Ahad, 28 Disember 2008

BERSIAR-SIAR DI BANDAR KOTA KINABALU

Alhamdulillah...aktiviti yang dirancang untuk berjalan-jalan di bandar Jesselton jadi juga akhirnya. saya dan beberapa kawan telah berjanji untuk berjumpa dan berjalan bersama-sama. Plan ialah 2 hari 1 malam.

27 haribulan 12 kami saya dan kawan-kawan telah berjanji untuk berjumpa di Wisma Merdeka. best sangat dapat jumpa kawan-kawan sek men dulu...operasi pun bermula la....selepas sahaja semua dah berjumpa di tempat yang dijanjikan jadi kami pun sama-sama ke Hotel Hayat Kota Kinabalu. he. he. he bukan pi menginap ke hotel tu....cuma pi tumpang solat di surau hotel la...heheheheh.

Setelah semuanya urusan penginapan selasai...so apa lagi pi la makan......sekali skala makan ramai-ramai dan kena belanja ni....maklumlah ada kawan yang dapat elaun hampir 2ribu so dia berbaik hati mau belanja...apa lagi jangan lepaskan peluang la.....malamnya pula kami pi tengok wayang tajuknya " IP MAN".

Best ceritanye.....ada lucu, aksi hebat berkunfu,sedih.....saya puas hati tengok filem ini banyak pengajaran yang saya dapat. nak tengok wayang boleh tp pilihlah jalan cerita yang baik dan bermanfaat untuk kita...lepas tengok wayang pi round2 kk pada waktu malam. pi di tanjung lipat Kk dan makan lagi....he.he.he ada org sponser lagi....best ni save my fulus....lepas balik dari minum tengah malam kami pun balik ke hotel....sambung cerita lagi.....cerita punya cerita tak sedar dah subuh....alamak.....solat dulu la..pastu apa lagi terus menternak badan la....(tidor)

kira-kira 9.30 pagi baru bangun....kalau nak diikutkan hati nak lagi tidor tp memandangkan kami kesuntukan masa untuk plan seterusnya maka kena bangun juga la...mandi, bersiap dan menuju tempat yang telah di tetapkan. lepas sarapan pagi kami ke CP (Center Point) pusat membeli belah....untuk window shoping.....pas tu pi main bowling....heheheh best juga la....yang bestnya kami bukannya org yang terro main bowling ni....banyak masuk parit bola tu...he he he...penat ketawa sahaja.....berat juga bola tu...ini masa menaip ini pun tangan masih lenguh...

Lepas main bowling pi lagi windows shoping...dan ada la skit membeli baju dan seluar beli ikut dalam list sahaja...jgn nak membazir pulak.....habis times square kk kami round....tp tak sempat pi 1 Borneo pulak...tak pe la maybe next time la....Tanggungjawab pada yang Maha Esa jgn dilupakan...disebabkan kami semua boleh buat jamak jadi kami telah sepakat untuk membuat jamak ta'khir pada waktu asar...dan disambung dengan doa akhir tahun. Alhamdulillah dalam kesibukan bersiar-siar dapat juga menunaikan kewajipan kepadaNya. ini la hikmah bersahabat dengan mereka2 yang faham...... Syukran my friends....

pukul 4.05 saya minta diri untuk balik ke Ranau sebab esoknya ada meeting...so dalam pukul 6.20 lebih kurang la...saya pun sampai la ke rumah...alhamdulullah..mandi solat magrib dan doa awal tahun...Alhamdulillah....solat Isyak buat keja skit....Tidur.....

Khamis, 25 Disember 2008

SELAMAT TINGGAL 1429H & 2008....SELAMAT DATANG 1430H & 2009





Syukur aku panjatkan kepada Allah Rabul Jalil kerana masih lagi memberikan aku kesempatan untuk terus hidup hingga ke saat ini. Hanya kerana Rahmat dan Kasih Sayang-Mu ya Allah aku masih lagi terus boleh bergerak dan membuat apa juga yang aku sukai..ya Allah Redhakan la hidupku sehingga ke akhir hayat dan tunjukkanlah aku jalan yang Engkau Redhai.Amin

Kalau nak dikirakan bermula hari ini cuma tinggal 3 hari sahaja untuk melangkah ke tahun baru Islam 1430H dan hanya tingal kira-kira 5 hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2008 menuju tahun 2009. Kini usiaku akan bertambah lagi...namun hakikatnya usia untuk sakaratulmaut semakin hampir denganku...

Jika ku imbas kembali tahun ini penuh dengan dugaan buat diriku bermula dengan ujian praktikum, exam final di maktab, kemalangan dua kali dan banyak lagi...namun semua yang berlaku ini ada hikmahnya...Alhamdulillah praktikum dan exam final di maktab aku dapat hasil yang baik sekali malah aku sanggat bersyukur kerana aku dapat mencapai tahap yang sangat berbaloi bagi diriku...

