Rabu, 6 Jun 2007

SECERAH MENTARI

Oleh : Muharikah
Idea: Dan_is
‎ ‎
Tidak adakah satu detik, atmamu berbisik? Suara hatimu meronta ‎menidakkan noda itu Walau pada zahir ia kelihatan cantik
Tapi nafas dosa itu tetap bergema di hati Fitrah sucimu ‎mengungkapkan bahawa Satu kesalahan itu pastinya dosa
Satu kesucian itu perlu dipeliharaSedarlah jiwa, bangkitlah jiwa!‎
Rungkaikan segala dosa itu! Dengan tangisan taubat dan seruan ‎islah*! Islahkan dirimu dan islahkan bumimu!‎
‎ ‎
‎ ‎
‎‘Astaghfirullahalazi m!!’ istighfarnya berulang kali.‎
‎ ‎
‎ ‎
Suara itu sungguh jelas, cukup kuat untuk membangunkannya dari tidur yang ‎kurang lena. Dikesati peluh di dahi. Panas suam-suam.‎
‎ ‎
Malam itu malam yang panas, sepanas waktu siang yang dipancarkan dengan ‎terik matahari. Kepanasan itu mengigit tubuhnya dengan suara-suara bisikan ‎yang acapkali bertandang di telinga. Membangunkannya tika lena, ‎menyentaknya tika jaga.‎
‎ ‎
Dia bingkas bangun. Segelas air dituang dan dihirup. Dengan pantas memoar ‎setahun yang lampau berombak kembali ke minda.‎
‎ ‎
Mata berkilas ke sekeping kertas kecil terselit di bawah tafsir al-Quran di meja. ‎Sekeping tiket yang menjadi passport kemasukan ke sebuah majlis makan ‎malam. Entah mengapa, acara tahunan yang begitu dinantikan oleh kebanyakan ‎pelajar Malaysia di Turkey itu, bagai tidak menarik perhatiannya. Bukan sahaja ‎kurang berminat, malah terbit perasaan bercampur baur yang menyesakkan ‎dadanya. Antara ketakutan ,kerisauan dan ketidak pastian beradun bersama ‎nafasnya di saat itu. ‎
‎ ‎
‎ ‎
‎“Dani..oi Mat Dani!Meh sini jap!’‎
‎ ‎
‎‘Apa dia Yop?’‎
‎ ‎
‎‘Kalau ko join kitorang arrange bahagian performance mase dinner nanti ok ‎tak?’‎
‎ ‎
‎‘Errr… aku mana reti Yop. Haiyaa… takde orang lain ker?’ Dia mengelak.‎
‎ ‎
Ayub menjawab dengan nada yakin. ‘Alaa..., kerja simple je. Kau pilih orang ‎untuk perform, lepas itu, kau bagi briefing sikit. Kau tengok-tengok macam tu je. ‎Pastikan semua orang ikut jadual latihan. Kacang jekan?’‎
‎ ‎
Dia termangu sejenak, berfikir.‎
‎ ‎
‎ “Hurmm, kalau camtu, aku layan jela. Kau punya pasal!’ ‎
‎ ‎
Ayub kegembiraan di saat dia menyatakan persetujuan itu. Dia terasa bebanan di ‎otak Ayub sebagai pengarah majlis makan tahunan itu berkurangan. ‎
‎ ‎
‎“Kenapa kau ambil tugasan tu??!!”‎
‎ ‎
Persoalan itu menghujam fikirannya yang kematu.‎
‎ ‎
Ahhh!!!‎
‎ ‎
Mahu sahaja dia berteriak ke luar angkasa bagi meleraikan keserabutan di ‎fikirannya. ‎
‎ ‎
Pergi kau! Pergi!!!!!! Nyah!!!!‎
‎ ‎
Kini, disebabkan peranan yang dia anggap mudah itu, bermulalah episod-episod ‎baru dalam majlis keramaian dan persembahan di dalam masyarakat pelajar ‎Malaysia di Turkey itu. Memang benar, tugasan sebagai ajk persembahan ‎memang mudah. Kerjanya cuma memilih para performer yang minat untuk ‎membuat persembahan. Ada yang menawarkan diri untuk mengambil pos ‎penyajak, pelakon, nyanyian,kugiran malahan tarian!‎
‎ ‎
Namun yang menggusarkan hatinya adalah apabila dia terpaksa membuat ‎keputusan di dalam pemilihan penari-penari yang akan beraksi di atas pentas ‎yang bakal dihadiri oleh para diplomat dan juga warga asal Turkey itu. Tidak ‎ketinggalan seluruh pelajar Malaysia di negara sekular Turkey yang dijemput ke ‎majlis keramaian tahunan itu. Majlis yang diadakan secara besar-besaran sambil ‎mengutip derma itu perlu dilakukan dengan cara paling baik, kerana ‎melambangkan betapa berprestijnya masyarakat Malaysia di depan mata dunia! ‎Bangganya dia menjadi orang penting di dalam majlis yang mampu ‎memartabatkan maruah bangsa dan negaranya!‎
‎ ‎
Padanya, dia hanya mahu membuat pilihan yang tepat. Mahu menonjolkan yang ‎terbaik tentang Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Termasuklah di ‎dalam aspek tarian. Tarian Melayu, Cina dan India sangat banyak ciri kesenian ‎dan keindahan budaya yang tidak terdapat di dalam masyarakat Turkey di sini. ‎Tentu perbezaan ini akan menarik minat mereka tentang Malaysia dan ‎memperkayakan pengetahuan mereka tentang sebuah negara kecil yang pesat ‎membangun. Dia mahu para penonton itu kagum melihat budaya Malaysia, ‎kagum melihat keindahan seni Malaysia. Tentu mereka merasakan Malaysia ‎adalah sebuah negara Islam yang moden, yang mengikut peredaran zaman. Apa ‎salahnya jika dia mahu menunjukkan pada mereka akan tarian orang Malaysia ‎juga?‎
‎ ‎
‎ ‎
‎“Danial, awak rasa tindakan awak itu betul ke?’‎.......( bersambung...)

