
Ahad, 28 September 2008
Selamat hari Raye...

Dicatat oleh jundi Alabrar di 10:53 PTG 0 ulasan
Label: sekadar Hiasan
Jumaat, 26 September 2008
Syawal yang Istimewa
www.iLuvislam.com
oleh : unknown
“Allahuakbar Allahuakbar………”
Takbir bergema di Masjid-masjid, dicorong radio serta televisyen. Umat Islam yang berpakaian serba indah berpusu-pusu menuju ke Masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri. Tidak kira yang kecil atau yang besar, masjid-masjid serta surau dipenuhi dengan jemaah-jemaah sehingga ruang untuk solat tidak mencukupi.
Ramli memerhatikan gelagat mereka dengan penuh sayu. Teringin benar untuk mengikuti mereka menunaikan solat sunat itu tetapi apakan daya. Kaki dan tangannya yang cacat itu tidak mengizinkan dia melakukan sedemikian. Kini, sudah genap tiga puluh tahun Ramli hidup di muka bumi ini tetapi tidak sekali pun dia dapat mengikuti sembahyang sunat Hari Raya dan juga genap lima belas tahun Ramli tidak menyambut Hari Raya bersama keluarganya.
“Ya, Allah jika ini adalah ujian yang telah kau berikan kepadaku, aku terima dengan hati yang terbuka. Tetapi Ya Allah, izinkanlah aku menyambut bulan yang mulia ini bersama umat-umatmu yang lain sebelumku kembali kepadamu,” Ramli menadah tangannya yang cacat itu dan berdoa kepada Allah swt.
Titisan air mata yang mengalir semakin membasahi pipinya. Dengan suara yang teresak-esak, Ramli berdoa, memohon kepada tuhan semoga dia dapat menyambut Hari Raya bersama keluarganya. Entah kenapa pada tahun ini, teringin benar dia menyambut Hari Raya tidak seperti tahun-tahun dahulu, Ramli tidak begitu ghairah.
“Adikku Rusdi, izinkanlah Ramli menyambut Hari Raya bersama Rusdi sekeluarga. Ini sahaja yang abang minta,” Ramli berbisik di dalam hati dengan tangisan yang begitu memilukan.
Matanya masih terpaku di Masjid yang berdekatan dengan rumahnya itu. Ramli semakin berasa kempunan untuk berbaju raya seperti umat Islam yang lain. Kalaulah kakinya dapat berjalan, sudah pasti Ramli akan mengikuti solat Hari Raya itu. Tiba-tiba, Ramli terpandang dua anak kecil yang sedang dipimpin oleh bapa mereka dan berjalan ke arah masjid. Fikiran Ramli terus berputar kepada zaman sewaktu ibu bapanya masih hidup. Terukir senyuman dibibirnya tatkala mengenangkan kisah lama itu.
“Ramli tahun ini nak pakai baju raya warna apa?”
“Ramli nak ikut ibu. Tahun ini kita pakai semua samalah bu. Cantikkan.”
“Amboi anak ibu dah pandai nak bergaya eh,”
“Abang cacat, pakai lawar-lawar pun tak nampak,”
“Rusdi! Tak baik cakap macam gitu. Inikan abang Rusdi. Pergi minta maaf!”
“Abang Ramli cacat. Tapi ibu selalu sayang abang lebih dari Rusdi. Ibu tak adil!”
Rusdi terus berlari ke dalam biliknya.
Ramli tidak sedikit pun berkecil hati dengan kata-kata adiknya Rusdi yang baru berumur sembilan tahun pada waktu itu. Ramli sedar ibu dan bapanya sayangkan kedua-dua anaknya tetapi mereka telah memberi lebih perhatian kepada Ramli kerana kecacatannya. Ramli dilahirkan kurang sempurna. Kaki dan tangannya kecil dan tulang-tulang tubuhnya bengkok. Ramli hanya boleh bergerak dengan bantuan kerusi roda. Waktu kecil, Ramli tidak kuat untuk bergerak dengan menggunakan tangannya sahaja.
Sejak kecil lagi, adiknya Rusdi tidak pernah menyukai abangnya itu. Sehingga kini Ramli masih belum mengerti tetapi dia dapat mengagak bahawa Rusdi malu dengan kecacatannya ataupun mungkin Rusdi masih berasa cemburu terhadap dirinya yang sering mendapat perhatian lebih daripada ibu dan bapa mereka. Namun demikian, Ramli berasa gembira. Walaupun ibu bapanya mempunyai seorang anak yang tidak sempurna, mereka masih menjalankan amanah Tuhan untuk menjaga dan membesarkan zuriatnya ini dengan penuh kasih sayang. Bagi Ramli, kasih sayang ibu dan bapanya terhadapnya sudah cukup untuk memberinya semangat untuk terus hidup seperti orang biasa. Ramli juga percaya apabila Rusdi semakin dewasa, dia akan dapat menerima Ramli.
“Ibu, Ramli nak ikut ibu sembahyang hari raya boleh ibu?” Ramli bertanya kepada ibunya pada suatu pagi raya.
“Tak boleh sayang, nanti bila Ramli sudah besar sedikit, bila Ramli sudah boleh berjalan sendiri ibu bawa Ramli pergi ya?”
