Jumaat, 31 Oktober 2008

Refleksi Diri...

Minggu ini masih lagi diri ini berada di minggu exam, masih lagi sendiri di umah cuma ditemani dengan TV dan laptopku..bila penat tidor la jawabnye...minggu ini juga banyak peristiwa yang berlaku dalam diri ini. kalau nak diikutkan hati banyak benda yang mau di coretkan di laman blog maya ini..namum disebabkan oleh kekangan masa maka saya sampaikan mana yang termampu je la...apa kata orang dipendekan cerita.. :)

Pada minggu ini semua orang kuat sekolah busy dengan meeting dan kursus, maka tinggallah kami bilis2 kat sekolah ini. nasib baik la sekarang ini minggu exam maka tidak la banyak sangat kerja yang nak dibereskan, namum selaku guru data saya tidak kering dengan tugas...ada sahaja kerja yang perlu di buat, kadang-kadang malu juga bila diri ini asyik busy aja sedangkan rakan-rakan sekerja yang lain rileks jer..tp tak ape la...masing-masing ada tanggungjawab yang perlu di kerjkan...paling penting task yang diberikan pada saya siap On Time.

ehm...terkejut juga bila ada satu peristiwa yang berlaku di sekolah....kesian pelajar tu...dulu dia masuk kat sekolah ini bukan ibubapa dia yang hantar tapi keluarga angkat dia...(( moga keluarga angkat dia dipermudahkan urusan di atas keikhlasan mereka untuk menghantar pelajar ini ke sekolah)) masa tu saya sedang berada di kantin bersama PK Hem, tiba-tiba handphone Pk Hem berbunyi...lepas tu pk Hem pun bawa la sy balik ke bilik guru sebab ada benda yang berlaku...maka langkah pun dipercepatkan la...sampai ja di hadapan bilik guru saya dapati ada beberapa orang telah berada di bilik guru....

Suasana agak kalut sedikit apabila seorang pelajar yang sedang berada di sekolah tiba-tiba di paksa untuk balik ke rumah..tanpa pemberitahuan pihak sekolah pun...sedangkan pelajar itu sedang mengikuti exam lagi....kalau nak bawa anak balik kampung pun bawa la secara baik dan melalui sekolah tp apa yang berlaku sebaliknya pelajar tersebut seolah-olah macam mahu diculik sahaja..dipegang dengan kuat dan terus disuruh masuk kereta...Astaghfirullah.....dipendekkan cerita kes ini dirujuk ke balai polis dan alhamdulillah semuanya dah selesai..buat adik Ilyas selamat berpindah ke Sekolah Baru...moge dapat meneruskan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi....

Pening juga kepala bila buat kerja terkejut ini..tiba-tiba di suruh untuk melaksanakan kerja tanpa ada bimbingan...tak ke parah tu???? kesian guru-guru yang terlibat, ribuan terima kasih buat Pk 1, PK Hem, Pk Kokum, Guru kaunseling, ketua warden dan Guru Disiplin tak dilupakan juga mereka yang terlibat secara tidak langsung dalam menyelesaikan masalah ini...Jadi Pengetua??? alamak malunye....disebabkan semua orang penting tidak ada di sekolah, pengetua telah mengarahkan saya untuk menggantikan beliau semasa ketiadaan beliau di sekolah. kecik rase diri ini bila disuruh mewakili pengetua ke mesyuarat pengetua-pengetua antara Gabungan Kota belud...kecut perut pun ada...bukan apa..dah la diri ini tak layak...di suruh lagi untuk menggantikan pengetua....pening2..terpaksa juga pi la..tahan malu jer.....

1 hari menjadi pengetua....rase macam nak pitam..banyak benda yang perlu dilakukan..kalau di imbas sekali tugas pengetua ini memang banyak...saya yang baru sehari menjalankan tugas tu dah nak pitam ini kan pula mereka yang dah lama bertugas....tanggungjawab dan corak kepimpinan yang dinamik amat perlu dalam menjalankan tugas sebagai pengetua...rasenya diri ini tidak layak untuk berada di tempat itu...terima la hakikat....kalau tak mampu biarlah suruh orang lain buat..jangan buat kerja sendiri jer...nanti kalau apa-apa berlaku...kita juga yang susah...

leganya bila orang kuat sekolah dah kembali...huh...!!!! rase memang tak layak la jadi pengetua..pikul amanah sebagai guru data pun dah tercungap-cungap inikan pulak tugas yang lebih berat...sedar diri la wahai jundi al-abrar.....minggu depan nak meeting pasal hari anugarah Cemerlang yang terpaksa ditunda kerana sebab-sebab tertentu...moga dipermudahkan segala urusan...

((Kekadang manusia itu direncanakan untuk menyusuri lorong-lorong gelita, agar dia lebih mengerti dan menghargai kehidupan tatkala cahaya menjelma.))


Rabu, 29 Oktober 2008

Akhirnya berjaya juga pihak sekolah mengadakan Jamuan Sempena Hari Raya EdulFitry pada tahun ini..alhamdulillah semuanya berjalan lancar..ni antara ucapan pihak pentadbiran sekolah yang sempat saya upload..ucapan Pk1 jer...pengetua lambat datang so tak sempat la nak dia buat ucapan...lain kali la yer BOs!!! heheheh Moralnya : awal la datang sekolah baru dapat buat ucapan...hehehehe

Selasa, 28 Oktober 2008

Indahnya amalan bergotong Royong

26 oktober 2008 pada hari ahad yang baru berlalu ini saya sempat juga balik kampung untuk membantu bapa saya untuk menanam padi huma....penat tapi seronok sangat...dah lama tak pi menanam padi huma ini....kalau berkesempatan pegi saya akan pi la...tahun lepas masa menanam padi kebetulan saya ada kursus pulak...Alhamdulillah pada tahun ini saya masih lagi diberikan kesempatan sekali lagi untuk bersama-sama membantu menaman padi huma ini..


saya sungguh gembira sebab ramai orang yang turun padang untuk membantu bergotong-royong menjayakan menanam padi huma ini. kami bermula seawal 8.30 pagi dan alhamdulillah abis sekitar jam 12.30...huh!!!!! penat juga ...dah la kawasan penanaman padi huma ini berbukit bukau...penat juga la...


kadang-kadang rasa macam mau pengsan ja...berdiri dan sambil tunduk menabur benih di tempat yang telah di buat...nak terjatuh dan tergelingir pun ada...hheheheh..biasa la kan...
kalau dulu tak rase penat sangat, tapi kali ini memang terasa sungguh penatnya...


masa nak pi ladang tu punya la bukan bersemangat...sekali bila dah kat sini..huhuhu penat sangat, balik je saya berehat sekejap, mandi, makan, solat terus melelapkan mata...sekali terjaga sudah pukul 4 petang..letih sangat...ingatkan mau meneruskan lagi tidor, tapi bila teringat esoknya ada jamuan raya di sekolah terpaksa akur juga unruk terus balik ke umah di pekan....