Selasa, 5 Jun 2007

NIL MASIH MENGALIR


SEGALANYA masih segar. Masih teringat-ingat dan terdengar-dengar. Malah sudah beberapa kali saya ceritakan kepada kawan-kawan karib yang saya temui, baik di Jordan mahupun Mesir, tentang cerita ini. Mereka seperti saya juga –akan menggeleng-geleng kepala – sukar untuk percaya. Namun, saya yakini, yang saya tidak bermimpi.

Ini cerita perjuangan. Cerita pertentangan yang belum berkesudahan – bahkan sudah mencecah beberapa dekad. Lantaran itu, saya suka sekali menitipkannya kepada sesiapa sebagai suatu tazkirah. Ia terjadi hampir dua bulan lalu, apabila kami melawat Mesir, menziarahi teman-teman di al-Azhar.

Saya yang mabuk laut terpaksa memilih jalan udara dari Amman terus ke Kaherah. Sementara dua lagi rakan saya, Zakuan dan Nushi, yang kekurangan ongkos, menaiki bot laju dari Teluk Aqabah ke Nuwaiba’, sebelum merentasi Semenanjung Sinai dan Terusan Suez. Ketika airbus Royal Jordanian mula menderu meninggalkan LTA Alia, pagi baru mendaki waktu duha. Di sebelah saya, seorang lelaki arab, sedang ralit dengan sebuah kitab di tangan. Langsung tidak terganggu dengan dengung enjin.

Pesawat naik perlahan. Apabila isyarat larangan merokok dan tali pinggang bercantum terpadam, saya mula menyelak kitab Sayyid Qutb: Qabla wa Ba’dah Istisyhadihi (Sayyid Qutb: Sebelum dan Selepas Kematiannya) tulisan dari. Ukasyah Damanhurie yang saya temui di Maktabah lah-Risalah minggu lepas. Hampir seminggu saya merayau di serata Amman mencari buku ini. Penulisnya – seorang tokoh ulama – amat saya gemari.
dari. Ukasyah menyebut: Beliau Sayyid Qutb Ibrahim Hussein Syazili, lahir pada 9 Oktober 1906, di Mosyah, dalam wilayah Asyut. Merupakan pemikir, pujangga, penulis, sasterawan, juga ulama ulung di Mesir pada kurun ke-20. Antara pendokong utama Ikhwanul Muslimin selepas kematian Imam Hasan al-Banna. Sudah terdidik dalam keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Khatam menghafaz al-Quran sejak berumur 10 tahun.

