Sabtu, 31 Mei 2008

GURU SEBAGAI KAUNSELOR..

GURU SEBAGAI KAUNSELOR


PERANAN

• Pengumpul maklumat
• Mengenal pasti murid yang bermasalah
• Membuat rujukan kepada kaunselor atau pihak tertentu
• Mengenal pasti faktor penghalang dalam perlaksanaan peranan




PENGUMPULAN MAKLUMAT

Mengenal pelajar/klien
Maklumat peribadi, prestasi akademik, kesihatan & sosial
Peristiwa-peristiwa tertentu



MENGENALPASTI MASALAH PELAJAR

Peribadi, Akademik, Keluarga, Malu, Kesihatan, Sosial dll
Berbincang, sesi temu bual, meneroka & melaksana strategi penyelesaian.



MEMBUAT RUJUKAN KEPADA KAUNSELOR

Masalah sosial, emosi kompleks, keluarga & seksual embius
Mesti dirujuk kepada kaunselor bertauliah atau pihak-pihak tertentu.



MENJALANKAN TINDAKAN SUSULAN

Setelah dirujuk kepada pihak tertentu maka guru tersebut harus mengikuti perkembangan pelajarnya bukan tinggalkan begitu sahaja.






Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

EXAM KPLI-KDC-SABK

EXAM!!!! semua dalam kelas asyik duk cakap pasal exam....masing-masing mahukan yang terbaik untuk exam kali ini...yala....siapa nak gagal kan??? saya pun mahu lulus dengan baik juga....

exam pendidikan 3. jun 2008, kertas sej 1 4 jun dan kertas sejarah 2 5 jun.....
5 jun malam dah kena pi BTN...kat Pulau Sayak kedah..
lepas tu ada KISSM kat Bainun balik....
sampailah bulan julai....

* semoga semua dapat buat yang terbaik untuk exam kali ini.....


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Sabtu, 24 Mei 2008

Coretan Hati ...

24 mei 2005,,,
hari agak baik...cuaca pun ok jugak...
dengan hati yang terpaksa ditabahkan...melangkah meninggalkan kampung halaman untuk menimba ilmu di perantauan...Pulau Pinang (Pulau Mutiara) dan Sabah (Negeri di bawah Bayu)...jauh tu...
dari hujung ke hujung....

tak tau la...43 hari tu bukannya skjp...lama juga tu....tp sy mesti balik dgn kejayaan....
Institut Perguruan Tuanku Bainun....nantikan kehadiranku esok...25 mei 2008...


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Isnin, 19 Mei 2008

FIQAH DAULAH DALAM PERSPEKTIF AL-QURAN DAN SUNNAH

Oleh Dr Yusuf al-Qardhawy

ISLAM POLITIK



Antara Individu dan Jemaah



Seorang saja sering tidak sanggup menghadapi kemungkaran, terlebih lagi jika kejahatannya sudah bermaharajalela, apinya sudah membara dan para pelakunya kuat atau kemungkaran itu berasal dari kalangan penguasa yang sepatutnya merekalah memeranginya, namun justeru mereka pula menjadi pendokong kemungkaran itu. Keadaan ini seperti yang digambarkan dalam sebuah peribahasa: "Orang yang menjaganya tidak berbeza dengan orang yang melarangnya. " Atau seperti yang dikatakan seorang penyair:

"Penggembala domba menjaga dari serangan serigala bagaimana dengan penggembala yang memelihara serigala?"



Tak dapat diragukan, jalinan kerjasama untuk merubah kemungkaran dalam keadaan seperti ini sangat diperlukan. Sebab ianya merupakan kerjasama kepada kebajikan dan ketakwaan. Amal jemaah (tindakan bersama) menerusi perkumpulan atau parti yang memang diperbolehkan merupakan fardhu yang diwajibkan agama.