Isnin, 27 Oktober 2008

Tak Puas hati

Semalam sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Raya. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik, cuma agak kucar kacir...kesian juga melihat Pk1 bila pengetua hanya pandai marah tapi tak turun padang pun sebelum sambutan ini dibuat.

Semalam juga sepatutnya start pukul 9.30 pagi tapi pengatua buat hal, tak nak datang la pulak...sedih betul bila tak beri kerjasama langsung, dia sendiri cakap kena datang sekolah awal same macam pi sekolah biasa iaitu guru-guru kena datang pukul 7.00 pagi. tapi dia sendiri datang pukul 10.30...adakah patut Ibu bapa pula yang ternanti-nanti pengetua, sepatutnya sebagai tuan rumah maka pengetua la yang menanti kehadiran ibu bapa....

isk.....isk....entah bila nak berubah nie...asyik datang lewat je ..padahal dia tu ketua....kepimpinan melalui tauladan tau...jangan cakap tak serupa bikin..buat malu je....ingat guru-guru ini tak de perasaan ke, ingat guru-guru robot...dah la kebajikan guru-guru terabai...teruk betui....entah la.

P/s kalau jadi pemimpin kena la buat keja tu betul-betul, kalau tak mampu bagus jangan bebankan orang lain. jangan di sebabkan nila setitik habis susu sebelangga. sendiri mau ingatlah...


Selasa, 21 Oktober 2008

Kursus kepimpinan Islam


Baru-baru ini pada 17 hingga 19 okt 2008, sekolah saya SMA AL-IRSYADIAH MARAKAU, telah mengadakan kursus kepimpinan Islam di Pusat Latihan Islam Kundasang,Ranau. Program kepimpinan ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di tempat yang sejuk....


Seramai 45 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring termasuk saya telah menyertai program ini...program ini di kendalikan sepenuhnya oleh Pusat latihan Islam Kundasang dan kami hanyalah sebagai guru pengiring...best sangat dapat datang semula ke PLIK ini..dulu masa zaman sekolah menengah tempat ini dikenali sebagai PLDK ( Pusat Latihan Dakwah Kundasang) kini PLIK.


Teringat masa zaman sekolah dulu, datang ke tempat ni cuaca amat sejuk hampir mencecah 15*c...sejuk...kena pakai jeket n stokin..kalau tak boleh jadi beku....ingat lagi masa tahun 1997 tak silap saya la...masa tu sejuk sangat, angin pun agak kuat...ada seorang pelajar tak tahan sejuk menyebabkan dia mengalami pendarahan dan terpaksa di hantar balik ke sekolah...tp alhamdulullah program baru-baru ini semua pelajar mempunyai antibodi yang kuat lagi berani..heheheh..

Harap2 la lepas ni pelajar-pelajar ini akan dapat menggunakan ilmu yang mereka dapat semasa program ini dengan baik....moga-moga durang jadi anak bangsa yang berguna pada masa hadapan..amin. ni ada sedikit pic yang sempat saya ambik semasa program ini berjalan untuk tetapan kawan-kawan untuk imbasan pengalaman..








jumpa lagi di program akan datang.....





Isnin, 20 Oktober 2008

Baca dan Fikirkanlah sendiri...

Berikut adalah ucapan oleh Tan Sri Bernad Dompok...

Isu-isu keagamaan. Religious Issues.

63. Tahun lalu, Perdana Menteri telah bermurah hati merasmikan konvensyen kita. Dalam ucapan, saya menyuarakan beberapa perkara yang menjadi kebimbangan utama Negara kita yang berbilang kaum.

Last year the Prime Minister has so kindly graced our convention. During my speech i covered some of the prime concerns of a multiracial Malaysia.

64. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menyebabkan sebilangan penduduk merasa tidak selamat. Mereka bimbang jaminan kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan dijamin oleh para pemimpin pengasas Negara mungkin semakin terhakis.

Events in the last few years have given rise to feeling of insecurity among a large section of the population. They are worried that the guarantees of religious freedom as enshrined in the constitution and as assured by the founding fathers of this country may slowly be eroded.

65. Bilangan kes-kes dimahkamah yang semakin meningkat dimana ahli-ahli keluarga berusaha untuk mengabulkan keinginan orang-orang tersayang mereka untuk dikebumikan sesuai dengan tatacara agama yang mereka pilih telah menimbulkan kebimbangan dikalangan komuniti bukan Islam. The spate of court cases where families sought to carry out the dying wish of their loved ones to be buried according to the rites of the religion of their choice have created anxiety among the non-muslim community.


66. Sesungguhnya, tidak ada seorangpun yang sepatutnya dihalang daripada menganuti apapun juga agama. Ia termaktub dalam perlembagaan dimana setiap rakyat Malaysia berhak memeluk agama Buddha, Islam, Kristian atau apapun juga agama yang ia mahu. Meskipun demikian, ia juga termaktub dalam perlembagaan hak rakyat Malaysia untuk kembali ke agamanya yang asal sekiranya itulah kemahuan orang itu. Tidak ada undang-undang atau orang yang sepatutnya boleh memisahkan seseorang dengan Tuhannya.

Indeed, no one should be prevented from practicing any religious belief. It is within the constitutional right of a Malaysian to convert to Buddhism, Islam, Christianity or any other religion. It is also, however, within the right of that Malaysian to revert to his previous religion if he so wishes and no law or person should stand between a man and his God.

67. Kita mengharapkan institusi Mahkamah di Negara kita akan meredakan kebimbangan masyarakat awam lebih-lebih lagi dengan adanya usaha kerajaan untuk menjalankan reformasi terhadap institusi Kehakiman yang kelihatan tidaklah begitu adil. Penghakiman oleh Mahkamah haruslah penyataan keadilan dan tidak diwarnai oleh kepercayaan agama para hakim.

The Courts of the Land should hopefully put to rest public concerns of a Judiciary that is less than independent, especially with the present effort by the Government to carry out judicial reforms. Judgments emanating from the Courts must purely be a pronouncement of justice and not colored by the religious beliefs of those chosen to dispense justice.


68. Sekarang ini, terdapat perbalahan mengenai bidang kuasa pelbagai mahkamah. Apakah sesuatu itu dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah. Inilah yang sering menjadi dilema mereka yang memeluk agama Islam kerana perkahwinan. Apabila perkahwinan mengalami masalah, yang memeluk agama Islam tidak boleh lagi kembali ke agama asalnya.

Presently, there are even disputes as to the jurisdiction of the courts. Is it the Civil Courts or the Shariah Courts. This is now very often the predicament of those who convert to islam when they marry a muslim. When there is a breakdown in the marriage, the converting spouse who then want to go back to her or his religion can no longer do so.

69. Terdapat juga kes dimana dua orang yang beragama Hindu berkahwin. Kemudian, si suami berkahwin pula dengan seorang Islam. Perceraian beliau dengan isterinya yang beragama Hindu tidak boleh diselesaikan di Mahkamah Sivil kerana si lelaki sudah menjadi Islam.

