Ahad, 31 Ogos 2008

Ramadhan kali ini


Ramadhan bermula lagi....hari ini hari pertama aku berpuasa..Apakah azamku untuk ramadhan kali ini? kalau ditanya setiap insan yang melakukan ibadah puas sudah pasti mahukan natijah yang lebih baik dari tahun-tahun yang telah berlalu...


Kini, tahun ini, ramadhan berbeza buatku dan buat sahabat-sahabatku akan iftar dan bertarawih dengan orang-orang yang berbeza… dan Ramadan kali ini tiada sofian, aiman,muslim,cikgun shbt2 lain, kini diriku bersama keluargaku...aku harapkan sahabat-sahabatku juga begitu. sofian telah berumahtangga dan mempunyai 2 cahaya mata, aiman dengan zaujahnya dan muslim juga telah berdua namun terpaksa berjauhan demi meneruskan pelajarannya untuk mengejar cita-cita. akau bersyukur kerana dapat juga posting kembali dekat dengan keluarga...susah senang biarlah bersama....


Apapun, mudah-mudahan hadirnya romadhan ini setiap antara kita menjadi lebih baik, lebih bersih hati dan jiwa dari kekotoran sebelumnya… mudah-mudahan ramadhan ini memproses hati hingga akhirnya mencapai tujuan puasa yang disebut dalam al baqarah – taqwa… mudah-mudahan ramadhan ini mentarbiyyah diriku untuk melakukan amal soleh yang tidak pernah dilakukan dan juga untuk ku memperbaharui kebaikan yang pernah diniatkan… ramadhan ini juga kekuatanku untuk tinggalkan, kurangkan segala keburukan zahir dan batin…


Walaupun di sekeliling ada orang telah mula merancang kelengkapan raya…ada orang yang bakal menghabiskan ramadhan untuk lebih tidur dan kurang kerja…ada orang yang bakal makan jauh lebih banyak dan bernafsu pada pelbagai jenis makanan pada ramadhan… ada orang yang bakal menghabiskan masa ramadhan berjualan di bazaar mencari rezeki tambahan, sedihnya hingga melupakan tuntutan kepada tuhan… ada orang yang bakal membazir dengan berbuka dihotel yang kos makanannya boleh menampung makanan keluarga miskin untuk seminggu..

Itulah ‘bakal’ yang wajib ku hindarkan.


Moga ALLAH menjauhkan diriku dan diri kita semua dari kemungkinan-kemungkinan kelalaian , pemborosan yang menjauhkan dari ketaqwaan, yang sebaliknya mengundang kemurkaan tuhan…moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun -tahun sebelumnya...


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

EID RAMADHAN KEREEM 1249H

AWAL RAMADHAN


"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak
ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.

Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.

Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.

Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan

Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.

Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:

Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.

Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

EMPAT TUNTUTAN

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183

Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.

Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:

"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:

"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."

Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.

Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan
dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Sabtu, 30 Ogos 2008

Khas buat diri dan sahabat yang disayangi

Terasa berat bagi kaki ini melangkah kerana setiap hari dosaku semakin bertambah. Namun Allah itu tidak pernah membebani hamba-hambaNya melainkan sesuai dengan keupayaan. Oleh itu Dia telah berjanji bahawa:
’Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’ [Al-Baqarah:160]

Serulah asma’ Nya yang terkandung nama-namaNya bagi menenangkan jiwa yang lara, serulah At-Tawwab itu, Al-Ghaffar ,Ar-Rahman kerana telah dijanjikan olehNya.

’... Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.’
[Ar-Rad:28]




Agama itu sebuah pencarian wahai sahabatku. Tidaklah Allah mengurniakan hidayahNya kepada mereka yang tidak berusaha. Walhal Rasulullah s.a.w yang dicintai, kekasihNya jua pergi beruzlah di gua Hira’ sebelum menjadi seorang Rasul. Baginda bermunajat, beribadah dan berdoa. Baginda mengkaji dan mendalami erti kehidupan sambil merenung keindahan ciptaanNya untuk memahami kerosakan dan kehancuran masyarakat arab jahiliah ketika itu. Peristiwa Hijrah sendiri menekankan syariatullah dan sunnatullah bukan semata-mata mengharapkan bantuanNya kerana usaha itu sebahagian daripada tawakal. Oleh itu, ayuh sahabat perkukuhkanlah keinginan dihati, kuatkanlah munajat dimalam harimu. Berdoalah agar Allah melindungimu disetiap langkah hidup mu hingga akhirnya bisa bertemu dengan pemilik mutlak seluruh semesta.