[ Komen : Ini bukan cerita khayalan superhero, yang dia sorang boleh selamat dunia. Begitu juga dengan golongan hat makan bertih bertapa sorang-sorang dalam gua, berkhayal boleh lawan kuffar dengan cara macam tu. Ini semua mengarut. Ini dunia realiti sekarang tuan-tuan. Dengan segala macam gejala yang berlaku sekeliling kita hari ini, kita takdak jalan lain melainkan kena pi cari dan join mana-mana pertubuhan yang komited untuk membasmi semua ni. Kalau boleh hat berlandaskan Islam itu lagi bagus. Dalam buku “Ulama: Dalam Sorotan Kemerdekaan” tulisan dua orang MA UKM, saudara Ridzuan Mohd dan Mohd Fadli Abdullah, ada dituliskan ketika menghadapi pihak penjajah British, para pejuang Melayu Islam di tanahair bermula sejak akhir kurun ke 20 lagi hinggalah ke tarikh diberikan kemerdekaan, menubuhkan begitu banyak pertubuhan dalam nak mengelirukan penjajah. Nama pertubuhan lain-lain, namun pejuang-pejuang yang aktifkannya hampir nama-nama yang sama.




Hari ini pun kita boleh kelirukan pihak kuffar dan proksi-proksinya dengan strategi yang sama. Biar ditubuhkan banyak pertubuhan-pertubuh an Islam. Kalau satu diharamkan, yang lain boleh cover-up. Inilah yang pernah disebut oleh TG Nik Aziz dalam ceramahnya sekitar tahun 2001, berucap tentang isu pihak kerajaan mengusulkan nak mengharamkan istilah “Islam” yang digunakan oleh setiap pertubuhan. TG kata (lebih kurang maksudnya), “Haram pi lah parti Pas, kita boleh tubuh parti lain. Walaupun parti nama lain, tapi yg run tu kita jugak.”…Inilah yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam di Turki. Setelah Parti Refah pimpinan Necmettin Erbakan diharamkan pada tahun 1998, tertubuh pula Parti Fazilet yang sebahagian besar dari anggota bekas Parti Refah. Kemudian Parti Fazilet turut diharamkan pada tahun 2001, tertubuh pula Parti Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) diasaskan oleh Recep Tayyip Erdogan yang cenderung kepada Islam. ]



Rujukan: http://alkhatab2. tripod.com/





Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Ahad, 18 Mei 2008

CoReTaN KeHiduPaN....

Tinggal 5 hari lagi saya akan kembali ke IPTB...tak sabar rasanya mahu menghabiskan pengajianku ini...40 hari hari lagi untuk menghabiskan baki pengajianku di IPTB.....pastinya banyak kenangan yang sukar untuk dilupakan...kelas kpli-kdc-sabk hanya 23 orang sahaja.....memory yang akan ku kenang selamanya.....wlpn agak sedih berpisah dgn kawan2 nanti...namun perjalanan kehidupan perlu diteruskan jua....



gambar bersama tutor kelas kpli-kdc-sabk (sej/mte)....en Rosdi.( nov 2006 )

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Sabtu, 17 Mei 2008

Exam...Peperiksaan..Imtihan..



Alhamdulillah setelah 2 minggu berhempas pulas berhadapan dengan peperiksaan kini pelajar boleh menrik nafas lega...tapi result pulak nak serahkan sebelum cuti semester 1 bermula....jadi guru la yang berhempas pulas pulak nak periksa kertas jwapan pelajar...hhehehe ahamdulillah sy dah siap semuanya tinggal nak serahkan je keputusan kepada guru kelas selasa nanti....

ni antara gambar yang sempat sy ambik semasa exam berlangsung...



PELAJAR THANAWI 2



PELAJAR THANAWI 4









Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Jumaat, 16 Mei 2008

PM umum insentif guru - 350,000 pendidik nikmati peluang naik pangkat lebih luas


MELAKA 16 Mei – Kira-kira 350,000 guru di seluruh negara merayakan Hari Guru tahun ini dengan berita gembira apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan insentif baru bagi memperkasakan dan memartabatkan profesion perguruan di Malaysia.

Enam insentif itu termasuk keputusan Kementerian Pelajaran menaikkan pangkat dan gred guru-guru bukan siswazah yang telah melanjutkan pelajaran.

Berucap pada majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini, Perdana Menteri yakin dengan insentif-insentif itu guru-guru akan lebih bersemangat untuk bekerja.

