Selasa, 27 Januari 2009

Hari ini hari Selasa

salam...
suda lama benar saya tidak menziarahi dan update blog saya ini. baru hari ini berkesempatan untuk membuat beberapa perubahan pada blog saya ini. agak bosan dengan themes yang lama jadi saya ubahlah kepada yang simple aja. Apa yang penting dapatlah saya mencoretkan kata-kata disini.

Tahun Baru Cina baru sahaja berlalu. bahang kemeriahaan masih lagi terasa setiap malam menjelma pasti ada sahaja bunyi merecun, berbagai jenis bunga api juga kelihatan. cantik tapi agak bising juga la. Apa boleh buat bagi la chance kaum Cina untuk meraihkan hari perayaan mereka.

Esok sekolah buka seperti biasa sebab sekolah saya tidak buat sekolah ganti sempena perayaan Tahun Baru Cina ini. jadi esok kena datang sekolah juga la....but nevermind ok aja bah....esok juga baru nak urus buat surat laporan pengesahan lapor diri di sekolah. harap-harapla dapat buat fail jabatan sebelum SPP memanggil saya. kena usaha ini....

Alhamdulillah kini sudah sebulan laman komuniti yang saya bina. alhamdulillah nampaknya dapat juga merapatkan lagi ikatan ukhwah antara kawan2 dan juga guru-guru. nampaknya hari semakin gelap...nanti sambung la....

Khamis, 15 Januari 2009

Petang yang Hening

Sejuknya.....dah la daerah ini terkenal dengan daerah sejuk....alamat keras la orang yang bukan asal dr ranau....ari ini alhamdulillah guru baru sekolah baru datang...ada 3 orang semuanya 2 guru perempuan dan 1 guru lelaki. 1 guru kaunseling, guru bi dan seorang guru mate.

sejak ada laman komuniti sekolah menengah dulu saya dah kurang masuk ke blog ini...tambahan pula kerja sekolah makin bertambah....banyak kerja dan laporan yang perlu dibuat dan kena hantar pada masa yang singkat. sebagai guru data saya perlu siapkan 3 laporan awal tahun iaitu EMIS, SMM dan Laporan Inventory...pada masa yang sama saya juga di hujani dengan permintaan maklumat sekolah oleh SPIMS( sektor pendidikan Islam dan Moral sabah)..hairan la...sudah ada data emis yang dihantar tiap2 tahun pun still minta juga butiran sekolah.....

kerani sekolah pula..perangai macam raja..tak pernah tengok dia sibuk buat kerja...keja dia hanya tau pi bercerita dengan guru2 lain.....Astagahfirullah....harap2 bila sudah ada guru baru iklim sekolah akan berubah la...harap2 tahun ini bermula yang baru bagi sekolah saya.....esok orentasi pelajar tingkatan 1 dan minggu seterusnya sukan sekolah....

kak amirah, kak siti dan Rosmiah....masing2 mula menunjukkan feel yang lain...maybe ada petanda sesuatu yang baik kot....mudah2 mereka dipermurahkan rezeki dapat cahaya hati secepat mungkin....saya pula....Biarlah rahsia...heheheheh moga mereka berbahagia....

Sabtu, 10 Januari 2009

Try ke GYm

Entah macam mana saya boleh terfikir nak ke GYm.....tengok jam di tangan baru pukul 4.30 selapas selesai solat asar terfikir juga dah lama tak pi bermain..dah tinggal jauh dari kawan-kawan ini susah skit nak pi main. tambahan pula kereta tidak ada.....

Jadi pi la joging...masa joging tu terfikir juga tempat Gym ty tak jauh dari umah 6-7 minit jer perjalanan..jadi apa lagi terus la pi....sampai di tempat Gym lawak nie saya je yang kursus ...ada abg pemilik gym tu tanya ..adik nak main gym ker? heheheh jawab dengan malu2 sajer mau buat masa pi main2...pastu abg tu bawa la saya masuk da tunjukkan cara penggunaan peralatan yang ada dlm tu...malu juga sebab yang datang ke tempat tu semua badan berotot...depa ingat sy nak jadi ahli bina badan..heheheheh siapa mau!!!

saya datang saja untuk kesihatan...dah lama bangat tidak pi main ini jadi alternatif saya pi la ke gym...abg tu cakap dengan sy ...adik kalau pi gym kena disiplin la yer...jgn macam chipmore...heheh jadi sy pun mula la terfikir daripada sy tiada buat petang2 di rumah lebih bagus sy joging dan ke gym sajer untuk kesihatan. dalam seminggu 3 kali pun dah ok...

oklah, nampaknya baju belum berjemur...ops nak out dulu la....

