Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sabda Nabi saw:
"Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang suci bersih. Maka ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau majusi.”
Kita sering diingatkan tentang tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Soal dosa dan pahala, perintah dan larangan kerap menjadi fokus utama tazkirah-tazkirah dan usrah-usrah mingguan. Lebih-lebih lagi setelah tiba di Amerika. Soal akidah, soal aurat, makanan dan batas pergaulan menjadi topik mingguan. Tidak kurang juga soal ibadah dan fiqh. Namun, sebagai pelajar apa pula tanggungjawab kita terhadap ibu bapa? Apabila jasad meninggalkan kampung halaman, adakah bermakna tidak perlu lagi ada rasa tanggungjawab kepada yang ditinggalkan? Bukankah disamping rezeki Allah, ibubapa yang telah bersusah-payah mendidik, menyara dan mengasuh kita hingga kita berjaya pada hari ini? Daripada mula mengenal kalimah alif, ba’ dan ta’ kita diajar membaca Al-Fatihah. Daripada lidah teragak-agak mengenal ABC kita kini petah berkata-kata. Bukankah redha Allah juga terletak pada redha ibubapa? Sabda Rasulullah (saw);
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan bapa.” (Hadits riwayat At-Tirmidzi)
Sejak kecil jika dihitung, terlalu banyak jasa dan pengorbanan ibu dan ayah. Wang ringgit yang dihabiskan, setiap titik peluh mencari rezeki dan setiap titis air mata menahan kerenah anak-anak. Begitu besarnya jasa dan pengorbanan mereka hanya untuk melihat anak-anak tersayang - kita, berjaya pada hari ini. Terukir senyuman, hilang rasa penat melihat anak berjaya. Namun, terbalaskah jasa mereka?
Apabila melihat cara hidup remaja pada masa kini, hati selalu tertanya - penat ibu ayah menghantar anak belajar ilmu agama tetapi apabila melihat kepada kurangnya pengamalan, bermakna sia-siakah usaha mereka? Banyak wang dihabiskan membeli buku ilmiah untuk anak-anak, niat mereka untuk menanam cinta terhadap ilmu dalam diri anak-anak tetapi akhirnya apabila telah dewasa, majalah-majalah hiburan menjadi pilihan dan koleksi peribadi si anak. Sudah besar panjang katanya, tahulah menilai keputusan sendiri. Susah payah ibu ayah menghantar anak belajar mengaji, risau anaknya tidak fasih membaca Quran dan mahu anaknya lancar dalam bacaan dalam solat tetapi akhirnya apabila dewasa, Al-Quran jarang sekali dibelek dan solat seringkali diletak keutamaannya dibawah rutin harian yang lain. Terbalaskan jasa mereka? Berbaloikah masa dan wang yang dihabiskan? Setiap hari mereka bersusah-payah mencari rezeki hanya untuk menyara pendidikan anak-anak dan memastikan si anak mendapat yang terbaik untuk masa depannya. Siang bekerja, malam melayan kerenah anak. Namun, adakah usaha mereka dihargai? Perhargaan bukan bermakna bayaran dengan wang ringgit. Wang ringgit boleh di cari tetapi anak yang soleh, mudahkah diperolehi?
Daripada segi akidah dan akhlak pula, mungkin tampak tidak begitu jelas tanggungjawab anak dalam menjaga akidah mereka demi keluarga. Sudah mumaiyyiz kononnya. Sudah boleh membezakan yang baik dan buruk. Kalau buruk pandai-pandailah diri sendiri menanggung akibatnya. Lupakah kita bagaimana ibu ayah berusaha membentuk peribadi anak-anaknya? Sewaktu masih di dalam kandungan, pelbagai surah dibaca ibu semoga anak di dalam kandungan lahir soleh dan solehah. Setelah lahir ke dunia, teruji kesabaran ibu ayah menahan telatah anak. Sehingga meningkat remaja, akhlak dibentuk; yang silap dibetulkan, yang elok digalakkan. Tidak pasti berapa banyak air mata menitis dalam diam menahan perangai anak-anak; “Budak ini masih kecil, perlu dibimbing dan dibentuk”. Rancangan televisyen yang ditonton ditapis. Penggunaan internet di ‘monitor’. Baik buruk dengan jelas dibezakan. Disemai dalam jiwa anak rasa tanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya di dunia ini, kerana segala yang dilakukan oleh manusia akan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Semua dilakukan dengan harapan melekat terus di dalam jiwa anak hingga dewasa. Akhirnya, berbaloikah usaha mereka? Berbaloikah?!
Hampir 20 tahun hidup bersama ibu ayah, bagaimana seorang pelajar dengan mudah boleh melepaskan tanggungjawab sbg seorang anak? Sakitnya ibu melahirkan, balaslah dengan berusaha menjaga peribadi. Benar, dugaan dunia memang mengasyikkan. Berusahalah mengawal pandangan, pertuturan dan perlakuan. Penatnya ayah menjadi rezeki. Jadikanlah ia sebagai motivasi untuk tidak membelanjakan wang membeli majalah hiburan, ke panggung-panggung wayang dan membeli dvd yang kurang sesuai kandungannya untuk tontonan. Letih ibu ayah mendidik peribadi, balaslah dengan menjaga dan memperbaiki akhlak. Ingatlah, akhlak seseorang seringkali dikaitkan dengan didikan yang diterima. Jadi, buktikanlah wang ringgit dan tenaga yang dilaburkan berbaloi dengan mengawal akidah dan peribadi. Susahkah?
