Ahad, 27 Julai 2008

Pemimpin politik boleh masuk IPTA


Oleh Mohamed Farid Noh



Ceramah dengan pengajian dan akademik mahasiswa.
Beliau berkata, pindaan yang sudah diluluskan Kabinetitu, masih tidak membenarkan mahasiswa menganggotai atau terbabitdengan mana-mana organisasi atau parti politik, tetapi mereka bolehmenganggotai persatuan atau pertubuhan tidak bertunjangkan politik.Katanya, pindaan itu dibuat bagi memberi mahasiswa danuniversiti persekitaran lebih kondusif dan kebebasan dalam mencapaitahap kecemerlangan."Terserah kepada mahasiswa atau pihak universiti jika hendakmenjemput pemimpin pembangkang. Apakah maknanya seorang pelajaruniversiti jika mereka hanya dibenarkan jemput satu pihak saja.


"Kalau tidak dibenarkan pun mahasiswa boleh mengakses laman web, jadilebih baik kerajaan benarkan dalam keadaan terpelihara, terkawal. Kitaberada dalam dunia maklumat, setakat penguasaan ilmu saja tidak cukupkerana mahasiswa mesti ada 'talent' serta pemikiran yang tajam."Soalnya bukan hendak jemput parti politik kerajaan saja.Misalnya, jika mahasiswa mahu mendapatkan pandangan mengenai krisisminyak dunia dan kebetulan penceramah yang dijemput adalah daripadaparti politik termasuk pembangkang, pindaan AUKU itu akanmembenarkannya, " katanya.Beliau berkata demikian selepas melancarkan Konvensyen MajlisPerwakilan Pelajar IPTA 2008 serta pelancaran buku Majlis KepimpinanLatihan Universiti-Universi ti Malaysia (Maklum), dekat sini, semalam.Minggu lalu, beliau dilaporkan berkata, pindaan AUKU itudibuat bagi membolehkan mahasiswa membuat keputusan dan menentukansendiri perkara yang baik dan buruk untuk mereka.


Mohamed Khaled berkata, melalui pindaan AUKU itu juga, mahasiswa yangmelakukan kesalahan mengikut AUKU tidak lagi akan dihadapkan kemahkamah."Jika dulu kesalahan mengikut AUKU boleh diambil tindakanmahkamah tetapi dengan pindaan ini semua penguatkuasaan kesalahanmahasiswa akan dipertanggungjawabk an sepenuhnya kepada universiti."Tetapi tidak bermakna seseorang pelajar itu tidak tertaklukpada undang-undang negara. Jika mereka buat kesalahan mengikut KanunKeseksaan mereka masih lagi tertakluk di bawah undang-undang negara. Contohnya, jika seseorang mahasiswa terbabit dalam demonstrasi tanpapermit, maknanya tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa," katanya.Beliau berkata, pindaan baru AUKU juga membolehkan pelajar yang dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung oleh pihak universiti untuk mengambil peperiksaan.


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Sabtu, 26 Julai 2008

Nak Kahwin..tapi..............

Salam...
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?
guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan..............
Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..
Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website http://www.maskahwin.com/index.php?ref=jundi

Insyallah, dapat membantu.Bye!
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Rabu, 23 Julai 2008

Balik Kampung Ziarah Ayah



inilah kunun kerita saya....sajar asalkan ada untuk pi karaja... perjalanan ke kampung mau juga la dalam 45 minit dari pekan Ranau. jalan yang erbukit bukau dan sekarang banyak jalan tidak bagus sebab dalam pembinaan. tapi dalam keadaan sekarang bila minyak dah naik...huh!!!! sakit juga la...

sejak balik dari maktab barulah banyak masa nak balik kampung jumpa my lovely father.
Dah lama tak balik kampung nie dari praktikum hingga abis maktab baru 4 kali balik. kalau dulu tiap minggu mesti balik tapi disebabkan kesibukan untuk menyediakan RPH praktikum maka terpaksalah korban skit.

Masa di kampung sempat juga mengambil gambar sajer2..mau kasi tengok gambar kampungku yang jauh di tepi bukit. inilah kampungku...waalupun jauh dari bandar tp best sejuk dan damai je kat kampung. kalau nak rest balik la ke kampung.

Ni gambar hadapan umah kat kampung. biasalah rumah kampung aje...


Ni bukan gambar rumah tau..ini reban ayam tradisional...saya orang kampung juga bah...macam orang lain juga...hobi pelihara burung, ayam, lembu. teringat pula zaman kanak-kanak saya selalu bantu datuk jaga lembu dan petang2 bagi makan ayam dan burung...heheheh..tp sekarang susah sudah mau dapat kenangan indah itu...teringat pula tajuk lagu "kenangan terindah" tapi kenangan terindah saya ialah bersama datuk semasa zaman kanak-kanak. banyak kenangan yang indah tapi sekarang hanya tinggal kenangan yang tidak akan berulang kembali. buat atok tersayang walaupun atok telah pergi buat selama-lamanya cucumu ini akan sentiasa berdoa agar atok tenang di sana.
Nampaknya hari mula gelap..heheheh kena mandi dan kejap lagi azan magrib akan berkumandang..pesan orang-orang tua kalau petang tak baik jalan2...tapi saya bukan jalan2 sajer duduk dibangku membuat sedikit coretan kehidupan. esok nak ke KK...kalau berkesempatan boleh la membuat sedikit coretan lagi....sebelum azan berkumandang baik saya stop...jumpa lagi...

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.


Selasa, 22 Julai 2008

Rest YouR Mind...


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (ali Imran: 185.)

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Kadangkala kita melupakan kondisi hati....

Adalah hamba yang baik, ketika sedar akan peranannya. Adalah wanita yang baik ketika dia sedar akan peranannya. Untuk beribadah kepadaNya, berdakwah dan menyiapkan generasi mendatang yang sholeh. Sungguh sangat beruntung yang akhirnya dia akan melakukan langkah-langkah menuju ke situ, kerana ternyata sedar saja tidak cukup.




Pernah kita dengar atau bahkan diri kita sendiri bertanya-tanya, “ kenapa aku merasa iman ini sangat lemah, malas dan sering meremehkan dalam beberapa ibadah. Apakah sebenarnya penyebabnya?” atau kita dengar ungkapan kehairanan orang yang berada di sekitar kita, “ dia kan akhwat, dia kan murabbi, tapi tingkah laku dan perilakunya yang nampak berbeza secara signifikan, berbeza secara hakiki dengan keyakinan dan keistiqomahan mereka dalam beragama?”Ketika kita mulai berkomitmen dengan agama Allah baik dalam perilaku dan kata-kata, ternyata kadang kita lupa memperhatikan hati dan tidak mahu mengubati penyakit dan bencana yang bersarang di dalamnya.


Inilah yang mungkin menyebabkan orang kehairanan kerana tindakan yang tak sesuai dengan kata-kata yang disebabkan kejelekan yang nampak darinya. Lalainya para dai untuk memperbaiki jiwa. Sehingga sekali waktu, kelihatan pada mereka beberapa sikap yang berbeza dengan dakwah yang ia sampaikan kepada manusia. Inilah sebab manusia tidak menerima mereka.Hubungannya tinggi memang antara dorongan hati, tingkah laku dengan hakikat keislaman.


Salah satu tidak berjalan maka tidak akan boleh mengekspresikan hakikat keislaman. Harus ada keselarasan. Kalau bukan kerana mendesaknya keselarasan tersebut, tentu jihad dan pengorbanan tak akan bererti dalam Islam.Taubatannasuha, sungguh-sungguh bertaubat kepadaNya. Kerana kita sendiri sedar bahwa perlu perjuangan untuk melepaskan dan menghindari maksiat. Maka sesungguhnya meminta ampunan, koreksi akan berperanan. Tidak ada dosa kecil ketika dilakukan terus menerus dan tidak ada dosa besar jika diiringi dengan istighfar. Kalau kita merasa diawasi terus oleh Allah dan kita selalu muhasabah, mengintrospeksi diri maka ini tidak akan terjadi.


Juga pernyataan perang kita melawan nafsu, mengharamkan hal-hal yang boleh menjerumuskan dalam perkara haram dan membuat lalai kepadaNya.Beruntunglah orang-orang yang senantiasa mensucikan jiwa dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. Ketika kita beribadah sebaik mungkin, ketika kita menjaga seluruh anggota badan, ketika zuhud dengan agama, ketika ingat akan kematian dan memikirkan akhirat, semangat belajar agama, banyak membaca Al-Qur’an, dzikir, amalan-amalan sunah dan tak ada waktu yang sia-sia. Subhanallah kalau kita melakukan itu.Kita tidak ingin kan dikatakan perilaku tak sesuai dengan kata-kata? Sebab hati akan terus terbentuk dengan terus berjalannya pengurusan hati itu sendiri. Perasaan akan pengawasan Allah hingga mampu mendorong untuk meluruskan perbuatannya dan memperbaiki niatnya.


So, sambil berdakwah kita menambah ilmu juga. Sungguh amat baik jika pengamalan setingkat dengan pemahaman. Ketika kita paham tentang apa yang kita dakwahkan maka akan nampak pada agama, akhlak dan perilaku. Mudah-mudahan….


sumber: pesantren UGM

penulis: mini

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Isnin, 21 Julai 2008

Hancurnya Peradaban Tanpa Iman


“Apakah benar, politik dan ekonomi menjadi jaminan bertahannya sebuah Negara?”

“Apakah anda berfikir bahawa banyaknya kekayaan dan tingginya teknologi akan menyelamatkan sebuah bangsa dari kehancuran?”

Akhirnya pemimpin tanah air mengumumkan akan kenaikan harga minyak sebesar 40%. Harga petrol naik sehingga RM2.70 seliter dan diesel melonjak sehingga RM2.58 seliter. Ramai yang terkejut. Harga barang makanan sudah mulai lari, nyaris tidak terkejar oleh daya beli rakyat. Demonstrasi penolakan sudah mulai memanaskan diri. Tetapi kerajaan tetap pada pendirian menaikkan harga minyak meski harus mencekik leher rakyat sendiri. Alasannya, mahu mengurangkan kejutan ke atas sistem ekonomi negara. (rujukan)

Para penganalisa pun memberikan pembenaran. Jika kerajaan tidak menaikkan harga minyak, ekonomi negara akan membengkak, nyaris meletus. Padahal hari ini, harga minyak mentah dunia sudah melebihi 120 dolar Amerika per barrel. Dengan demikian, apakah negara tidak lagi mampu membela rakyatnya sendiri? Besar kemungkinan, alasan bahawa keuntungan PETRONAS akan di gunakan untuk masa depan negara dan juga anak-anak dan cucu-cucu kita adalah idea 'cerdik' Pak Pandir sahaja.

Apakah angka-angka dalam anggaran bajet ekonomi negara jauh lebih penting daripada nyawa rakyat Malaysia? Tentu sahaja keduanya memiliki hubung kait tetapi apakah pembelaan kita lebih untuk angka-angka daripada nyawa manusia? Hari ini kita dililit oleh sistem yang memaksa kita percaya, bahawa kecanggihan teknologi, kekayaan financial serta kehebatan kita dalam berpolitik yang menjamin segala bentuk keselamatan.

“Tanpa kekuatan ekonomi kita hanya makhluk yang lumpuh.”

“Tak mengendahkan strategi politik, kita hanyalah manusia yang tak beradab.”

“Tanpa kecanggihan teknologi kita hanya manusia yang buta.”

Begitulah kita hari ini dibuat percaya, bahawa nilai-nilai ekonomi, politik dan teknologi adalah segalanya.

Apakah kita tidak menyakini bahawa sumber minyak dimanapun ia keluar, hanya betul-betul keluar kerana kasih sayang Allah semata? Adakah kita tidak sadar bahawa yang mengeluarkan emas dari bumi juga adalah Allah Yang Maha Mulia? Pernahkah kita menghitung perkembangan ekonomi global dengan world-view rezeki sebagai makhluk Allah? Dan pertolongan serta kasih sayang Allah itu, turun dengan berkah hanya untuk orang-orang yang beriman.


