

PAS UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA....
MARILAH BERSAMA-SAMA MEMASTIKAN KEJAYAAN UNTUK ISLAM...
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
Sabtu, 16 Februari 2008
BERSATU MENUJU KEJAYAAN
Jumaat, 15 Februari 2008
5 Tanda Orang Bahagia
Asm, ikhwah fillah,
Di dalam kitab Al Fawaid, Imam Ibnul Qayyim Al Jauziyah menjelaskan 5
tanda kebahagiaan hidup bagi seorg Muslim
PERTAMA
Setiap kali ilmunya bertambah, bertambah pula tawadhu' dan kasih
sayangnya.
KEDUA
Setiap kali amalnya bertambah, bertambah pula rasa takutnya dan
kehati2-hatiannya.
KETIGA
Setiap kali umurnya betambah, berkuranglah ketamakan dan kerakusannya.
KEEMPAT
Setiap kali bertambah hartanya, bertambah pula kedermawanan dan
pengorbanannya.
KELIMA
Setiap kali kedudukannya bertambah, bertambah pula kedekatannya
kepada sesama manusia, memenuhi hajat mereka dan rendah hati terhadap
mereka.
Komen:
Marilah kita memiliki sifat2 di atas, agar hidup kita sentiasa
beruntung.
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
Ahad, 10 Februari 2008
Gaza Merintih, Di Mana Sisi Kemanusiaan?
Semua orang tahu. Satu dunia tahu, mendengar dan melihat. Sudah tujuh bulan mereka dikenakan sekatan. Seluruh Semenanjung Gaza kini terputus bekalan bahanapi dan elektrik. Siren menandakan suasana bahaya terus bergema, tanda serangan musuh akan berkunjung. Tidak ada lagi apa-apa kemudahan, baik makanan, sekolah, rumah kediaman, elektrik, air... sepertimana yang dikecapi oleh manusia-manusia lain di bumi yang luas ini.
Itulah yang sedang dialami saudara-saudara kita di Gaza. Proses pembunuhan beramai-ramai terhadap 1.5 juta rakyat Palestin secara 'halal' kini bermula, sejurus selepas kunjungan Presiden Bush yang kononnya berhempas-pulas mencari formula keamanan di bumi Palestin. Tidak hanya pembunuhan orang perseorangan, namun pembunuhan sebuah bangsa yang bernama Palestin. Bayi tidak berdosa, anak-anak yang menderita, kaum perempuan yang merintih, orang tua yang tidak berdaya. Di manakah sisi kemanusiaan itu, wahai umat manusia?
Sumber-sumber dari hospital melaporkan banyak kematian berikutan keputusan bahanapi dan bekalan elektrik. Menurut seorang paramedik dari Hospital Shaifa iaitu hospital terbesar di Gaza, Omar al-Shawwa, perkakasan medik seperti inkubator, alat dialisis, alat bantuan pernafasan dan alat-alat lain tidak lagi dapat berfungsi. Ini bermakna satu kepastian bagi pesakit-pesakit berkenaan berhadapan dengan kematian. "Memang, Yahudi Israel tidak memasukkan anak-anak kami ke dalam alat ketuhar, tetapi mereka membunuh dengan kaedah lain yang sama dengan prinsip ketuhar. Mungkin masyarakat Eropah dan Amerika tidak percaya dengan apa yang berlaku, tapi inilah keadaannya - Yahudi melaksanakan satu holocaust terhadap kaum Palestin," ujar Omar al-Shawwa.
Sebelum kejadian ini, badan bantuan PBB untuk Palestin (UNRWA) menegaskan bahwa mereka terpaksa menghentikan bantuan makanan kepada rakyat Palestin sekiranya rejim haram Israel meneruskan sekatan di Semenanjung Gaza. Bekalan makanan dijangka akan berhenti mulai hari Rabu 23 Januari. Malahan UNRWA dengan yakin menjangkakan tragedi kemanusiaan yang buruk bakal berlaku. Pengarah operasi UNRWA di Gaza, John King, dalam sidang medianya Ahad lalu merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya mengelakkan tragedi kemanusiaan berlaku di Gaza. "Ubatan tidak ada, simen untuk urusan pengkebumian tidak ada, malahan keranda untuk jenazah pun tidak ada. Kekurangan makanan sangat serius, dan harga makanan yang ada tersangat tinggi. Saya tidak tahu untuk mengungkapkan dengan kata-kata tentang apa yang berlaku" ujar John King.
Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza meminta agar negara-negara Arab dan Islam, khususnya Mesir, untuk menghentikan sekatan yang dikenakan kepada mereka. Isolasi ini mengancam kehidupan ratusan orang pesakit setelah terputusnya bahanapi, dan terjadinya tragedi kemanusiaan, “Tidak ada alasan bagi siapapun,” tegas Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap kerajaan Palestin di Gaza.
“Hari ini pihak Zionis Israel meningkatkan ancaman dan sekatannya kepada Gaza hingga mengancam akan terjadinya tragedi kemanusiaan. Lebih-lebih lagi dengan keadaan bahanapi yang akan habis dan bekalan elektrik di Gaza juga akan habis dalam beberapa jam lagi. Sementara Zionis Israel mengancam untuk menghancurkan infrastruktur Palestin, mengancam akan membunuh para pemimpin politik Palestin, mengancam akan menghancurkan pejabat dan jabatan-jabatan kerajaan yang ada. Mereka mengira, dengan cara itu, mereka boleh mematahkan semangat juang bangsa Palestin, lalu tunduk kepada penjajah dan mengangkat bendera putih untuk menyerah,” kata Dr. Abu Zuhri dengan yakin.
Dr. Sami Abu Zuhri, dalam sidang media pada hari Ahad (20 Januari) menjangkakan pemutusan bekalan elektrik di seluruh Semenanjung Gaza, mengatakan bahawa sekatan atau embargo ini bertujuan untuk menjadikan bangsa Palestin tunduk dan meninggalkan komitmen perjuangannya. “Konspirasi untuk menundukkan Gaza tidak akan berhasil, walau luka dan derita kami alami, kami akan katakan kepada semua orang, kami tidak akan mengangkat bendera putih dan tidak akan menyerah,” demikian tegas Dr. Abu Zuhri.
“Hancurlah hai musuh bersama konspirasinya, yang ingin menjerumuskan bangsa Palestin dalam perang saudara. Semua ancaman, baik yang datang dari dalam mahupun luar, tidak akan menakutkan kami. Kami akan terus melangkah meniti janji Allah ta’ala yang pasti. Slogan kami di saat ini adalah sabar dan terus sabar. Tempat bergantung kami hanyalah kepada Allah ta’ala semata, walaupun bekalan elektrik, air dan bahanapi dihentikan, tapi Allah ta’ala akan menggantikannya dengan yang lebih baik dan banyak. Walau musuh terus membunuh para pejuang dan pahlawan kami, tidak akan membuat kami putus berpegang pada janji Allah yang pasti."
Dr. Abu Zuhri menjelaskan bahawa apa yang sedang terjadi ini sebagai “pembunuhan perlahan, bukan hanya kepada satu orang tapi kepada bangsa seluruhnya. Keputusan mati yang dikeluarkan pihak penjajah Zionis Israel kepada Semenanjung Gaza akan membuat bangsa kami menghadapi pembunuhan perlahan melalui isolasi yang ditingkatkan dan menghentikan bekalan elektrik. Sehingga Gaza kini tanpa ubat-ubatan, makanan dan elektrik,” tambah Dr. Abu Zuhri. Beliau juga mengisyaratkan bahawa Presiden Bush yang memberikan lampu hijau kepada penjajah Zionis Israel untuk meningkatkan serangannya ke Gaza setelah kunjungannya ke kawasan tersebut.
Dr Abu Zuhri menyatakan kehairanan di atas sikap membisu dari negara-negara Arab dan Islam atas semua kejahatan ini, “Apa yang anda tunggu?, kami dikenakan sekatan, anda diam. Kami dibunuh, anda tidak bergerak. Sampai bila kebisuan ini? Tidakkah aksi pembunuhan dan pembantaian ini menggerakkan hati nurani anda? Tapi kami tetap berharap agar anda boleh bergerak, wahai umat Islam bergeraklah tidak ada lagi alasan untuk membiarkan kami terus diisolasi?”.