Khamis, 8 Januari 2009

Khutbah Jumaat

Kewajipan Bantu Palestin

Berikut ialah teks khutbah terkini yang disediakan oleh panel perunding Aman Palestin Malaysia untuk diedarkan kepada khatib-khatib sebagai pilihan sekiranya tidak terdapat teks khutbah khusus membicarakan kepentingan dan kewajipan umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia membantu umat Islam di Palestin. Tolong cetak dan berikan kepada semua khatib-khatib di kariah kita.

Khutbah Pertama

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 154:
“Janganlah kamu menganggap (berkata) mereka yang berjuang di jalan Allah (jihad) mati, bahkan mereka sebenarnya hidup tetapi kamu tidak mengetahuiâ€

Sidang Jumaat sekalian,

Dendam kesumat dan kezaliman orang-orang Yahudi terhadap Islam dan umat Islam tidak akan padam bermula dengan peristiwa hijrahnya Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah. Semenjak peristiwa hijrah yang memberi impak besar terhadap perkembangan Islam, Yahudi sentiasa merencanakan programnya bagi memastikan Islam akan lemah dan tidak diterima oleh manusia. Bermulalah perancangan- perancangan licik mereka dengan menggunakan pelbagai pendekatan, sama ada yang sulit mahupun yang terang bagi memastikan cita-cita mereka untuk menguasai dunia tercapai.

Sebagai contohnya, Perang Ahzab tercetus adalah disebabkan persengkokolan kabilah-kabilah Arab untuk menyerang Madinah hasil adu-domba dan hasutan yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi setelah mereka mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah saw. Contoh lain pula, apabila Kota Konstinople berjaya dibebaskan oleh Sultan Muhammad al-Fateh yang boleh menatijahkan Islam akan berkembang dengan pesat di benua Eropah, Yaaqub Basha (Miyastro Jacob) seorang doktor yang beragama Yahudi telah membunuh Sultan serta Panglima Perang ini, dengan meracunnya pada tahun 1487M. Sejarah moden juga tidak ketinggalan mencatatkan, bagaimana pelbagai perancangan jahat mereka melalui pertubuhan zionis, telah menghasilkan negara haram Israel pada 14 Mei 1948 melalui perampasan tanah-tanah milik umat Islam hasil perjanjian Balfour pada tahun 1917. Persengkokolan zionis dengan negara-negara Eropah terutamanya Britain pada masa tersebut, telah menyebabkan penderitaan berpanjangan
rakyat Palestin sehingga menjangkau 60 tahun lamanya sehinggalah kepada serangan besar-besaran melalui udara yang dilakukan oleh rejim zionis kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sekarang ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati,
Demokrasi pilihanraya yang telah diperkenalkan oleh Barat dan didokong oleh mereka telah menyebabkan HAMAS memenangi pilihanraya pada tahun 2006. Mantan Presidan Amerika Syarikat sendiri, iaitu Jimmy Carter yang menjadi pemerhati pilihanraya tersebut, telah menyatakan bahawa pilihanraya yang dijalankan adalah telus dan adil. Rakyat Palestin telah memilih HAMAS melalui demokrasi yang didokong oleh Amerika Syarikat tetapi negara kuasa besar ini jugalah, yang menafikan kemenangan tersebut hasil daripada pengaruh zionis yang menguasai Rumah Putih. Rakyat Palestin telah memilih kerajaan yang sah menurut perlembagaan tetapi telah dinafikan kerana memilih HAMAS yang menjadi musuh kepada negara Israel. Amerika dan Israel lebih minat untuk membuat hubungan dengan FATAH yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas kerana mudah bagi mereka mempengaruhinya berbanding Ismael Haniyya yang lebih tegas dengan Israel. Hakikatnya pelbagai perjanjian yang dimeterai termasuklah
perjanjian Oslo pada tahun 1993, namun kesemua perjanjian tersebut tidak memihak kepada rakyat Palestin sehingga kezaliman dan penindasan berterusan. Kemenangan HAMAS telah menyebabkan sekatan dilakukan oleh rejim zionis sehingga menyebabkan penderitaan yang tidak dapat digambarkan dialami oleh rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Bekalan makanan disekat, bekalan ubat-ubatan dinafikan, minyak dan gas dihalang, permit kerja dibekukan sehingga memberi kesan penderitaan yang amat perit untuk digambarkan. Tanpa peri kemanusiaan, rejim zionis melakukan apa sahaja yang dikehendaki oleh mereka tanpa menghiraukan bantahan masyarakat dunia, undang-undang antarabangsa dan protokol-protokol Geneva yang diluluskan oleh masyarakat antarabangsa. Rakyat Semenanjung Gaza yang berjumlah 1.5 juta mengalami kelaparan, kesakitan berpanjangan, pengangguran dan kesusahan yang tidak boleh digambarkan oleh masyarakat dunia khususnya di Malaysia. Setelah pelbagai sekatan
dijalankan tanpa ada reaksi daripada kerajaan negara-negara Arab yang berada di sekitarnya, rejim zionis menggerakkan ketumbukan tentera daratnya dengan kereta-kereta kebal buatan Amerika Syarikat untuk menjajah Semenanjung Gaza dengan didahului serangan udara yang amat dahsyat sehingga mengorbankan lebih daripada 300 rakyat Palestin. Apa yang lebih malang, sebuah keluarga yang mencari perlindungan daripada serangan tentera udara rejim zionis telah ditembak oleh pengawal sempadan negara Mesir di sempadan Rafah sehingga menyebabkan kematian seorang ibu dan anaknya yang masih kecil. Inilah yang berlaku kepada rakyat Palestin yang bukan sahaja dizalimi oleh rejim zionis tetapi juga kerajaan negara Arab yang berada di sekitarnya.