Ilmu adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Setiap perkara memerlukan ilmu agar diri dapat beramal dengannya dan ilmu itu mestilah ilmu yang bersumberkan Quran dan Sunnah. Seorang doktor yang berilmu namun tidak beramal dengan ilmunya pasti akhirnya akan lupa dan tidak dapat lagi untuk mengubati pesakitnya, kerana luasnya dan banyaknya ilmu seorang yang bernama doktor itu apatah lagi seorang muslim seperti:

Hadis Rasulullah s.a.w : “Kebijaksanaan itu barang hilang kepunyaan orang beriman. Di mana saja ia menemuinya, dialah yang lebih berhak ke atasnya.”

Justeru,marilah kita tambahkan ilmu di dada agar kita faham apa yang dilakukan yang seterusnya akan menimbulkan bibit-bibit kemahuan untuk melaksanakannya.Diharapkan akhirnya kita akan berjaya menyampaikan kepada saudaranya.

’Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.’[Al-Imran:104]

Jadikanlah masa silam, dosa-dosamu dan kesilapan lalu sebagai pendorong untuk diri semakin dekat kepada Nya. Tiada manusia di dunia yang tidak berbuat salah melainkan Nabi dan Rasul pilihanNya. Kita tiada bezanya, tiaga guna riak dan ujub itu kerana suatu masa nanti semua pasti akan dibuka

’ Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,’
[Al-Qiyamah:14]

dan ketika itu

’Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.’[Al-Qasas:84]

Sebuah lagu lama yang ingin dikongsi. Suatu masa lalu ia hanyalah sebuah lagu yang didendangkan tanpa hala tuju. Kini aku mengerti setiap sesuatu itu tiadalah dijadikan Nya dengan sia-sia.

’Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah Dia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;’ [Al-Furqan:58]

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah..

Hari ini adalah sambutan kemerdekaan kali ke-51, tapi sekolah saya untuk tahun ini baru dua kali mengadakan sambutan kemerdekaan ini. sekolah saya kecil sahaja dan baru masuk 2 tahun masuk dalam kementeriaan palajaran Malaysia. Sekolah saya belum lagi ada dewan jadi terpaksalah menggunakan kelas untuk dijadikan dewan.

Untuk tahun ini saya masih lagi diberi tanggungjawab untuk menjayakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah. Alhamdulillah walaupun saya sibuk dengan tugas EMIS dan SMM namun masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan tugas yang diamanahkan. Tapi tahun ini berbeza sedikit la, sebarang pertandingan akan diadakan selepas 31 ogos kerana sebelum ini pelajar-pelajar sibuk dengan peperiksaan trial SMU,EXCELL SPM &PMR serta Trial STAM. Jadi kenalah utamakan yang lebih utama..betul tak?? aulawiyyat itu penting...

Gambar ini saya ambil semasa lagi kemerdekaan ((perpaduan teras kejayaan)) dinanyikan..bukan main semangat lagi murid-murid menyanyikan lagu kemerdekaan.

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

pelajar-pelajar puteri juga turut bersemangat ...

pengetua pun turun padang. Syabas!!!

kenangan memasang jalur gemilang di sekitar sekolah...

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Selasa, 19 Ogos 2008

10 LALUAN MANUSIA

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sam pai Akhirat Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha’ hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu’min
c. Bayar semula kadha’ (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian c
. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta’ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara’
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i’tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya Hiduplah Sesuka hatimu,

Sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Jumaat, 15 Ogos 2008

Sahabat kenapa sanggup kau menyakitiku....