"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. "
(QS At-Thalaq: 2 – 3)


Erti Sebuah Peradaban

Dr Hamid Fahmy Zarkasyi, Pengarah Center for Islamic and Occidental Studies mengatakan, cara pandang atau world-view manusia hari ini telah dikuasai oleh falsafah barat yang yakin dengan meninggalkan agama nescaya manusia akan lebih maju dan bertamadun. “Sekularisasi adalah proses sub-ordinan nilai-nilai melampau (transcendent) yang memisahkan agama dari kehidupan. Agama dipinggirkan, dan manusia dengan segala hasil ciptaannya menjadi ukuran dalam kehidupan,”

Lalu Dr Hamid Fahmy menjelaskan konsep ideal seorang manusia dalam islam dengan mengerti makna kata din. Istilah din berasal dari da-ya-na atau dana yang memiliki mashdar dayn. Artinya adalah: Hutang.

“Manusia berhutang pada Tuhan yang harus dibayar dengan menyerahkan kehidupannya kepada Tuhan. Penyerahan kepada Tuhan sekaligus pengakuan bahawa Tuhan adalah Dzat yang Maha Agung,” jelasnya.

Lalu ia melanjutkan. Manusia dalam jumlah yang banyak dan berkelompok, selalu memerlukan seorang pemimpin, yang disebut dayyan. Pemimpin yang tentu saja memiliki karakteristik pasrah pada hukum-hukum Allah. Din diamalkan dan diterapkan oleh sebuah komuniti di dalam suatu tempat yang disebut madinah. Dari madinah inilah lahir dan muncul ciptaan-ciptaan manusia yang kelak disebut dengan peradaban atau tamaddun.

“Dengan rentetan seperti itu, maka seharusnya islam menjadi sumber ritual, spiritual, intelektual dan juga peradaban,” tutur Dr Hamid dengan tegas.

Proses Kehancuran

Malek Bennabi, sejarawan Muslim asal Aljazair merumuskan proses jatuh bangunnya sebuah peradaban. Malik bennabi membahagikan umur peradaban menjadi tiga tahap; tahap spiritual (spiritual stage), tahap rasional (rational stage), dan tahap naluri (instinctive stage).

Malik Bennabi yang telah meninggal pada tahun 1973 percaya, bahawa faktor spiritual lah yang memberikan kesempatan kepada manusia untuk tumbuh dan maju. Ketika spiritual hilang, maka peradaban pun akan jatuh dan tumbang.

Tiada ada yang lebih kuat mengawal manusia daripada kekuatan spiritual yang ada dan berkembang dalam dirinya. Dan ketika kekuatan spiritual ini lemah, maka rational stage akan melahirkan tahapan baru iaitu instinctive stage. Semua digerakkan oleh nafsu, dan semakin besar sebuah nafsu berkuasa, maka semakin cepat peradaban manusia musnah.

Betapa sedihnya kita. Tahap pertama pun belum kita lalui, tetapi kehidupan kita sudah dibelenggu oleh nafsu dan syahwat yang menggelora. Kita belum lagi menjadi makhluk yang berspiritual tinggi. Kita belum mampu mengolah kehidupan dengan teknologi canggih, seperti halnya negara-negara maju. Tetapi kita sudah terjebak oleh kehidupan naluri yang tidak terkendali.

Sejarah Tamadun Dunia

Kemajuan dalam teknologi moden dan kekayaan kebendaan tidak akan menjamin kelangsungan sebuah peradaban. Lihat sahaja Mesir yang telah hidup dengan peradabannya yang sangat tinggi pada tahun 2300 sebelum Masehi. Pada zamannya, Mesir telah mampu menentukan waktu musim tanam dan meramalkan kemarau panjang. Para intelektual Firaun telah mampu merancang sistem pengairan dengan memanfaatkan Sungai Nil jauh sebelum Colombus; penemu Amerika itu lahir. Mereka menyusun piramid dengan sistem struktur presisi dan seni yang tinggi. Malah sehingga kini, susah di cari teknologi untuk menandinginya.

Namun kehancuran tidak boleh dihindarkan. Kecanggihan teknologi, kekayaan ekonomi dan kekuatan pemikiran tidak mampu membendung kebinasaan yang memang telah menjadi takdir ketika sebuah peradaban telah dijajah oleh hasrat syahwat. Ketika Firaun berkata, “Akulah Tuhan yang Maha Mulia.” Maka peradaban Mesir memasuki gerbang kehancuran.


Begitu juga Petra yang hingga kini masih dapat ditonton bekas pahatannya di lembah Rom, Jordan. Sisa kejayaan kaum Nabatean itu masih kukuh berdiri, menunjukkan betapa canggihnya teknologi kejuruteraan yang mereka kuasai. Petra diambil dari bahasa Yunani yang bermaksud batu. Dan ini adalah simbol pertahanan yang paling kuat yang pernah ada di muka bumi. Mereka membangun sistem pengairan yang canggih sekali gus sangat kompleks dalam kota yang memahat gunung-gunung batu dan mengalirkan air bersih bahkan sampai ke bilik. Mereka membangun sistem hidrolik untuk mengangkat air dan mencegah banjir. Mereka juga membangun sebuah teater yang mampu menampung 4000 orang pada zaman itu, zaman ketika manusia belum banyak jumlahnya.

Mereka bukan sahaja mengingkari, malah mereka membunuh unta Nabi Salleh yang seharusnya mereka jaga. Maka tiada balasan lain kecuali kebinasaan. Padahal mereka telah dikurniakan kemampuan yang tinggi oleh Allah Swt.

Tetapi justeru kerosakanlah yang mereka bangunkan. Mereka menternak dosa dan kezaliman. Lalu Allah menghancurkannya dengan gempa, juga sambaran petir yang mematikan. Dan tidak ada yang ditinggalkan dalam keadaan hidup.


"Seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah, sesungguhnya kaum Tsamud mengingkari Rabb mereka. Ingatlah, kebinasaanlah bagi kaum Tsamud.”
(QS Huud: 68)


Penyelesaian

Mungkin hari ini Allah tidak mengirimkan laut yang menggulung pemimpin-pemimpin yang zalim. Mungkin hari ini, Allah tidak lagi memerintahkan gempa dan petir untuk memusnahkan kaum yang derhaka. Tetapi percayalah, Allah memiliki seribu satu cara yang tak pernah difikirkan manusia. Kadang cara itu bernama krisis minyak dunia. Kadang cara itu bernama harga bahan makanan global yang kian menjulang. Lalu menyerbu negeri-negeri yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat dengan krisis multidimensi yang tidak mampu mereka selesaikan sendiri, kecuali dengan pertolongan Allah.

Pemikir Muslim yang telah terjerat dengan pemikiran Barat sering mengatakan bahawa idea al-Ghazali yang mengajak umat Islam kembali kepada Al-Quran dan Hadith, adalah idea mundur yang tidak membawa kemajuan. Bahkan serangan al-Ghazali pada dunia falsafah buta dan kekuatan rasional manusia sering dianggap sebagai pemicu kemunduran peradaban Islam. Padahal pada masa itulah, abad ke-10, Islam sedang berada di puncak kejayaannnya hingga melahirkan Ala Al-Din Abu'l-Hasan Ali Ibn Ibrahim Ibn al-Shatir yang kelak karyanya memberikan inspirasi pada Copernicus dalam perjalanannya menemukan teori heliosentrik.

Sudah banyak sejarah yang membuktikan, bahawa ketika nilai-nilai mulia ditinggalkan, spiritual dan Al-Quran Sunnah di humban ke laut, yang terjadi hanyalah kehancuran. Bumikanlah Al-Quran, maka Allah akan melangitkan kehidupan manusia. Mengutip kata-kata dalam Zaharudin.net, ”jauhilah dari riba, hancurkanlah rasuah, hemat berbelanja wang PETRONAS dan negara, keutamaan dalam sektor pendidikan dan pembangunan manusiawi,..”. Kekuatan spiritual (SQ).

Kita bukan makhluk yang dengan gagah mengatakan cogito ergo sum (aku berfikir maka aku ada) seperti yang dikatakan Prof. Dr Rene Descartes. Kita adalah manusia yang dengan penuh rendah hati telah mengatakan,


“Bahawa sesungguhnya solatku, hidupku, juga matiku untuk Tuhan penguasa alam semesta.”

Rujukan

1. Khawarzimic Science Society
2. Wikipedia, The Free Encyclopedia
3. Hidayatullah.com
4. Zaharuddin.net
5. Utusan Online
6. Majalah Islam Sabili

adaptasi dari iLuVIslam.com oleh Ahmad Aizatnur Zakaria*

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Sabtu, 19 Julai 2008

SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

PENGENALAN

Disiplin ilmu dalam pengajian secara tradisinya dibahagikan kepada tiga kategori; Syariat, Usuluddin dan Tassauf. Dalam setiap disiplin ilmu terdapat prinsip kerangka dan metodologinya tersendiri yang secara asanya bertunjang kepada al-Quran dan al-Sunnah. Dengan lain perkataan, para ulama’ telah meletakkan asas-asas metodologi penting, bagaimana berinteraksi dengan isu-isu pemikiran, aqidah, hukum, kemasyarakatan, maslahat dan sebagainya.

Sebagai contoh, dalam usaha mengistinbatkan hukum, para ulama telah meletakkan asas dan metodologinya sebagai yang terkandung dalam disiplin usul al-Fiqh. Ini bermakna hanya pihak-pihak tertentu yang berkeahlian sahaja layak bercakap mengenainya. Begitu juga cara berinteraksi dengan perbendaharaan fiqh warisan ulama’.

Sehubungan itu, terdapat dikalangan umat Islam yang telah dan sekarang berusaha berbicara mengenai Islam tanpa asas kukuh dan tanpa metodologi yang telah mantap diakui para ulama’. Kebanyakkan mereka berusaha membebaskan diri mereka daripada hukum-hukum yang telah di established. Mereka terlalu bergantung kepada maqasid syariat sehingga mengabaikan metodologi yang telah digariskan. Bahkan bagi mereka, semua orang tanpa mengira latar belakang ilmu, keahlian layak bercakap mengenai Islam. Golongan ini dikenali sebagai Islam Liberal.

OBJEKTIF

1. Menjelaskan asas-asas dalam pemikiran Islam.
2. Mengenalpasti penyelewengan dan penyimpangan fahaman Islam Liberal dari ajaran Islam.
3. Mengenalpasti usaha-usaha yang perlu diambil bagi membendung fahaman ini.
4. Mengumpulkan para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berbincang tentang fahaman Islam liberal.


TEMA

Menangani Pemikiran Islam Liberal di Malaysia


ANJURAN

Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

TARIKH
23 dan 24 Ogos 2008 / 20 dan 21 Syaaban 1429

TEMPAT
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bandar Baru Bangi


PERASMI
YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Malaysia
PENYERTAAN
Seminar ini akan disertai oleh para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan-pertubuh an gerakan Islam dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, badan-badan kebajikan dan lain-lain pertubuhan serta orang perseorangan.


SKOP KERTAS KERJA
Sebanyak 10 kertas kerja berkaitan dengan pemikiran Islam akan dibahas dan dibentangkan beserta dengan kertas kerja sisipan yang diterima.
1. Asas-Asas Utama Dalam Pemikiran Islam

2. Sejarah dan Metodologi Islam Liberal

3. Pandangan Tokoh-Tokoh Islam Liberal

4. Penulisan-Penulisan Islam Liberal

MAKLUMAT DAN PENYERTAAN
Seminar ini akan dilangsungkan selama dua hari bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang. Maklumat dan tentatif program akan diberikan pada masa seminar berlangsung.

Yuran Penyertaan :

Pertubuhan / Agensi Jabatan : RM150.00
Individu : RM100.00
Mahasiswa (Ijazah Pertama) : RM 50.00

Bayaran adalah untuk kit seminar, jamuan ringan dan makanan serta kos pengurusan.

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 21 Ogos 2008 dengan menghubungi:
Talian : 019-384 2920 / 016-274 6550 (Sdra. Mohd Azmi)

03-7955 4300 (PUM)

Faks : 03-7955 4300 (PUM)

Email : pumpusat@yahoo. com

Blog : http://seminarliber al2008.wordpress .com

Alamat :

PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA
8-4, The Right Angle,
Jalan 14/22, Sekysen 14,
46100 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Jumaat, 18 Julai 2008

MUSIM -MUSIM IMAN

Musim Panas

Sang suria menyinar terik. Menyuntik nur buat siang yang makin panjang.Teruja insan melambai perpisahan kepada kesejukan musim semalam. Kain menyaluti tubuh kian singkat. Pesta riang ria bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Gelak ketawa bagai tiada noktahnya. Hanyalah kebahagian fana yang bersemayam di jiwa. Alpa.