Sidang Jumaat rahimahullah
Masjid al-Aqsa yang terletak di Palestin merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid kedua dibina setelah Masjid al-Haram dan merupakan tempat di mana Rasulullah saw di Isra’kan sebelum dimikrajkan ke Sidratul Muntaha. Negara Palestin merupakan negara yang diberkati kerana ramainya para nabi diutuskan oleh Allah swt di situ, Palestin juga merupakan bumi yang subur dan merupakan negara yang dahuluinya dimiliki oleh umat Islam keseluruhannya. Pembebasannya telah dilaksanakan oleh Sayyidina Umar al-Khattab daripada cengkaman Rom Byzantine tetapi kemudiannya dijajah selama 88 tahun oleh tentera-tentera salib Eropah. Walaubagaimanapun, Solahuddin al-Ayyubi atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub berjaya membebaskan semula daripada kezaliman tentera salib pada tahun 1187M. Kata-kata yang pernah dinukilkan daripada Solahuddin yang berbangsa Kurdi ini mengenai Palestin ialah:
“Barangsiapa yang dapat menguasai Palestin (Masjid al-Aqsa), maka akan dapat menguasai dunia keseluruhannyaâ€
Sesungguhnya bumi yang terdapat Masjid al-Aqsa sekarang ini telah dikuasai oleh rejim zionis melalui perancangan- perancangan licik mereka melalui kerjasama dengan negara-negara Eropah terutamanya Amerika Syarikat. Dengan kekuatan ketenteraan yang dimiliki, persepakatan yang jitu dan perancangan yang teliti, bumi ini telah dikuasai oleh bangsa yang pernah membunuh nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka. Bangsa ini jugalah yang pernah membakar Masjid al-Aqsa pada tahun 1967 dan bangsa ini jugalah yang sekarang ini sedang melakukan holocoust kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Kekejaman dan kezaliman yang mereka lakukan memang telah didoktrinkan di dalam kitab suci mereka iaitu kitab Talmud dan terbaru Khakam mereka (ulama Yahudi) telah mengeluarkan fatwa supaya bangsa Arab sama ada Islam dan Kristian, dihapuskan melalui penubuhan semula organisai 101 yang dipimpin Ariel Sharon. Pertubuhan inilah yang telah mengganas dan membunuh ribuan pelarian
Palestin di Kem Shabra dan Shatila pada tahun 1982. Zionis sebenarnya tidak mengerti apa ertinya perjanjian perdamaian, zionis buta dengan resolusi-resolusi amaran, zionis adalah bangsa yang pekak dengan arahan menghentikan serangan dan zionis jugalah bangsa yang menganggap mereka bangsa pilihan tuhan. Untuk melawan mereka, bukanlah dengan kata-kata damai, perjanjian persefahaman dan persetujuan yang didokumenkan, tetapi ia memerlukan kekuatan jihad yang berpanjangan dari seluruh umat Islam.