“Saya berharap guru-guru akan berjalan sebatu ke depan. Inilah yang kita mahu.

“Mudah-mudahan apa yang diberikan ini akan diterjemahkan oleh para guru dengan bekerja lebih bersungguh-sungguh supaya kita dapat melahirkan pelajar yang lebih cemerlang,'' katanya.

Pengumuman itu disambut tepukan gemuruh lebih 3,000 guru yang mendengar ucapannya. Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurut Abdullah, kerajaan bersetuju untuk mengambil kira pengalaman mengajar guru semasa dalam skim bukan siswazah DGA29 untuk dipertimbangkan kenaikan gred secara time-base setelah berada dalam skim siswazah iaitu dari gred DG41 kepada DG44.

“Kaedah yang akan digunakan ialah setiap tiga tahun pengalaman di gred DGA29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di gred SG41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan sebanyak tiga tahun pengalaman DG41.

“Insentif ini merupakan satu tambahan kepada keputusan kerajaan sebelum ini untuk memberikan hadiah kenaikan gaji kepada kakitangan awam,'' kata beliau.

Perdana Menteri berkata, langkah itu juga bertepatan dengan gagasan kerajaan dalam membangunkan modal insan dan bersesuaian dengan dasar pensiswazahan guru yang menggalakkan guru-guru untuk melanjutkan pengajian mereka.

Beliau berkata, pada masa yang sama kerajaan juga bersetuju meluluskan cadangan supaya guru gred DG41 yang berasal dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 selepas tiga tahun berkhidmat sebagai guru besar pada gred DG41.

Susulan kepada penambahan kuota jawatan dalam skim cemerlang sebanyak 300 peratus pada tahun 2006, beliau memberitahu, kerajaan bersetuju untuk menambah baik dua syarat skim guru cemerlang.

Ini termasuk memendekkan syarat tempoh kelayakan guru cemerlang dari tujuh tahun kepada lima tahun pengalaman mengajar bagi pengisian jawatan guru cemerlang DGA32 dari gred asal DGA29 dan jawatan guru besar cemerlang DG44 dari gred asal DG41.

“Bagi pegawai yang telah dinaikkan pangkat guru cemerlang di sesuatu gred, mereka boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred selanjutnya tanpa perlu menunggu tempoh tiga tahun perkhidmatan dalam gred yang sedang disandang,'' kata Perdana Menteri.

Beliau turut mengumumkan peruntukan 10 peratus daripada 1,700 kuota guru besar cemerlang DGA38 akan diberikan kepada pengelola dan guru yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Selain guru dan guru besar bukan siswazah serta guru dan guru besar cemerlang, turut mendapat suntikan daripada insentif yang diumumkan itu ialah para pegawai pelajaran daerah (PPD).

Abdullah berkata, kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred PPD dari gred DG48 kepada gred DG52 dan DG54.

Selain itu, menurut Perdana Menteri, kerajaan juga akan menyeragamkan struktur pejabat pelajaran daerah di seluruh negara dengan memansuhkan pejabat pelajaran gabungan (PPG) bagi negeri Sabah dan Sarawak.

“Selain kenaikan gred PPD, penambahbaikan ini juga akan mewujudkan ratusan jawatan kenaikan pangkat baru untuk para guru yang berkhidmat di pejabat pelajaran daerah,'' ujar beliau.

Beliau turut mengumumkan kerajaan telah meluluskan cadangan penstrukturan baru Kementerian Pelajaran yang kali terakhir distrukturkan pada tahun 1995.

Peringkat awal kelulusan itu akan melibatkan pertambahan jawatan dan kenaikan gred bagi jawatan pengurusan tertinggi dan ketua bahagian dari gred DG54 hingga ke JUSA A.

Sebagai contoh, jelasnya, kesemua jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran kini diseragamkan pada gred JUSA A berbanding sebelum ini berbeza pada gred JUSA A, B, C dan DG54.

Beliau percaya penstrukturan itu dapat memantapkan sistem penyampaian pendidikan di setiap peringkat di negara ini.