Astaghfirullah alazim....
sedih hati ini apabila pertolongan kita tidak dihargai...
bukan kita nak dihargai tetapi sebagai seorang insan kadangkala kita juga perlu untuk rasa dihormati...
ketika dia susah dia datang kepada kita mengadu akan masalahnya....
pada masa itu manis mulut berkata-kata....
tetapi bila dia gembira tanpa masalah jumpa kita pun tak nak...
muka pun bengis pada kita...tak pernah senyum...apabila bertembung di perjalanan buat macam tak nampak kita ajer...tetapi bila ada masalah....kitalah orang yang pertama dijumpanya....
kalau nak diikutkan hati mau je buat macam mana dia buat kita sebelum ini....
tapi teringat kisah Rasulullah dimana orang berbuat jahat dengan Baginda tetapi Rasulullah tetap berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya.
sediah juga apabila sewaktu dia buntuh dengan masalah dia memerlukan kita tetapi pada masa yang sama dia sebenarnya menjadikan kita kambing hitam sahaja untuk mencapai apa yang dihajatinya....di waktu kita bersungguh-sungguh membantu dia dengan tenaga dan wang ringgit dia pula dengan mudah melafazkan kata-kata (( Belum tentu lagi awak bantu saya pada hari ini saya akan bantu awak pada masa akan datang )) hati ini sedih apabila dia berkata sedemikian...padahal kita bantu dia bukan kerana kita nak balasan darinya....pedih hati ini....kenapalah ego sangat engkau sahabatku....
kini sudah hampir 2 tahun saya bersama-sama dengannya....pada tahun lepas dia meminjam sesuatu dariku.....dengan hati yang gembira saya memberikan benda tersebut kepadanya....setelah hampir 2 tahun berlalu dia nak kembalikan barang tersebut....tetapi apa yang saya sedih dia seolah-olah tidak tau berterima kasih...adakah patut (( saya bagi contoh la...kita bagi pinjam dia baju...lepas tu dia nak pulangkan dengan cara, dia buka je baju tu lepas tu dia bagi kat kita)) ape perasaan anda jika anda dibuat macam tu....seolah-olah kita tidak ada nilai dan kita ni orang gaji dia....apa la salah kalau nak bagi balik pun ..kalau baju ke, kasut ker..kita basuh dulu baju tu atau pun sekurang-kurangnya lipat la....walaupun tak basuh...ni main buka je dari badan dan terus bagi...dah la baju tu masam....ingat kita ni orang gaji ker.....?????
hargai la seorang sahabat....
kalau kita buat jahat pada orang lain..orang lain pun boleh buat jahat pada kita juga...tetapi hanya insan-insan yang tidak berakhlak sahaja yang akan membalas akan perbuatan orang lain.....
Sahabatku.....
janganlah buat orang lain seperti mana awak buat pada diriku.....
minta maaf kerana saya telah tawar untuk membantumu......
maaf jika selepas ini awak kena lebih banyak berusaha dan berdikari sendiri kerana diriku mungkin selepas ini saya akan sibukkan diri dengan apa-apa yang boleh memberi manfaat bagi diriku....

Sahabatku...maafkan aku.....


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Rabu, 13 Ogos 2008

Jom Balik UUM!!!



Tak sangka pula UUm still ingat saya...ingatkan bila abis terus abis ler.....baru teringat pulak...sebelum kaki ini melangkah meninggalkan UUM sempat juga mengisi borang alumni...tak sangka pulak dapat surat cinta dari gedung Ilmu...:)

16-18 program jom balik UUM...tapi rase mcm ndak dapat pi aja nie...time tu juga sepupu saya khwin so pi la yang dekat..kalau kat UUM tu pergi balik nak juga mencecah RM1200. lebih baik duit tu simpan untuk konvo tahun depan....abis UUM sambung lagi kat IPTB pulak...aik...semua utara nie....kot2 calon orang umah pun nanti orang utara...hehehe...

Bila di imbas kembali kenangan kat UUM banyak kenangan yang sukar untuk dilupakan...kali pertama menjejaki kaki kat UUM hati ini sungguh gembira akhirnya dapat juga menyambug pelajaran ke menara gading...di sini la semuanya bermula....bersama teman-teman yang banyak membantu diri ini mengenal yang mana emas dan mana permata....kerana banyak dugaan yang dilalui semasa belajar dulu....

kolej pun dah ditukak dewan ...mcm tak best jer...saya dulu kolej proton bangga tu dapat kolej proton..sampai sekarang ingat lagi lirik lagu semasa minggu suai kenal..." we are the F.I.N.E fine, down the L.I.N.E line....panjag lagi la...." hehehehbest juga time tu dapat juga mengiburkan hati yang berjauhan dengan family..huhu...tapi semua tinggal kenangan....

orang lain meybe dapat rase 1 kolej je..tapi saya kira beruntung juga la di beri juga rasa kolej yang jauh( bukit kahci 2) walaupun jauh dari kampus ok ape....terasa juga..tp paling best masa kat kolej proton ler....dekat dgn masjid, mall, tasik, tempat joging n banyak lagi...

kini UUM jauh di mata tetapi kenangan brsama kawan2 tetap tersemat di hati...suatu hari nanti saya pasti kembali ke UUM...







Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Isnin, 11 Ogos 2008

Syaban akan berlalu Ramadhan pasti Tiba...