Then there are the cases where two Hindus marry. Along the way, the man decides to marry a Muslim and the marriage will end up in divorce. Even the divorce proceedings cannot be done in the Civil Courts as one of the parties is already a Muslim.

70. Pada pendapat saya, dalam perkahwinan yang seperti ini, sekiranya ada perceraian, ia sepatutnya berakhir dimana ia bermula. Justeru, sekiranya perkahwinan itu diadakan mengikut undang-undang awam, maka perceraian juga seharusnya diselesaikan di Mahkamah Sivil. Sekiranya perkahwinan itu mengikut undang-undang Islam, maka penyelesaian perceraian adalah dibawah Mahkamah Syariah.

My opinion is that in a marriage of this nature, in the event that divorce does become necessary, it should end where it started. That is, if the marriage was in the first place conducted under civil law, then the divorce should be settled under the Civil Courts. If the marriage was a marriage under Islamic law, the divorce settlement would be under the Syariah Courts.

71. Hal ini adalah salah satu perkara yang terkandung dalam Memorandum yang telah disampaikan keapda Perdana Menteri beberapa tahun yang lalu oleh sembilan menteri. Saya adalah salah satu yang menanda-tangani Memorandum itu. Sedihnya, mereka yang menanda-tanganinya telah diminta untuk menarik balik persetujuan mereka.

This is one of the points that were contained in the Memorandum that was sent to the Prime Minister a few years ago by 9 ministers. I was a signatory to this Memorandum. Sadly those who signed it were later asked to withdraw.

72. Saya tidak menarik balik tandatangan saya kerana saya merasakan tidak ada yang tidak betul mengenai Memorandum itu. Sesungguhnya, kandungannya sejajar dengan usaha kerajaan untuk membina Malaysia yang mengiktiraf posisi istimewa Islam dalam persekutuan dan hak orang lain menganut agama pilihan mereka sendiri.

I did not withdraw my signature because I felt that there was nothing improper in the Memorandum. Indeed the contents were very much consonant with the effort by the government to strive for a Malaysia that recognizes the special position of Islam within the federation and the rights of others to practice the religion of their choice.

Sememangnya di Sabah, kebanyakan kes ialah: Of course in Sabah, the more common cases are:

73. Mereka yang memeluk agama Islam pada tahun 60an dan 70an yang tidak menyedari akibat menjadi saudara baru dan meneruskan kehidupan lama mereka. Anak-anak mereka mungkin merasa mereka bukanlah Islam tetapi kad pengenalan menunjukan yang sebaliknya. Apabila mereka berkahwin sama ada mengikut cara adat atau undang-undang awam, mereka kemudiannya menghadapi masalah bila mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka.

Converts of the 60s and 70s who have not realized the seriousness of conversion and continued to lead their old life. The children born to these parents may feel that they have never been Muslims but their identity cards show otherwise. When they marry either under customary law or civil law, they encounter problems in registering the births of their children.

74. Bumiputera Sabah yang mempunyai nama yang mirip nama Islam yang kemudiannya dinyatakan sebagai beragama Islam akan berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk membetulkannya. Ada yang telah dinasihatkan untuk pergi ke Mahkamah Syariah untuk memperjelaskan agama mereka. Bagaimana mungkin seorang yang bukan Islam berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah?

Natives of Sabah who have muslim-sounding names who are ascribed a religion can have a hardtime making the necessary correction. Some have been advised to go to the Syariah Courts to clear their religion. How can someone who has never been a Muslim be subjected to the syariah.



75. Para hadirin sekalian, Sabah selalu di war-warkan sebagai negeri dimana hubungan antara kaum pada keseluruhannya adalah baik. Kita mahu hal ini berterusan. Kita mesti memastikan dalam parti ini agar keharmonian yang kita nikmati tidak boleh di gugat oleh orang-orang ekstremis agama dalam apapun juga agama.

Ladies and Gentlement, Sabah has always been touted as the state where race relations had been generally good. We want this to continue. We must ensure in this party that the harmony we enjoy cannot be destroyed by religious bigots from whichever religion.


76. Kita merayu kepada pihak berkuasa untuk memahami dilema bumiputera tempatan dan mengizinkan mereka memilih agama mereka. Saya rasa Indonesia, sebuah Negara yang mempunyai rakyat beragama Islam yang paling ramai adalah teladan terbaik bagi Malaysia dalam hal ini.

We plead to the authority for understanding on the predicaments of the local bumiputeras and to allow them to decide on their religion. I feel that Indonesia, a predominantly and easily the most populous Muslim country provides the best example for Malaysia in as far as religious practices are concerned.

Berjalan Melihat KebesaranNya

Pada 17 - 19 oktober 2008, alhamdulillah saya masih lagi diberi kesempatan untuk membuat perjalanan ke sebuah tempat yang menarik di daerah Ranau. nama tempatnya ialah Kundasang.Kundasang nama yang memang terkenal dengan kecantikan pemandangan dan tempatnya...kebetulan pada masa ini ada satu kem kepimpinan pelajar tingkatan 1 dan 2 sekolah saya.


Seingat saya sudah lama saya tidak menjejaki kaki di tempat ini...kira-kira 11 tahun telah berlalu...kali terakhir saya ke tempat ini pada 2006 dan 2007..dah lama....setelah bekerja ini alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk ke tempat ini semula...kalau dulu saya datang ke tempat ini sebagai peserta, tapi kini saya datang sebagai seorang urusetia....jadi penganjur program la pulak.....heheheh Tempatnya huh......sejuk Giler!! macam mau beku aja..walaupun saya orang ranau tapi kawasan Kundasang ini sungguh sejuk..


saya yakin kawan-kawan yang datang dari daerah lain mahupun negeri lain mesti mengakui bahawa kawasan kundasang memang sejuk..macam cemeron Highlands tapi saya rasa kundasang lebih sejuk sebab dekat dengan gunung kinabalu...ala...tapi memang sejuk la....pada kawan-kawan yang teringin nak pi sini boleh....sila-sila...pasti anda berpuas hati apabila datang ke sini..kalau cakap je tiada bukti tak bagus juga kan???


so sebagai buktinye....saya tolong publishkan gambar-gambar yang sempat saya ambik la semasa berada di Pusat Latihan Islam Kundasang, Desa New zerland, Masilau view dan Kundasang Golf view...tapi pic yang saya publishkan cuma sebahagian sahaja dari tempat yang saya lawati...ada banyak lagi tempat yang menarik..nak tau...datang la sendiri baru korang tau apa yang ada di sini...Sure tak rugi....


pic kat Pusat latihan Islam Kundasang

pic kat Desa New Zerland

pic kat Masilau with my Friend

Masilau nature

saya, ust Ahadin, Ust Sobrie, Ust Madrissaffiee

Ni sahaja la dulu pic yang sempat saya upload....nanti ada masa saya upload lagi pic yang lain...oklah mata pun dah mengantuk dan badan dah letih...saya sebenarnya baru balik dari Pusat latihan Islam Kundasang....esok nak ke kk pula temankan Ust Ahadin ambik slip exam pelajar STAM....okyes!!! Miruba kawagu (jumpa lagi )




Jumaat, 17 Oktober 2008

Malam di Puncak bukit yang sejuk...