*** memang bagus apa yang PM umumkan..tp harap biarlah org yang layak sahaja ...jgn pula lepas ni ada la orang yang perasaan nak ke DG44 terus kalau DGA 29 pun baru setahun jagung....kalau tak mampu nak tadbir sekolah tu.....sedarla diri yer....:)

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Khamis, 15 Mei 2008

BINGKASAN KEHIDUPAN.....satu coretan hati...



Syukur Alhamdulillah...saya masih lagi diberi peluang untuk menimjau ke blog ini dan seterusnya membuat sedikit penambahan dalam blog ini.... pejam celik-pejak celik saja sudah 5 bulan saya berada di tahun 2008. sudah banyak laluan dan lorang kehidupan yang saya lalui...berbagai onak dan duri telah ku tempuhi....namun hati ini masih lagi sedih...entah kenapa....terasa diri ini semakin jauh.....bebanan kerja yang banyak menyebabkan saya menjadi semakin sibuk....semakin hati seakin menimnun bukannya semakin sikit....lambakan jawatan adalah satu bebanan bagi diri ini....kalau diikutkan hati mau sahaja saya meletakkan jawatan segala jawatan yang diberi...biarlah hanya mengajar.....bila melihat dengan rakan sekerja yang lain hanya datang sekolah dan balik sekolah....

kenapalah saya yang diberi tugas ini??? tugas-tugas inilah yang menyebabkan saya sibuk dan jarang dapat bersama dengan sahabat2 sefikrah. sudah hampir 2 tahun saya terkubur sepi di perbukitan sepi dan sejuk ini. langkah ini semakin lemah dan saya takut iainya akan terhenti..nauzubillah.....

terima kasih buat rakan sekerja buat kak misah dan kak amirah yang banyak membantu saya dalam melaksanakan tugas-tugas di sekolah. walaupun hanya menjadi rakan bicara namun sudaj cukup untuk memberi satu motivasi buat diri ini....buat kak misah moga dipermudahkan segala urusan dan dipercepatkan hari bersejarahnya...buat kak amirah...moga baitul Muslim yang dibina dgn ust azril akan berkekalan hingga ke akhir hayat. saya dokan moga kedua-dua orang kakak ini dipermudahkan segala urusan mereka....thanks to being my friends...

NIKMAT ITU ADA ENAM MACAM
>
> Dari Ali r.a :
>
> Yang bermaksud : "Nikmat itu ada enam macam :
>
> 1) Islam
> 2) Al-Quran
> 3) Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah
> 4) Kesihatan
> 5) Tertutupnya aib
> 6) Tiada mengharapkan bantuan orang
>
> ENAM PERKARA YANG DAPAT MENANDINGI SEMUA KEHEBATAN
> DUNIA
>
> Dari Bazar Jimihir :
>
> Yang bermaksud : "Ada enam perkara yang boleh
> menandingi semua kehebatan dunia iaitu :
>
> 1) Makanan yang lazat
> 2) Anak yang soleh
> 3) Isteri yang taat
> 4) Perkataan yang tersusun dengan baik
> 5) Akal yang sempurna
> 6) Badan yang sihat
>
>
> PERGAULAN
>
> 1) Apabila seorang datang langsung berbicara sebelum
> memberi salam,maka janganlah dijawab. (HR : Ad Dainuri
> dan Ath Tirmizi)
>
> 2) Lakukanlah ziarah dengan jarang-jarang agar lebih
> menambah kemesraan. (HR : Ibnu Hibban)
>
> 3) Lelaki memberi salam kepada wanita dan jangan
> memberi salam kepada lelaki. (HR : Ad Dainuri)
>
> 4) Apabila berkumpul tiga oraang janganlah yang dua
> orang berbisik-bisik (bicara rahsia) dan meninggalkan
> orang yang ketiga. (HR : Al-Bukhari)


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Isnin, 12 Mei 2008

KENAPA HATI MATI???