Ramli akur. Ramli hanya tersenyum sahaja dengan jawapan ibunya itu. Namun demikian, hatinya begitu teringin untuk mengikuti keluarganya mengikuti sembahyang raya di Masjid.
“Orang cacat mana boleh sembahyang!” usik Rusdi lalu mengikut ibu dan bapanya ke Masjid.
Kali ini hati Ramli betul-betul terusik. Ramli tidak sangka kecacatannya itu menghalangnya untuk bertemu dengan Tuhan. Tetapi Ramli mengerti bahawa dia hanya akan menyusahkan orang sahaja. Ramli menunggu keluarganya sambil menonton acara sembahyang sunat hari raya di televisyen.
“Tuk Tuk Tuk!”
Ramli tersentak dari lamunan. Pintu rumah kecilnya dibuka.
“Aiyah orang muda, Lu apa bikin sini. Lu talak mahu pergi hali laya sama itu famili ka?”
“Oh Auntie. Masuklah. Wah pagi pagi Auntie sudah datang Auntie sudah makan?”
Insan yang dipanggil Auntie ialah jiran Ramli, seorang wanita cina yang sudah separuh abad umurnya. Auntie itu yang juga dikenali sebagai Auntie LI sering datang ke rumah Ramli untuk memberinya makanan.
“Wa pagi-pagi sulah makan. Ini wa ada bawa lu lontong. Lu sukakan?” pelawa wanita cina itu.
“Auntie beli di mana? Kedai Melayu ada bukak ke?” Ramli was-was.
“Lu jangan takut. Wa tau lu Melayu mana boleh makan cina punya makan. Anak wa punya kawan kasi ini lontong. Wa kasi samalu. Halal punya. Jangan takot,” Auntie Li terus pergi ke dapur Ramli lalu memberi Ramli sebungkus lontong itu.
Terharu Ramli mendengar ketulusan Auntie Li itu. Selama dia duduk di sini, wanita cina yang sudah tua tapi masih kuat itulah yang menjadi temannya. Dia juga yang sering memberinya makanan. Yang lebih mengkagumkan Ramli, Auntie Li cukup prihatin terhadap sumber makanan yang diberinya kepada Ramli. Dia akan pastikan makanan itu halal sebelum memberikan kepada Ramli. Oleh itu, Auntie Li tidak akan memberi makanan masakannya tetapi masakan Melayu.
Ramli membuka bungkusan lontong itu sambil menitiskan air mata.
“Eh lu apa pasal nangis,”
Ramli membisu. Air matanya masih juga mengalir membasahi pipinya. Ramli menangis kegembiraan kerana masih juga ada insan yang mulia yang sudi membantu dirinya yang cacat ini sedangkan keluarganya sendiri meminggirkannya.
“Lu mau apa lu cakap sama anti. Wa boleh tolong sama lu,”´Auntie Li cuba menghulurkan bantuan.
“Tak ada apa-apa auntie. Saya gembira dapat makan lontong,” Ramli cuba menutup kesedihannya.
Auntie Li hanya memerhatikan Ramli yang sedang menikmati lontong yang dibawanya itu. Lazimnya, jika dia menghantar makanan, dia pasti akan menemani dan berbual-bual dengan Ramli.
Tergerak hati Auntie Li untuk menanyakan tentang hal peribadi Ramli. Tetapi dia masih tidak berani untuk mengajukan soalan itu kerana Ramli sering kelihatan menangis. Auntie Li tidak mahu menambahkan kesedihan Ramli. Auntie Li dapat merasakan bahawa hati Ramli sedang merana. Dia juga dapat merasakan Ramli mempunyai latar belakang yang menyedihkan. Kalau tidak, Ramli tidak akan tinggal seorang diri di rumah sewa yang tidak mempunyai bilik ini.
Ramli yang sedang khusyuk menikmat hidangan lontong itu terhenti apabila melihat Auntie Li yang sedang memerhatikannya.
“Auntie mahu tahu sejarah hidup saya?” Ramli seperti dapat membaca apa yang terpendam di benak fikiran Auntie Li.
“Eh! Lu boleh baca wa punya otak ah? Wah lu baguslah. Manyak pandai,” Auntie Li berseloroh.
Dengan hati yang terbuka, Ramli memulakan cerita. Air matanya ditahan daripada mengalir keluar.
“Dulu saya ada ibu dan ayah. Mereka baik sekali. Mereka sayang sama saya. Saya cacat sejak saya keluar dari perut ibu. Sewaktu umur saya sepuluh tahun, ibu dan ayah meninggal dunia selepas kemalangan jalan raya. Tinggal saya dan adik saya Rusdi namanya. Selepas itu, kami dua beradik dijaga oleh makcik saya. Waktu itu umur saya baru sepuluh tahun. Lima belas tahun kemudian, adik saya Rusdi berkahwin. Makcik saya tidak mahu jaga saya lagi. Makcik suruh saya ikut adik saya Rusdi. Saya pun duduk dengan Rusdi di rumahnya sendiri. Auntie tahu bukan saya tidak boleh bergerak banyak jadi kadang-kala saya perlukan pertolongan mereka. Isteri Rusdi sibuk. Dia tidak ada masa untuk tolong saya. Saya sedar Auntie, saya banyak menyusahkan orang lain. Saya tidak mahu ganggu mereka tapi saya tidak berdaya. Satu hari isteri Rusdi sakit. Isterinya menangis. Saya masuk ke biliknya kerana mahu lihat adik ipar saya. Bila saya masuk sahaja, Rusdi pulang dari kerja. Dia menuduh saya cuba memperkosa isterinya itu,” Ramli terdiam lalu mengimbas kembali peristiwa pahit itu.