Sidang Jumaat sekalian,
Rakyat Palestin di Gaza sedang menghadapi pertarungan berseorangan tanpa bantuan daripada kerajaan negara-negara Arab dan Islam. Walaupun mereka bersendirian, mereka tetap melawan dengan kekuatan yang ada melalui pelancaran roket buatan sendiri yang mampu sampai ke sasaran 12 sehingga 40 km jauhnya. Inilah kekuatan pejuang Palestin yang amat ditakuti dan digeruni oleh Israel sehingga rejim ini mengarahkan serangan melalui udara dan darat kepada rakyat Palestin di Gaza. Mereka bertindak kerana mereka terancam dan takut dengan serangan yang dilakukan oleh para pejuang dan inilah sikap mereka sebenarnya yang membina tembok-tembok untuk melindungi mereka.
Kita semua mengetahui penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin tetapi apakah tindakan yang perlu kita lakukan bagi membantu saudara seakidah kita di Palestin serta menyelamatkan Masjid al-Aqsa daripada runtuh untuk digantikan dengan Haikal Sulaiman atau Temple Solomon. Adakah kita hanya menunggu keajaiban berlaku tanpa melakukan apa-apa dengan hanya melihat kezaliman terus berleluasa.? Adakah kita hanya mendiamkan diri dengan harapan orang lain yang membantu? Adakah kita semua terus menyepikan diri dengan membenarkan pembunuhan terhadap rakyat Palestin?
Kita semuanya WAJIB membantu rakyat Palestin tidak kira siapa dan di mana kita berada. Rakyat Palestin mewakili umat Islam seluruh dunia berjihad menentang musuh Islam. Apabila para pejuang berjihad menentang musuh Islam, maka wajib kepada seluruh umat Islam membantu mereka. Kita akan dipersoalkan di akhirat, nanti apakah bantuan dan sumbangan yang telah kita berikan kepada perjuangan Jihad di Palestin. Kita semua akan disoal oleh ALLAH SWT.

Kita wajib membantu mereka dengan keupayaan kita. Di antara bantuan yang boleh kita berikan ialah:
1. Membaca qunut nazilah setiap hari dan memohon kepada Allah swt agar kemenangan kepada Islam dan kehancuran kepada musuh Islam.
2. Memberi bantuan kewangan dan sokongan yang berterusan kepada rakyat Palestin melalui infaq dan sedekah tanpa mengira kedudukan kita sama ada miskin atau kaya kerana rakyat Palestin sedang mewakili kita untuk berjihad melawan musuh Allah swt.
3. Memboikot barangan yang dikeluarkan oleh Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat dengan tidak membeli barangan tersebut.
4. Menggesa kerajaan negara-negara Islam menggunakan kemampuan mereka menghentikan kezaliman berleluasa di bumi Palestin. Sebagai rakyat dalam sebuah negara, kita perlu bersatu dalam isu yang melibatkan solidirati Islam melalui gesaan berterusan akan kerajaan negara-negara Islam bertanggungjawab terhadap Palestin.
5. Menulis di akhbar, majalah, buletin dan menyebarkan isu Palestin sebenarnya adalah isu umat Islam dan pembebasannya adalah tanggungjawab seluruh umat Islam.
6. Mendidik anak-anak supaya peka dengan isu Palestin dan mewujudkan tabung-tabung khas di rumah untuk diberikan kepada rakyat Palestin yang ditindas dan dizalimi.
7. Umat perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah dan mewujudkan kesatuan yang jitu berasaskan kepada agama Islam dan seterusnya menggandakan usaha melalu perancangan tersusun untuk membebaskan Palestin.