Hadits yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bin ‘Al-‘Ash, beliau berkata yang maksudnya :
“Seorang lelaki datang berjumpa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, beliau meminta izin untuk berjihad, lalu Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bertanya: “Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Beliau menjawab: “Ya”, Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Maka kepada keduanyalah engkau berjihad (berbuat baik kepada keduanya dengan jiwa dan harta).”(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa menyukakan keduanya ibubapanya, sesungguhnya bererti dia menyukakan Allah, dan barangsiapa membuat ibu bapanya marah, sesungguhnya bererti dia berbuat Allah marah." (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)
"Adakah kamu anggap, bahawa Kami jadikan kamu dengan percuma (sia-sia) sedangkan kamu akan kembali kepada Aku?" (Al-Mukminun:115)
Beruntunglah ibu bapa jika mendapat anak seperti 10 adik-beradik Datuk Prof Harun Din (mengikut apa yang ana baca) yang mengetuai sendiri urusan menyempurnakan jenazah ibu mereka. Dan mereka juga yang bergilir-gilir membaca al-Quran hingga khatam untuk disedekahkan kepada roh ibu mereka. Bagaimana pula dengan kita? Mungkinkah suatu hari nanti ibu dan ayah berbangga mempunyai kita sebagai anak? Mungkinkah suatu hari nanti mereka tersenyum puas melihat hasil didikan mereka berjaya? Bukan hanya berjaya di dunia, namun memberi manfaat kepada mereka di akhirat kelak.
Sabda Nabi (saw)i: "Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah (sedekah berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang soleh yang mendoakan."
Marilah kita muhasabah diri. Kenangkan dosa kita kepada ibu bapa kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah. Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya atau kata-katanya dan perlakuannya sering mengguris hatinya, atau yang jarang mempedulikan dan mendoakannya.Semoga kita termasuk dalam golongan anak-anak yang soleh. InsyaAllah.
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
Isnin, 28 Januari 2008
Permata Ayah Bonda
Dicatat oleh jundi Alabrar di 1:18 PTG 0 ulasan
Label: tazkiyyahtun nafs..
Tips to Wash our heart...
Membangun bersama ilmu, bergerak bersama wawasan.
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!
Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak
sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.
Dicatat oleh jundi Alabrar di 1:04 PTG 0 ulasan
Label: tips kehidupan
Ahad, 27 Januari 2008
Memory at UUM
Universiti Utara Malaysia...adalah universiti tempat saya menimba ilmu di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan dan perbankan di bawah Fakulti kewangan dan perbankan. selama empat tahun belajar di universiti banyak kenangan yang tidak mampu dilafazkan dengan kata-kata..
gambar di atas adalah dewan muazam syah tempat saya berexam dan menerima ijazah pertama saya..
Bangunan HEA(hal ehwal akademik) tempat saya membayar yuran pengajian, mengambil jadual exam dan mengambil result setiap sem.
pintu masuk utama Menuju UUM.
ini adalah fakulti saya iaitu fakulti kewangan dan perbankan.
masjid uum
kolej kediaman saya.
semua ini hanya tinggal kenangan.....moga suatu masa nanti saya akan kembali ke uum kalau bukan sambung belajar maybe just to visit la....
Dicatat oleh jundi Alabrar di 6:58 PG 0 ulasan
Label: sejarah hidup penulis...
liputan kehidupanku...
Alhamdulillah hingga ke saat ini saya masih lagi diberi kesempatan dan kenikmatan hidup ini...betapa 26 hari dalam tahun 2008 telah saya tinggalkan bersama memory yang pastinya menjadi sejarah dalam hidup ini.
Tugasan yang diberikan oleh pensyarah ust.Harun Yahya sehingga ke hari ini masih belum lagi saya selesaikan mana tidaknya balik sahaja dari institut hari tu banyak kerja sekolah yang hendak diselesaikan...dengan tugasan guru data EMIS, tugas ICtnya, nak audit akaun sekolah la...macam2 lagi tugas yang perlu dilaksanakan dan dibereskan sebelum persekolahan sesi 2008 bermula. Syukur....siap juga kerja-keja sekolah sebelum bermulanya persekolahan.