“Ramli! Apa kau buat dalam bilik aku? Kau cuba kacau bini aku ya?”
“Astaghfirullahhalazim, mengucap Rusdi. Isteri kau sakit. Aku hanya mahu membantu.”
“Ah! Alasan! Saya tahu kau dah lama nakkan isteri aku kan? Kau selalu cuba hendak memperkosanya bukan? Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat di belakang aku?”
Rusdi menendang Ramli.
“Lepas itu apa sulah jadi?” Auntie Li mengejutnya dari lamunan.
“Selepas itu mereka menghalau saya. Saya tahu adik saya tidak suka dengan saya sejak dari dulu lagi dan dia memang berniat untuk menghalau saya. Isterinya sering berkata kepada Rusdi bahawa dia malu dengan kawan-kawan dan jiran-jiran kerana mempunyai abang ipar yang cacat seperti saya. Dua hari kemudian Uncle Manikam yang dulu tinggal di rumah ini jumpa saya di bawah blok dan bawa saya tinggal bersama saya di sini. Dua tahun kemudian Uncle Manikam balik ke India dan tinggallah saya seorang diri di sini.” Ramli memberhentikan ceritanya.
Ramli tidak dapat menahan kesedihannya lagi. Dia kembali termenung.
Tanpa disedari, air mata Auntie Li juga turut mengalir. Auntie Li terharu mendengar kisah hidup Ramli yang sungguh menyedihkan itu. Auntie Li tidak tahu bagaimana hendak membantu Ramli. Ramli dianggap seperti anaknya sendiri.
“Lu punya adik ada tahu lu tinggal di sini?Lu tak ada telefon lu punya adik?” Auntie Li bersuara lagi.
“Saya ada telefon Rusdi apabila saya berpindah ke sini. Rusdi tahu saya tinggal di sini. Tapi saya sudah tidak mahu menyusahkan hidup mereka lagi,” Ramli menjelaskan lalu teringatkan kembali perbualan telefonya bersama Rusdi pada suatu hari.
“Rusdi, Abang Ramli ni,”
“Nak apa lagi?”
“Abang Cuma nak cakap abang sekarang tinggal di Blk 100 Aljunied Road. No telefon Abang 74……”
Rusdi memutuskan panggilan itu sebelum Ramli habiskan perbualannya.
“Lu ada itu nombor rumah lu punya adikkan?” Auntie Li mengejutnya dari lamunan.
“Ada tapi kenapa Auntie?” Ramli berasa hairan.
“Lu tak mau pergi rumah lu punya adik?”
“Tidak usahlah Auntie. Saya tidak mahu menyusahkan mereka. Kalau mereka ingatkan saya, mereka akan datang dan mencari saya.”
Namun demikian, hati Ramli hanya Tuhan sahaja yang tahu. Teringin sungguh dia bertemu dengan adiknya sendiri dan menyambut hari raya bersama mereka sekeluarga.
Selepas bercerita panjang, Auntie Li pun meminta diri untuk pulang ke rumah. Ramli menadah tangannya lalu mengadu kepada Tuhan.
“Ya Allah ya Tuhanku. Kepadamu aku sembah dan kepadamu aku pohon pertolongan dan kemaafan. Ya Allah. Ampunkan segala dosa-dosa yang telah aku lakukan terhadapmu dan terhadap umat-umat mu Ya Allah. Ya Allah Terangkanlah hatiku, terangkanlah hati adikku Rusdi. Ya Allah ampunkah dosa adikku Rusdi. Selamatkanlah dia dari hinaan dunia dan siksaan api neraka. Ya Allah. Jika ujian yang engkau berikan kepadaku ini adalah untuk menguji keimanan ku terhadapmu, aku terima dengan hati terbuka. Tetapi Ya Allah, aku memohon kepadamu. Aku teringin untuk menyambut bulan yang mulia ini bersama sanak saudaraku. Ya Allah, bukakanlah hati keluargaku untuk menerima ku walaupun sehari. Aku redha dengan ketentuanmu. Aku terima kecacatan yang menimpa diriku. Aku terima Qadha dan Qadarmu Ya Allah. Kini hanya satu yang kupohonkan dari mu Ya Allah. Temukanlahku dengan adikku. Izinkanlah aku menyambut bulan syawal yang mulia ini untuk sekali ini sahaja…….,” Ramli terhenti dari doanya.
Ramli tidak mampu untuk menyambung doanya lagi. Ramli semakin lemah. Badannya direbahkan ke atas tilam buruknya itu. Matanya dibanjiri tangisan air mata. Ramli menutup matanya.