Ingatlah, barangsiapa yang tidak mengambil berat ke atas urusan umat Islam maka sesungguhnya mereka bukan tergolong daripada mereka. (Maksud Hadith)

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah
Dahulunya penjajah telah melabelkan Tok Janggut, Tok Ku Paloh, Mat Kilau, Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman dan para pejuang Melayu yang lainnya sebagai pemberontak dan akhirnya mereka diburu oleh penjajah British sehingga mereka syahid di medan pertempuran. Mereka dianggap oleh British sebagai pemberontak kerana mereka bangun menentang penjajahan dan mempertahankan Tanah Melayu dari terus dijajah oleh British. Persoalannya sekarang, adakah HAMAS yang berjuang menentang keganasan dan kezaliman di bumi Palestin dianggap sebagai pengganas sedangkan mereka berjuang mempertahankan tanah air dan rakyat yang memilih mereka? Adakah mereka pengganas kerana merekalah yang mempertaruhkan jiwa dan raga mereka membebaskan Palestin? Sesungguhnya tertipulah kepada mereka yang menganggap HAMAS sebagai pengganas kerana label ini diberikan oleh negara haram Israel dan Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, persengkokolan dengan mengiktiraf HAMAS sebagai pengganas
merupakan satu kesilapan yang perlu diperbetulkan. Mereka adalah pejuang mempertahankan tanah air dengan menggadaikan nyawa mereka dengan kelengkapan peperangan yang amat terhad.

Sidang Jumaat sekalian,
Rakyat Palestin memerlukan doa kita, Palestin mengharapkan bantuan berterusan daripada kita semua, Masjid al-Aqsa mengharapkan munculnya Solahuddin al-Ayyubi bagi menyelamatkanya daripada diruntuhkan dan harapan ini tersandar kepada bahu-bahu kita semua. Bangunlah membantu Palestin!



Syukur Alhamdulillah...

Alhamdulillah syukur .....
Aakhirnya usaha saya selama ini membuahkan hasil....cita-cita untuk menyatuhkan semula kawan-kawan x-SEMEKARIAN batch 1993-1997 akhirnya tercapai jua. bermula dari penganjuran reunion pada tahun lepas saya cuba untuk mewujudkan satu laman komuniti kas untuk warga x- semekar batch kami. walaupun tidak la secanggih mana tapi alhamdulillah semua kawan-kawan boleh bersua kembali dan bertanya khabar.

Terima kasih buat kawan-kawan yang telah mencetuskan Reunion 2008, liza, Rin (walaupun akhirnya tidak dapat datang), ping, ardy, urai dan agang. tidak dilupakan juga buat semua kawan-kawan yang telah hadir ke reunion tersebut. bagi yang tidak dapat datang insyaAllah kita akan berjumpa lagi pada tahun ini. insyaAllah.....

saya sangat gembira kerana kawan-kawan telah dapat berhubungan lagi.....
hari ini juga Ust Azril menghadiri temuduga SPP...khabarnya semuanya ok...moga dapat yang terbaik dan cepat sah jawatan. sy bila pulak?? hehehehe...insyaAllah ada rezeki sampai juga gilira saya nanti. blog batch saya http://xsemekar9397.blogspot.com dan laman komuniti kami http://semekarian9397.ning.com (tp hanya yang diintite ja boleh masuk)

Isnin, 5 Januari 2009

Selamat Menjalankan Tugas....

Alhamdulillah pada hari ini sesi persekolahan 2009/1430H bagi negeri Sabah telah bermula. Bagi sekolah saya SMA Al-Irsyadiah Ranau juga tidak terlepas dari memulakan sesi persekolahan pada hari ini.