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

01. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

02. Keperkasaan dan ketinggian.

03. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

04. Kasih-sayang dan kemesraan.

05. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.


ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

01. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam.

Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

02. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

03. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan puasa sunat.

Saidatina Aisyah berkata:

Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidatina Aisyah berkata:

Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Melazimi Berzikir dan Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat.

(Riwayat at-Tarmizi).

Saidatina Aisyah berkata:

Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.

(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.

(Surah an-Nur: ayat 31).

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.

(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:

Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali:

Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.


MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN


Para tabiin ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabiin dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabiiin itu dan dilakukan juga oleh para ulama.


PENUTUP


Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Tulisan ringkas ini adalah sekadar untuk mengingatkan mana-mana yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup ini sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina. Saya juga tidak bercadang untuk memanjangkan tulisan ini dengan perbincangan berbentuk khilaf yang boleh memeningkan kepala masyarakat. Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa. InsyaAllah.

‘Memberi dan Berbakti’

Wallahaulam.

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Jumaat, 8 Ogos 2008

kehidupan ini.....


Pagi ni kuliah hari kedua bagi semester kedua ni dibatalkan, aku pergi ke perpustakaan mencari bahan-bahan rujukan untuk tugasan pertama yang diterima semalam. Suasana muram menyelubungi diri. Terasa lemah dan tidak bersemangat dengan permasalahan. Semasa melangkah masuk ke ruang komputer hanya terdapat 3 orang pelajar yang menggunakan komputer dalam satu ruang yang cukup besar.


Suasana lenggang dan sunyi seketika. Aku meneruskan langkah yang lesu. Lebih kurang setengah jam berlalu aku berehat seketika, terkenang seketika masa lampau. Tak sangka, empat tahun yang lepas aku dah pun melangkah naik ke atas pentas dewan konvokesyen tetapi hari ni aku masih belajar di sebuah IPTA. Ya, semuanya dengan izin Allah dan bila aku merenung kembali dalam empat tahun yang lepas, banyak perkara besar yang berlaku terhadap persekitaran dan yang terjadi dalam pengalaman hidup aku.Kalau empat tahun yang lepas aku masih tidak tahu apa yang akan berlaku pada empat tahun yang akan datang dan merasakan ianya satu jarak yang bertempoh sederhana dan penuh dengan angan-angan untuk membuat itu dan ini, tetapi kemudiannya, empat tahun selepas itu di mana aku berada sekarang ini?Aku merasakan bahawa empat tahun yang lepas adalah seperti sebuah mimpi. Mimpi yang penuh dengan angan-angan dunia.


Hari ini aku masih menyedut dan melepaskan nafas. Malah aku masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk bersatu dengan jasad ini. Apa pula akan berlaku 4 tahun akan datang? Mungkin aku sudah beristeri atau mempunyai anak dan bermain dengan mereka dalam suasan gembira? Ataupun ketika itu aku sudahpun dibalut dengan kemas dan telah disandarkan pada dinding-dinding dan lantai tanah? Kuasa Allah. Telahpun dirancangNya dengan terperinci dan tercatat dalam kitabNya di Luh MahfuzPun begitu, hidup ini adalah satu keperluan untuk diteruskan. Memang ada ketikanya berasa susah dan hilang semangat tapi bila ternampak kawan-kawan seperjuangan dalam kerja agama, wajah ibu yang tenang dan ayah yang tidak putus-putus menyumbangkan tulang empat keratnya untuk membesarkan anak-anak, aku kembali tersenyum. Kekuatan ini muncul kembali. Hidup adalah sesuatu yang harus diteruskan dan perjuangan dalam agama pula mesti sebati dalam arus nafasku.


Segalaya untuk didedikasikan kepadaMu ya Allah. Hidup yang tiada kesusahan bukanlah sebuah kehidupan.Aku bangun dan melangkah keluar dari ruang komputer, selepas ini masih ada kuliah tetapi langkah keluar ini berbeza berbanding semasa melangkah masuk tadi…


Aku tersenyum.. Nafas ini... Jasad ini... Hanyalah untukMu Ya Allah. Setiap masa, setiap detik dan saat yang berlalu malah nafas yang aku sedut dan aku lepaskan ini, aku harap ia dapat terus mengingatkan kepada kekuasaanMu.Ya Allah, bantulah aku untuk terus berjuang di jalanMu


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Selasa, 5 Ogos 2008

Doa Rabitah Hati



Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

© free template 3 columns