Dengan kuasa Allah Swt yang mendengar segala rintihan umatnya, Auntie Li dan anak-anaknya muncul di depan pintu. Melihat Ramli yang sedang tidur, anak-anak Auntie Li mengangkat Ramli ke atas kerusi rodanya lalu membawanya ke dalam kereta anak Sulung Auntie Li. Ramli sudah terlalu lemah untuk membuka matanya. Sehari suntuk dia tidak tidur. Auntie Li memberi alamat rumah Rusdi yang telah diambilnya dari diari Ramli. Mereka pun bergegas ke rumah Rusdi di Tampines.
Sesampainya mereka ke rumah Rusdi, Auntie Li mengetuk pagarnya yang sudah dibuka luas. Ramai tetamu yang sedang bertandang di rumah Rusdi. Beberapa minit kemudian Rusdi muncul di muka pintu. Rusdi rebah ke lantai apabila melihat abangnya yang sudah lama tidak ditemuinya.
“Ini lu punya abang mau jumpa sama lu. Kalau lu tak mau simpan sama dia, lu cakap sama wa. Nanti wa punya anak-anak angkat dia balik rumah wa,” Auntie Li berkata dengan tegas.
Ramli masih memejamkan matanya manakala Rusdi meraung di kaki abangnya meminta maaf.
Sumber: Berita Harian, 1 Disember 2002
Rabu, 24 September 2008
SeLamat hari Lahir Buat Diriku...
Buat diriku....SELAMAT HARI LAHIR....eid miladi....Happy Birthday....sepelapamapat hapiripi lapahipir....semoga diberikan kekuatan untuk bertahan menghadapi mehnah dan tribulasi dalam kehidupan ini...moga dipermudahkan segalanya....amin...
Dicatat oleh jundi Alabrar di 5:38 PG 0 ulasan
Label: sejarah hidup penulis...
Ahad, 21 September 2008
Bijak dalam beramal
Orang-orang kaya biasanya mempunyai mentaliti yang berbeza daripada orang-orang biasa dari sudut mengurus dan mengatur kekayaan mereka. Majoriti mereka berada dalam bidang perniagaan atau pelaburan. Mereka lebih bijak dalam memperuntukkan wang mereka bagi menambah kekayaan mereka.
Berbanding dengan orang biasa, mereka lebih banyak menumpukan kepada pembelian asset atau perniagaan yang boleh menambah lebih wang ke dalam saku mereka. Wang mereka terus bertambah walaupun mereka tidak bekerja!
Perkara sebegini juga dapat dilihat di kalangan umat Islam.
Imam an-Nawawi r.a. sebagai contoh, meninggal dunia pada usia yang muda, iaitu sekitar 40an. Namun beliau telah meninggalkan khazanah yang sangat berharga dengan sumbangannya dalam bidang hadis dan fiqh. Ini bermakna, amalannya masih lagi berjalan hingga ke hari ini walaupun beliau telah meninggal dunia hampir seribu tahun lalu!
Umat Islam perlulah bijak dalam mengatur amalan mereka. Kita tidak seharusnya hanya menumpukan kepada amalan-amalan yang bersifat individu seperti solat sunat, iktikaf, dan sebagainya semata-mata. Kita seharusnya juga memberikan perhatian kepada amalan-amalan yang mendatangkan manfaat kepada orang ramai dan juga amalan yang membawa kesan yang berkesinambungan.
Ini sepertimana yang disebutkan dalam hadis-hadis berikut.
Daripada Umar bin al-Khattab r.a., RasuluLLah SAW. bersabda:
dan amalan yang paling baik dilakukan oleh seseorang adalah memasukkan rasa kebahagiaan ke atas seorang Muslim,
menyelamatkannya daripada penderitaan,
melupuskan hutangnya ataupun mengusir rasa kelaparan daripadanya.
Sesungguhnya, aku sangat suka berjalan dengan seorang Muslim demi menunaikan hajat (keperluannya) daripada aku duduk (iktikaf) di dalam masjid sebulan lamanya.”
(Diriwayatkan oleh Imam Ibn Abi ad-Dunya dalam bab: Fi Qada al-Hawaij dan Imam at-Tabarani. Katanya: hadith tersebut hasan.)
Daripada Abdullah b. Amr r.a., RasuluLLah SAW. bersabda:
sadaqah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan (orang lain), ataupun anak yang soleh yang sentiasa mendoakan orang tuanya.”
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)
ilmu pengetahuan yang diajarkan dan disebarkannya, anak yang soleh yang ditinggalkannya, mushaf (al-Quran) yang diwarisinya, masjid yang dibinanya, rumah yang dibina untuk ibn sabil atau sungai yang digalinya (untuk mengairi sawah ladang), atau sedekah yang dikeluarkan dari wang dan hartanya di waktu masa sihat dan hidupnya.
Kesemuanya itu akan menyertainya setelah kematiannya.”
(Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad hasan, dan al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya.)

Dakwah adalah salah satu daripada amalan-amalan yang utama yang membawa manfaat kebaikan yang besar.
Daripada Abu Hurairah r.a., RasuluLLah SAW. bersabda:
ia akan memperolehi ganjaran (pahala) sebanyak ganjaran yang diterima oleh orang-orang yang mengikuti seruannya itu
dan tidak mengurangi sedikitpun pahala (ganjaran) mereka.