Bunyi telefon...." Assalamualikum....." " wslm.." " Bah cepat la kami mau pi rumah ko sudah nie" " tunggu kejap saya baru mau packing ini..lima minit" sepuluh minit kemudian tit..tit..tit hon keta cikgu ct yang ditemani oleh cikgu Amirah sudah berada di hadapan rumah...alamak!!! banyak lagi barang tak packing....saya menjerit " kejap mau siap sudah.."

hari ini selepas sahaja solat asar di rumah saya dan dua orang guru sekolah telah bertolak ke Pusat Latihan Islam Kundasang...kira-kira 20Km dari pekan Ranau...nampaknya perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan menaiki kereta..disebabkan jalannya yang berbukit bukau tinggi2 pulak tu...jadi kena guna gear rendah so lambat skit la keta tu berjalan...alhamdulullah sebelum magrib kami telah sampai ke tempat program dengan selamat...

suasana PLIK sangat sejuk..terpaksa kena pakai sewter n stokin nak tidor...sejuknye...tapi seronok ....pgrm pertama tadi pasal icebreaking....lucunya bila peserta diminta melukis gambar sendiri....nanti ada kesempatan saya bg tengok antara lukisan mereka.....lucu sangat....tapi banyak pengajaran dripada progrm tersebut....

lepas tu ada buat LDK tapi tak sempat nak tengok sebab ada keja skit kat bilik urusetia...
oklah banyak lagi nak bincangkan ...sambung nanti....
selamat malam.....SEjuk......

Kenyataan khas Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-215

KUALA TERENGGANU, 17 Okt (Hrkh) - Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini semalam mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bernama melaporkan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

"Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

"Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

"Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak paus hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.

Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

"Majlis Raja-raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara."

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang diPertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Selasa, 14 Oktober 2008

Masa Terus Berlalu

Hari ini kursus lagi...semalam kursus PPSMI..hari ini kursus SMM pula....minggu sebelum ni pun seminggu kat Kl kerana kursus juga....hari ini hantar kakak pi bas station sebab dia nak ke Kinabatangan lapor diri keja di sana...tinggal la saya seorang je kat umah...tapi tak pe dah biasa pun duk seorang-seorang ni..lagipun bukan seorang sangat pun still ada makcik kat umah sebelah. so tak jadi masalah ler....

esok ada meeting sekolah la pulak...


Isnin, 13 Oktober 2008

Upacara mati hidup semula

KUIL Wat Prommanee telah menjalankan upacara keranda selama empat tahun. Namun, sejak dua tahun lalu, kehadiran pengunjung meningkat hampir tiga kali ganda, berbanding 100 orang setiap hari.

Seorang penduduk Bangkok yang berusia 39 tahun, Namfon Mamuenwai berkata, dia sanggup mati untuk lelaki yang dicintai jika ia hanya untuk seketika.

Namfon masuk ke dalam keranda di kuil Buddha untuk merasai pengalaman mati dan dilahirkan semula dengan penyucian karma. Semuanya dengan harapan untuk menyertai kekasihnya yang berbangsa asing di Belanda.

"Saya mahu ke negara lain, tetapi tidak memperoleh visa," jelas Namfon.




Seminggu selepas menyaksikan satu upacara di kuil Wat Prommanee menerusi televisyen, Namfon sanggup memandu sejauh 112 kilometer (km) dari Bangkok untuk menjadi salah seorang daripada 2,000 orang yang setiap minggu masuk ke dalam keranda untuk 'mati' dan 'dilahirkan semula'.

"Saya rasa ini sedikit sebanyak boleh membantu saya kerana kuil ini semakin popular," ujarnya.

Upacara keranda kini menjadi trend penganut Buddha yang melanda Thailand. Sami yang berpakaian kuning di kuil Wat Prommanee menjanjikan wang, cinta atau dalam kes Namfon, visa untuk ke Belanda.

"Semua yang datang ke sini, bersembahyang dan memohon hajat. Mereka akan dapat apa yang dihajati," kata salah seorang sami di kuil tersebut, Charuay Thanavaro.

Mengikut upacara ini, pengunjung perlu masuk ke dalam sebuah kotak. Ketika itu, sami- sami akan cuba membiasakan orang untuk masuk ke dalam keranda. Kini, pengunjung gembira berpeluang merasai 'kematian' semata-mata untuk memperbaiki nasib masing-masing.

Jampi atau mentera di dalam keranda dikenakan bayaran sebanyak 100 baht (RM10.50) untuk tempoh dua minit, manakala upacara keseluruhan memerlukan bayaran sebanyak 180 baht (RM18.30).

Charuay mencadangkan setiap pengunjung yang menyertai upacara tersebut membayar untuk pakej keseluruhan jika mereka mahu hasrat atau impian mereka tercapai sepenuhnya.

"Jika mereka hanya mahu menghadiri upacara berkenaan dan berdoa, itu tidak mengapa. Tetapi mereka hanya akan mendapat 80 atau 90 peratus hajat yang diminta.

"Sebaliknya, jika mereka berbaring di dalam keranda, 100 peratus hajat mereka akan dipenuhi," jelas Charuay yang telah lama menjadi sami di Wat Prommanee.


SETIAP pengunjung akan memegang sejambak bunga sambil memohon hajat sebelum berbaring di dalam keranda.


Selepas 90 minit berdiri sambil membaca ayat-ayat suci, barisan pengunjung yang menunggu akan memasuki sembilan buah keranda yang disediakan. Setiap keranda ditanda dengan nombor tiga digit yang boleh digunakan untuk membeli loteri, tambah pihak penganjur.

Apabila berada dalam keranda, pengunjung akan memegang sejambak bunga, berbisik beberapa rangkai doa, kemudian berbaring dan 'mati'.

Sami akan membentangkan kain putih yang merentangi sembilan buah keranda tersebut, sebagai simbolik kematian untuk 'menyedut' karma jahat pada setiap tubuh pengunjung.

Pelawat atau orang yang berada di sekitar kuil tidak digalakkan berdiri di bahagian tepi keranda kerana di situlah, karma jahat diusir keluar.

Azimat dan upacara perlindungan ritual, kekayaan atau untuk mencapai hajat memainkan peranan penting dalam budaya negara yang 95 peratus penduduknya beragama Buddha.

Kebangkitan semula upacara berbentuk keagamaan ini bukan sekadar ikutan, kata Milos Hubina, pensyarah di College of Religious Studies di Mahidol University, Thailand.

"Ia melambangkan kepercayaan terhadap magik dan azimat yang diperoleh daripada sami atau orang-orang tertentu," ujar Hubina.