Musim Luruh

Rendang pohon mula kekuningan.Gugur akhirnya menyembah bumi. Entah apa nasibnya? Di jalanan menjadi mangsa derapan kaki.Atau di sungai mengalir entah ke mana penghujungnya. Bayu bersuara lagi. Daunan terus terpisah dari perdunya.Tinggal hanya ranting sepi tiada seri. Tandus.

Musim Salju

Air semalam mengalir deras. Namun kini, membeku bagai tida nyawa. Sapaan malam tiba lebih awal dan pertemuan kali ini lebih lama. Insan lebih tega berselimut melayan lena. Sunyi sepi. Hanya desiran angin menjadi halwa telinga. Dingin.

Musim bunga

Kuntum demi kuntum bunga tumbuh memekar. Warna – warni menghiasi laman hijau. Lebih membelai hembusan bayu membawa aroma bunga. Selamat tinggal kesuraman semalam. Keceriaan kali ini disulami kicauan burung dan rama – rama berterbangan. Jua hilai tawa si cilik bermain diulit kegembiraan. Tersusup ketenangan.

Iman dan musim – musimnya

Iman di hati jua mampu bertukar musim. Bukan cuaca menjadi punca. Namun bagaimana kita membajanya. Iman bukan terletak pada luaran tapi tersudut kemas dalam lubuk hati. Curilah sejenak masa dari usiamu. Nilailah imanmu. Adakah alpa bila tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas? Atau seperti musim luruh; gugur satu persatu dan akhirnya tandus? Mungkinkah bagai musim salju yang dingin dan sepi? Atau indah mewangi bak musim bunga? Tepuklah dada, tanyalah iman!




Jika hari ini imanmu musim bunga. Esok lusa mungkin bertukar rupa. Namun, mari kita sentiasa berusaha, ke arah memastikan iman kita sentiasa di musim bunga. Amin!


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Rabu, 16 Julai 2008

SENSITIF TERHADAP wAKTU



Menunda amal kebaikan karena menantikan kesempatan yang lebih baik adalah tanda kebodohan yang memengaruhi jiwa (Ibnu Atha’ilah) Sesungguhnya waktu akan menghakimi orang yang menggunakannya. Saat kita menyia-nyiakan waktu, maka waktu akan menjadikan kita orang sia-sia.

Saat kita menganggap waktu tidak berharga, maka waktu akan menjadikan kita manusia tidak berharga. Demikian pula saat kita memuliakan waktu, maka waktu akan menjadikan kita orang mulia. Karena itu, kualitas seseorang terlihat dari cara ia memperlakukan waktu.

Allah SWT menegaskan bahwa orang rugi itu bukan orang yang kehilangan uang, jabatan atau penghargaan. Orang rugi itu adalah orang yang membuang-buang kesempatan untuk beriman, beramal dan saling nasihat-menasihati (QS Al Asher [103]: 1-3).

Menunda amal
Ciri pertama orang merugi adalah gemar menunda-nunda berbuat kebaikan. Ibnu Athailah menyebutnya sebagai tanda kebodohan, “Menunda amal kebaikan karena menantikan kesempatan yang lebih baik adalah tanda kebodohan yang memengaruhi jiwa.

Mengapa orang suka menunda-nunda?
Pertama, ia tertipu oleh dunia. Ia merasa ada hal lain yang jauh berharga dari yang semestinya dilakukan. Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. Demikian firman Allah dalam QS Al A’laa [87] ayat 16-17.

Kedua, tertipu oleh kemalasan. Malas itu penyakit yang sangat berbahaya. Orang malas tidak akan pernah meraih kemuliaan di dunia dan akhirat. Tidak ada obat paling manjur mengobati kemalasan, selain mendobraknya dengan beramal.

Ketiga, lemah niat dan tekad, sehingga tidak bersungguh-sungguh dalam beramal. Salah satunya dengan terus menunda. Seorang pujangga bersyair, Janganlah menunda sampai besok, apa yang dapat engkau kerjakan hari ini. Juga, Waktu itu sangat berharga, maka jangan engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang tidak berharga.

Tidak sensitif terhadap waktu
Ciri kedua, tidak sensitif terhadap waktu. Islam memerintahkan kita untuk sensitif terhadap waktu. Dalam sehari semalam tak kurang lima kali kita diwajibkan shalat. Sehari semalam, lima kali Allah SWT mengingatkan kita akan waktu. Shalat pun akan bertambah keutamaannya bila dilakukan di masjid, berjamaah dan tepat waktu. Karena itu, orang-orang yang mendirikan shalat, pasti memiliki manajemen waktu yang baik.

Sesungguhnya, kita hanya akan perhatian terhadap sesuatu yang kita anggap penting. Demikian pula dengan waktu. Jika kita menganggap waktu sebagai modal terpenting, maka kita akan sangat sensitif dan perhatian terhadapnya. Kita tidak akan rela sedetik pun waktu berlalu sia-sia. Orang yang perhatian terhadap waktu terlihat dari intensitasnya melihat jam. Ia sangat sering melihat jam. Ia begitu perhitungan, sehingga kerjanya efektif dan cenderung berprestasi. Penelitian menunjukkan semakin seseorang perhatian dengan waktu, semakin berarti dan efektif hidupnya. Ia pun lebih berpeluang meraih kesuksesan.

Orang sukses itu tidak sekadar punya kecepatan, namun ia punya percepatan. Kecepatan itu bersifat konstan atau tetap, sedangkan percepatan itu menunjukkan perubahan persatuan waktu. Artinya, orang sukses itu senantiasa melakukan perbaikan. Hari ini harus lebih baik dari hari kemarin. Hal ini senada dengan sabda Rasulullah SAW bahwa orang beruntung itu hari ini selalu lebih baik dari kemarin. Lain halnya dengan orang konstan; hari ini sama dengan kemarin. Rasul menyebutnya orang rugi. Sedangkan orang yang hari ini lebih buruk dari kemarin disebut orang celaka.



Saudaraku, orang yang memiliki percepatan, hubungan antara prestasi dengan waktu hidupnya menunjukkan kurva L. Dalam waktu yang minimal, ia mendapatkan prestasi maksimal. Itulah Rasulullah SAW. Walau usianya hanya 63 tahun, namun beliau memiliki prestasi yang abadi. Demikian pula para sahabat dan orang-orang besar lainnya. Semuanya berawal dari adanya sensitivitas terhadap waktu.

( KH Abdullah Gymnastiar )
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Hal Nahnu Qaumun Amaliyyuun

Adakah Kita Orang-orang yang BerAMAL?




Amal merupakan komponen yang tidak dapat dipisahkan dari iman. Imam Hasan Albasri menegaskan bahwa iman bukanlah angan-angan dan harapan hampa, akan tetapi ia adalah keyakinan yang mantap dalam hati dan dibuktikan dengan amal yang nyata.

Aktivis dakwah yang konsisten berharakah ibarat air sungai yang sentiasa mengalir dengan baik , membekalkan air yang sihat untuk hidupan-hidupan yang memerlukannya. Sebaliknya air sungai yang bertakung di suatu lembah tidak mengalir kemana-mana dan tidak pula diperbaharui airnya lama-kelamaan menjadi air yang berpenyakit, tempat pembiakan jejentik, rasanya menjadi semakin payau bahkan boleh memudaratkan hidupan yang lain. Air yang berpenyakit inilah perumpamaan aktivis dakwah yang mun'athofaat yang mana potensinya membusuk menjadi negatif kerana lemahnya iltizam dan konsisten berharakah dengan dakwah ini dan lebih mejadi pemerhati dan bukan pengamal dakwah Islamiyyah. Maka lahirlah penyakit-penyakit hati, pemikiran dan tindakan, seperti dengki, kibr, riya', buruk sangka, namimah, ghibah, 'problem maker'(pembuat masalah) bukan 'solution maker'(penyelesai masalah), suka mencari dan membesarkan kesalahan yang lain, terlalu idealis tetapi lemah praktis dan sebagainya.



Aktivis dakwah yang mukhlis bersama dalam harakah dakwah adalah untuk memberi dan bukan untuk meminta, sudah semestinya kita mengurangi beban dan bukan menjadi beban dan bahkan menjadi kewajiban kita memberikan seluruh potensi yang kita miliki untuk da’wah dan bukan mencari keuntungan dari da’wah.

Ingatlah, sesungguhnya orientasi kita dalam harakah dakwah ini adalah orientasi amal dan hanya amal lah yang dapat mengangkat derajat kita di sisi Allah subhanahu wa ta'ala serta membuat Allah mengakui kita sebagai aktivis da’wah. Allah berfirman:

“Dan berbuatlah kamu, maka Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman akan melihat amal kalian, dan kalian akan dikembalikan kepada Allah yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. “ (At-taubah :105)

Ketahuilah, kewajiban dan tanggungjawab yang harus kita pikul ternyata lebih banyak dari waktu yang tersedia dan lebih besar dari potensi yang kita miliki, oleh itu janganlah sampai ada di antara kita yang hanya duduk, terpaku, mejadi pemerhati dan berdiam diri di dalam gerakan dakwah ini kerana gerakan dakwah ini bukanlah gerakan dakwah tanpa kerja (pengangguran).

Bila hal itu terjadi, maka ia akan membawa kesan negatif kepada dirinya dan harakah dakwah, sebagai contoh munculnya suasana dan iklim yang tidak sihat iaitu iklim ghibah dan namimah di antara para da’i yang dapat menghambat perjalanan harakah dakwah dan meruntuhkan bangunan dakwah. Tidakkah kita menyedari bahawa Rasul melarang kita dari dua hal, yaitu membicarakan sesuatu yang tidak ada manfaatnya (qiila wa qoola = katanya…dan katanya…) dan menyia-nyiakan harta (idlo’atul maal ). Termasuk nasihat daripada pendiri dakwah menegaskan bahwa setiap masalah yang tidak berorientasi pada amal,maka membicarakannya adalah sesuatu yang memberatkan diri dan dilarang oleh syari’at.

Sekaranglah saatnya kita memperbanyak amal Islami dan meningkatkan hasil dakwah yang muntijah dan tidak ada waktu bagi kita untuk banyak berbicara atau terlebih berbicara tentang sesuatu yang tidak berguna kerana masih banyak medan da’wah yang belum tergarap. Betapa banyak medan da’wah yang menjadi tanggung jawab kita di kalangan buruh, pekerja, pedagang, petani, nelayan, professional, ibu rumah tangga, remaja, anak jalanan, dll. Sungguh naïf jika ada di antara kita yang tidak disibukkan dengan amal dakwah dan tarbiyyah ini.

Sungguh, Ustadz Hasan Al-Banna pada masa hidupnya pernah berkata bahwa kita harus bekerja lebih banyak untuk umat dari pada untuk diri kita sendiri.

Ladang da’wah begitu banyak terbuka luas di depan kita. Siapa yang akan mulai menggarapnya? Tentu saja diperlukan para da’i yang berinisiatif, kreatif dan produktif yang motivasinya kerana Allah dan berorientasi kepada redha Allah. Lupakah kita bahwa Ar-Rasul pernah bersabda bahwa barang siapa yang berinisiatif mengerjakan amal kebaikan lalu diikuti oleh orang lain maka baginya pahala atas perbuatannya itu dan pahala dari orang-orang yang mengerjakan setelahnya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun… (Mafhum daripada HR. Bukhari ).

Indikasi bahwa kegiatan dan proses tarbiyah yang kita selenggarakan telah berjalan cukup baik (efektif) adalah jika para da’i dapat merealisasikan dirinya sebagai syakhshiyyah Islamiyah dan da’iyah di tengah masyarakatnya. Kehadiran, penglibatan, peranan, dan sumbangannya dapat dirasakan oleh masyarakat. Sebagaimana ditegaskan oleh Rasul sollallahu ‘alaihi wassalam bahwa “orang yang paling baik adalah orang yang paling banyak kebaikannya di masyarakat. (HR. Tirmidzi).