Demikianlah, amalan yang paling mulia dan utama di sisi Allah adalah amalan yang paling banyak memberikan manfaat kebaikan kepada orang ramai.”
(Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674) , Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Tirmidzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Baghawi (109))

Bijaklah dalam beramal!
Dicatat oleh jundi Alabrar di 5:30 PG 0 ulasan
Label: tips kehidupan
Sabtu, 20 September 2008
Cerita Syaitan Khanaz ngan Manusia
Semalam dengar Ceramah Dato Ustazah Masitah ....Kisah
Syaitan bernama Khanaz pernah dengar tak? Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam, dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah.
Suatu hari c Ibu Syaitan nie.tengah dok pikir "Macammana aku nak kena kan anak cucu Adam"....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2, pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan.
Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wan ita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..." ..
"Apa harus kita lakukan sekarang..?" tanya Hawa pada Adam. Setelah lama pikir-pikir. ..
"Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 dagingnya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tak de...."Idea Adam. Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja, "Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa, Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu.....,,. ..Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ...lalu sudah
kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana..."terang Hawa.
"Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.Kemudian
Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz. ...!!!"
Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya,
Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku. "Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam. "Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa.. "Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi..." terang Adam.
Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa.
"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil
"Khanaz!!!". ..kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan
menjadi Khanaz kembali.kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz.
Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya
"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam.
"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.
"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan
sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.
Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika
Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..."jawab Hawa.
"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.
"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!!
Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa..
Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.
Itu lah cerita dia ka wan 2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia
sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.Syaitan Khanaz nie tugas dia
- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti
kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana
yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.."
ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR. ..
- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya. ..banyakkan Zikir...
Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini.
Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan
baca BISMILLAH dan Doa.sekurang2nya BISMILLAH.
Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi
bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Baca lah doa2. nanti Khanaz dan the geng akan ikut serta.
Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam...
Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.
Walllahualam. ...
Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
Jumaat, 19 September 2008
Gugurnya sebuah lestari kehidupan....
kali ini...saya menguatkan tekad untuk membuat keputusan agar selepas ini tiada lagi hati yang terluka....saya minta maaf jika apa yang berlaku antara kita selama ini sayalah puncanya...sahabatku...bukan niat saya untuk menyakiti hati mu dan merobekkan jiwamu...tetapi saya tidak terdaya dengan apa yang berlaku....
andaikata kau membaca coretan ini...saya mohon maaf kerana dengan luahan ini sahaja la yang dapat saya coretkan bahawa saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan awak...banyak pengajaran dalam hidup semasa kita bersama.....namun semua yang berlaku antara kita sebenarnya telah tercatat di luh mahfuz.....saya tidak pernah menyalahkan awak...sayalah yang bersalah atas semua ini....
saya minta maaf kerana tidak dapat menunaikan apa yang telah saya janjikan....saya hanyalah manusia biasa...kita hanya merancang tetapi semuanya telah ditentukan Allah sebagai sebaik-baik perencana hidup kita....saya tahu amat sukar untuk kita berhadapan dengan ini semua...tambah-tambah lagi kita berada di bulan yang mulia ini.....saya sedih dengan apa yang berlaku antara kita..dan saya tahu awak juga begitu..namun percayalah petunjuk yang Allah tunjukkan itu adalah yang terbaik untuk kita....janganlah berkeras kerana keinginan hati kita tidak tertunai....kita kena belajar dari semua ini...agar langkah kita pada masa hadapan tidak lagi kembali melalui denai-denai usang....
sahabtku....
andai sahaja dapat ku kembalikan putaran kehidupan ini pastinya saya tidak akan memilih dengan apa yang telah berlalu....telah banyak kisah suka duka yang kita kongsikan bersama....telah banyak cabaran dan rintangan yang kita tempuhi bersama.....semua itu mendidik kita agar lebih matang dan tabah dalam menghadapi hidup ini....terlalu sukar untuk saya lalui ini semua....namum saya kena tabah juga semuanya.....
saya doakan semoga awak cepatlah bertemu jodoh dengan orang dapat menjaga dan menyayangimu.....semua doaku ini terkabul....amin....sahabatku...izinkan saya pergi yer.......
doaku sentiasa bersamamu.....
Sahabatmu...
Abdul Jarir bin Abdul Hamid...
Sahabatmu selamanya.....
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
Dicatat oleh jundi Alabrar di 4:03 PG 0 ulasan
Label: sekadar Hiasan
Rabu, 17 September 2008
DEtIk BeRsEjArAH


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
Dicatat oleh jundi Alabrar di 6:17 PG 0 ulasan
Label: sejarah hidup penulis...
Selasa, 16 September 2008
Hakikat Puasa
Isnin, 15 September 2008
Ingatan Seorang Sahabat
kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main
sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.
Bas yang terhenyak-henyak dek
jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti
semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung
menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu
kena buli... Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di
luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga
mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti
di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir
sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk
mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz
menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak
kemuncut. 'Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa
kau buat tepi jalan malam-malam camni?' Razi bersuara sambil memeluk Naim yang
terkekeh-kekeh ketawa. 'Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik
Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?' Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.
Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. 'Biasa la! zaman bersedar, manusia
pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?' Naim tidak menjawab soalan
Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke
bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh
dan kakinya sedikit tempang. 'Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu?
Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je...' tegur Raiz. Naim kelihatan murung.
'Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik
rumah ke?' Naim mengubah topik.
'Cadangnya gitulah!'
' Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau.
Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!' pujuk Naim lalu
menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
'Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!' kata Raiz dalam hati.
'Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila
mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi
cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang...
'Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab
nak jaga diorang..Terpaksalah aku buat kerja kampung... Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung la!' Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
'Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!' Naim
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz
tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .
'Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi
jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je
boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang
pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!
Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku
makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!'
Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan 'Aku mintak maaf Naim, aku
betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!' Raiz
menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. 'Tu la kau, pergi
belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok
balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa
boleh dimakan. Ni je la!'. Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan
sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!
'Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!' Suara Raiz sayu
dan pilu. Naim senyum tawar. 'Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni
pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik
ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak
ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah
makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!'
Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul
berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan
tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..
'Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!'
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz
bangun.'Eh? Mak!' terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah
dan
ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. 'Yang kau tidur
kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?' jerkah
ayahnya.
'Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada
gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun... Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
'Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
'Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!' Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
'Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?'
'Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah
mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia, dah tak ada..'terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.
Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang
raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui
semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi
pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.
'Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak
raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung
kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah
rumah aku ye!' Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim
lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada
arwah.'Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di
sana !
moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
Sabtu, 13 September 2008
PENGARAH JAKIM VS DR MOHD ASRI
Laporan:Akhbar Utusan melaporkan Dr. Mohd Asri menganggap perbuatan Raja Petra adalah biadap. Bahkan kenyataan asal Dr Asri menyebut sesiapa yang menghina Islam atau bersekongkol dengan orang menghina Islam –secara sedar dan faham apa yang dilakukannya- adalah terkeluar dari akidah Islam dan wajib bersyahadah semula.
Akhbar semalam juga melaporkan beliau berpendapat tindakan JAKIM membuat laporan Polis terhadap Raja Petra sebelum diwujudkan sessi dialog dan penegakkan hujah (iqamah al-hujjah) supaya dibetulkan (jika masih ada ruang) akidah pihak yang dianggap menghina Islam iaitu Raja Petra adalah kurang tepat.
Berikut adalah kenyataan Dr. Mohd Asri mengulas kenyataan Pengarah JAKIM berkenaan:
“Saya amat terkejut dengan bahasanya dalam keadaan kita berpuasa ini. Saya seakan membaca kata-kata yang amat tidak sesuai dengan kedudukan seorang Pengarah JAKIM. Saya hanya memberi pendapat bahawa tugasan JAKIM bukan sekadar membuat laporan Polis. Itu boleh dibuat oleh orang biasa, tidak memerlukan institusi sebesar itu.
Dalam bab aqidah, jika ada kes yang seperti ini, maka langkah yang awal adalah membetulkan kesalahan faham terhadap akidah Islam tersebut dengan cara yang dipanggil Iqamah al-Hujjah iaitu penegakkan hujjah. Setelah dia faham, tapi dia masih lagi kekal dengan kesalahan itu, maka hukuman ridah (murtad) atau selainnya boleh diputuskan.
Selepas itu, tindakan secara kekuasaan boleh dibuat. Mana mungkin dalam perkara akidah seseorang dituduh tanpa dia dijelaskan hujah-hujah yang menunjukkan dia terkeluarkan dari akidah yang sahih. Saya tidak menghina JAKIM, cumanya memberikan pandangan yang berbeza. Apakah itu menjadi kesalahannya?
Apakah dalam Islam di Malaysia ini seseorang diharamkan berbeza pendapat dengan Pengarah JAKIM? Beliau membangkitkan saya tidak hadir beberapa mesyuarat, saya sebenarnya malas hendak mengulas. Banyak pun mensyuarat yang saya hadir dan aktif. Cumanya beberapa mesyuarat fatwa saya tidak hadir.
Antaranya, ketika membincangkan hukum terkena dakwat pilihanraya. Maaf, saya rasa segan pada diri saya sendiri untuk datang jauh dari Perlis ke Putrajaya bagi membincangkan hal itu. Ada juga saya tidak hadir kerana terlalu mengejut, sedangkan jadual saya telah tersusun. Ada juga kerana bertembung dengan program negeri. Terbaru JAKIM buat mensyuarat di Terengganu pada tarikh Pilihanraya Permatang Pauh, sedangkan saya pengundi kawasan berkenaan.
Adapun dakwaan beliau saya hadir program kepartian, saya tidak pasti. Semua orang tahu, saya tidak pernah membuat sokongan terbuka untuk sesebuah parti. Memang, saya agak kerap hadir program jemputan Kerajaan Kelantan. Namun saya berbicara atas prinsip-prinsip umum Islam. Mereka menjemput saya dan saya hadir. JAKIM tiada hak dalam perkara itu.
Saya bergerak atas prinsip, bukan untuk keredhaan sesiapa insya Allah. Jemputan pihak lain pun saya hadir. Apa salahnya? Adapun tuduhan beliau tentang ujub dan seumpamanya, pada bulan puasa ini saya serahkannya kepada Allah. Beliau lebih tahu siapa diri beliau.”