Namun disebalik kejayaan itu terselit kepahitan yang membuatkan aku perlu merenung kembali siapa diriku..bermula dari kerenah pihak pentadbiran di tempat aku bekerja, masalah peribadi dan kemalangan..Tahun ini mungkin saya ada banyak membuat salah sehinggakan aku telah diberikan amaran...walaupun bukan aku yang kemalangan tapi kereta aku yang kemalangan. Mungkin Allah mahu memberikan aku amaran melalui orang lain atas kesilapanku...semua yang berlaku ini membuatkan aku terkedu dan berfikir panjang dengan apa yang telah berlaku...




Semoga tahun hadapan akan memberi kekuatan bagiku untuk memulakan hidup baru dengan azam dan semangat yang baru...Amin.

Khamis, 18 Disember 2008

Dugaan ...Hanya kepadaMu aku mengadu

Semalam telah berlalu namun ari ini hati ini agak kecewa lagi....mana tidaknya kita berusaha untuk menjaga harta benda tetapi orang lain hanya tahu merosakkannya...petang kemarin abg saya pinjam kereta saya, katanya mau pi kampung sebelah untuk cari dompet yang hilang...tunggu punya tunggu sampai pukul 11 malam tidak juga balik..

Awal pagi lepas sahaja solat subuh saya turun ke tingkat bawah rumah kot-kot kunci kereta diletakkan di atas meja...skali hampa...tidak ada pulak... jadi try la sms kakak tanya di mana sudah abg saya bawa keta saya...tidak lama kemudia dapat call dari kakak...tau- tau abg kemalangan lagi...sakit hati juga bila dapat tau kereta kemalangan lagi......

Dalam tahun ini dah 2 kali kemalangan pertama tu bulan 3, abg juga yang xcdent pas tu bulan 12 lagi pulak xcdent...abg juga yang xcdentkan kereta tu...lepas ni saya cuti panjang la bawa kereta...l

Ya Allah...berikanlah aku kekuatan untuk sabar dalam menghadapi dugaanMu ini dan berikan lah hidayah kepada Abgku agar dia insaf atas perbuatannya...

Isnin, 15 Disember 2008

Jangan Bersedih (La Tahzan) - Dr Aidh Al-Qarni


Bahagian 1

Selalulah mengingati akan rahmat dan ampunan Allah, bertawakkal dan berbaik sangka kepadaNya, mengimani qadha' dan qadarNya, menjalani hidup sesuai dengan adanya, melepaskan kegundahan tentang masa depan dan mengingati akan nikmat Allah.

1. Hikmah adalah barang yang hilang dari kaum muslimin.

2. Ingatlah akan setiap nikmat Allah.

3. Sebenarnya anda berada dalam kenikmatan tiada tara dan kesempurnaan tubuh. Anda masih mempunyai nasi hangat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk tidur dan kesihatan untuk terus beramal.

4. Janganlah lupa mensyukuri yang sudah ada. Anda masih memegang kunci kebahagiaan, kurnia dan kenikmatan.

5. Selamatkanlah diri anda dari bayangan masa lampau!!

6. Anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja. Berpeganglah pada prinsip : Aku hanya akan hidup hari ini. Nescaya ia akan menyibukkan diri anda untuk selalu memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi dan mensucikan setiap amalan.

7. Sempurnakanlah solat anda, berpegang teguhlah pada Al-Quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat.

8. Tanamlah di dalam hatimu semua nilai keutamaan dan cabutlah segala pohon-pohon kejahatan.

9. Hiduplah hanya untuk hari ini dengan berbuat baik kepada orang lain dan menunjukkan akhlaq yang baik.

10. Sucikanlah niat anda dan berbuatlah kebaikan hanya demi Allah semata.

11. Orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dari kebajikan, keramahan dan kebaikan adalah mereka yang melakukannya.

Rabu, 10 Disember 2008

REUNION X-SEMEKARIAN 1993-1997

06.12.2008, SABTU, LANGKAH SYABAS RESORT KINARUT, PAPAR



Setelah hampir 11 tahun berlalu meninggalkan SEMEKAR, Alhamdulillah kini kami diberi sedikit ruang untuk bersua kembali setelah lama tidak bersua.

Bermula dengan sembang-sembang kosong untuk membuat Reunion akhirnya impian untuk bertemu dan bersua muka termakbul jua. Pada mulanya selepas masing-masing tamat dari pengajian diperingkat IPT kami telah merancang untuk membuat Reunion tetapi mungkin disebabkan kekangan masa dan tenaga maka rancangan untuk mengadakan Reunion pada masa itu terpaksa ditunda.