Rasulullah sollallahu ‘alaihi wassalam menggambarkan bahwa profil seorang mukmin adalah seperti lebah, yaitu hanya mengambil yang baik dan memberi yang baik (HR. Ahmad). Bila ia hinggap di suatu tempat maka ia akan mengambil yang terbaik dari tempat itu yaitu madu tanpa merosak atau mematahkan ranting tempat ia berpijak. Bahkan lebah membantu bunga-bunga tersebut melakukan proses persenyawaan. Dan ketika ia meninggalkan tempat itu untuk mencari tempat yang lain, maka ia meninggalkan sesuatu yang terbaik pula yaitu madu serta meninggalkan kenangan manis kepada lingkungan yang pernah ia hinggapi. Dan begitu seterusnya. Ikhwah dan Akhawat fillah, jadilah seperti lebah yang selalu mencari unsur-unsur kebaikan dan memberikan buah kebaikan. Benih-benih kebaikan itu tidak akan terjadi apabila kita tidak giat melakukan amal daa'wi di masyarakat.

Sesungguhnya amal adalah buah daripada ilmu dan keikhlasan. Ilmu yang kita peroleh di dalam halaqah, tatsqif dan ta’lim harus mengesani secara positif dalam kehidupan kita sehari-hari di lingkungan tempat kita beramal. Kita tidak boleh merasa puas dengan kegiatan tarbawi, tatsqifi, dan tanzhimi yang tidak ditranformasikan kepada masyarakat. Kita tidak boleh menganggap cukup dengan aktivitas tarbawi yang bersifat internal tanpa mengembangkannya dalam bentuk amal daa'wi dan kegiatan sosial kerana konsep tarbiyah yang kita yakini adalah memadukan tarbiyah nukhbawiyah (pembinaan aktivis dakwah) dan tarbiyah jamahiriyah (da'wah 'ammah yang bersifat terbuka dan massif).



Jadilah pekerja da’wah yang berperanan aktif dalam berbagai kegiatan yang diselenggarakan oleh stuktur dakwah. Janganlah kita menjadi penonton dalam persaingan dan pertarungan da’wah yang hanya tertawa, bergembira, bersorak-sorai, bertepuk tangan dan bersiul menyaksikan pemain yang bertarung untuk merebut kemenangan di medan pertandingan atau kadang kala berkomentar negatif jika pemain melakukan kesalahan.

Kita tidak mengenal istilah pemerhati da’wah dalam kamus da’wah kita kerana yang ada hanyalah aktivis da’wah dan harakah. Oleh itu, janganlah ada di antara kita yang menjadi pemerhati da’wah tapi hendaklah menjadi aktivis dakwah dan harakah.

Amanah dakwah terbuka luas di hadapan kita. Demi Allah, sesungguhnya sangat ramai mereka yang menunggu-nunggu sentuhan dan belaian dakwah dan tarbiyyah Islamiyyah ini, maka adakah masih ada alasan untuk kita banyak berkata daripada beramal?

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Isnin, 14 Julai 2008

SAYA SOLAT TAPI........


Saya solat lima waktu tapi......
Ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja
Dan pada masa lainnya saya lupa padaNya
Jika Sholat saya 10 minit , maka cuma 10 minit itu saja ingat
pada Nya
Mungkin dalam 10 minit itu pun saya masih ingat selain daripada Nya.
Sujud, rukuk, iktidal dalam solat saya masih kosong...

Saya solat lima waktu tapi....
Saya tidak bersyukur pada Nya
Padahal dulunya saya amat susah,
Allah yang memberi rezeki pada saya
Dengan rezeki itu saya dapat membeli rumah
Dengan rezeki itu saya dapat menampung keluarga
Dengan rezeki itu saya dapat membeli kendaraan dan sebagainya
Tapi.. hati saya masih belum puas
Saya masih tamak akan harta dunia dan masih menganggap serba kekurangan

Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menggunakan perkataan yang tidak sopan kepada teman teman
Saya sering menyakiti hati mereka
Saya sering menghina mereka
Saya sering menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa saya saja yang paling baik
Pada hal saya sendiri tidak tahu persis tempat saya di mahsyar nanti


Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih sombong dengan ilmu yang saya miliki
Saya masih sombong dengan amal perbuatan yang telah saya perbuat
Saya masih sombong dengan ibadah yang saya lakukan
Saya masih sombong dan menganggap sayalah yang paling pandai
Saya masih sombong dan merasa saya paling dekat dengan Allah SWT

Dengan berbagai macam cara dan berbagai argumen saya berdebat mereka yang tidak sehaluan dengan saya.
Padahal saya sendiri belum tahu,
redhakah Allah SWT dengan apa yang telah saya perbuat itu?

Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh-musuhku
Saya menggunakan wang bahkan harta serta pangkat dan kekuasaan untuk menjatuhkan manusia yang saya tidak suka


Saya solat lima waktu tapi....
Saya amat bakhil dan kikir mengeluarkan wang untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin atau kepada anak yatim piatu kerena saya takut hartaku habis dan jatuh miskin

Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menyimpan sifat dengki dan khianat kepada teman teman yang sukses dinaikkan pangkatnya atau dinaikan gajinya dan atau berhasil dalam usahanya,
padahal mereka berusaha dan bekerja sungguh sungguh,
tapi saya hanya bekerja seperti hidup segan mati tak mau!

Saya solat lima waktu tapi....
Saya mengabaikan anak isteri yang kelaparan dan menderita di rumah,
kerena saya merasa sebagai raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati

Saya solat lima waktu tapi....
masih merungut dan mencaci maki bila saya ditimpa musibah,
walaupun sebenarnya saya tahu sesuatu musibah itu datangnya dari Allah,

kerana perbuatan dan sikap saya sendiri
seharusnya saya sedar kepada siapakah saya mencaci maki itu?

Saya solat lima waktu tapi....
Menuntut ilmu semata mata mempersiapkan diri untuk berdebat dengan orang lain atau untuk menduga keilmuan mereka dan sengaja mencari cari yang tidak sehaluan dengan saya,

dan memaksa mereka mengikuti jejak langkah saya,

padahal seharusnya saya sedar tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal soleh dan beribadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah (mempersekutukan Allah SWT dengan yang lainnya)

Saya solat lima waktu tapi....
Saya enggan melaksanakan serta kurang bahkan tidak faham dengan firman Allah SWT dalam Al Quran QS: 29 : (Al-Ankabut) : 45 yang artinya :-



Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat.
Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.
Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat)adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain).
Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Saya solat lima waktu tapi....
Saya tidak faham dan tidak tahu dan tidak menjalankan dengan benar firman Allah dalam QS 107. (Al Maa´uun) : yang artinya:-

1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama ?
2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim
3. dan Tidak menganjurkan memberi makan orang miskin
4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat
5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya
6. orang-orang yang berbuat riya
7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahad, 13 Julai 2008

Kematian Hati


Banyak orang tertawa tanpa (mahu) menyedari sang maut sedang mengintainya. Banyak orang cepat datang ke saf solat sepertinya orang yang amat merindukan kekasih. Sayang ternyata ia datang tergesa-gesa hanya agar dapat segera pergi. Seperti penagih hutang yang kejam ia perlakukan Tuhannya. Ada yang datang sekadar memenuhi tugas rutin mesin agama. Dingin, kering dan hampa, tanpa penghayatan. Hilang tak dicari, ada tak disyukuri.


Dari jahil engkau disuruh berilmu dan tak ada izin untuk berhenti hanya pada ilmu. Engkau dituntut beramal dengan ilmu yang ALLAH berikan. Tanpa itu alangkah besar kemurkaan ALLAH atasmu. Tersanjungkah engkau yang pandai bercakap tentang keheningan senyap ditingkah rintih istighfar, kecupak air wudhu di dingin malam, lapar perut kerana shiam (puasa) atau kedalaman munajat dalam
rakaat-rakaat panjang. Tersanjungkah engkau dengan licin lidahmu bertutur,sementara dalam hatimu tak ada apa-apa. Kau kunyah mitos pemberian masyarakat dan sangka baik orang-orang berhati jernih, bahawa engkau adalah seorang soleh, alim, abid lagi mujahid, lalu puas meyakini itu tanpa rasa ngeri.



Asshiddiq Abu Bakar Ra. Selalu gementar saat dipuji orang. "Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku kerana ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidaktahuan mereka", ucapnya lirih.


Ada orang bekerja keras dengan mengorbankan begitu banyak harta dan dana, lalu ia lupakan semua itu dan tak pernah mengenangnya lagi. Ada orang beramal besar dan selalu mengingat-ingatnya, bahkan sebahagian menyebut-nyebutnya. Ada orang beramal sedikit dan mengatakan amalnya sangat banyak. Dan ada orang yang sama sekali tak pernah beramal, lalu merasa banyak amal dan menyalahkan orang yang beramal, kerana kekurangan atau ketidaksesuaian amal mereka dengan lamunan peribadinya, atau tidak mahu kalah dan tertinggal di belakang para pejuang. Mereka telah menukar kerja dengan
kata. Dimana kau letakkan dirimu ?


Saat kecil, engkau begitu takut gelap, suara dan segala yang asing. Begitu kerap engkau bergetar dan takut. Sesudah pengalaman dan ilmu makin bertambah, engkau pun berani tampil di depan seorang kaisar (maharaja) tanpa rasa gentar. Semua sudah jadi biasa, tanpa rasa.


Telah berapa hari engkau hidup dalam lumpur yang membunuh hatimu sehingga getarannya tak terasa lagi saat maksiat menggodamu dan engkau menikmatinya?

Malam-malam berharga berlalu tanpa satu rakaat pun kau kerjakan. Usia berkurang banyak tanpa tahap kedewasaan ruhani meninggi. Rasa malu kepada ALLAH, dimana kau kubur dia?


Di luar sana rasa malu tak punya harga. Mereka jual diri secara terbuka
lewat layar kaca, sampul majalah atau bahkan melalui penawaran langsung. Ini potret negerimu : 228.000 remaja sakit akibat daripada pengambilan putau (heroin). Dari 1500 responden usia SMP & SMU, 25 % mengaku telah berzina dan hampir separuhnya setuju remaja berhubungan seks di luar nikah asal jangan dengan perkosaan.


Mungkin engkau mulai berfikir "Biasalah, bila aku main mata dengan aktivis perempuan bila engkau laki-laki atau sebaliknya di celah-celah rapat atau berdialog dalam jarak sangat dekat atau bertelefon dengan menambah waktu yang tak kau perlukan sekadar melepas kejenuhan dengan canda (gurauan) jarak jauh"

Betapa biasanya 'dosa kecil' itu dalam hatimu. Kemana getarannya yang gelisah dan terluka dulu, saat "TV Thaghut" menyiarkan segala "kesombongan jahiliyah dan maksiat"? Saat engkau muntah melihat laki-laki (yang bersifat dwijantina) berpakaian perempuan, kerana kau sangat mendukung ustazmu yang mengatakan "Jika ALLAH melaknat laki-laki berpakaian perempuan dan perempuan berpakaian laki-laki, apa tertawa riang menonton perbuatan mereka tidak dilaknat?"


Ataukah taqwa berlaku saat berkumpul bersama, lalu yang berteriak paling lantang "Ini tidak islami" bererti ia paling islami, sesudah itu urusan tinggallah antara engkau dengan dirimu, tak ada ALLAH disana?


Sekarang kau telah jadi kader (aktivis dakwah) hebat. Tidak lagi malu-malu tampil. Justeru engkau akan dihadang oleh cabaran: sangat malu untuk menahan tanganmu dari jabatan tangan lembut lawan jenismu yang muda dan segar. Hati yang berbunga-bunga di depan ribuan massa. Semua gerak harus diambil kira dan jadilah pertimbanganmu tergadai pada kesukaan atau kebencian orang, walaupun harus mengorbankan nilai terbaik yang kau miliki. Lupakah engkau, jika bidikanmu ke sasaran tembak meleset 1 milimeter, maka pada jarak 300 meter dia tidak
melencong 1 milimeter lagi ? Begitu jauhnya inhiraf (penyelewengan) di kalangan awam,
sedikit banyak kerana para elite-nya telah salah melangkah lebih dulu. Siapa yang mahu menghormati ummat yang "kiayi"nya membayar beberapa ratus ribu kepada seorang perempuan yang beberapa minit sebelumnya ia setubuhi di sebuah kamar hotel berbintang, lalu dengan enteng (mudah) mengatakan "Itu maharku, ALLAH waliku dan malaikat itu saksiku" dan sesudah itu segalanya selesai, berlalu tanpa rasa bersalah? Siapa yang akan memandang ummat yang da'inya bergaya lekat dengan seorang perempuan muda artis penyanyi lalu mengatakan
"Ini anakku, kerana kedudukan guru dalam Islam adalah ayah, bahkan lebih dekat daripada ayah kandung dan ayah mertua" Akankah engkau juga menambah barisan kebingungan ummat lalu mendaftar diri sebagai 'alimullisan (alim di lidah)? Apa kau fikir sesudah semua kedangkalan ini kau masih aman dari kemungkinan jatuh ke lembah yang sama?