Seperti kebanyakan penganut Buddha yang lain, Thanyathon Iamnaimuang, 50, juga ke kuil itu. Kejayaannya mencapai hajat mendorong ibu tunggal kepada dua orang anak itu membawa kawannya, Laongdao Chaiyasat ke kuil tersebut.

"Pada awalnya saya amat teruja, gementar dan takut. Tetapi sami memberitahu saya bahawa jika minda kuat, kami akan melalui proses ini dengan baik. Jadi, saya sudah tidak takut lagi," kata Laongdao, 42, yang bekerja sebagai ahli farmasi.

Patacharawarai Sri-on, 23, datang ke kuil dengan perasaan tertanya-tanya dan sempat mengambil beberapa keping gambar sebelum masuk ke dalam keranda kayu yang disediakan.

"Saya rasa upacara ini banyak membantu," katanya selepas upacara kematian dan kelahiran semula dirinya lengkap disempurnakan. - AFP

(( Alangkahnya baiknya jika kita kembali kepada agama yang sebenar.....Ambillah pengajaran dan pedoman dari apa yang kita lihat dan baca...jadikanlah ia sebagai sandaran untuk menilai sesuatu dengan matang..jangan hanya menilai dengan mata kasar tapi gunakanlah dengan neraca Iman kerana ianya pasti benar dan tidak pernah memungkiri janjinya....))


Entah apa la sumbangan Orang ini????


KUALA LUMPUR, 13 Okt (Hrkh) - Walaupun Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyifatkan artis Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) menghina rakyat Malaysia kerana tidak hadir menerima anugerah Datuk dari kerajaan Melaka, tetapi persoalan berbangkit siapakah sebenarnya yang menghina?

Malah, ada di antara artis Malaysia yang menyifatkan anugerah itu seperti menampar mereka.

"Sabtu lalu, dia (SRK) juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa seperti satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," mStar memetik Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof dalam sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Beliau menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.

Bantahan tersebut dibuat mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada SRK sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob Sabtu lalu.

"Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati".

Bagaimanapun, Mustapha berpendapat pihak kerajaan negeri patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

"Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan," katanya.

Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek atas sumbangan mereka kepada industri filem dan seni tanahair.

"Ikutkan, anak seni dan karyawan belakang kamera juga mempromosi bukan sahaja Melaka malah negara kita tetapi kenapa mereka tidak diberi perhatian.

"Kita harap mereka yang berjaya juga mendapat anugerah itu," ulasnya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh kira-kira 20 orang artis itu.

Antaranya adalah Harun Salim Bachik, Ahmad Idham, Datuk Aziz Sattar, Jalil Hamid, Arash Mohamad, Rahim Jailani, Mas Omar, Zulkifli Zain, Normala Omar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Rusdi Ramli.

Menurutnya, Seniman akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) pada pukul 4 petang esok.

Dalam pada itu, pengarah filem pecah panggung Jangan Pandang Belakang Ahmad Idham Ahmad Nadzri menambah, berita tersebut memberikan tamparan hebat kepadanya.

"Apabila saya melihat akhbar pagi Sabtu yang lalu, saya rasa macam kena tampar, apa ini?

"Saya macam badut atau kita macam main-main dalam industri hiburan ini? Kita selalu meuar-uarkan tema 'Filem Kita Wajah Kita'. Kalau nak kata bawa filem ke luar negara, filem saya pun bersepah dibawa ke luar negara.

"Apa yang saya tahu, belum pernah lagi artis yang berhak menentukan lokasi pengambaran filem atau drama," tegasnya.

Sementara itu, pelakon Arash Mohamad pula berpendapat alasan kerajaan negeri Melaka mengurniakan gelaran Datuk kepada SRK kerana mempromosikan A' Famosa Resort, Alor Gajah melalui filem One Two Ka Four adalah tidak munasabah.

"Memanglah orang yang menonton filem tersebut mengenali Melaka, tetapi persoalannya adakah mereka datang ke negeri tersebut?

"Alasan itu membuatkan kami kecil hati. Kami bukan cemburu sebab tak dapat anugerah itu tetapi apa revelannya memberi kepada dia?," luah Arash yang dikenali menerusi drama tempatan seperti siri Masih Ada Cinta dan Badai Metropolis.

SRK yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.

Sabtu lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penganugerahan DMSM kepada SRK adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang._

baru tahu...nak bagi gelaran pada orang luar konon...tapi sendiri memalukan diri sendiri...alangkah baiknya duit tu diberi kepada orang yang banyak berjasa pada negara..atau pun bagilah pada orang-orang yang memerlukan....nak tarik pelancong ke Malaysia?? ehm...bukan itu caranya.....banyak lagi cara....takkan nak bg semua pelancong gelaran datuk...tak logik betul....same la macam " kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan"...kesian kesian...



Ahad, 12 Oktober 2008

Satu Hari di Multaqa Sufi

Artikel ini saya copy paste dari sahabat blog saya ..baik menulisannya....moge ada manfaat bersama...

Hari itu, aku mengikut perhimpunan sufi yang diadakan di Hadramaut. Ada ahli sufi yang datang terbang, ada yang berjalan di atas air, ada yang tiba-tiba ada di hadapan mata, ada yang naik kereta, tidak kurang yang naik kapal terbang, malah ada yang naik helikopter peribadi. Watak dan karakter mereka, semuanya berbeza. Masih ada yang mengenakan pakaian bulu yang kasar, ada yang memakai jubah dan serban yang besar, berkopiah tajam, ada yang berjanggut panjang, yang tidak berjanggut semacam aku pun ada, malah ada yang berkot dan memakai tali leher.

Hari itu sangat menyeronokkan. Ma’ruf al-Karkhi turut hadir membentangkan kertas kerja berkaitan konsep Dzuq dan Fana’. Siapa yang tidak gembira dapat bertemu dengan seorang ahli sufi sesoleh beliau. Rabia’ah al-Adawiyah turut membentangkan kertas kerja berkaitan ke arah membentuk golongan sufi wanita dalam memartabatkan maruah wanita yang kian tercemar. Beliau bukan sahaja akan mengupas soal keruntuhan tamadun terdahulu apabila meminggirkan wanita, malah beliau akan mengemukakan hasil kajian dan analisis terbaru beliau terhadap emansipasi wanita di negara-negara Eropah. Ia pastinya sangat menarik.

Aku juga menantikan pembentangan daripada al-Ghazali berkaitan menghidupkan hati yang sudah lama kekeringan dengan rasa takut dan cintakan Allah. Masing-masing kalangan mereka membentangkan kertas kerja sesuai dengan kekuatan masing-masing. Rasanya aku kerdil sekali. Apatah melihat Abu Yazid al-Bustami dan Tok Kenali yang tidak memakai selipar kerana tenggelam dalam keasyikan cinta kepada Allah, aku semakin kerdil. Wajah Zun Nun al-Misri sangat bersih dan bercahaya membuatkan aku jatuh cinta menatap wajahnya. Ya, hasil simbahan iman kepada Allah, dan ruku’ serta sujud yang tidak henti-henti.