Hinggalah pada tahun 2008, disebabkan telah lama tidak bersua dan terasa rindu yang mendalam untuk bertemu dengan kawan-kawan maka beberapa warga x-SEMEKAR batch 1993-1997 telah berkumpul untuk merencanakan reunion ini. Antara orang awal yang mencetuskan Reunion ini ialah Pn.Rahimah (Ping), Pn.Liza, Pn.Irni, Pn.Rosmineh, Cik gurai, Cik Rin, En. Ardey dan En.Unai.


Pada 06.11.2008 satu mesyuarat telah dibuat tetapi disebabkan ahli mesyuarat tidak cukup maka mesyuarat tersebut terpaksa ditunda. Hinggalah apada 15.11.2008 mesyuarat kedua telah diadakan. Pada mesyuarat kali ini Pn.Rahimah(Ping), Pn.Liza, Pn.Rosmineh, Cik gurai, En. Ardey dan En.Unai telah bermesyuarat di RM JARIN & CO iaitu company Law Pn. Rahimah.


Pada mulanya tarikh Reunion yang dirancang ialah 28.12.2008 tetapi terpaksa diawalkan iaitu pada 06.12.2008 (sabtu). Ini kerana ramai yang tidak dapat menghadirkan diri. Di peringkat awal mesyuarat seramai 30 orang telah bersetuju untuk menghadirkan diri ke Reunion ini tetapi last minit Cuma 17 orang sahaja yang dapat menghadirikan diri. Ndak apa la…walaupun sikit tetapi sekurang-kurangnya dapat juga bertemu dengan kawan-kawan lama. Inikan baru first time buat jadi tidak ramai pun ndak kisah la…janji ada juga orang datang.


Reunion pada pertama kali ini walaupun cuma 17 orang sahaja yang datang tetapi ianya amat bermakna bagi mereka yang datang. Antara kawan-kawan yang datang ialah Puan liza dan suami( 2 orang anak dan on the way yang ke-3), Puan Irni dan suami (2 orang puteri), En. Arshad dan isteri ( seorang puteri), En.Jussry dan isteri ( 2 orang putera), En. Azry dan isteri( seorang putera), Ustz Amsani dan isteri ( seorang baby), Ustz. Azlan, Ustz. Razal, En. Zulkarnain, En. Junaidey, En. Fauzie, En. Sallehuddin, En. Ardey, En. Rizwan, En. Adzry jaibi, Cik Gurai dan Cik Norazah Alfia.


Mengikut tentatif yang dirancang…pukul 10.00 am hingga 2.00 pm adalah pendaftaran. Tapi kami telah mempermudahkan urusan pendaftaran…yang penting datang sebelum malam. Kira- kira pukul 5.00 ptg barulah semua datang. Tidak sangka pula pertemuan pertama kali ini sangat membahagiakan kami…dari awal pertemuan hingga ke petang hari banyak betul cerita suka duka yang dikongsi bersama.


Ikut pada plan asal petang kami mahu buat “Second taaruf” tetapi apabila melihat kepada keadaan kawan-kawan yang masih penat kerana berjalan jauh maka kami putuskan agar memberi peluang kepada mereka untuk merehatkan diri kerana malam nanti ada jamuan khas. Pada pukul 7.15pm selepas menunaikan solat kami telah ke “Balcony Restaurant” untuk Dinner.

Setelah kesemuanya datang ke Balcony Restaurant maka majlis pun dimulakan. En Junaidey sebagai wakil telah memberikan sedikit ucapan selamat datang dan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang ke majlis First Reunion batch 93-97. Sebenarnya dalam plan awal Puan Rahimah (ping) yang akan memberikan ucapan tetapi apabila beliau tidak dapat datang makan terpaksalah en. Unai terjun tiruk (bidan terjun) sebagai wakil untuk membuat ucapan. Blank juga sebenarnya tidak tau apa yang mau diucapkan. Hentam ja la…


Bacaan doa telah disempurnakan oleh ustaz Amsani dan sesi makan malam bermula. Pada masa yang sama majlis bertukar-tukar hadiah diadakan. Teringat pulak masa jamuan peprisahan tingkatan 5, 10 tahun yang lepas….aktiviti yang hampir sama cuma pada masa itu kan masih lagi pelajar jadi hadiah pun main semborono sahaja. Tapi masa kini ramai kawan yang telah bekerja. Acara bertukar-tukar hadiah bukanlah mahu melihat siapa paling besar hadiahnya tetapi apa yang penting ikatan silaturahim itu yang lebih utama. Tidak kisah apa juga jenis hadiah yang bakal kita dapat yang penting keikhlasan kita untuk memberi sesuatu kepada kawan kita. Hadiah ndak perlu mahal tetapi nilai persahabatan tidak boleh dijual beli. Betul kan???