Apa beza seorang remaja yang menzinai teman sekolahnya dengan seorang alim yang merayu rakan perempuan dalam aktiviti da'wahnya? Akankah kau bergantung kepada penghormatan masyarakat awam kerana statusmu lalu kau serang maksiat mereka yang semakin tersudut oleh retorikamu (bahasa-bahasa indahmu) yang menyihir ? Bila demikian, koruptor macam apa engkau ini? Pernah kau lihat sepasang mami dan papi
dengan anak remaja mereka. Tengoklah langkah mereka di mall. Betapa besar sumbangan mereka kepada modernisasi dengan banyak-banyak mengambil produk junk food, semata-mata kerana nuansa "westernnya". Engkau akan menjadi faqih pendebat yang hebat saat engkau meminum minuman halal itu, dengan perasaan
"lihatlah, betapa Amerikanya aku". Memang, soalnya bukan Amerika atau bukan Amerika, melainkan apakah engkau punya harga diri. Mahatma Ghandi memimpin perjuangan dengan memakai tenunan bangsa sendiri atau terompah tempatan yang tak berjenama. Namun setiap ia menoleh ke kanan, maka 300 juta rakyat India menoleh ke kanan. Bila ia tidur di rel kereta api, maka 300 juta rakyat India akan ikut tidur disana.


Kini datang "pemimpin" ummat, ingin mendapatkan harga diri dan penghormatan ummat dengan pameran kereta, rumah mewah, "kedai emas berjalan" dan segudang aksesori. Saat fatwa digenderangkan, telinga ummat telah tuli oleh dentam berita tentang hiruk pikuk pesta dunia yang engkau ikut mabuk disana.

"Engkau adalah penyanyi bayaranku dengan wang yang kukumpulkan susah payah. Bila aku bosan aku bisa panggil penyanyi lain yang kicaunya lebih memenuhi selera-ku"

Oleh: KH Rahmat Abdullah, Ketua Yayasan Iqro', Bekasi


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Sabtu, 12 Julai 2008

Buku Rahsia Islam di China: Gemilang Di Sebalik Tembok Besar


China, negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia, dengan jumlah populasi mencecah 1.3 bilion. Negara Tembok Besar ini pernah diperintah oleh maharaja dinasti sejak 5000 tahun dahulu sehingga menjadi sebuah negara republik pada 1912. Pada era pemerintahan Dinasti Tang, dakwah Islam mula bertapak di bumi China dan menambat hati sebilangan rakyatnya. Hingga kini, bilangan penganut Islam melebihi 30 juta orang. Tidak banyak fakta tentang masyarakat Islam di China yang dipaparkan oleh media. Kejayaan dan keutuhan ajaran Islam yang berkembang di bawah sistem pemerintahan komunis ini juga masih misteri. Buku ini membongkar dan mendedahkan rahsia ini.

Di sebalik lingkaran kemegahan tembok besar dan legasi dinasti maharaja China, tersembunyi lipatan sejarah kegemilangan Islam di benua Asia. Bermula daripada kedatangan delegasi Saad bin Abi Waqas yang disambut baik oleh Maharaja Yung Wei dari Dinasti Tang, Islam bertapak dan terus subur berkembang di bumi China. Walaupun empayar maharaja silih berganti hingga era pemerintahan republik komunis, sinar Islam tidak pernah pudar. Malah, sejak 618 M hingga kini, dakwah Islam yang dibawa oleh sahabat Nabi Muhammad terus kukuh di bawah acuan budaya dan nilai yang tersendiri sebilangan rakyat China.

Buku Rahsia Islam di China: Gemilang Di Sebalik Tembok Besar menyajikan dimensi menarik yang tersembunyi di sebalik payung pemerintahannya. Bermula dari zaman Dinasti Tang, buku ini membawa pembaca menelusuri beberapa dinasti bersama pahit dan manis di bawah pemerintahan dinasti yang silih berganti. Ditulis dengan gaya bahasa mudah, disusun mengikut rantai peristiwa serta dikukuhkan dengan gambar dan peta sejarah. sila dapatkan di www.pts.com.my

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Golongan Yang diusir


Terdapat beberapa golongan yang akan di usir dari padang Mahsyar di atas perbuatan yang dilakukan ketika di dunia. Antara golongan itu ialah :

1- Mereka di usir berupa kera. Mereka adalah manusia yang
suka mengadu domba.

2- Mereka di usir berupa bab*. Mereka adalah yang suka
memakan barang yang haram.

3- Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan
kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka
berdusta.

4- Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta
tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak
bangga diri dan sombong.

5- Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri
sedangkan lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke
dadanya dan dari mulut keluar nanah yang menjijikan.
Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan
dengan perilakunya.

6- Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma
dari neraka. Mereka adalah menusia yang berusaha
mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang
tidak jujur.

7- Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan
kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu
jiran-jiran.

8- Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah
golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

9- Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk
daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar
melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib
seperti zakat, puasa, tidak menjalankan kerja dakwah
dan sebagainya.

10-Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian
besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yang syirik
kepada Allah.

Marilah kita sama-sama renungi, adakah kita akan tergolong di antara golongan-golongan di atas???? Jika kita tidak mahu tergolong dengan mereka, maka perbaikilah diri kita dari sekarang sementara kita mempunyai hidup di dunia yang fana ini.


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Check Saman anda!!! (http://pkukmweb.ukm.my/~knam/JPJ.htm)

Assalamualaikum

Sila check saman kamu di link di bawah :

http://pkukmweb. ukm.my/~knam/ JPJ.htm ( kalau tak dapat klik kat sini , klik di atas)

Dengar2 JPJ akan buat penguatkuasaan besar2an terhadap
saman tertunggak!
banyak pesalah tidak membayar saman, jadi anda jangan jadi salah seorang daripadanya....check la free tatk rugi....


Thanks!

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Jumaat, 11 Julai 2008

Lestarikan Ukhwah sepanjang Zaman





Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Menghias Hati dengan Menangis

Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” (hari. Bukhari dan Muslim) Indahnya hidup dengan celupan iman. Saat itulah terasa bahwa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada di depan mata. Semuanya teramat kecil dibanding dengan balasan dan siksa Allah swt.

Menyadari bahwa dosa diri tak akan terpikul di pundak orang lain
Siapa pun kita, jangan pernah berpikir bahwa dosa-dosa yang telah dilakukan akan terpikul di pundak orang lain. Siapa pun. Pemimpinkah, tokoh yang punya banyak pengikutkah, orang kayakah. Semua kebaikan dan keburukan akan kembali ke pelakunya.

Maha Benar Allah dengan firman-Nya dalam surah Al-An’am ayat 164. “…Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.”

Lalu, pernahkah kita menghitung-hitung dosa yang telah kita lakukan. Seberapa banyak dan besar dosa-dosa itu. Jangan-jangan, hitungannya tak beda dengan jumlah nikmat Allah yang kita terima. Atau bahkan, jauh lebih banyak lagi.

Masihkah kita merasa aman dengan mutu diri seperti itu. Belumkah tersadar kalau tak seorang pun mampu menjamin bahwa esok kita belum berpisah dengan dunia. Belumkah tersadar kalau tak seorang pun bisa yakin bahwa esok ia masih bisa beramal. Belumkah tersadar kalau kelak masing-masing kita sibuk mempertanggungjawabkan apa yang telah kita lakukan.

Menyadari bahwa diri teramat hina di hadapan Yang Maha Agung
Di antara keindahan iman adalah anugerah pemahaman bahwa kita begitu hina di hadapan Allah swt. Saat itulah, seorang hamba menemukan jati diri yang sebenarnya. Ia datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa. Dan akan kembali dengan selembar kain putih. Itu pun karena jasa baik orang lain.

Apa yang kita dapatkan pun tak lebih dari anugerah Allah yang tersalur lewat lingkungan. Kita pandai karena orang tua menyekolah kita. Seperi itulah sunnatullah yang menjadi kelaziman bagi setiap orang tua. Kekayaan yang kita peroleh bisa berasal dari warisan orang tua atau karena berkah lingkungan yang lagi-lagi Allah titipkan buat kita. Kita begitu faqir di hadapan Allah swt.

Seperti itulah Allah nyatakan dalam surah Faathir ayat 15 sampai 17, “Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, niscaya Dia musnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sulit bagi Allah.”

Menyadari bahwa surga tak akan termasuki hanya dengan amal yang sedikit
Mungkin, pernah terangan-angan dalam benak kita bahwa sudah menjadi kemestian kalau Allah swt. akan memasukkan kita kedalam surga. Pikiran itu mengalir lantaran merasa diri telah begitu banyak beramal. Siang malam, tak henti-hentinya kita menunaikan ibadah. “Pasti, pasti saya akan masuk surga,” begitulah keyakinan diri itu muncul karena melihat amal diri sudah lebih dari cukup.

Namun, ketika perbandingan nilai dilayangkan jauh ke generasi sahabat Rasul, kita akan melihat pemandangan lain. Bahwa, para generasi sekaliber sahabat pun tidak pernah aman kalau mereka pasti masuk surga. Dan seperti itulah dasar pijakan mereka ketika ada order-order baru yang diperintahkan Rasulullah.

Begitulah ketika turun perintah hijrah. Mereka menatap segala bayang-bayang suram soal sanak keluarga yang ditinggal, harta yang pasti akan disita, dengan satu harapan: Allah pasti akan memberikan balasan yang terbaik. Dan itu adalah pilihan yang tak boleh disia-siakan. Begitu pun ketika secara tidak disengaja, Allah mempertemukan mereka dengan pasukan yang tiga kali lebih banyak dalam daerah yang bernama Badar. Dan taruhan saat itu bukan hal sepele: nyawa. Lagi-lagi, semua itu mereka tempuh demi menyongsong investasi besar, meraih surga.

Begitulah Allah menggambarkan mereka dalam surah Albaqarah ayat 214. “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

Menyadari bahwa azab Allah teramat pedih
Apa yang bisa kita bayangkan ketika suatu ketika semua manusia berkumpul dalam tempat luas yang tak seorang pun punya hak istimewa kecuali dengan izin Allah. Jangankan hak istimewa, pakaian pun tak ada. Yang jelas dalam benak manusia saat itu cuma pada dua pilihan: surga atau neraka. Di dua tempat itulah pilihan akhir nasib seorang anak manusia.

“Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.” (QS. 80: 34-37)

Mulailah bayang-bayang pedihnya siksa neraka tergambar jelas. Kematian di dunia cuma sekali. Sementara, di neraka orang tidak pernah mati. Selamanya merasakan pedihnya siksa. Terus, dan selamanya.

Seperti apa siksa neraka, Rasulullah saw. pernah menggambarkan sebuah contoh siksa yang paling ringan. “Sesungguhnya seringan-ringan siksa penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang di bawah kedua tumitnya diletakkan dua bara api yang dapat mendidihkan otaknya. Sedangkan ia berpendapat bahwa tidak ada seorang pun yang lebih berat siksaannya daripada itu, padahal itu adalah siksaan yang paling ringan bagi penghuni neraka.” (hari. Bukhari dan Muslim)

Belum saatnyakah kita menangis di hadapan Allah. Atau jangan-jangan, hati kita sudah teramat keras untuk tersentuh dengan kekuasaan Allah yang teramat jelas di hadapan kita. Imam Ghazali pernah memberi nasihat, jika seorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis karena takut dengan kekuasaan Allah, justru menangislah karena ketidakmampuan itu.


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

"SAYA SEKARANG MUHAMMAD LEO TOYAD"


Saya sekarang Muhammad Leo Toyad…saya rasa ada kedamaian dalam Islam…" itulah jawapan spontan bekas Menteri Pelancongan ketika ditanya bagaimana beliau tertarik memeluk agama Islam.

Perihal Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah memeluk Islam bukannya perkara yang hendak diperbesarkan tetapi ceritanya yang ingin bersama Islam sejak berada dalam kabinet itu tidak pernah diberitahu pada sesiapa pun.