Sang pujangga tersohor Abdullah bin al-Mubarak juga datang bersama sahabat akrabnya Fudhail bin ‘Iyad. Aku juga sangat seronok melihat Hassan al-Banna dan Umar al-Telmisani juga datang dalam perbincangan kali ini. Ternyata perhimpunan dan multaqa’ sufi kali ini dihadiri oleh orang-orang yang hebat dari seluruh dunia. Malah paling menggembirakan aku apabila bertemu dengan moyang aku Tok Pulai Chondong. Beliau yang terkenal dengan kependekaran itu sangat tegap badannya. Aku memeluknya erat seraya mencium tangan dan pipinya berkali-kali. Dia memeluk aku semacam aku anak kecil yang rindukan belaiannya. “Tok, saya rindukan atuk,” luah aku keanak-anakan.

Aku sangat tertarik mendengar penghuraian konsep mahabbatuLlah yang disebut oleh guru sufi, Junaid al-Baghdadi. Hassan al-Basri yang sentiasa berwajah pucat kerana takutkan Allah menangis tidak henti-henti. Air mata mengalir dari semua kolam mata mereka. Aku lihat dengan jelas sekali garisan putih di bawah pipi Ibrahim al-Nakhaei kerana terlalu banyak menangis dek takut dan rindukan Allah.

“Hamba yang cinta kepada Allah adalah hamba yang menyahkan hawa nafsunya, tidak putus-putus berzikir kepada Tuhannya, mendirikan hak-hak Allah, melihat Allah dengan mata hati. Sekiranya ia berbicara, ia berbicara dengan Tuhannya. Sekiranya ia bercakap, ia bercakap tentang Allah. Sekiranya ia bergerak, ia bergerak atas perintah daripada Allah dan sekiranya ia senyap, ia bersama-sama Allah. Ia di sisi Allah, untuk Allah, dan bersama Allah,” kupas al-Baghdadi sambil menundukkan mukanya dan menangis teresak-esak. Aku turut sebak bila mengingatkan diriku yang jauh daripada Allah. Seketika, suasana bising dengan bunyi esakan. Al-Baghdadi berhenti daripada berbicara. Beliau kelihatan sungguh-sungguh menangis.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…

‑­
Abdullah bin al-Mubarak juga membentangkan kertas kerja Peranan Sufi Dalam Membebaskan Dunia Islam Daripada Cengkaman Barat. Beliau yang terkenal dengan syair terhadap Fudhail bin ‘Iyad menggariskan beberapa perkara penting yang harus diperkasakan antaranya menanamkan semula semangat jihad kalangan umat Islam. Beliau turut memberikan pujian sekadarnya kepada Hassan al-Banna yang berjaya menubuhkan gerakan Islam yang berjaya menggerunkan pihak Barat dan Yahudi. Dalam sesi soal jawab, Sheikh Ahmad Deedat memperingatkan peri pentingnya ahli audi memahami skill berdakwah dalam menarik golongan yang anti Islam termasuklah golongan Liberalis dan Orientalis.

Dalam pertemuan itu, aku mengambil kesempatan bertemu dengan sufi wanita Rabi’ah al-Adawiyah. Ketika itu beliau sedang berbincang dengan Malik bin Dinar berkenaan dengan ajaran sufi yang semakin disesatkan dengan pemikiran yang dangkal. Malik bin Anas mencelah di tengah-tengah dengan menyebut, Barangsiapa yang mempelajari syariah tetapi tidak belajar hakikat, maka ia fasiq. Barangsiapa yang sebaliknya adalah zindiq. Aku meminta Rabi’ah masa hanya lima minit untuk bertanyakan pandangan dia tentang mahabbatuLlah.

Ringkas sahaja beliau menjawab, “Beramallah kerana Allah, bukan kerana syurga dan neraka. Wahai anakku, jika engkau melihat aku sedang berbicara dengan engkau sekarang, maka ketahuilah bahawa hati sedang gering dalam merindui Allah sang Pencipta. Hanya jasadku berbicara denganmu sedangkan hati aku melayang ke langit sana bertemu sang Kekasih,” dan aku terkesima mendengar nasihatnya yang cukup tajam.

Ibn ‘Ataillah juga diberi penghormatan untuk mendiskusikan karyanya al-Hikam. Aku sangat terkesan apabila beliau menyebut, kita bersyukur kepada Allah kerana telah melindungi aib kita daripada diketahui orang ramai. Jika Allah tidak menutup aib kita, pasti orang tidak akan respect dengan kita. Maka apabila ada orang memuji kita, maka kita kembalikan pujian itu kepada Allah yang tidak mendedahkan kelemahan-kelemahan kita. Mendengar sahaja kupasan yang sangat mendalam itu, Zun Nun al-Misri dan Abu Yazib al-Bustami terus pengsan. Suara tangisan semakin membingitkan suasana. Aku turut menangis melihat suasana begitu. Hati mereka sangat bersih dan mudah sekali tersentuh. Ia berbeza sama sekali dengan hati aku yang berkarat dan hitam dengan kotoran dosa yang sukar dibersihkan.

“Tuan Guru, bagaimana ana mesti membersihkan diri ana?” tanya ana kepada Sufyan al-Thauri. Beliau menundukkan wajahnya sambil menangis seraya berkata, “Wahai anakku, lebih baik engkau bertemu dengan Yahya bin Ma’in kerana ia lebih baik berbanding aku. Bagaimana orang yang berkarat hati ingin membersihkan hati orang lain, bukankah ini yang disebut oleh Ramadhan al-Buti?” aku sekali lagi terpegun dan tertegun. Sampai begitu sekali tawadhu’nya mahaguru sufi yang tersohor itu. Ya, siapa yang tidak kenal al-Thauri yang faqih lagi zahid. Aku teringat Sa’id Hawwa menjelaskan, jadilah orang faqih yang zahid, bukan orang zahid yang faqih.

Tiba-tiba majlis gempar. Rupanya Abdullah bin Mas’ud RA sahabat nabi yang besar dijemput sama dalam majlis ini untuk memberikan ucapan perasmian. Beliau ditemani mahaguru besar kami Sheikh Abdul Qadir Jailani. Beliau membacakan beberapa ayat al-Quran yang menyentuh tentang kenikmatan syurga dan kedahsyatan neraka. Suaranya merdu sekali. Sekali lagi, suasana jadi khali, dan hati menjadi khalis.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…

‑­
Kata Ibn Mas’ud RA, “Bila hati kamu tidak tenang, maka pergilah ke majlis para ulama. Jika hati tetap tidak tenang, maka bacalah al-Quran. Jika hati tetap tidak tenang, maka bangunlah di waktu malam untuk bermunajat. Namun jika hati tetap tidak tenang, maka berdoalah kepada Allah agar kamu diberikan hati yang lain,” ujar Ibn Mas’ud RA sambil merasmikan majlis pada hari ini.