Selepas makan malam dan bertukar-tukar hadiah, barulah majlis diteruskan dengan Majlis “second taaruf” kepada kawan-kawan. Antara persoalan hangat pada malam itu ialah status. Ada yang bujang tetapi dah berpunya dan ada juga yang bujang tidak berpunya ( bujang berabis)..he he he he lucu bangat nie...


Second taaruf ini sebenarnya mahu tau perkembangan kawan-kawan setelah lebih kurang 10 tahun tidak bersua. Best juga ni dapat tau perkembangan kawan-kawan. Ada yang jadi engineer, guru, tiketing, setiausaha, pegawai kemas, pegawai parol, makmal, berniaga dan banyak lagi. Kalau mau buat satu perkampungan khas “ x-semekarian 93-97” rasa sudah lengkap untuk menjadi satu kampung yang hebat ada law, ada kaunselor, ada engineer, ada guru dan banyak lagi.


Selepas Majlis makan malam maka bermula episod bercerita. Banyak cerita yang dikongsi bersama…apa lagi kedengaran la gelak tawa yang selama ini dirindui bersama. Bermula dari pukul 9.30pm kami bercerita di Balcony Restaurant hinggalah restaurant ditutup iaitu pukul 11.00pm cerita masih lagi belum habis. Jadi semua telah kembali ke chalet masing-masing.Ingatkan semua sudah mau tidor sekali 5 minit kemudian semua keluar balik untuk menyambung cerita.


Semua kawan-kawan lelaki terus berjaga untuk bercerita tapi biasalah kalau perempuan kalau dah berkeluarga banyak yang perlu dibuat. Tapi lelaki yang sudah kahwin pun still boleh berjaga sebab ada isteri tercinta. Apa lagi kami pun berkumpul la satu tempat iaitu di chalet nombor 9. iaitu bilik ardey, unai dan iwan. He he he best bangat ni banyak cerita yang di kongsi bersama.


Bermula cerita tingkatan satu hinggalah tingkatan lima. Banyak betul cerita yang dikongsi bersama. Diselang seli dengan cerita lucu dan tragis dan cerita kampus. Dari cerita lucu, isu semasa dan kembali ke cerita zaman menengah rendah. Cerita punya cerita sekali tengok jam sudah pukul 3.00 pagi. Masih banyak cerita yang mau dikongsi bersama tapi masa tidak mengizinkan kerana mata sudah mula mengantuk..last-last semua telah kembali ke chalet masing-masing untuk zzz..zzz..zzz (tidor)


Mungkin terlalu mengantuk jadi selepas solat subuh he he he tidor balik la..sarapan pagi yang sepatutnya pukul 7 pagi terpaksa dilanjutkan pukul 8.30 pagi. Selepas bersarapan pagi apa lagi terjun kolam la... best bangat nie. Teringat pula kolah di asrama yang selalu manjadi sasaran untuk terjun tiruk apabila cuti-cuti sekolah bermula. Pantang tiada orang di asrama maka kolah akan menjadi sasaran untuk berenang.


Pukul 10.00 pagi pada 07.12.2008 kawan-kawan telah beransur-ansur untuk balik ke tujuan masing-masing. Sesi bergambar tidak dilupakan sebelum balik. Kira-kira pukul 11.30 PAGI semua telah meninggalkan “LANGKAH SYABAS RESORT” dengan hati yang gembira dan membawa harapan semoga akan berjumpa semula.

Insya_Allah, tahun depan Reunion akan kembali lagi. Untuk makluman awal pada sahabat-sahabat insyaAllah Reunion akan diadakan lagi pada bulan 12 juga dan insyaAllah akan dibuat 3 hari 2 malam.jumaat-sabtu-ahad. Ini adalah cadangan kawan-kawan yang datang pada Reunion pertama kali. Moga-moga jika dipanjangkan umur dan dilapangkan masa kita pasti akan kembali bertemu.


Syukran jazilan buat semua kawan yang menjayakan Reunion x-semekar93-97. Syabas dan Tahniah buat sahabat-sahabat yang telah bertungkus lumus sehingga reunion kali ini berjaya, terima kasih juga kepada kawan-kawan yang memberi sokongan selama ini. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi. Maybe next time Reunion akan diadakan di Ranau pulak..moga sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir pada tahun ini akan dapat bersua pada tahun hadapan. Syukran….

Jumaat, 5 Disember 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU

Pada 28/11/08 yang lalu kazen@ sepupu saya telah melangsungkan perkahwinannya dengan penuh meriah....walaupun mengenakan konsep yang simple tapi majlis yang dibuat cukup meriah..
bagi kawan-kawan yang tak berkesempatan untuk hadir ke majlis tersebut ni ada sedikit gambar untuk tetapan bersama.






© free template 3 columns