“Mana parti politik, mana gerakan Islam, nasionalis, sosialis? Mana mereka yang masih mengaku mempunyai harga diri di seluruh dunia? Bagaimana anda membuktikan bahwa anda bersama saudara-saudara anda di Palestin? Mana aksi-aksi solidaritas anda, mana aksi-aksi anda yang ingin mendukung perjuangan rakyat Palestin, yang ingin menghentikan pembantaian kepada anak-anak, orang tua dan wanita?,” kata Dr. Abu Zuhri.
Dr. Abu Zuhri meminta umat Islam dan Arab untuk bergerak melalui kegiatan-kegiatan kemasyarakatan agar dapat menyeru masyarakat dan pemerintah masing-masing untuk mengambil peranan dalam menghentikan sekatan jahat ini. “Kami mengajak para ulama untuk mengerahkan usaha dan daya, menyeru pemerintahnya agar boleh mengangkat sekatan dan membuka perlintasan Rafah yang ditutup, karena ada arahan dari Amerika dan Zionis Israel,” demikian rayuan Dr. Abu Zuhri kepada umat Islam.
Wahai umat manusia, wahai umat Islam! Apa yang kalian tunggu? Sudah tiba masanya solidaritas kemanusian mengetuk hati nurani paling dalam dan sisi kemanusiaan siapa saja. Apapun latar belakang agama dan bangsa kita. ”Sungguh Allah akan menolong hamba-hamba-Nya yang menolong agama dan kehormatan tanah sucinya.” Allahu Akbar Walillahil Hamd.
----
Terkini:
Rejim haram Zionis Israel kini menimbang untuk membenarkan kemasukan sebahagian bahanapi ke Gaza. Langkah ini dilihat sebagai bertujuan untuk memujuk dan mententeramkan kemarahan bangsa Arab, Muslimin dan dunia seluruhnya. Walau bagaimanapun, Dr. Sami Abu Zuhri melahirkan keraguan atas janji rejim haram Israel membenarkan kemasukan bekalan bahanapi yang cukup dan menyelesaikan krisis bekalan elektrik di Gaza. Menurut beliau, jumlah bahanapi yang dijanjikan oleh rejim haram Israel untuk dibenarkan dibawa masuk ke Gaza tidak cukup untuk memenuhi keperluan kegunaan asas.
[Adaptasi daripada beberapa laporan, terutamanya dari Infopalestina.]
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
Laluan hidupku....

Tahun Baru Cina...tapi bagi saya cuti sekolah la tu...yes!! boleh balik kampung...dah hampir 5 minggu mengajar.tak lama lagi da nak praktikum....11 feb 2008 start pktikum la....takut juga tp life must go on...
cuti kali best juga sbb dah lama ke tak ke ladang membantu ayah di kebunnya. cuti ni dapat juga membantu ayah menuai padi...walaupun kekuatan diri ini dah tak macam zaman persekolahan namun tetap juga pergi membantu ayah sekadar mengambil hati...biasalah kita kena ambil hati orangtua kita juga. kena raikan mereka juga.
lama tak menuai padi ni....lepas masuk universiti kira ini baru kali ke 3 saya turun untuk membantu ayah menuai padi. bukan selama ini tak nak tolong tp tak bersekempatan sebab bukan musim cuti sekolah. beginilah la kalau tak cuti susah skit nak bantu ayah di kebun.
nasib baiklah masa pi menuai padi tu cuaca tak la panas sangat.tapi nak terbakar juga kulit ni...masa menuai padi tu saya teringat masa kecil-kecil dulu. walaupun ayah bekerja sebagai seorang anggota polis tapi ayah tidak pernah lupa akan asal usulnya. dari kecil lagi ayah memang seorang yang rajin ke kebun sehinggalah ayah besara 5 tahun yang lepas.