Aku terus menangis dan menangis. Sudah lama aku kekeringan air mata. Aku berjaga malam untuk PRK tetapi aku tidak bertahajud. Aku kuat berjuang tetapi aku kurang membaca al-Quran. Aku banyak berceramah tetapi aku kurang berzikir. Aku kuat berjihad menegakkan Islam tetapi aku sendiri kontang dan kering dengan ilmu. Aku hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat. Aku banyak melakukan maksiat tetapi aku tidak bertaubat. Aku hanya pandai amar ma’ruf tetapi Subuh pun banyak yang aku lewat. Aku bercakap soal ikhlas tetapi riya’ dan ujub menguasai diri.

Dan aku terus menangis sebelum tiba-tiba sahaja semua ahli sufi menghilangkan diri.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…

*** terharu juga sy membacanye.....

Ikhlaskan Diri Menjalankan Amanahmu


Alhamdulillah saya masih lagi diberi kesempatan untuk update blog ini...akhir-akhir ini banyak bangat kerja yang perlu dibereskan...bermula dari awal bulan puasa hingga ke bulan syawal pun masih lagi banyak kerja yang perlu diselesaikan. Baru-baru ini 6 okt hingga 10 okt saya telah ke Ibu Negara untuk menghadiri kursus khas data untuk perjawatan dan ABM 2009 SABK.

walaupun penat tapi agak berbaloi juga la...sekurang-kurangnya saya dapat juga menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan dengan jayanya. belum abis penat lagi esok dah kena pi kursus PPSMI dan menyusul selepas tu kursus Data EMIS kat PPD, lepas tu kena pi menyuarat sekolah pula pada hari berikutnya....beginilah rutin kehidupan seorang pendidik..setiap sekolah ada berbagai-bagai cara yang tersendiri.

Hari berlalu terlalu cepat...masa kat KL baru2 nie...sy banyak berfikir mengenai sekolah...macam manalah masa depan sekolahku....jika terus macam tu kesian la murid-murid di sekolah saya..bila kita tidak menjalankan tugas atau amanah yang telah diamanahkan kepada kita maka tunggulah akan balasannya. saya selalu terfikir kenapalah saya di hantar ke sekolah ini...tapi bila fikir balik mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang hanya Allah yang tahu...saya mesti mengikhlaskan diri untuk bekerja di sekolah ini..

Bila memikirkan tentang suasana pelajar di sekolah masa kini, teringat pada diri sendiri...adakah apa yang kita katakan kepada pelajar kita juga melakukannya. kita marah pelajar merokok tapi guru sendiri merokok, kita suruh pelajar datang awal ke sekolah tapi kita juga seorang yang selalu tak masuk kelas mengajar, kita mahu pelajar berdisiplin tetapi kita sendiri tidak berdisiplin, kita mahu pelajar jadi bagus tapi kita sendiri buat perkara yang tak baik, kita tegah pelajar melakukan maksiat tapi kita masih lagi bergelumang dengan karat-karat mazmumah..fikir-fikirkan la....

esok dah nak kena pi kursus......mata dah mengantuk.....badan dah letih..so nak out dulu la...



Rabu, 8 Oktober 2008

Penawar Hati yang Duka


Alhamdulillah , segala pujian bagi Allah pencipta sekelian alam. Mengapa kita memuji?..kerana kebiasaan pujian diberikan apabila kita diberikan sesuatu yang berharga.

Apabila orang kaya membantu orang miskin, maka akan dipuji orang tersebut dengan pujian yang selayaknya. Apabila kita bantu orang bina rumah atau kita buat gotong royong, maka akan dipuji ringan tulang.Seorang ibu, bila anaknya patuh dan taat padanya, maka akan dipuji anaknya di merata tempat bahawa dia bersyukur dapat anak sebaiknya.

Siapa Patut Dipuji?

Oleh sebab itulah, kepada tuhan, Allah, kita puji dia, kita ucapkan perkataan-perkataan yang membesarkan dia kerana dalam hidup ini kita tidak pernah menguasai diri kita. Setiap perlakuan kita , Allah yang atur. Nafas, pam darah , kawalan gula dalam darah , penyerapan oksigen dalam paru-paru , sehingga membuang air pun ,Allah yang kawal.

Kita ambil contoh, jika kita yang nak kawal sendiri nafas kita, maka kita boleh kawal nafas kita tak lebih dari 5 minit kita boleh bertahan. Dan pasti, kita akan lelah lepas tu, nafas kita jadi kencang lepas tu. Maknanya di sini, kita tidak boleh kawal nafas kita sendiri. Atau kita nak cuba kawal dari membuang air besar. Maka di sini, kita boleh tahan tak lebih dari 4 hari.Kalau boleh pun, akan sampai satu masa , akan keluar juga atau perut kita akan sakit. Jadi nak tak nak, kena buang air besar jugak. Kerana padanya adalah untuk membuang benda-benda yang tak perlu pada diri kita.

Dan kalau kita nak kawal juga, setara manakah kita boleh kawal? Cuba kita perhatikan ketika kita tidur, siapakah yang mengawal diri kita, nafas, paru-paru, jantung….? maknanya secara keseluruhannya, kita satu habuk pun tak boleh mengawal diri sendiri, tetapi ada kuasa yang mengawal diri ini, itulah Allah.

Apa sifat Tuhan?

Allah ni sifatnya banyak, antaranya, dia maha pengasih, penyayang , kaya. Dan kaya Allah ni sehinggakan dia tak perlukan apa-apa dari makhluknya.

Sebagai contoh, seorang majikan , dia gajikan pekerja dia dari pukul sekian sehingga sekian. Bila pekerja tu buat apa yang disuruhnya, maka gajinya akan diberi sebanyak mana yang dijanjikan.Dan bila pekerja dia buat overtime , maka akan digandakan gajinya. Dan dia tak perlukan duit dari pekerja dia sebab dia majikan dan lebih kaya dari pekerja dia. Tapi kalau pekerja dia ponteng, buat malas, akibatnya dibuang kerja atau dipotong gaji dan sebagainya.

Begitulah Allah, bila kita buat apa yang disuruh, solat, puasa, zakat, haji, cari ilmu maka kita akan diberi ganjaran sebanyak mana yang kita buat sebab tu memang kontrak kita.Dan dila kita buat baik dengan manusia, tolong orang, sedekah, buat baik kat anak yatim, ajar orang mengaji dan lain-lain, maka ganjaran yang akan diberi akan ditingkat lagi. dan jika dalam amalan tu disertai dengan tawaduk , ikhlas , maka akan digandakan lagi.

Begitulah contoh kayanya Allah, ikut suka dia je nak bagi ganjaran banyak mana, dan kekayaan dia tak berkurang.

Sebab itulah kita memuji Allah. Dan disebabkan besarnya kepentingan puji Allah ni adalah untuk semua kebaikan dan kemudahan yang Allah bagi kat kita, maka kita diwajibkan puji Dia 17 kali sehari. Tak boleh kurang tapi lebih tak mengapa. Itulah solat 5 waktu . Dalam fatihah ni, cukup semua sekali syarat iman dan amal. Dan yang mula-mula sekali kita baca adalah Basmalah. Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi maha Penyayang. Pengasih Allah itu buat semua manusia manakala penyayang Allah itu buat golongan beriman sahaja.