Beliau hanya memendam rasa dan keinginannya sejak sekian lama sehinggalah pada tarikh 17 Jun 2006 Dr. Muhammad Leo mengambil keputusan untuk di'Islam' kan oleh Iman Besar Negeri Sarawak.

Pada mulanya beliau yang masih lagi panggil oleh rakan-rakan sebagai Dr. Leo agak segan menceritakan hal itu kerana menganggap terlalu peribadi, namun akhirnya menjawab juga beberapa soalan.

Dr. Leo, sebelum ini beragama Roman Khatolik mempunyai seorang isteri dan empat orang anak yang sudah menjangkau umur lebih 18 tahun.

"Mereka tidak bersama saya…" jawab kepada Agendadaily semasa berbual dengannya di bangunan Parlimen ketika ditanya samada isteri dan anak-anaknya ikut sertai Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen P212 Mukah mengakui tertarik dengan Islam kerana ramai dikalangan ahli keluarganya telah memeluk Islam.

Sebagai seorang baru dan tidak tahu tentang Islam, Dr. Leo kini sedang mendalami pengajian Al-Quran dan hukum hakam Islam melalui seorang ustaz.

"Saya juga seperti biasa menunaikan solat di masjid dan surau serta mengikuti pengajian di majlis ilmu yang adakan di masjid-masjid, " katanya.

Disamping itu, Dr. Leo juga membaca buku-buku mengenai Islam, membaca sebutan ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan turut menggunakan tape dan CD.

Dr. Leo dilahirkan di Mukah, Sarawak pada 11 April 1950, mendapat pendidikan awal di SRB St. Patrick Mukah pada tahun 1957 kemudian meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah di SMB St. Patrick Mukah pada tahun 1963, SMK Three Rivers Mukah pada 1968 dan SMK Tanjong Lobang Miri pada 1969.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri pada tahun 1976.

Pada tahun 1977 Dr. Leo telah memulakan tugas sebagai Pegawai Perubatan dan Kesihatan di Jabatan Kesihatan Sarawak dan sekali lagi kembali ke UM kemudiannya berjaya menerima Ijazah Sarjana Kesihatan Awam pada tahun 1981.

Bergiat aktif dalam politik setelah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah pada tahun1980.

Kini sebagai Ketua PBB Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah, Ketua Bahagian Limbang dan Naib Presiden PBB Pusat.

Beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial. Beliau kini adalah Pengerusi Saberkas Sarawak sejak 1998, Penaung dan ahli seumur hidup Persatuan Melanau Miri sejak tahun 1989, Presiden Persekutuan Melanau Sarawak semenjak tahun 2004 dan Penasihat Persatuan Bolasepak Bahagian Mukah sejak tahun 1998.

Pada tahun1982, Dr. Leo telah meninggalkan tugasnya di Jabatan Kesihatan Sarawak untuk bertanding mewakili Barisan Nasional di kerusi Parlimen Mukah dan memenangi kerusi tersebut buat kali pertamanya.

Dr. Leo juga terus berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen kawasan Mukah untuk tahun-tahun pilihan raya 1986, 1990, 1995, 2004 dan 2008.

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Luar Negeri semasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menterinya.

Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Khamis, 10 Julai 2008

Kota Negara Islam Indonesia NII

SHAH ALAM: Puluhan rakyat tempatan, termasuk berpendidikan tinggi yang direkrut bagi mempertahankan gerakan sesat di kota Negara Islam Indonesia (NII) di Jawa Barat, wajib menandatangani perjanjian ‘Merah Dua' bagi menyatakan taat setia kepada komandan atau imam besar di tempat berkenaan.

Malah, perjanjian itu perlu dilakukan pengikut kumpulan itu di lokasi sulit di Indonesia dengan disaksikan imam besar terbabit sebelum dibenarkan memasuki kota kecil itu.

Bagaimanapun, pengikut yang sudah mencapai tahap perjanjian kedua itu perlu membayar wang tebus kira-kira RM2,000 bagi membolehkan mereka ‘berhijrah’ ke kota NII yang mereka ibaratkan sebagai Madinah yang terletak di kawasan terpencil di Jawa Barat.

Imam besar terbabit menjaga kota itu yang dihuni mereka yang kononnya bersih daripada sebarang kemungkaran.

Seorang bekas pengikut kumpulan itu memberitahu Harian Metro, gerakan itu dipercayai mempunyai rangkaian di negara ini yang digerakkan seorang lelaki korporat lingkungan 40-an yang bekerja di sebuah syarikat gergasi negara.

Katanya, gerakan yang merosakkan akidah itu dikendalikan secara sulit di beberapa tempat di Lembah Klang.

Dia berkata, kebanyakan pengikut tempatan yang terjebak dengan ajaran terbabit lingkungan 30-an hingga 50-an.

Dia juga pernah dibawa berjumpa ketua kumpulan terbabit tetapi tidak mengetahui namanya.

“Tetapi lelaki itu mempunyai penampilan kemas tanpa jubah dan lebai atau songkok seperti orang arif mengenai agama.

“Apa yang menarik lelaki terbabit mampu menjawab setiap kemusykilan agama yang dibangkitkan dengan mudah berdasarkan tafsiran al-Quran,” katanya yang juga seorang pegawai di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia memang keliru dengan ajaran kumpulan terbabit yang mampu memberikan sebarang kemusykilan menggunakan ayat al-Quran.

“Saya sebenarnya tidak yakin dengan ajaran ini, malah tidak menutup mata ketika dibawa ke lokasi kuliah seperti diarahkan. Malah, mereka hanya memberikan ingatan bahawa ia bagi menguji sama ada keyakinan saya terhadap apa yang diajar,” katanya.

Dia mendedahkan ada antara pengikut kumpulan itu di kalangan ahli politik, korporat dan bekas imam terkemuka.

Sementara itu, siasatan Harian Metro mendapati berdasarkan senarai nama lebih 100 pengikut di Lembah Klang, lebih separuh daripada mereka dikesan sudah menandatangani perjanjian ‘Merah Dua' itu.

Pengikut yang diberi gelaran tertentu itu mempunyai peranan lebih besar untuk mencari pengikut baru di kalangan intelek dan golongan kaya di negara ini.

Mereka juga sanggup melakukan korban sama ada wang dan kemudahan masing-masing hingga nyawa bagi mempertahankan kewujudan kota itu.

Mengulas gerakan sulit terbabit, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamad Khusrin Munawi mengakui sedang mengikuti perkembangan kumpulan terbabit yang dikatakan sudah menular hampir ke seluruh negara.

“Berdasarkan siasatan, kumpulan terbabit didalangi mereka berpendidikan tinggi, termasuk bekerja di syarikat besar.

“Kita percaya mereka mempergunakan rakyat negara ini bagi mencari dana untuk menampung keperluan di kota NII.

“Kita percaya gerakan kumpulan itu dilakukan secara sulit dengan menggunakan nama samaran selain menggunakan pendekatan perjanjian tertentu untuk mengikat pengikut,” katanya yang dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, kegiatan kumpulan itu perlu dibanteras bagi mengelak perkara yang tidak dijangka pada masa depan.

Ini berdasarkan matlamat mereka mahu mewujudkan sebuah negara Islam di Indonesia selain menganggap Malaysia sebuah negara jahiliah.

Sapa ada maklumat mengenai NII di Malaysia? kongsi2 ye.. ana pernah dengar dulu citer ni,... ingat dah pupus.. ade lagi rupanya.. cuma waktu ana dengar citer ni.. katenye dia menggunakan istilah pi "Mengaji" then kena bayar sekian2 duit.. pastu di tutup mata dan dibawa ke suatu tempat lain untuk buat baiah.. entahla.. Wallahualam

p/s macam2 hal berlaku pada akhir zaman ini....kita jgn cepat terjerumus kepada sesuatu yang belum pasti...mengkaji itu lebih baik...
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Ahad, 6 Julai 2008

Sebuah Kerinduan...

Perjuangan Era 80’an : Sebuah Kerinduan.
by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Terkenang bagaimana detik awal saya menyertai perjuangan suci ini . Kala itu ( 1985 ) usia saya baru mencecah 15 tahun . Selepas menduduki peperiksaan SRP , ayah meminta agar saya mengisi borang keahlian PAS.

Kesedaran awal berputik dari mimbar Masjid Rusila setelah saya mendengar buat pertama kalinya khutbah dan kuliah mingguan yang disampaikan oleh al Fadhil Tuang Guru Haji Abdul Hadi Awang . ( Waktu itu saya ditukarkan ke Sekolah Menengah Marang ( untuk Tingkatan 4 aliran sains ) dan menyewa di rumah allahyarmah Tok De di Rusila. )

Pertengahan 1986 saya melangkah kaki ke Madrasah ad Diniah al Bakriah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pasir Tumbuh meninggalkan sekolah menengah dengan mengikut seorang kenalan ( yang datang berniaga di Rusila ) ke Pasir Tumbuh . Madrasah inilah menjadi saksi bagaimana saya menjalani proses pemulihan fikrah dan terapi spiritual agar kembali menjadi “manusia” yang menepati objektif penciptaannya.

Selain mengambil silibus pengajian di pondok Pasir Tumbuh , saban bulan saya akan menyertai siri tamrin pemantapan fikrah dan qiamulail yang diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad Kota Bharu . Tamrin ini biasanya dikelolakan oleh al Marhum Ustaz Musthafa Rusdi .

Tokoh – tokoh pimpinan yang biasa diundang untuk memberi pengisian di majlis tamrin tersebut ialah al Fadhil Ustaz Yahya Othman , al Marhum Ustaz Mawardi Tok Kenali , al Fadhil Ustaz Wan Daud , al Marhum Ustaz Nik Abdullah ( Pak Nik Lah ) dan lain – lain yang terdiri kepimpinan pemuda negeri dan pusat .

Dari dalam pondok , saya menyertai gerakan pelajar melalui usrah yang dibentuk . Tokoh yang banyak membantu saya membentuk syakhsiyyah dan fikrah pejuang ini ialah Al Fadhil Ustaz Muhaiyyidin Husain ( Pondok Sungai Durian ) , Al Fadhil Ustaz Mokhtar Senik , al Fadhil Ustaz Asmui Sondeng , al Fadhil Ustaz Ramli Sidom , al Fadhil Ustaz Zaini , al Fadhil Ustaz Abdul Aziz , al fadhil Ustaz Nazri Mansur dan lainnya . Semua mereka adalah guru saya yang bertanggungjawab membawa saya ke pentas perjuangan.

Tentu sahaja ilmu Islam dan asas agama dibawah didikan al Fadhil Tuan Guru Hj. Hashim , al Fadhil Ustaz Rahim , al Fadhil ustaz Abu Bakar , al Marhum Tuan Guru Hj. Atiqullah menjadi pemangkin buat diri saya berubah aliran dari system jahiliyyah kepada Islam.

Sepanjang pengalaman saya bersama PAS , era 80’an adalah era yang kaya dengan pengisian tarbiyyah , pemantap fikrah dan pemerkasaan ruuhiyyah .

Tamrin , mukhayyam , katibah , qiamulial , usrah dan ijtimak adalah aktiviti yang “terhangat di pasaran jamaah “ . Kebanyakan ahli dan pemimpin bercakap soal tarbiyyah . Kalau saja bertemu sesama sendiri , topic yang dibincang selain politik ialah bagaimana pengalaman manis dan seronok menyertai tamrin di sana , mukhayyam di sini dsbnya.

Saya sendiri , apabila pulang ke kawasan pada musim cuti pengajian pasti tidak melepaskan peluang mengadakan mukhayyam bersama rakan – rakan di kawasan . Sehingga kini , apa yang saya ingat sudah lebih seratus cap kehadhiran dan penyertaan saya bersama dengan mukayyam . Dulu memang saya kaki tamrin dan kaki mukhayyam .

Suasana tarbawi sangat dirasai dan ia wujud di mana – mana . Pemimpin yang tidak menyertai atau mengadakan usrah dianggap pelik dan mengaibkan. Buku – buku tarbiyyah adalah bahan bacaan yang “terlaris di pasaran” berbanding buku – buku agama lain. Buku Maza Ya’ni karya ustaz Fathi Yakan , Mabadi’ lil Islam karya al Maududi , Muqaddimah Aqidah Muslimin karya Tuan Guru Hj. Abdul Hadi adalah antara buku yang sering habis dalam pasaran.