Mengapa Hatinya Mati?
Syafiq El Balakhi Rahimuallah meriwayatkan bahawa semasa Ibrahim
bin Adham r.a. sedang berjalan-jalan di negeri Basrah, dia ditanya
penduduk negeri itu. Mereka bertanya, "Ya Ibrahim, mengapa doa kami
tidak diendahkan lagi, padahal bukankah Allah telah berfirman "Apabila
hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah : Bahawasanya
Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apibila
ia berdoa kepadaKu" (Al-Baqarah : 186)

Ibrahim memberi jawapan kepada mereka. Katanya, 'Wahai penduduk
Bashrah, itu disebabkan kerana kalbu kamu telah dimatikan oleh sepuluh
hal. Jika demikian bagaimana Allah Taala akan menyambut doa kamu?

Sepuluh hal yang menunda doa kamu daripada diterima oleh Allah ialah:


Kamu telah mengenal Allah, tetapi tidak menunaikan hakNya.
Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi tidak mengamalkan isinya.
Kamu mengaku cintakan Rasulullah, tetapi meninggalkan sunnahnya.
Kamu mengaku bencikan syaitan, tetapi mematuhi ajakannya.
Kamu mengaku ingin masuksyurga, tetapik kau menjerumuskan diri ke dalam
maksiat.
Kamu menyakini bahawa kematian itu suatu kepastian, tetapi kamu tidak
pernah mempersiapkan diri menghadapinya.
Kamu sibuk dengan keburukan orang lan, tetapi mengaibkan keburukan diri
sendiri.
Setiap waktu kamu menguburkan orang mati, tetapi setiap kali jualah kamu
tidak pernah merenunginya.
Kamu telah menikmati nikmat Allah, akan tetapi tidak pernah
mensyukurinya.

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Minggu Sains Sosial 2008

ALHAMDULILLLAH....
saya masih lagi diberi ruang masa untuk mencoret sedikit di ruangan blog yang telah saya tinggalkan. Banyak bebenan tugasan yang perlu di selesaikan jadi utamakan dahulu yang utama la....

MUQADDIMAH

Tunjang kecemerlangan seseorang pelajar adalah terletak pada sahsiah diri yang unggul. Justeru, program ini diragka khusus untuk membentuk sahsiah diri pelajar yang berjiwa cemerlang.

Program Minggu Sains Sosial ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Terdapat beberapa program yang telah disusun untuk pelajar. Program ini diharapkan mampu melahirkan pelajar yang cemerlangan dalam pelajar dan juga bersahsiah tinggi.


MATLAMAT

Matlamat pogram ini adalah :

1) Memupuk jati diri para peserta untuk cemerlang dalam pelajaran.
2) Memenuhi aktiviti ko-kurikulum sekolah
3) Menanam minat untuk menimba ilmu secara berterusan.
4) Melatih dan mendisiplinkan para peserta dengan pembentukan sahsiah diri yang unggul.
5) Mengeratkan lagi ukhwah sesama pelajar dan guru-guru


NAMA PROGRAM

MINGGU SAINS SOSIAL 2008


ANJURAN

Jabatan Kemanusiaan
( panitia Sejarah, panitia Geografi, panitia Sivik dan panitia Pendidikan Islam)
SMA Al-Irsyadiah Marakau Ranau, Sabah


PESERTA

Semua pelajar SMA Al-Irsyadiah Marakau Ranau


TARIKH

07 April hingga 10 April 2008


TEMPAT

SMA Al-Irsyadiah marakau, Ranau

TEMA

“ Menggapai Minda Expresi Diri ”

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk lampiran (A)

BELANJAWAN

Rujuk lampiran (B)

TENTATIF

Rujuk lampiran (C)
Aktiviti yang dijalankan


PENUTUP

Dengan terlaksananya program ini diharapkan dapat memberi satu impuk yang positif kepada prestasi daya saing pelajar dalam kokurikulum dan kurikulum 2008 di sekolah ini. Jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga Allah Taala menilai setiap keringat yang dicurahkan sebagai satu amalan ibadat.