Sepanjang 26 hari dalam bulan januari ini nampaknya kehidupan semakin sibuk dengan tugasan yang perlu diselesaikan..bebanan tugas semakin banyak...bermula dari hari pertama persekolahan sudah saya dapat bayangkan bahawa tahun ini adalah tahun yang agak mencabar buat saya. Start sahaja pendaftaran pelajar tingkatan satu kerja pertama yang perlu saya selesaikan adalah SMM iaitu sistem maklumat murid. Di mana SMM adalah butiran mengenai pelajar....tapi sehingga ke hari ini baru separuh yang siap kerana kurang kerjasama dari pihak pelajar, namun target di hati ini mahu memastikan sebelum 15 Feburari 2008 semua kerja SMM siap sepenuhnya."kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan". tapi moga-mog ianya berjalan dengan lancar...
nampaknya 5 hari feburari akan menjelma, hari praktikum pun semakin dekat tinggal 16 hari sahaja lagi...hati ini agak gementar juga sebab takut tidak dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang..teringat pada masa belajar dulu masa praktikum saya tinggal dengan sahabat saya yang berasal dari kelantan...entah di mana sudah sahbat saya itu..tapi khabar terakhir yang saya terima dia telah berumah tangga dan bekerja sebagai seorang guru alhamdulillah dah bekerja. Memory yang terlalu indah yang akan saya kenang selamanya...rindu pula nak jumpa dia...pada masa praktikum dulu kami sama-sama sewa rumah kampung. Tuan rumah sangat baik terhadap kami...kebetulan pada masa Praktikum tu kena pada bulan Ramadhan 1425 sudah 4 tahun berlalu. saya cukup rindu suasana itu..balik dari praktiukm je kami pergi memancing tapi lucunya tiap kali pi memancing cuma dapat 3 ekor je.heheheh syukrulah bbuat lauk malam nanti...
Tapi apa yang saya suka sangat sbb tiap malam dapat ke masjid lubuk kawah Jitra..best masjid dia...banyak pengisian yang boleh menyucikan diri..hujung minggu je past ada sahabat yang datang ke teratak kami pastinya akhi Ali yang selalu membuatkan kami tak kering gusi...tapi dia antara sahabat yang saya hormati. Banyak kisah yang tadaan saya lupakan...namun masa terus berlalu mininggalkan semua sejarah yang kuita lakarkan dalam satu hamparan kehidupan....saya rindu dengan ilqo' mingguan bersama sahabat-sahabat. zaman kampus cukup berbeza dengan alam pekerjaan.
Kini tinggal saya sendirian di daerah ini...kadang-kadang terfikir juga nmahu keluar dari daerah ini tetapi tanggungjawab saya sebagai seorang anak dan abang terhadap keluarga membuatkan saya terus berada di sini. Mungkin saya jarang ke Program tapi jauh di sudut hati ini sentiasa meronta-ronta untuk bertsama dengan sahabat-sahabat api apa kan daya saya tidak dapat berbuat sedemikian..InsyaAllah satu masa nanti saya pasti akan kembali bersama sahabat-sahabat.
Dua hari lepas ada perjumpaan di kota-kinabalu tapi saya tidak dapat menghadirkan diri kerana masalah yang tidak dielakkan,risau juga ini takut saya tercicir dalam jalan perjuangan..tapi saya masih bernasib baik kerana masih ada sahabat yang sentiasa berhubungan dengan saya..maknanya masih ada harapan untuk saya kembali ke medan Jihad...tunggu la tinggal beberapa bulan sahaja lagi...pastinaya akan berubah segalanya.
Sebenarnya hati ini sangat sedih kerana masih lagi tidak dapat membentuk keluarga saya dengan cara hidup islam yang sebenar...moga-moga usaha ini akan terus berjalan sehingga ke titisan nyawa yang terakhir...
Dicatat oleh jundi Alabrar di 3:10 PG 0 ulasan
Label: sejarah hidup penulis...
Sabtu, 26 Januari 2008
Jalan-jalan di hujung minggu
abg G: adie bapa suruh balik kampung ada hal skit...
sy: esoklah dalam 5.30 pagi sy balik la...
abg G: balik awal skit sebab ayah mau jalan awal hantar barang jualan dia.
sy: ok...
saya sebenarnya agak malas mahu balik ke kampung tambah-tambah lagi sekarang jalan tengah di naik taraf so banyak jalan yang tak baik..tapi bila memikirkan ayah yang sudah lama tidak digenguk maka saya gagahkan juga diri ini untuk balik ke kampung.
sebelum tidur saya setkan hp saya pukul 4.00 pagi...tut..tut..tut...ops...ceptnya masa berlalu pukul 4.00 pagi dah...tanpa membuang masa saya terus sahaja bersiap untuk balik ke kampung. dalam keadaan yang agak sejuk dan kabus jantan masih kelihatan saya meghidupkan enjin kereta dan 15 minit kemudian telah memecut laju meninggallkan rumah menuju kampung halaman.
perjalanan dari rumah sewa ke kampung mengambil masa kira-kira 1 jam. meredah bukut bukau dan kabus yang tebal di dalam hutan yang tidak ada penghuninya..dengan berbekalkan semangat untuk bertemu ayah akhirnya saya sampai di kampung kira-kira pukul 5.12 pagi. alhamdulillah sampai saja di rumah ayah azan subuh berkumandang...
setelah selesai solat subuh maka ayah telah bersiap sedia ke pekan untuk menjual hasil tanamannya..5.30 pagi kami bertolak dari rumah dan kira-kira pukul 6.25 kami sampai di pasar Ranau.