Ceramah pimpinan PAS dipelbagai peringkat kebanyakan berkisar soal aqidah perjuangan yang membezakan antara iman dan kufur. Isu politik hanya disentuh 30 atau 20 minit terakhir ceramah mereka . Kuliah agama yang dikelolakan oleh pimpinan PAS tidak ubah seperti pesta terutamanya di Masjid Rusila , Masjid Pulau Melaka dan lainnya.

Setiap kali pimpinan PAS turun berceramah , orang ramai sanggup menumpang belakang lori untuk menghadhiri majlis ceramah . Masih terlalu segar dalam ingatan saya , bagaimana saya mengayuh basikal dari Pondok Pasir Tumbuh ke Kampung Raja Besut untuk menghadhiri satu majlis ceramah yang disampaikan oleh al Fadhil Tuan Guru Hj. Abdul Hadi , al Fadhil Ustaz Awang Bakar , al Fadhil Ustaz Harun Jusoh dan Al Fadhil Ustaz Kassim .

Rata – rata hubungan ahli PAS dengan pemimpin mereka tidak terhenti setakat hubungan antara ahli dengan pemimpin tetapi lebih kepada hubungan murid dengan guru . Hormat ahli kepada pemimpin tidak ubah seperti seorang anak murid menyerah diri kepada guru mursyidnya .

Tidak dinafikan , terkadang ada juga berlaku krisis dan pergeseran , tetapi secara umumnya , ia sedikitpun tidak melunturkan ketaatan , kesetiaan atau wala’ ahli kepada pemimpin mereka . Mereka masih tahu cara menghormati pemimpin dan menjaga maruah jamaah .

Saya cukup merindui suasana dulu . Suasana yang penuh dengan aktiviti amal tarbawi . Dididik , ditegur dan dinasihati oleh naqib usrah adalah satu ke”nikmatan”. Diarah dan disuruh oleh pimpinan pula adalah satu “kepuasan” .

Saya percaya bahawa kenikmatan dan kepuasan itu datang dari suasana pentarbiyyahan yang dilalui secara konsisten. Suasana yang mampu meletakkan saya rasa berdosa dan bersalah apabila gagal melaksanakan tugasan jamaah. Saya merindui kenangan lalu , dikelilingi sahabat dan rakan yang sangat tinggi nilai ukhuwwahnya. Pantang tidak bertemu biar pun 2 atau 3 hari Cuma , pasti sahaja pertemuan segera di atur . Pertemuan akan berlangsung di tepi pantai , di tepi sungai , di kaki bukit , di pulau , di surau atau di markaz . ( hotel belum dikenali pada waktu itu . )

Kalau anggota satu usrah , hubungan kami tak ubah seperti adik beradik kembar . Pakai baju pun nak sama ( masa tu kami tak pandai lagi nak buat uniform berlambang parti atau baju korporat cop bulan ), keluar ke Bandar pun nak sama – sama , pergi program pun nak sama – sama . Kami redah susah senang bersama . Kalau seorang antara kami anggota usrah sakit atau ditimpa kesempitan nescaya yang lain pasti turut berkongsi derita.

Usrah Asy Syabab ! itulah nama usrah saya yang pernah bertahan 12 tahun lamanya . Zaman itu adalah zaman usrah dan zaman tarbiyyah. Saya sungguh merinduinya . Markaz di zaman itu tidak banyak tetapi majoritinya aktif dengan solat jamaah dan usrah . Paling tidak hanya pertemuan biasa sambil berbual mengenai jamaah , bertanya khabar ahli serta isu semasa dan menikmati juadah ringan .

Sungguh saya merindui saat dan detik seperti itu . Apakah ia tidak akan berulang lagi ? Bukan saya tidak suka berprogram dihotel , tidak juga saya menganggap kepimpinan hari ini tidak baik dan tidak lah pula saya mengatakan bahawa hari ini tiada tarbiyyah , tetapi …… saya merindui suasana dulu !

Namun , suatu yang perlu diinsafi tanpa perlu kita menuding kepada sesiapa . Hari ini kalau kita nak dengar perkataan tamrin dalam tempoh satu hari memang susah . Terkadang berlalu bagi tempoh satu bulan tanpa kedengaran perkataan tamrin apalagi programnya , demikian juga mukhayyam atau qiamulail .

Saya memahami betapa perlu kita berkembang mengikut tumbesar zaman dan eranya , tetapi perkara yang bersifat fundamental wajar dipertahan merentas zaman . Saya mungkin bersetuju bentuk aktivitinya boleh berubah mengikut kesesuaian tetapi roh dan semangat program amal tarbawi mestilah dikekalkan.

Saya juga percaya di mana saya tidak bersendirian dalam menanggung rindu seperti ini . Sahabat yang pernah melalaui zaman dan pengalaman seperti saya pastinya turut menyimpan rindu yang mendalam .

Bagi mengubati rindu yang sekian lama memendam rasa , saya mengharapkan rijal – rijal tarbawi yang wujud melata dalam jamaah ini kembali bangkit . Saya dapat merasakan bahawa inilah zaman atau detik kebangkitan semula era gemilang amal tarbawi setelah jenuh kita menyaksikan berlakunya perlecehan terhadap amal tarbawi oleh sebahagian yang tidak menjiwainya bahkan turut disaksi bagaimana agenda politik kepartian seakan mengatasi ruh amal Islami dan apa yang lebih malang ialah berlakunya krisis fikrah dan aqidah perjuangan dikalangan sebahagian anggota jamaah .

Inilah zamannya untuk tarbiyyah kembali dinobat malah didaulatkan sebagai agenda “wajib laksana” di semua peringkat parti bermula dari kepimpinannya yang paling tinggi hinggalah kepada anggotanya yang paling rendah .

Saya yakin , ramai anggota jamaah boleh bersetuju dengan saya apabila saya mengatakan bahawa nilai ukhuwwah fillah dikalangan anggota jamaah ( termasuk pemimpinnya ) mencapai tahap kritikal.

Demikian mutu ketaatan terhadap pimpinan dan kesetiaan terhadap jamaah juga tidak berada pada tahap yang meyakinkan .

Baiah mereka kian longgar dan wala’ mereka pula kian lekang dari hari ke sehari lantaran aktiviti amal tarbawi semakin terpinggir dari agenda utama parti dan suasana tarbawiyyah semakin lenyap dari kehidupan harian anggota parti / jamaah .

Rindu ini kembali terubat andai kita semua Berjaya mengembalikan kegemilangan amal tarbawi di dalam jamaah kita tanpa kita mengabaikan aspek tajdid dalaman parti . Masih ingat kah kita kepada ucapan al marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor agar kita : contemporary dalam tindakan , fundamental dalam berprinsip dan bersikap futuristic dalam merancang atau merencana .

Begitu juga perlu kita mengambil iktibar terhadap apa yang pernah disebut oleh Abu Hasan Ali An Nadwi :

الجمع بين القديم الصالح و بالجديد النافع

Menggabungkan tradisi yang soleh dengan penemuan baru yang bermanafaat .

Demikian jua kenyataan al Imam Malik rhm yang perlu dihayati :

لا يصلح آخر هذه الأمة إلا بما صلح به أولها .

Tidak akan gemilang umat ini melainkan turut melaksanakan apa yang menjadikan umat terdahulu gemilang.


Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

Jumaat, 4 Julai 2008

PERTOLONGAN ALLAH

الحمد لله الهادي إلى سـواء السـبيل، أمر عباده باتباع صراطه المسـتقيم، وحذرهم من الشـبهات والضلالات والفتن، حيث قال جل وعلا:
أشـهد أن لاإله إلا الله وأشـهد أن محمدا عبده ورسـوله. اللهم صل وسـلم على خاتم الأنبياء وسـيد المرسـلين وعلى أله وصحبه الطيبين الطاهرين وعلى من اتبع سـنته واقتدى بهديه الى يوم الدين.
أما بعد، فياعبادالله إتقوا الله وأوصيكم وإياي بتقوى الله
Sidang jumaat yang dihormati sekelian,
Marilah kita sama-sama merenung ayat Allah SWT dari surah al Mukmin / Ghafir ayat 51, firman Allah SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya kami menolong Rasul-rasul kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (Hari Kiamat)

Pertolongan Allah adalah kurniaan besar kepada hamba-hamba pilihan yang menjamin kemenangan, kejayaan, ketinggian yang ampuh. Para Rasul terdahulu mendapat pertolongan Allah, para sahabat rasul-rasul itu juga mendapat pertolongan Allah, oleh itu sejarah telah memaparkan bahawa mereka menang dalam perjuangan mereka, tenang dalam kehidupan mereka, disayangi sahabat mereka, digeruni musuh mereka. Pertolongan Allah menjamin kemenangan yang hakiki. Kemenangan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Jika Allah menolong kamu maka tiada orang yang akan dapat mengalahkan kamu, jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan) maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang beriman bertawakkal. A-li Imran.

Kekalahan Umat Islam dimana-mana, ketewasan mereka ditangan musuh-musuh mereka, sehingga Umat Islam diperkotak katikkan seolah-olah berada dalam kebodohan yang tidak terajar. Kegagahan musuh melanyak mereka seolah-olah mereka tiada sedikit pun kegerunan untuk dipandang. Tipu muslihat yang dirancang untuk menjerot leher mereka seolah-olah dikalangan mereka tiada cerdik pandai yang dapat menguraikannya. Isme-isme yang diketengahkan seolah-olah mencucuk hidung mereka untuk ditarik kesatu arah seakan-akan mereka tiada otak dan fikiran untuk memikirkannya. Aliran dan budaya yang diasak masuk ke dalam masyarakat seolah-olah mereka tiada aktivis yang berpotensi untuk menolaknya. Hasil maksul negara-negara Umat Islam dirompak, disamun dan dicuri seolah-olah mereka tidak pandai mengurus dan menggunakannya. Maka segalanya itu boleh disifatkan sebagai sebuah kegagalan yang tidak disedari puncanya. Atau kelekaan yang membawa celaka. Atau akibat membuang yang baik lalu mengambil yang tidak baik hingga ia tidak dapat membantu untuk menggukuhkan dan memantapkan.

Sidang jumaat yang dihormati sekelian.

Allah pasti menolong hamba-hambanya yang beriman. Allah Maha Bijaksana dalam memberi pertolongan, Maha Lemah Lembut, Maha Penyantun lagi Maha Perkasa. Seluruh kebijaksanaan adalah milik Allah, semua orang yang bijak adalah kurniaan Allah, dan mereka di bawah Kebijaksanaan Allah yang Maha Bijaksana. Pertolongan Allah datang dalam berbagai-bagai bentuk yang tidak disedari atau disangka-sangka. Dalam hal musuh sedang merancang kehancuran untuk Umat Islam, pertolongan Allah boleh berlaku, dengan kejahatan berbalik kepada mereka dan kebaikan datang kepada Umat Islam. Tidakkah Allah berfirman:

Maksudnya: Kerana kesombongan mereka di muka bumi, dan kerana perencanaan jahat mereka, dan tidaklah perencanaan jahat itu melainkan menimpa orang yang merencanakannya. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan berlakunya sunnah Allah yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan dapat penggantian bagi sunnah Allah dan sekali-kali tiada penyimpangan dari sunnah Allah itu. Faathir.

Walau pun begitu, realiti hari ini dan dewasa ini tidak seperti mana kenyataan Allah tadi, dimana salahnya? Kenyataan Allah pasti benar, janji Allah pasti benar, Allah tidak sekali-kali menyalahi janji-janjinya.


Sidang jumaat yang dihormati sekelian.
Renunglah diri sendiri, layakkah diri ini mendapat pertolongan Allah? layakkah diri ini memasuki syurga Allah? layakkah masyarakat ini mendapat pertolongan Allah? layakkah masyarakat ini menghuni syurga Allah? Layakkah perjuangan ini mendapat pertolongan Allah? Layakkah perjuangan ini mendapat kemenangan dari Allah? Sekiranya tidak layak mendapat pertolongan Allah maka sebaliknya layak mendapat kecelakaan dari Allah, jika tidak layak mendapat syurga Allah, maka sudah pasti layak mendapat neraka Allah. Waliyazubillah. Hanya itulah dua tempat yang disediakan, tiada satu tempat antara dua tempat.