Disediakan Oleh :


……………………………
(Jundi Al-Abrar)
Pengarah
Minggu Sains Sosial ( EXCELLENT 08)


DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN. * potong yang tidak berkenaan



……………………………. Cop :
Tandatangan pengetua Tarikh :
lampiran (A)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Penaung : Ust. Hj. Kasminin Hamzah
(Pengetua SMA Al-irsyadiah Marakau, Ranau)

Penasihat I : Puan. Haslinda Abdullah
(Penolong Kanan I SMA Al-irsyadiah Marakau, Ranau)

Penasihat II : Ust. Mohd Jamil Sainan
( Penolong kanan Hem SMA Al-irsyadiah Marakau, Ranau)

Pengarah : En. Jundi Al-abrar

Timb. Pengarah : Puan Nur Amirah Atiqah Hj. Kitta

Setiausaha : Cik Rosmiah Moslin

Bendahari : Cik Siti Misah Yusof


AJK Program : En. Jundi Al-Abrar
Cik Siti Misah Yusof
En. Ahmad Sobrie kekijin
Ust. Mohammad Salleh Somoh
Ust. Madrissaffiee Tahiruddin
Ust. Ahadin Zainal
Puan Siti Norlela Mohd Jiman
Puan Nur Amirah Atiqah
AJK Cenderahati &
Hadiah : Pn. Siti Norlela Mohd Jiman
Bersama Pelajar

AJK PA sistem : Ust. Razali Abdullah

AJK Fotografi : Ust. Ahadin Zainal

AJK Persembahan : Ust. Risman Junis
Ust.Rukimin Jafari
Ust. Ismail Hassan

AJK Jamuan : Cik Siti Misah & Pelajar

Lampiran (B)


BAJET BELANJAWAN


SUMBER KEAWANGAN

Peruntukan dari sekolah RM 400.00



Jumlah RM 400.00





PERBELANJAAN

Hadiah dan cenderahati RM 150.00

Sijil peserta ( anggaran 100 x RM 0.70) RM 70.00

Jamuan RM 150.00

Persiapan program RM 30.00



Jumlah RM 400.00


**************************************************************************************************

Lampiran (C)


AKTIVITI YANG DIJALANKAN.

i. Pertandingan kuiz bertulis ( pengetahun Am)
ii. Pertandingan melukis Poster
iii. Pertandingan Nasyid
iv. Pertandingan kuiz antara kelas
v. Pertandingan Kelas terbaik
vi. Pertandingan Sajak
vii. Pertandingan menulis Esei
viii. Pertandingan membuat buku skraf

07 April 2008

- Minggu Sains Sosial bermula
- Penyerahan borang penyertaan
( nasyid, kuiz antara tingkatan, sajak dan buku skrap)
- Soalan kuiz pengetahuan Am ditampal.
- Penilaian kelas terbaik bermula

08 April 2008

- kuiz antara kumpulan ( malam)

09 April 2008

- Pertandingan deklamasi Sajak (malam)
- penyerahan poster, esei, buku skraf, kuiz ( pengetahuan am)
- penilaian kelas terbaik berakhir

10 April 2008

- Pertandingan Nasyid
- Persembahan sajak (pemenang)
- Majlis penyampaian hadiah

************************************************************************************************

TENTATIF


10 April 2008

7.00 pagi : kehadiran pelajar dan guru ke sekolah

8.00 pagi : Pertandingan Nasyid

9.50 pagi : Rehat

10.00 pagi : Bacaan doa
Oleh : Asindeh Sabunting

10.05 pagi : Bacaan Al-quran
Oleh : pelajar

10.10 pagi : Ucapan pengarah program
Oleh : En. Jundi Al-Abrar

10.15 pagi : Ucapan Perasmian dan penagguhan program Minggu sains
Sosial 2008.
Oleh : Ust. Hj Kasminin Hamzah

10.30 pagi : Persembahan Pelajar
Oleh : Pemenang deklamasi Sajak

10.50 pagi : Majlis Penyampaian Hadiah

11. 30 pagi : Majlis dijangka bersurai
Jamuan


**************************************************************************************************

SMA AL-IRSYADIAH MARAKAU RANAU



KERTAS KERJA
MINGGU SAINS SOSIAL
2008

TEMPAT :
SMA AL-IRSADIAH MAKARAU

TARIKH :
07 ~10 APRIL 2008

DISEDIAKAN OLEH:
JUNDI AL-ABRAR


DISEDIAKAN UNTUK :
UST. HJ KASMININ HAMZAH
PENGETUA SMA AL-IRSYADIAH MARAKAU


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

© free template 3 columns