memandangkan pada hari ini saya mahu ke KK maka saya balik rumah awal skit la...
pukul 8.30 saya dihantar oleh abg G ke pakring teksi untyk ke KK. saya telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk membeli ink printer sekolah yang dah habis ink.
walaupun berat hati mahu ke KK tapi bila fikirkan tanggungjawab yang telah diberikan maka ku relakan juga kaki ini melangkah ke KK.
setelah meredah jalan selama 2 jam 30 minit maka sampailah saya di karamungsing pusat pembelian komputer. selama 3 jam saya round mencari ink yang dimaksudkan tapi tak jumpa pun..rata-rata penjual bagi tahu oooini model baru punya kan? sominta maaf la belum ada di pasaran la...hampir 23 kedai saya pergi tapi semua memberikan jawapan yang sama...cuma satu kedai sahaja yang ada tp bukan warna yang saya mahukan...
alamat tak berink la printer sekolah ini...nak buat macam mana saya dah berusaha mencari..tunggulah hari isnin depan nanti tauke kedai tu akan call saya...moga2 ada la nanti....
hujan makin lebat la....
guruh pun kuat...
nanti la sambung...
Ya Allah tabahkanlah saya dalam menempuhi hidup ini...
praktikum start 11 feb ni 2008...Ya Allah permudahkan la urusan hambaMu ini..amin.
Jumaat, 25 Januari 2008
Resepi Manis Muka
Manis Muka
Di antara sifat-sifat yang boleh membukakan hati orang ramai kepada
pendakwah dan menjadikannya dapat diterima dan dimesrai ialah sifat
manis muka dan manis tutur kata.
Muka adalah menjadi petunjuk pada seorang pendakwah, menjadi cermin yang
melantunkan apa yang tersemat dalam lubuk hatinya. Kiranya beliau
bermasam muka, keadaan itu menunjukkan beliau seorang yang sempit dada
dan mudah keluh-kesah tetapi kiranya beliau seorang yang sentiasa
bermuka manis, keadaan ini akan membayangkan kebaikan.
Wajah yang manis bukanlah bererti kecantikan dan keindahan paras rupa,
kerana boleh jadi paras rupa cantik tapi tidak terdapat padanya
kemanisan. Sebaliknya boleh jadi paras wajah yang hodoh tetapi ia penuh
dengan kemesraan dan keriangan.
Seorang pendakwah mestilah membiasakan diri berwajah cerah sekalipun
beliau terpaksa melatih dirinya berbuat demikian. Beliau juga mestilah
membiasakan dirinya sentiasa tersenyum walaubagaimanapun keadaannya yang
menderita dan menekan.
Kejayaan seorang pendakwah tersembunyi pada kemampuannya menyesuaikan
diri dan menguasainya, bukan sebaliknya. Beliau juga mestilah mampu
mengawal dirinya pada semua keadaan yang dilaluinya. Beliau mestilah
bijak memilih perkataan supaya sesuai dengan tempatnya.
Saya kenal sesetengah para pendakwah yang keluar menghadapi orang ramai
dengan senyum yang melimpah di muka mereka sedangkan di dalam hati
mereka merendam dukacita dan permasalahan yang Allah sahajalah yang
mengetahuinya.
Saya juga mengenal para duat lain yang tidak mampu menguasai diri mereka
berdepan dengan masalah yang kecil, anda dapat melihat kesannya dengan
jelas pada wajah mereka juga melalui tindak-tanduk mereka, pada waktu
itu anda merasakan seolah-olah andalah yang telah melakukan kesalahan
terhadap mereka.
Saya dengar seorang pendakwah yang sering memberikan ucapan di hadapan
orang ramai di kampung-kampung di Mesir, beliau telah meninggalkan
anaknya di Kaherah dalam keadaan sakit tenat. Sedang beliau berucap
salah seorang dari keluarganya telah masuk ke dalam dewan syarahan dan
menghampiri pentas dan menyerahkan secebis kertas, setelah beliau
membacanya beliau lalu meneruskan ucapannya seperti biasa dan dengan
para hadirin tidak dapat melihat sebarang kesan. Setelah beliau selesai
dari ucapannya beliau terus menjawab berbagai soalan dengan jiwa yang
lapang dan dada yang luas. Kemudian orang ramai terkejut apabila mereka
mengetahui bahawa cebisan kertas yang diberikan kepadanya tadi membawa
berita tentang kematian anaknya yang sakit tenat itu.
[Konsep Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah dan Pendakwah - Utz. Fathi
Yakan]
******************************
Berdasarkan riwayat Muslim dari Abu Dzar r.a. berkata, bersabda
Rasulullah SAW:
"Jangan meremehkan kebaikan apapun bentuknya walau sekadar bermuka cerah
ketika bertemu saudaramu."
******************************

Rabu, 23 Januari 2008
Di sinilah tempatku bermula....

