minta la kebenaran untuk pajat pokok langsat yang kedua…Alhamdulillah ayah benarkan juga tp kena hati-hati pesan ayah….Ok BOS!!!!...

Berjaya juga saya memanjat langsat dan memutik buahnya….setelah hampir sejam setengah kami memutik buah langsat kami bakul kami pun penuh (heheheh tidak tau ini mau guna ayat apa….entam aja la…) masa untuk balik….alamak mampu ka saya memikul bebanan ini??? Apa-apa pu kena angkat juga la…mula tu try angkat ok jer….so dalam hati pun lega skit…

Tapi..ingatkan ringan la skali bila dah start naik bukit macam mau pitam pun ada….suda pun langsat tu berat…naik bukit lagi..rasa macam mau tertanam aja di tanah angkat langsat itu…mula la tangan nak sakit dan kaki pun tiba-tiba kebas….so terpaksa la rehat…..masa rehat tu teringat pula ambik langsat masa puasa tahun 2007….lucu betul….dah la puasa nak angkat berat lagi…hampir pitam la jawabnya…pas tu taubat sudah mau pi ambil langsat masa puasa…nanti batal puasa kalau pitam beb!!!

Bila penat dah reda skit…barulah saya jalan semula…dalam perjalanan balik hampir 20 kali saya berhenti….apa tidaknya..penat sungguh….dah berapa tahun tidak pi angkat langsat…naik bukit lagi tu….adus!!! penat giler…( penat pun gila ka…?) canggih betul bahasa sekarang ini. Sampai penat pun boleh gila….akhirnya setelah hampir 2 jam barulah saya tiba di rumah dengan muka yang pucat dan tidak bermaya…sampai saja di rumah saya letak saja langsat tu ditepi saya terus baring di ruang tamu….sedar-sedar sudah 2.30 petang…nasib baik sedar….walaupun penat tapi tanggungjawab kita WAJIB kita tunaikan…apa lagi ambik wuduk terus la tunaikannya….lepas tu..heheheh sambung tidor la….dalam pukul 4.50 petang barulah sedar semula….lepas solat asar pi cuci kereta dan lepas tu barulah saya mandi…heheheh

Alhamdulillah dapat juga membantu ayah walaupun hampir tidak larat tp ku gagahi juga demi ayah tersayang. Ayah dapat RM 165.00 ( 55 kilo). Bila diperhatikan semula bertapa besarnya jasa ibubapa kita dalam mancari nafkah untuk anak-anaknya. Mereka tidak pernah tau erti putus asa…walaupun penat mereka tetap melakukan kerja tersebut demi anak-anaknya. Hargailah pengorbanan kedua orang tua kita. Bagi mereka yang masih ada ayah dan ibu taati la mereka dan bantulah yang termampu….jangan menderhaka kepada keduanya. Saya bangga dapat membantu ayah….alhamdulillah….

© free template 3 columns