Pengasih Tuhan, siapa yang buat dia akan dapat, siapa yang malas, maka dia takkan dapat. Dan penyayang Tuhan itu, diberikannya kebahagiaan, kedamaian dalam kehidupan, kelancaran , kesenangan berurusan, keberkatan rezeki.

Mengapa Sombong?

Dengan sebab semua-semua itu lah , kita tidak boleh berlaku sombong lagi takabbur dalam kehidupan kita. Kerana kita sebenarnya tiada apa-apa untuk disombongkan. Jangan kerana kita sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara , maka kita sudah sombong. Jangan kerana kita lebih cantik sikit, kita dah sombong. Jangan kerana kita kaya kita sombong kerana Allah lagi kaya. Ingat, siapa yang beri kita cantik, kaya, pintar tu semua?…. Allah.

Cuba kita renungkan ayat ini

“apakah manusia itu tidak memerhati sesungguhnya kami menciptakannya dari “nutfah” (sel yang kecil), maka dia menjadi penentang yang nyata”

Begitulah perumpamaan yang Allah bagi, setara mana kita nak sombong atas muka bumi ni? Adakah kerana hubungan kita dengan sesama rakan-rakan lebih rapat berbanding orang lain maka kita mahu sombong? atau kerana kita diberi kelebihan sikit dari orang lain maka kita nak sombong?

Ingat…bila kita nak sombong-sombong ni, kita cuba check balik, dari mana kita datang? Dahulu, kita hanyalah dari titisan air mani sahaja. Satu dari banyak-banyak sperma yang ada. Dan ianya keluar dari 2 tulang sulbi lelaki.Kemudian ia bertukar menjadi embrio, fetus dan menjadilah kita sekarang ni. Dari titisan air itu, kita diberi paras rupa, otak yang cerdik, kekayaan jiwa dan harta yang melimpah ruah. Cuba kita renungkan , siapakah yang beri semua ini??….Allah.

Siapa Penyombong Sebenar?

Dan atas muka bumi ni, orang yang paling sombong adalah orang yang tak nak sujud pada Allah!!..Itu tanda sombong paling besar. Kerana dalam solat, ada satu bahagian yang kita kena sujud pada Allah. Kepala kita letak atas tanah!!Tempat orang jalan-jalan,lalu-lalang. Dan orang yang taknak sujud ni sebab dia dah rasa cukup apa yang ada dan dia tidak perlu pada sesiapa dah. Sebab tu Allah humbankan golongan-golongan ni ke dalam neraka Allah.

Apa neraka tu? Seksaan, jeritan, laungan, kepayahan, kesusahan, kelaparan ,kehausan, kebengisan, bunyi sebatan, bunyi lolongan , kebusukan, kejijikan dan segala jenis keperitan semuanya ada di neraka.

Sebab itu, apabila kita mahu menghindar diri dari neraka , renungilah ayat ini :

“jika kamu beryukur, akan aku tambahkannya bagi kamu, jika kamu kufur, sesungguhnya azabku amat pedih!!”

Tanda kita bersyukur, kita akan membuat apa yang Allah suruh, rukun iman dan islam kita penuhi, membuat baik pada manusia ,tiada umpatan, caci maki, fitnah dan sebagainya. Tanda kita termasuk dalam kufur, kita tinggalkan apa yang Allah suruh dan kita buat apa yang dilarang.

Siapa Tuhan?

Apakah sudah kita tahu apa itu Tuhan sebelum kita berterima kasih (syukur) padanya? Tuhan itulah tempat tumpuan dan matlamat pengabdian, juga tempat kita mencari perlindungan, kepada tuhan juga tumpuan kecintaan. Tuhan sebagai pemberi rezeki juga sebagai sumber perundangan kita. Apabila kelima-lima ciri ini kita kenal siapa itu Tuhan, maka di situ kita akan dapat bersyukur pada Tuhan sekelian alam, Allah.Allah itulah tuhan.

Apabila kita tidak mengenal Tuhan maka perkara yang tidak sepatutnya berlaku.Mengenal tuhan banyak kaitan dengan iman. Tanpa pengenalan kepada Tuhan, maka iman kita tiada kemanisan, umpama gula yang tiada rasa manis garam yang tiada rasa masin.

bila terjadi bergini, lahirlah umat yang hidup pada membesarkan kehidupan dunia. Ketika ummat Islam sudah memuliakan dunia hasil dari hilangnya rasa berTuhan, maka di situ kita akan lihat kehebatan Islam akan tertarik dari mereka. Ketika ummat islam sudah meninggalkan penyeruan kepada kebaikan dan pencegahan pada kemungkaran hasil tidak kenal apa erti Tuhan, maka kita akan melihat keberkatan wahyu tiada pada umat itu. Bilakah zaman itu?…Kita sedang hidup di zaman yang dikatakan itu.

Kenapa kita tak merasa hebatnya Islam?….renung dan fikirkan.

Kenapa kita nampak dunia ni besar dan kita tak nampak akhirat ? Cubalah kita duduk dihadapan sebuah bukit, dan kita letakkan tapak tangan kita depan mata dan tengok bukit besar tu dalam keadaan tangan kita di depan mata. Confirm kita takkan nampak. Tak Nampak. Sampai esok dan bila-bila pun tak nampak. Macam tulah ibarat bila kita besarkan dunia. Kita besarkan dunia, akhirat kita tak nampak, akhirat kita tak ingat, Kebesaran Allah kita tak ingat, seksaan Allah kita lupa, kedahsyatan neraka kita lalai.


* Umar Alfateh merupakan penulis jemputan. Beliau merupakan pelajar perubatan di Russian State Medical University, Moscow. Artikel ini dipetik dari blog beliau.

Isnin, 6 Oktober 2008

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci


Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku.

Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini.


Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.

Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

Ahad, 5 Oktober 2008

Bestnya Beraya di Kampung Halaman..




Raya 1249H menjelma lagi, tahun ini alhamdulillah sambutan raya agak meriah..semua adik beradik yang jauh dan dekat semua dapat balik beraya di kampung....ayah pun agak gembira...anak dan menantu dari over sea pun balik beraya di kampung halaman...




Alfatihah buat arwah Ibu tersayang ....kini telah 13 tahun ibu meninggalkan kami....namun jasamu tetap tersemat dikalbu..ibu engkaulah ratu hatiku...tiada yang dapat menggantikan ibuku....




Selamat Hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir n Batin, maaf buat semua kawan2 dan sahabat2..kat kampung tidak ada line...jadi banyak la sms yang tak terjawab...maaf yer....


insyaAllah raya tahun depan kat kampung dah ada line...sbb baru je tiang celcom di pacak....insyaAllah tahun depan dapat la line..paling awal pun hujung tahun nie...




sempat juga ambik pic sekeluarga selepas bersalaman di pagi raya...



© free template 3 columns