Madrasah ini dibangunkan di atas rasa kesedaran beberapa orang tokoh agama dan akademik daerah Ranau yang merasakan perlunya wujud sebuah institusi Pendidikan Islam untuk meniupkan roh keislaman benteng survival Islam di dalam masyarakat.
Tokoh-tokoh telah bermesyuarat pada 16 April 1992 dan hasilnya tertubuh sebuah madrasah yang didasarkan dengan sistem pondok di atas sebidang tanah seluas 1 ekar yang telah diwakafkan oleh En. Kibin Rasiman. Di atas tanah ini didirikan satu unit rumah dua tingkat dan dijadikan bilik darjah dan sebuah surau. 
Pada bulan September 1992 pembinaan bangunan baru dengan perbelanjaan sebanyak RM 300,000.00 dilaksanakan dengan pembiayaan Kerajaan Persekutuan dan telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Dr. Abdul Hamid Bin Othman.
Bermula dari tarikh tersebut Madrasah ini terus beroperasi sehingga kini dengan kemampuan yang sangat terbatas sama ada sudut pengurusan, kewangan, tenaga pengajar dan juga kemudahan prasarana. Kekurangan-kekurangan ini yang membataskan peningkatan Madrasah Al-Irsyadiah sebagai pusat pengajian yang mampu melahirkan ilmuan-ilmuan Islam yang diharapkan untuk menggerakkan perkembangan dakwah Islamiah khususnya di daerah Ranau ini. 
Kekangan-kekangan ini yang mendorong supaya satu alternatif yang terancang dilakukan bagi meningkatkan kemampuan Madrasah Al-Irsyadiah sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang boleh bersaing dengan institusi pengajian lain yang sudah “ establish ”.
Bagaimanapun ada juga pihak-pihak tertentu di daerah ini yang sudah melakukan pegorbanan yang bukan sedikit bagi memastikan madrasah ini terus dibangunkan dan dimajukan. Ini termasuklah Tan Sri Kasitah Gaddam, Datuk Hj. Masidi Manjun dan beberapa pihak lain yang telah menyumbangkan pelbagi bentuk sokongan dan bantuan kepada Madrasah Al -Irsyadiah Marakau. 
Pihak Madrasah Al-Irsyadiah sangat menghargai segala sumbangan yang telah diberikan.Walaupun begitu pihak madrasah ini sangat mengharapkan bantuan-bantuan dari pihak-pihak tertentu atau badan-badan atau individu-individu lain bagi menangani pelbagi keperluan semasa mahupun isu-isu utama yang dihadapi selama ini.
ini alhamdulillah sekolah ini telah mengorak langkah setapak kehadapan apabila sekolah ini telah bertukar nama dan telah menjadi Sekolah Agama bantuan kerajaan (SABK). Kalau dulu ianya dikenali sebagai Madrasah tapi kini dikenali sebagai SMAR AL-IRSYADIAH MARAKAU, RANAU SABAH.
Sekolah ini hanya 5 kilometer dari pekan Ranau dan berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Marakau. ( 2 km )Sekolah Menegah Kebangsaan Mat Salleh Ranau. ( 5 km ). SMA Al-Irsyadiah marakau adalah sebuah sekolah menengah agama yang menitik beratkan pendidikan agama dan akademik. Secara umumnya sekolah ini adalah serupa dengan sekolah menengah Toh Puan hajah Rahmah Kota- Kinabalu tetapi yang membezakannya hanyalah satu iaitu SMA Toh Puan Hajah Rahmah adalah sekolah agama di bawah kerajaan negeri manakala SMA Al-Irsyadiah adalah sekolah agama di bawah kerajaan persekutuan.
Pelajar- pelajar di sekolah ini akan mengambil peperiksaan PMR bagi tingkatan 3, SMU bagi tingkatan 4, SPM bagi Tingkatan 5 dan STAM bagi tingkatan 6 rendah. Sekolah ini mempunyai pelajar yang terdiri dari ting 1,2,3,4,5 dan 6 bawah sahaja. Bagi pelajar yang ingin menyambung ke tingkatan 6 atas pelajar-pelajar tersebut bolehlah menyambung ke tingkatan enam atas di mana-mana sekolah agama yang terdapat di Malaysia.
inilah sedikit mengenai sekolahku....
Ahad, 20 Januari 2008
Detik Berharga Yang Kita Lalui

Setiap pagi matahari terbit sebagai tanda lahirnya hari yang baru untuk kita semua. Semua kita melalui fenomena pergantian malam dan siang sejak kita lahir hingga kini, tetapi berapa ramaikah di kalangan kita yang benar-benar memanfaatkan hari-hari dan malam-malam yang silih berganti.
Berapa ramaikah kita yang dapat menyelamatkan diri kita dari kerugian dunia lebih-lebih lagi kerugian di akhirat?
Seseorang itu akan kerugian dalam ertikata kerugian yang sebenar apabila saat berlalu, minit berlalu, jam berlalu sedangkan iman dan amal tidak bertambah. Ma’rifatullah tidak bertambah walaupun usianya bertambah. Ketaatannya tidak meningkat sedangkan masa yang berharga telah dilaluinya.