Hari ini juga saya terpaksa ke sekolah tanpa kenderaan sendiri....kereta masuk hospital dan masih dalam tahan wad ICU. tak tau la bila boleh siap keta tu...janji orang tu 2 Minggu sahaja tapi sekarang dan nak masuk 2 minggu tapi keta saya belum disentuh lagi. terpaksa la ikut keta sewa...bayaran pun agak mahal.....nak buat macam mana??? kena tempuhi juga la....esok harap dapat ikut ust jamil or Cikgu Sobrie tak nak lagi la ikut pakcik keta sewa tu...mahal giler, minggu depan harap puan Rosmiah bawa keta boleh juga saya tumpang..

Untuk kali ini saya akan mengajar subjek mathematics untuk tingkatan 1 dan 2 dan Sejarah bagi tingkatan 4 dan 5. Tahun ini guru pentaksir sejarah tingkatan tiga dah diambil alih oleh Cikgu Puan Norlela. Guru yang mengajar Sejarah tingkatan 3. Tapi tugas sebagai guru data, guru ICT, guru Biasiswa tetap tersandang juga dibahu ini. InsyaAllah kalau guru baru posting 12/01/2009 ini Matematik tingkatan 2 dan Sejarah tingkatan 4 akan diambil oleh guru lain...kalau boleh nak juga mengajar subjek Azhari seperti sirah, muto'laah or akhlak tingkatan 1. tapi tu semua terpulang pasa pihak pentadbir sekolah la macam mana nanti. saya on jer....boleh juga refresh balik bahasa arab saya yang telah lama ditinggalkan.

Alhamdulillah...Mabruk! Tahniah! buat Ustaz Ishak Othman kerana telah naik pangkat dan telah bertugas di JPN negeri Pahang di bahagian Unit Pengurusan Akademik dan KAA. Ustaz yang paling kami sayangi, hormati semasa belajar di sekolah menengah dulu (SMKA Ranau). Moga Ustaz akan terus berjaya dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Saya amat gembira kerana saya adalah antara bekas pelajarnya yang diberitahu direct tentang perkara ini...Alhamdulillah....masa saya ambik degree di Universiti, ustaz Ishak sedang mengambil Master di Universiti yang sama dengan saya dan kami sama-sama konvo pada hari dan sesi yang sama..InsyaAllah saya nak juga ziarah ustaz bila saya ke Semenanjung.....

Bila teringat masa persekolahan dulu...saya bukanlah antara budak yang nakal.....budak no profile...nasib baik pandai membawa diri dulu..heheheheh...sekarang alhamdulillah menjadi seorang pendidik dan ingin menjadi seorang pendidik yang baik dan berjaya..InsyaAllah...

Ahad, 4 Januari 2009

Selamatkan Palestin

Assalamualaikum. ..

Sebenarnya kisah Palestin tenggelam dan timbul, kerana banyak isu lain yang lebih diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa. Sehinggalah beberapa hari ini israel semakin mengganas dan membunuh lebih 300 orang Palestin.

Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya?

Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman ALlah yang bererti :


"Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah ALlah subahanahu wa ta'ala telah perintahkan bagi kamu sekalian" (Surah al Maidah : Ayat 21)



Palestin adalah tanah yang diberkati ALlah. Firman ALlah yang bererti :


"Maha Suci ALlah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya. " (Surah al Isra' : Ayat 1)



Firman-Nya lagi yang bererti :

"Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al Anbia' : Ayat 80)



Di tanah itu terdapat Masjid al Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. RasuluLLah telah bersabda yang bererti :

"Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid; Masjid al Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al Aqsa. " (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)


Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh ALlah yang diutuskan antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam di isra'kan.

ALlahu..ALlah. ..

Bangunlah Wahai Pahlawan Islam

Di bumi ini, ia pernah diperintah oleh Kristian selama 88 tahun (1099-1887). Dan akhirnya jatuh di tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al Ayyubi seorang bangsa Kurdi yang bukan dari bangsa Arab. (Siapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti ALlah akan tingkatkan darjatnya).

Negara haram Yahudi telah tertubuh melalui British yang mengisytiharkan menerusi Perjanjian Bulfor pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.

Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British. Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Manakala pelajar-pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah..

Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera.