Perjuangan dan pengurbanan yang dilakukan tidak menepati kehendak Allah adalah sia-sia, perjuangan dan pengurbanan yang dilalui dengan akhlak kebinatangan yang mengingkari syariat adalah sia-sia. Perjuangan dan pengurbanan yang menyebut nama Allah tetapi dipenuhi dengan maksiat, pasti terjauh dari pertolongan Allah. Sedarlah bahawa maksiat adalah penghalang pertolongan Allah. Maksiat adalah penyebab kekalahan dan ketewasan. Amir al mukminin Umar Ibn al Khattab, telah berpesan kepada tentera Islam yang digerakkan oleh beliau dizamannya dengan katanya “Jangan sekali-kali kamu semua bermaksiat kepada Allah, ingatlah bahawa musuh kamu menang keatas kamu bukan kerana mereka kuat dari kamu tetapi kerana maksiat yang kamu lakukan. Ahli sejarah Islam juga mencatatkan bahawa Salahuddin al Ayubi ketika mengepalai tentera Islam ke Palestin untuk membebasan buminya dari cengkaman Salibiyah telah mempastikan barisan tenteranya bebas dari sebarang maksiat. Lalu kemenangan dikurniakan Allah kepadanya.

Sidang jumaat yang di hormati sekelian
Masih adakah pemimpin dan penglima yang berakhlak sedemikian untuk mempastikan kemenangan untuk Islam dan umatnya kini. Tidak mustahil jika Allah melahirkannya, namun musuh-musuh Islam telah mengkaji factor kekalahan mereka dan sebab kemenangan Umat Islam. Maka ciri tersebut telah dikenal pasti, lalu gerakan memesong, menghancur serta melenyapkannya telah dilaksanakan. Kini kita dapat temui Umat Islam banyak seperti buih di laut, dan kualitinya hanya seperti buih, tiada kehebatan, tiada kegerunan, tidak disegani kawan dan lawan. Dan kalau kita kini memperkatakan kehebatan mereka terdahulu, itu umpama panglima / pendekar tua yang memperkatakan nostalgianya sedangkan dia kini sedang diperkudakan oleh cucu-cucunya. Musuh Islam telah mencernakan peradaban dan budaya mengikut acuan mereka, Umat Islam dipersilakan mengguna dan melaluinya. Musuh Islam telah memalu gendang dan mengalunkan irama mengikut kaedah mereka, lalu Umat Islam dipersilakan menari mengikut rentaknya, lalu penari-penari yang ghairah itu bercakap tentang hak Allah dan Rasulnya ketika yang sama, adakah mereka akan berjaya? Marilah kita renung sabda Nabi SAW ini:
عن عمرو بن عوف أن رسـول الله صلى الله عليه وسـلم قال : والله ماالفقر أخشـى عليكم ولكنى أخشـى أن تبسـط عليكم الدنيا كما بسـطت على من قبلكم فتنافسـوها كما تنافسـوها وتهلككم كما أهلكتهم (البخاري في المغازي ومسـلم رقم 2971)
Maksudnya: Daripada Amru bin Auf bahawa Rasul Allah SAW telah bersabda: Demi Allah bukanlah kefakiran yang aku bimbangkan ke atas kamu, tetapi aku bimbang dibentangkan kepada kamu dunia (kemewahan, keseronokan dan kesibukan dunia) sebagaimana telah dibentangkan kepada orang-orang terdahulu dari kamu, lalu kamu mengambilnya sebagaiman mereka mengambilnya, lalu dia merosakkan kamu sebagaiman mereka dirosakkan olehnya.

Saudara sekelian, marilah kita menyiapkan diri untuk berada dalam kelompok orang-orang yang mendapat pertolongan Allah. Meninggalkan segala bentuk maksiat yang menghalang pertolongan Allah. Iangtlah sekiranya kita menamakan diri kita sebagai orang yang berjuang untuk agama Allah, maka kita akan ditolong oleh Allah, tetapi pertolongan itu mungkin terhenti hanya kerana kita menghisap sebatang rokok. Apatah lagi jika kita atau dalam kumpulan kita kedapatan orang-orang yang meninggalkan sembahyang, memakan atau memberi makan riba, menganiaya, meminum arak, berzina atau menuduh zina, pelaku bid-ah dan mengajar perkara bid-ah. Maka bukan kita yang akan menghancurkan musuh Allah, tetapi Allah menghantarkan musuh untuk menghancurkan kita. Baginda SAW telah menjelaskan bahawa makanan dan minuman yang haram menghalang dari dimakbulkan doa, maka sudah tentu maksiat-maksiat yang lain juga menghalang dari dimakbulkan doa. Sabda baginda daripada Abu Hurairah ra:
قال رسـول الله صلى الله عليه وسـلم: إن الله تعالى طيب لا يقبل إلا طيبا، وإن الله تعالى أمر المؤمنين بماأمربه المرسـلين، فقال تعالى "ياأيهاالرسـل كلوا من الطيبات واعملوا صالحا..." وقال تعالى "ياأيهاالذين امنوا كلوا من طيبات مارزقناكم واشـكروا لله إن كنتم إياه تعبدون" ثم ذكر الرجل يطيل السـفر أشـعث أغبر يمد يديه إلى السـماء يارب يارب ومطعمه حرام ومشـربه حرام وملبسـه حرام وغذي بالحرام فأن يسـتجاب لذلك؟ (رواه مسـلم والترمذي)
Maksudnya: Sabda baginda: Sesungghnya Allah itu elok / baik, Dia tidak terima kecuali yang elok lagi baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang beriman sebagaimana Dia memerintah para Rasulnya: Firman Allah SWT: Wahai Rasul-rasul makanlah makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang baik (soleh)… dan firman Allah : Wahai orang-orang yang beriman makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah (membelanjakan nikamat Allah di jalan Allah) kepada Allah, sekiranya hanya kepadanya kamu mengabdikan diri. Kemudian baginda menyebut tentang seorang lelaki yang jauh perjalanan, menyebabkan kusut rambutnya, berdebu mukanya, mengangkat tangan ke langit berdoa, wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, sedangkan makanannya haraam, minumanya haram, pakaiannya haram dan dia menyuap ke mulutnya dengan yang haram, maka bagaimanakah akan diperkenankan untuknya?

Sidang jumaat yang dihormati sekelian.
Selain kita sendiri yang menempah kedudukan tejauh dari pertolongan Allah, kita juga dijauhkan dari pertolongan Allah oleh musuh-musuh Islam yang mengerti dan tahu tentang perkara ini. Mereka mengkaji dan meneliti segala sudut dalam Islam, sama ada melalui mata dan kepala mereka sendiri, atau melalui anak murid mereka yang berugama Islam. Rasul Allah SAW telah banyak bepesan kepada Ummat baginda sama ada semasa baginda atau selepas baginda mahu pun orang-rang yang berada dipenghujung zaman. Mengenai perkara-perkara yang merosakkan dan membinasakan. Seperti antaranya, sabda baginda:
عن ابى هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسـلم قال: إجتنبوا السـبع الموبقات قالوا يارسـول الله وما هن؟ قال الشـرك بالله والسـحر وقتل النفس التي حرم الله إلا بالحق وأكل الربى وأكل مال اليتيم والتولي يوم الزحف وقذف المحصنات المؤمنات الغافلات (البخاري كتاب الحدود)
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah ra daripada Nabi SAW sabda baginda: Jauhilah tujuh perkaraa yang merosakkan; sahabat bertanya, apakah peerkara itu wahai Rasul Allah (SAW), jawab baginda: menyengutukan Allah, melakukan sihir, membunuh jiwa yang diharamkan membunuhnya kecuali dengan kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan pertempuran / peperangan, menuduh perempuan yang mulia (tiada keinginan melakukan kejahatan) berzina.

Antaranya sabda baginda:
عن أبي مالك الأشـعري أنه سـمع رسـول الله صلى الله عليه وسـلم يقول: ليشـربن ناس من أمتي الخمريسـمونها بغيراسـمها (أبو داود باب الأشـربة)
Maksudnya: Daripada Abi Malik al Asyari ra bahawa beliau telah mendengar dari Rasull Allah SAW bersabda: Manusia dari kalangan Umat Ku akan meminum arak yang dinamakan dengan nama yang lain.

Antaranya sabda baginda:
عن أبي هريرة قال:قال رسـول الله صلى الله عليه وسـلم: يأتي على الناس زمان يأكلون الربى فمن لم يأكله أصابه من غباره (النسـائي في البيوع باب اجتناب الشـبهات في الكسـب)
Maksudnya: Daripada Abi Hurairah katanya, Rasull Allah SAW bersabda: akan datang kepada manusia satu zaman dimana mereka itu semuanya memakan riba, sesiapa yang tidak memakannya juga akan ditimpa debu-debunya.

Sidang jumaat yang dihormati sekelian
Demikian antara pesanan Rasul Allah SAW yang apabila diikuti akan menjadikan Umat baginda kuat, hebat dan cemerlang. dan apabila ditinggalkan akan menjadikan umat baginda lemah, longgar dan tidak gemilang. Namun musuh-musuh menggunakan persoalan ini sebagai senjata melemahkan umat baginda, mereka mendekatkan umat baginda kepada perkara-perkara yang baginda larang dan menjauhkan umat baginda kepada perkara-perkara yang baginda suruh atas alasan kerja, tugas, muruah, nama baik, airmuka, jaga hati dan lain-lain. Tanpa disedari atau disedari tetapi atas perasaan “tak pa kot, tak pa kot” Allah dan Rasulnya di jauhi dan diingkari. Kalau begitu, apakah akan mendapat pertolongan Allah?

Pertolongan Allah diberikan kepada hamba-hambanya dalam semua perkara. Tanpa pertolongan Allah kita pasti tidak mampu memiliki walau secebis kemenangan kerana musuh-musuh berupa iblis dan manusia yang menjadi kuncu-kuncunya tidak leka walau pun sesaat, sebagaiman kita leka dari mengingati Allah berjam-jam. Namun dalam ingatan yang sedikit itu kita diberi pertolongan yang sedikit ini mungkin telah memadai, kerana pada asalnya kita mungkin tidak layak ditolong, sama ada dalam agama, rezki, usaha dan tindak tanduk, pergaulan dan muamalah yang mana apabila pertolongan Allah diterima oleh seseorang hamba, dia menjadi tenang dalam hidupnya. Allah bersifat Rahman dan Rahim, Rahman di dunia dan Rahim di akhirat. Kerana sifat Rahman itu kita dan seluruh makhluk serta orang-orang kafir, munafik dan ahli mungkar dapat makan dan bersenang lenang. Sedarlah Rahman Allah itu terbatas untuk di dunia sahaja. Apabila ruh dikeluarkan dari jasad dan berada di alam barzakh, Rahim Allah hanya untuk orang-orang beriman sahaja. Dengan hal yang demikian orang yang mendapat pertolongan Allah di dunia pasti akan mendapat Rahim Allah di akhirat.

Sidang jumaat yang dihormati sekelian
Kesabaran yang tinggi amat perlu dalam beragama, cubaan dan rintangan pasti ada dimana-mana sepanjang masa. Perubahan yang menjadi sunnatu Allah ke atas alam tidak menjamin lenyapnya cubaan dan rintangan. Setiap kali tiba perubahan dan keadaan baru cubaan dan rintangan juga tiba dalam bentuk yang baru. Sama ada menyeronokkan, menyakitkan, menggembirakan atau memberangsangkan. Mungkin boleh disifatkan bahawa cubaan untuk sesuatu kaum sesuai dengan masa dan ketika kehadiran kaum tersebut. Oleh itu berpeganglah dengan syariat untuk menghadapi cubaan dan rintangan tersebut. Rasul Allah SAW telah memperingatkan kita dengan sabda baginda:
عن أنس ابن مالك قال:قال رسـول الله صلى الله عليه وسـلم : يأتي على الناس زمان الصابر فيهم على دينه كالقابض على الجمر (الترمذي كتاب الفتن)
Maksudnya: Daripada anas bin Malik ra. Katanya, Rasul Allah SAW bersabda: akan datang kepada manusia satu masa (zaman) dimana orang-orang yang sabar dikalangan mereka dalam agamanya seperti menggenggam bara api.

أقول قولي هذا وأسـتغفر الله العظيم ...














Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.

© free template 3 columns