Wahai putera puteri harapan Islam!
Lihatlah detik-detik masa yang sangat berharga yang telah memintas kehidupan anda. Andakah berjalan proses iman yang membawa kepada pengukuhan ma’rifatullah. meningkat ketaatan kita kepada Allah SWT dan adakah mahabatullah telah meningkat. Tahun yang baru telah dilalui hampir sebulan berlalu, detik-detik kehidupan yang berharga telah terlepas begitu sahaja tanpa membawa peningkatan diri kita.
Alangkah meruginya hidup ini apabila ma’rifatullah tidak meningkatkan dengan masa yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Alangkah meruginya hidup ini apabila detik yang berharga tidak menambah ketaatan dan alangkah meruginya apabila detik masa yang berharga tidak meningkatkan kecintaan kita kepada Allah SWT.
Adakah detik masa yang berharga ini membawa peningkatan keimanan atau kemerosotan. Di sana tiada keadaan yang statik dalam terminologi proses peningkatan diri. Sama ada kita melalui peningkatan atau kita melalui kemerosotan.
Ibn Qayyim al Jauziyah telah menulis: “Sesungguhnya Allah menjadikan hati adalah untuk ma’rifatullah, mentaati-Nya dan mencintai-Nya. Sekiranya ketiga-tiga perkara ini tidak berlaku maka hati itu sebenarnya telah cacat”
Bagaimanakah keadaan hati kita? Di antara hakikat lalai yang paling membinasakan adalah lalai untuk meneliti hati sehingga hati yang segar bertukar menjadi gersang kemudian berpenyakit sehingga membawa kematian hati. Seandainya hati kita mati lantaran kelalaian kita, Ibn Qayyim mengatakan “Anda adalah seorang pembunuh!” Anda telah membunuh hati anda sendiri.
Kematian hati sememangnya biasanya tidak dirasai oleh pemilik hati kecuali mereka yang masih dikehendaki kebaikan oleh Allah SWT. Kematian hati tidak memberhentikan penambahan usia. Kehidupan zahir tetap berjalan cuma hati kita telah berhenti berfungsi. Inilah kematian sebelum ajalnya.
Wahai putera puteri harapan Islam!
Takutilah hari di mana anda kematian hati tetapi anda tidak menyedarinya. Jasad anda hanya ‘kubur’ yang menyimpan ‘hati yang telah mati itu’.
Takutilah pada hari anda mengangkat tangan anda tetapi Allah SWT tidak mahu memandang anda lagi!
Marilah kita teliti detik masa yang berharga yang kita lalui. Marilah kita teliti keadaan hati kita. Janganlah biarkan detik yang berharga ini berlalu tanpa membawa keberuntungan kepada kita.
Sabtu, 19 Januari 2008
Which one is my car???

Alhamdulillah setelah sekian lama saya menjadi pemandu tak berlesen semasa di alam kampus maka teringin juga mempunyai lesen sendiri. Setelah beberapa bulan kembalinya saya ke kampung halaman sementara mencari kerja timbul keinginan dihati untuk memiliki kereta. So langkah pertama yang saya harus lakukan ialah memiliki lesen kereta.
21 Ramadhan 1427 adalah hari bersejarah bagi diriku sendiri...bermula pada pukul 9 pagi hingga 12.30 thari bermulanya ujian memandu dan akhirnya berjaya juga mendapatkan lesen kereta yang selama ini menjadi idamanku.
28 Jun 2007 keluarlah keretaku...cukuplah sekadar Avanza 1.3 boleh berjalan ke sekolah dan menghadiri pogram sudah sukup bagi saya..sebenarnya tak nak ambil keta ni tapi disebabkan family yang ramai so terpaksa akur juga dengan kehendak keluarga.
moga kenderaan ini akan bermanfaat bagi saya untuk menjadi kenderaan menuju ke kampung Abadi bukannya untuk memburu hasutan dunia.Amin..
Jumaat, 18 Januari 2008
SUNNAH BERPUASA DI HARI ASYURA (HARI KE-10 DI BULAN MUHARAM)

Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunnah, sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:
"Ketika Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa". (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))
"Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa". (Muttafaq 'alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))
"Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka". (Hadis Muttafaq 'alaihi)
"Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal solat selepas solat fardu ialah solat malam". (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai'i dalam Al-Kubra (2/2905,2906) . Ahmad (2/303,329,342, 535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya'la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))
"Telah ditanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam". (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
MENCONTOHI PUASA RASULULLAH
"Bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda bersabda:
"Semasa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu'a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas:) Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah wafat". (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Sebagai kesimpulannya, adalah disunnahkan berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 di bulan Muharam.
Sumber:
http://fiqh- sunnah.blogspot. com
Selasa, 15 Januari 2008
Mengapa Seronok Belajar!!!