Rabu, 10 September 2008
THE WISDOM BEHIND FASTING
More RAMADHAN graphics
1) The fast of the self, means to be free from all carnal desires.
2) The fast of the mind is avoiding thoughts about things other than Allah (Subhanahu Wa
3) The fast of the hand is not touching/taking what does not belong to it.
4) The fast of the nose means not sniffing or smelling unlawful things.
5) The fast of the feet is not going places where sinful acts are propagated.
6) The fast of the eye is to prevent it from seeing forbidden things.
Allah (Subhanahu Wa Ta’ala) says in Al-Qur’an, “Tell the believing men to lower their gaze and be mindful of their chastity; this will be most conducive to their purity. And tell the believing women to lower their gaze and be mindful of their chastity, and not display their charms (in public) beyond what may (decently) be apparent thereof, hence let them draw their head-covering over their bosoms”. (Al-Qur’an 24:30-31)
7) The fast of the tongue is guarding againt lying, backbiting, slandering, reviling, abusing others, cursing, indecent conversation, swearing and false evidence. The Prophet (Sallallahu Alayhi Wa Salam) said: “A Muslim is he from whose tongue and hands other Muslims are safe”.
The Prophet (Sallallahu Alayhi Wa Salam) said, “"Whoever does not give up forged speech and evil actions, Allah is not in need of his leaving his food and drink (i.e. Allah will not accept his fasting.)"
(Sahih Bukhari, Volume 3, Book 31, Number 127)
8) The fast of the ears is not to listen to idle talk, gossip, lyrics and notes that contain obscene and indecent things. Listening to Al-Qur’an bears the fruit of faith, guidance, light and prosperity. It fills the heart with wisdom, tranquillity, intimacy and contentment. It is a source of protection from the dangerous, deviant and sinful thoughts.
9) The fast of the heart means casting out from it the love of worldly things and by emptying it of all corrupt material such as, false beliefs, evil suggestions, filthy intentions and degenerate thoughts.
The believer’s heart abstains from pride and egotism as these traits breaks its fast. Egotism is when the individual sees himself as perfect and better than others. The cure for this self-importance is to look at one’s faults and short-comings, thousands of sins and misdeeds that one has committed, wrongs that one has done and forgotten, but knowledge of which are with Allah (Subhanahu Wa Ta’ala).
Allah (Subhanahu Wa Ta’ala) says in Al-Qur’an, “do they, perchance, envy other people for what God has granted them out of his bounty?” (Al-Qur’an 4:54)
The heart of the believer fasts and abstains from envy as envy lowers righteous deeds and stops its progress toward Allah (Subhanahu Wa Ta’ala).
Dicatat oleh jundi Alabrar di 2:26 PTG 0 ulasan
Label: Ilmu pengetahuan
Ahad, 7 September 2008
Manusia, Malaikat, Syaitan...
More EMO graphics
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..
Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...
Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..
Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha
Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .
Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan
bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
Dicatat oleh jundi Alabrar di 1:39 PTG 0 ulasan
Label: tazkiyyahtun nafs..
Sabtu, 6 September 2008
Henti sensasi isu kaum - Peringatan PM kepada semua pihak elak rasa marah rakyat

Abdullah Ahmad Badawi bersalam dengan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail ketika hadir pada Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di Pejabat UMNO Bahagian Tasek Gelugor, semalam. Turut sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Abdul Rashid Abdullah (kiri). – BERNAMA
Menurut Perdana Menteri, perkara yang berkaitan dengan agama, kontrak sosial atau melibatkan perkauman tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia akan menyebabkan kaum-kaum berkenaan berasa bahawa sensitiviti mereka diketepikan.
“Saya ingin menyatakan bahawa kebelakangan ini saya lihat perkara berkaitan dengan kaum sudah menjadi perkara yang menimbulkan keresahan dan rasa tidak senang hati di antara kaum-kaum yang ada di negara kita sama ada orang Melayu atau bukan Melayu.
“Apa yang berlaku itu kononnya adalah kebebasan untuk bercakap dan menyuarakan pandangan sesuka hati mengikut apa yang dirasai oleh orang berkenaan, ini adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di bangunan UMNO di sini hari ini.
Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan ketua-ketua UMNO bahagian termasuk Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, semua pihak perlu memahami bahawa negara ini sentiasa menguruskan isu melibatkan kaum dengan begitu baik sejak penubuhan Perikatan sehingga ke hari ini.
‘‘Yang penting ialah kita mengawasinya. Ini ditujukan kepada media-media, blog dan SMS (khidmat pesanan ringkas) yang macam-macam keluar dan buat cerita yang bukan-bukan serta surat khabar yang membuat pemberitaan yang boleh menimbulkan rasa marah.
‘‘Ini tidak akan bawa kebaikan kepada mana-mana pun, kita tidak mahu negara kita jadi kelam-kabut dan timbul perbalahan, jika ini timbul semuanya akan kalah dan yang rugi adalah kita semua, kita semua yang akan menerima kerugian,” katanya.