Mereka Saudara Kita

Dan kini bumi Palestin telah digemparkan lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sehabis-habisnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.

Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku...

1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.

2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma di sini.

3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.

4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.

5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel, petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu OIC.

6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju 'bebaskan palestin' contohnya.

7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.

Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan ALlah memandang kita sebagai Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya. . Insya ALlah.

Sumber Rujukan :

1. Prof Madya Dr Mohsen M. Salleh, Isu Palestin, Latarbelakang dan Kronologi Perkembangannya Sehingga Tahun 2000, 2001, Fajar Ulung, Kuala Lumpur

2. AbduLlah Nasir Ulwan, Pejuang Pembaharuan Salahuddin Al Ayyubi, Cet Pertama 1999, Darul Nu'man, Kuala Lumpur

3. Ibnu Ismail, Nostalgia Syuhada' Palestin, Cet Pertama 2003, al Qassam Library, Pahang

Sumber : Http://Jarumemas. Blogspot. Com

Coretan Di Hujung Minggu

Nampaknya cuaca pada hari ini agak redup saja..mentari kurang memancarkan cahayanya kerana diliputi awan yang tebal. Cuaca di pekan Ranau pada hari ini berada dalam 30 darjah celsius dan agak sejuk juga la...

Hari ini saya kena hadir ke sekolah untuk membantu urusan pendaftaran pelajar asrama. semasa dalam perjalanan ke sekolah tu saya melalui beberapa deretan kedai yang agak selalu saya lewati...tetapi pada hari ini memandangkan kereta saya tidak ada jadi terpaksala ikut kereta sewa orang Ranau panggil "pawong". Sebelum kereta pawong tu jalan ke sekolah saya sempat juga melihat-lihat di kedai tempat laluan tadi, tapi saya agak terkejut bila terlihat ada seorang yang amat saya kenali....tapi saya hanya melihat dari jauh sahaja.

saya agak terkejut apabila terlihat dia menjual fotostat numbor ekor "toto" padahal orang yang saya kenali itu boleh la digelar ustaz..Astaghfirullah.....atau saya silap nampak tapi jelas lagi nyata dia fotostat salinan "toto" tu dan orang pi membeli kat kedai dia.....no komen la...takut juga...maybe sy silap tengok kot.....moga2 apa yang saya lihat tu tidak betul la dan pengajaran kepada saya agar bila nak cari rezeki tu biarlah dari punca yang halal.

Apabila sampai di sekolah beberapa orang rakan sekerja telah ada di bilik guru...cuma guru-guru kelas belum sampai lagi ..lambat sikit lagi mungkin...saya agak terkilan juga dengan ada seorang guru ini...dah la dia yang ditugaskan untuk membainding laporan yang dia buat tetapi dia menyuruh saya. teruk betul orang tu.....curi tulang aja..sedangkan tugas dia pun..malas betul bila ada rakan sekerja yang parasit ini. esok lepas saya bagi laporan dengan dia tak nak tolong lagi....dasar pemalas...

Jadual sekolah pun masih ada yang clash dengan guru lain.. antam je la...yang penting saya masuk kelas. nanti 12 jan 09 insyaAllah ada guru posting baru...bagus la boleh kurang skit jadual saya...dah la jadi guru data awal tahun lagi sudah busy dengan tugas-tugas data..

kesian pada saudara Islam di Palestin...kejam sungguh Isreal....adakah orang sekarang ini peka dengan apa yang saudara kita alami di sana....negara kita aman dan damai tapi di Palestin terus dihujani peluru....Bersyukurlah wahai insan atas kurniaan Allah ke atas dirimu dan negaramu.

Khamis, 1 Januari 2009

Minggu depan dah mula mengajar

sekejap aja masa berlalu....pejam celik minggu depan dah buka sekolah semula.....
alamak...RPH belum buat sebab jadual tak dapat lagi ni....
harap2 dapat la jadual sebelum 4/1/2009. sudah tahun 2009 pulak.....
tahun ini kena lebih baik dari tahun lepas.....
ari ini baru nak membeli keperluan sekolah dan terpaksalah naik keta sewa ke sekolah sebab kereta masuk ICU....

© free template 3 columns