Kamu tentu berasa seronok kalau menonton program TV seperti kartun, lawak jenaka, kung-fu dan bermacam lagi. Begitu juga jika kamu membaca komik atau mendapat hadiah. Adakah kamu berasa seronok ketika belajar? Adakah kamu sedar bahawa melalui pelajaran kamu akan:
1. Mendapat pengetahuan baru.
Pelajaran memberikan kita ilmu pengetahuan baru. Contohnya, kalau kamu membeli sehelai baju baru yang berharga RM 35.00 dan membayar wang sebanyak RM 50, kamu tahu bahawa kamu perlu mendapatkan balik wang baki sebanyak RM15.00. Ini adalah kerana kamu belajar Matematik.
________________________________________
2. Mendapat kemahiran baru.
Sebelum kamu dapat membuat kad raya atau kad hari jadi dengan komputer, kamu perlu belajar bagaimana menggunakan komputer. Sekiranya kamu sudah pandai menyediakan kad-kad itu, kamu dikatakan telah mendapat kemahiran baru.
________________________________________
3. Mengembangkan potensi.
Potensi ialah bakat dan kebolehan semula jadi kamu. Contohnya, kalau pelajar lain mengambil masa enam bulan untuk bermain gitar tetapi kamu hanya memerlukan masa dua bulan sahaja. Ini bermakna kamu mempunyai bakat muzik. Bakat ini hanya dapat dikembangkan lagi jika kamu diberi peluang belajar bermain piano, organ dan alat muzik lain.
________________________________________
4. Mendapat hadiah.
Kamu boleh mendapat hadiah wang tunai dari pihak sekolah atau persatuan jika kamu adalah baik dan cemerlang.
________________________________________
5. Meningkatkan keyakinan diri.
Keputusan yang baik akan meningkatkan keyakinan diri kamu. Semakin yakin kamu, semkain besar kamu akan berjaya dalam ujian dan peperiksaan.
________________________________________
6. Meningkatkan kemahiran berfikir.
Pelajaran menajamkan lagi pemikiran kamu. Semakin tinggi pelajaran, semakin tinggi kebolehan kamu berfikir secara kreatif dan kritis.
________________________________________
7. Mendapat pekerjaan yang baik.
Selepas kamu lulus PMR, SPM/STPM, kamu akan memasuki institusi pendidikan tinggi. Apabila kamu telah menamatkan pendidikan di IPT, kamu akan mendapat pekerjaan yang baik.
________________________________________
8. Menjamin masa depan yang cerah.
Pelajaran membolehkan kamu masuk ke Institusi Pendidikan Tinggi. Dengan pekerjaan yang baik, kamu akan mendapat gaji yang lumayan. Kamu dapat membeli barang-barang keperluan serta dapat membantu keluarga kamu.
________________________________________
9. Menikmati rasa berjaya.
Kamu tentu akan berasa gembira dan bahagia kerana berjaya dalam ujian atau peperiksaan.
________________________________________
10. Mendapat pujian daripada guru dan ibu bapa.
Sekiranya kamu belajar dengan tekun, kamu akan mendapat keputusan yang baik. Guru dan ibu bapa akan memberikan kamu pujian. Sudah tentu, kamu akan berasa begitu gembira.
Bisikan sekeping Hati
"Ya Allah,
biar hidupku sepi tanpa keluarga di sisi,
biar hidupku sunyi tanpa teman menemani,
tapi jangan biarkan aku sepi tanpa kasih dan perhatianMu...
Ya Allah,
biar aku miskin harta,
biar aku papa pangkat dan darjat,
namun berikan aku kekayaan hati dan jiwa...
Ya Allah,
aku tak pernah peduli,
singkat atau panjang masaku di dunia ini,
asalkan hidup dan matiku biarlah dalam redhaMu...
Ya Allah,
berikan aku nikmat merasai kasih dan sayangMu,
benarkan aku menjadi pencinta seperti para kekasihMu,
izinkan aku melayari bahtera hidupku hanya keranaMu...
Ya Allah,
jangan Kau kelamkan hatiku dengan kegelapan dunia kini,
campakkan cahaya hidayahMu ke dalam hatiku,
moga dapat aku berikan sedikit,
cahaya itu buat mereka yang kegelapan,
semoga segala yang kulakukan hanya untukMu,
hanya untuk merebut kasihMu yang agung,
hanya untuk mencapai redhaMu,
di dunia dan akhirat......
Cepatnya Masa Berlari...
Tub tab tub tab tub tab....pejam celik nampaknya sudah 3 minggu berlalu di tahun 2008 ini or 1249H. Bila melihat kepada takwim untuk praktikum nampaknya tinggal 3 minggu lagi praktikum will be start..
malam tadi cuba juga buat sedikit slaid power point untuk mengajar today...alhamdulillah dapat juga saya siapkan sebagai permulaan untuk persediaan menghadapi praktikum.puh!!!!! sakit juga mata ek buat kerja sampai larut malam...tapi agak berbaloi juga la sebab pelajar beri juga perhatian semasa saya mengajar hari ini.
kumpulan tamadun Hwang Ho memulakan sessi pembentangan kali ini...bal..bla..bal...
paham ke tak ni? harap2 kawan2 faham la ek...
kumpulan Tamadun Indus
Kumpulan Tamadun Sumeria
kumpulan Tamadun Mesir Purba
hari ini agak sibuk skit...kelas ada 5 kelas so pening juga la kepala..kelas sejarah pula pukul 12.25 - 1.35 so pelajar agak letih dan mengantuk...so buat kerja kumpula la...tapi boleh ke saya buat bila praktikum nanti...ops!!! azan dah berkumandang pula...so stop dulu la coretan ini....sambung akan datang...