Oleh itu, ujar beliau, adalah amat penting bagi semua termasuk akhbar supaya memahami perkara berkenaan kerana kebebasan akhbar tidak boleh digunakan untuk menyatakan atau mentakrifkan sesuatu perkara secara suka hati.
Malah, katanya mensensasikan perkara sensitif juga bukan sesuatu yang wajar dilakukan kerana ia akan menimbulkan keadaan yang tidak baik di kalangan rakyat.
‘‘Saya harap perkara ini akan difahami oleh semua pihak sama ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan akhbar supaya berhati-hati dalam perkara berkaitan sensitiviti agama dan kaum demi keselamatan negara pada masa depan,” katanya.
Bagi Barisan Nasional (BN), Abdullah memberitahu, kerajaan akan meneruskan mandat yang diberikan oleh rakyat untuk membangunkan negara dan memfokus sepenuhnya kepada hal-hal berkaitan pembangunan dan kepentingan rakyat serta kemajuan negara.
‘‘Inilah negara kita, yang kita cinta dan negara yang kita akan bekerja ke arah kemakmuran. Kita adakan hubungan baik antara kaum maka harap difahami oleh semua pihak dan sama-sama menjaga serta melaksanakan tugas untuk jaga ketenteraman,” katanya.
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
Take oyur time to read this. Subhanallah!
More RELIGIOUS & ADVICE graphics
"In The Name Of Allah, the most Beneficent, the most Gracious, the most Merciful!
Rasulullah S.A.W. said, "Jannat lies under the feet of your mother."
Rasulullah S.A.W. said, "If you read the kalima with conviction just once, Jannah becomes upon you."
Rasulullah S.A.W. said, "A women who reveals her body or even wears tight fitting clothes wont come within 500 years of the smell of Jannah."
Rasulullah S.A.W. said, "The dust which settles on a man while he is out in the path of Allah; not only the fire, but the smoke of Jahannam is haraam for those parts of the body."
Rasulullah S.A.W. said, "I only curse 3 types of people;
1. Those people who do not look after their parents when they are in old age.
2. Those people who do not take full advantage of the blessed month of Ramadan.
3. Those people who don not say, 'Salallahu -Alayhay- -Wa-Aalahay Wasallam' when my name is mentioned."
Rasulullah S.A.W said, "An intelligent person is one who is constantly thinking about and preparing for death."
Rasulullah S.A.W. said, "It is better for a man that a steel nail be driven through the centre of his head rather than if he touches the palm of a strange women."
PLEASE TAKE 2 MINUTES OF YOUR TIME TO READ THIS.
Imagine this happening to you...
One day during Jummah Salah, a 1,000 member congregation was surprised to see two main enter, both covered from head to toe in black and carrying sub-machine guns.
One of the main proclaimed,
"Anyone willing to take a bullet for Allah remain where you are."
Immediately, the congregation fled, and out of the 1,000 there only remained around 20.
The man who had spoken took off his hood, looked at the Imaam and said,
"Okay Maulana, I got rid of all the hypocrites. Now you may begin your sermon."
The two main then turned and walked out."
Too deep not to pass on?
"Funny how simple it is for people to trash Allah ... and then wonder why the world's going to the devils playground."
"Funny how we believe what the newspapers say ... but question what the Qu'ran says."
"Funny how everyone wants to go to heaven ... provided they do not have to believe, think, say, or do anything the Quran says."
"Funny how someone can say 'I believe in Allah' ... but still follow Shaitaan (who, by the way, also 'believes' in Allah)."
"Funny how you can send a thousand 'jokes' through e-mail and they spread like wildfire ... but when you start sending messages regarding Allah, people think twice about sharing."
"Funny how the lewd, crude, vulgar and obscene pass freely through cyberspace ... but the public discussion of Allah is suppressed in the school and workplace."
Funny, isn't it?
"Funny how someone can be so fired up for Allah on Friday ... but be an invisible Muslim the rest of the week."
Are you laughing?
"Funny how when you go to forward this message ... you will not send it to many on your address list because you're not sure what they believe, or what they will think of you for sending it to them."
"Funny how I can be more worried about what other people think of me ... than what Allah thinks of me."
Are you thinking?
Will you share this with people you care about?
Or not?
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
Dicatat oleh jundi Alabrar di 2:41 PTG 0 ulasan
Label: tazkiyyahtun nafs..
Islah Diri Di Bulan Ramadhan
Sedikit ilmu untuk kita kongsi bersama..
* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.
* Persiapkan diri anda dengan perancangan rapi untuk berubah dan sentiasa raikan perancangan tersebut.
* Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.
* Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.
* Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.
* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.
* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.
* Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.
* Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.
* Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.
* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.
* Carilah keaiban diri sendiri untuk melakukan pengislahan dengan bersungguh-sungguh, kerana sepanjang Ramadan adalah waktu yang palin sesuai untuk melakukannya, janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.
* Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.
* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat (recommendation) Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.
Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatika kita.
Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.
Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh pasa sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan.
Jumaat, 5 September 2008
Ramadhan bergerak laju....
Ya Allah, Berikan daku petunjuk yang terbaik buat diriku....
Dicatat oleh jundi Alabrar di 8:57 PTG 0 ulasan
Label: sejarah hidup penulis...