kini rutin ayah adalah seorang petani...teringat masa dulu ..masa saya darjah 4 saya slalu ikut ayah ke sawah...apabila musim menuai padi saya sungguh seronok...sambil menuai padi saya bernanyi-nyanyi. satu satu lagi kat sekolah yang kami baru belajar so saya pun nanyila gu tu...kebetulan lirik lagu tu ada kena dengan menuai padi so saya pun nanyi je la...
dengan hati yang girang saya memyanyi " BILA PADI DAH MASAK PIPIT MULA MENYERANG.." itulah antara ayat dalam lirik tersebut tp bila ayah dengar lagu itu saya dimarahnya....saya terkejut kenapa ayah marah....tapi bila fikir2 pada masa tu...kecut juga perut sebab ayah tak akan marah tanpa seapa lagi terus zip la mulut nie...tapi bila terkenang balik peristiwa tu...geli hati dan lucu pun ada...
sbb kerana lagu tu je saya dimarahi ayah...heheheeh...tapi saya agak sedih juga la sebab ibu tidak ada bersama ..mungkin kalau ada ibu ayah mesti seronok..sejak ibu meninggal ayah dah banyak berubah...kesian ayah...ibu saya rindu dengan ibu..walaupun usia saya sudah bertambah dan dah pun bekerja namun kasih sayang ibu tetap saya kenang sampai bila-bila. ibu engkaulah ibu yang terbaik...
esok praktikum dah start hope sapat la saya melaluinya dengan baik dan lancar..syukran pada kawan2 yang sudi memberinasihat dan tunjuk ajar sebelum praktikum bermula...oklah azan maghrib dah berkumandang....so stop dulu la...Utamakan yang Lebih Utama...:)
.
Dicatat oleh jundi Alabrar di 2:11 PG 0 ulasan
Label: sejarah hidup penulis...
Ahad, 3 Februari 2008
Erti sebuah Ujian
Kamu dilahirkan dalam keadaan yang sempurna fizikal dan mental. Tidak seperti sesetengah insan yang sedari lahir diuji dengan kecacatan. Ditambah pula, kamu dibesarkan dalam keluarga yang agak senang. Kamu tidak pernah merasa peritnya tiada makanan mahupun sakit akibat kesejukan malam dek kerana tiada tempat tinggal. Akalmu juga bagus. Setelah lulus cemerlang UPSR, kamu ditawarkan belajar di sekolah yang ternama. Mungkin sekolah berasrama penuh mahupun MRSM. Bukan semua yang lulus peperiksaan itu mendapat peluang yang serupa. Pencapaian akademikmu tidak terhenti setakat itu sahaja. Kamu juga lulus cemerlang PMR dan SPM. Nikmat Allah itu ternyata amat luas. Tidak cukup dengan itu, kamu juga ditawarkan belajar di sebuah universiti terkemuka di luar negara dengan segala perbelanjaan ditanggung sejurus tamat peperiksaan ketika orang lain masih meraba-raba dalam kegelapan mencari sinar hidup. 
Namun, apakah tujuannya semua ini? Mengapa ketika ada insan lain yang diuji dengan kepayahan dan kesusahan, kamu diberikan segala bentuk nikmat dan kemewahan? Dalam surah al-Ankabut ayat 2 Allah telah berfirman:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
Ayat tersebut amat jelas. Setiap manusia yang mengaku beriman pasti akan diuji. Ujian Allah itu tidak terhad dalam bentuk kesusahan. Mungkin segala nikmat yang diberikan adalah ujian dariNya. Allah mahu melihat sejauh mana kita bersyukur diatas segala nikmat yang telah diberikan. Adakah kita menggunakan segala yang diberikan itu diatas jalanNya? Ataupun disebabkan segala kemewahan dan kesenangan itu, kita menjadi alpa dan hanyut dibuai hidup lalu lupa kepada si Pencipta. Apakah sebenarnya tujuan kita diberikan nikmat akal yang sempurna, kondisi belajar yang baik sedari kecil di tadika sehinggalah ke menara gading? Adakah supaya kita berjaya sendiri dan hasilnya hanya untuk diri kita dan keluarga? Bagaimana pula dengan masyarakat disekeliling dan saudara seIslam yang memerlukan bantuan kita? Wahai teman-teman seperjuangan sekalian, anda tahu jawapannya.
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