Ahad, 13 Januari 2008
Hijrah Diri Ke Jalan Abadi...

Sudah 3 hari kita berada di tahun baru ini 1429H....tahun demi tahun masa terus berlalu...hari ini teringat pula pada blog yang telah lama saya tinggalkan. Rutin kehidupan telah banyak berubah. kalau dulu agak ringgan skit tapi bermulanya era 2008 nampaknya tugas dan bebanan yang digalas makin bertambah..
Hari ini bermula dari bangun subuh sahaja banyak benda yang bermain dibenak fikiran. ingatkan nak siapkan tugas yang diamanahkan tapi belum berkesempatan, macam mana nak buat kalau kepala asyik pening je nak siapkan tugas. mana satu yang harus saya dahulukan...ehm...last-last pukul 8 pagi saya terlelap pula....
kak long: edi! edi! bangun....tolong hantar akak ke hospital.
saya: (dengan malas)...adus! mengantuk nie...minta tolong ngah je la..
kak long: angah dah jalan pagi lagi....
saya : yerla...tapi tunggu nak mandi dulu...
kak long: cepat la 5 minit je tau mandi tu..akak nak cepat ni..
Dengan perasaan malas yang menyelubungi diri ini saya gagahi jua untuk bangun.. berat mata lagi ni...tapi kerana terpaksa saya ambik juga tuala yang bersangkut...7 minit kemudian saya pun dah siap dengan baju nak hantar kakak saya ke hospital..
kak long : bah! cepat la..
saya: ni siap sudah pun....
jalan perjalanan ke hospital tempat kakak saya bertugas...fikiran ini masih sempat memikirkan apakah yang perlu saya selesaikan nanti...think!!!!!
selesai menghantar kakak ke hospital saya terus balik ke rumah.
oooo..nak siapkan data(Borang Maklumat Murid)BMM dulu la....bukan borang UBM ye...:)
alamak fail untuk panitia sejarah belum buat la...alhamdulillah siap juga akhirnya...cuma malam nanti nak buat RPH pula...
begitulah rutin harian saya...agak bz dan padat...
bila terkenang pada sahabat....saya rasa sungguh kerdil..sahabat-sahabat semua aktif dengan tempat masing-masing tapi saya masih lagi di sini bersama harapan yang entah bila oleh tertunai....namun saya tetap sabar untuk mementi jawapan itu..moga satu masa nanti jawapannya akan datang juga.
oklah..dah nak maghrib pula...nanti kita sambung lagi la....
Sabtu, 12 Januari 2008
SHARLINIE DI MANA ????

Sharlinie: Polis buru suspek lelaki Melayu
12/01/2008 5:01pm
Fotofit suspek penculik
PETALING JAYA 12 Jan. - Polis kini
menjuruskan misi memburu seorang suspek
lelaki Melayu yang diyakini sebagai
suspek sama menculik dua budak perempuan
termasuk kes Sharlinie Mohd Nashar yang
hilang tidak jauh dari rumahnya di Taman
Medan di sini Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten
Komisioner Arjunaidi Mohamed memberitahu
berdasarkan keterangan Sharliena iaitu
kakak Sharlinie dan Nur Fatiha Zaidi
yang diculik di taman yang sama tetapi
ditinggalkan di Wangsa Maju tiga jam
kemudian petang Selasa lalu, polis
membuat kesimpulan bahawa kedua-dua
mangsa diculik penjenayah yang sama.
``Kita yakin penculik Nur Fatiha dan
Sharlinie orang yang sama dan usaha
memburu kini difokuskan kepada suspek
dengan lakaran wajah yang diedarkan
polis dan telah disiarkan di media
baru-baru ini.
``Kita meminta orang ramai yang nampak
suspek dengan wajah seperti lakaran
fotofit yang diedarkan agar segera
menghubungi pihak polis secepat
mungkin,'' katanya kepada pemberita
dalam sidang akhbar di pejabat di sini
hari ini.
Menurutnya, polis juga kini sedang
mengambil keterangan lanjut daripada
beberapa saksi yang mendakwa ternampak
seorang lelaki Melayu berhampiran lokasi
kejadian dengan muka yang menyerupai
sepenuhnya lakaran wajah suspek pada
hari kehilangan Sharlinie Rabu lalu.
Beliau memberitahu sehingga kini
sejumlah RM17,000 telah ditawarkan oleh
pelbagai pihak termasuk badan-badan
bukan kerajaan (NGO).
Bila malas bertandang...
kenapa la malas bertandang??? inilah yang akan terjadi...blog ni dah lama sepi tanpa sebarang perubahan...insyaAllah ada masa akan update juga...