Sebagai penulis, Sayyid dikatakan paling banyak dicetak bukunya. Karyanya masih terus diterbitkan hingga kini malah diterjemahkan ke pelbagai bahasa. Terutama tafsirnya “Fi Zilalil Quran” (Di Bawah Lindungan al-Quran) yang dianggap ‘karya agung’ oleh kebanyakan ulama. Sebagaimana petikan mukadimah tafsir itu yang berbunyi: Kehidupan di bawah lindungan al-Quran itu nikmat. Nikmat yang tidak akan dinikmati melainkan orang yang merasainya.

“Kamu pelajar Malaysia?” tanya lelaki di sebelah saya sejurus memberi salam.
Saya menggangguk. Menjawab salam perlahan. Memandang tampang bersih putih di sisi. Dalam lingkungan 60-an, memakai jubah putih, berserban dan igal yang melilit kepala. Saya yakin aroma harum yang diendus sejak tadi berasal dari syeikh berjambang putih-nipis ini. Dia tersenyum lebar, memuji-muji dan mendoakan saya – sebagaimana kelaziman orang arab, sebelum pandangannya berpindah ke kitab di tangan saya. Dan senyumnya tambah mesra.

“saya kenal penulis buku ini, malahan As-Syahid Sayyid Qutb sendiri.”
Saya ternganga. Terkebil-kebil. Semacam kurang percaya. Punggung saya sedikit mengisar.
“Panggil saja Abu Yazid. saya asal Damanhur, Mesir. Menetap di Sweileh, Amman. Hajatnya mahu pulang ke tanah air.”
“Saya dari Irbid, tapi bermalam di Sweileh malam tadi. Tuan hadir dalam kuliah selepas isyak oleh dari. Solah al-Khalidi di Masjid Abdurrahman Auf?”

Dia mengangguk dan senyum lagi. Saya teringat kehadiran malam tadi yang tidak sampai 30 orang. Bagaimana saya boleh tidak perasan lelaki ini hadir?

“Oh, sahabatku itu. Dia … err, dari. Solah ulama tawaduk. Tapi ilmunya, masya-Allah. Hampir segala-galanya dia tahu tentang Sayyid Qutb. Tesis Sarjana dan Doktor Falsafah’nya berupa kajian khusus tentang Sayyid Qutb dan tulisan-tulisannya.” Dia membetulkan kain serban merah-putih di bahunya, seterusnya menambah, “Memang kalian pelajar Malaysia bagus-bagus belaka. Cintakan ilmu dan suka mendekati ulama.”

Dia mulai ramah, menanggalkan kaca mata, sebelum menutup kitab di tangan. Saya sempat mengelih judulnya: Nahwu As-Sohwah Al-Islamiyyah (Era Kebangkitan Islam) karya Fathi Yakan. Ternyata dia juga penggemar tulisan pemikir Lubnan itu seperti saya. Seterusnya, kami mula berbual pelbagai perkara. Dari tutur bicaranya yang fasih tersusun, saya dapat mengesan, dia seorang berilmu. Jarang orang arab mahu menggunakan bahasa arab secara baku. Dari thaqafahnya yang tampak luas, mampu bercakap soal agama-politik-sosial-sastera, saya merasakan dia bukan sembarangan orang!

Dan yang agak menarik darihal lelaki ini adalah maklumatnya yang mantap tentang Sayyid Qutb, keluarganya, perjuangannya, hatta karya-karyanya!
“saya sukakan syiir-syiir Sayyid. Kamu pelajar Kuliah Sastera tentu tidak sukar memahaminya.”
Tanpa diminta, dia mula mengalunkan beberapa bait:
“Ke sebuah pantai yang tidak diketahui
ke suatu alam yang kurindukan pemandangannya
ke suatu pinggir yang lain.
Ke suatu yang tidak engkau ketahui
ke suatu yang tidak akan engkau lihat
petunjuk
untuk zaman-zaman dan alam maya
yang diamati.
Ke suatu yang tidak dapat kaubezakan sempadannya
ke suatu yang dilupakan oleh manusia, alam maya, dan masa.”

Saya menikmati suara parau orang tua itu walaupun berasa kurang selesa, hinggalah seorang pramugari datang menghulur sarapan berupa kahwa dan teh, sedikit roti, mentega dan jem Belanda. Dia berhenti bersyiir, lalu mengacau gula di dalam kahwa yang masih berasap.
“Saya belum pernah mendengar syiir itu sebelum ini.”
“Itu syiir “As-Syathi’ Al-Majhul” (Pantai yang Tidak Diketahui) yang dikarangnya pada 1923. Pantai atau laut yang dimaksudkan adalah kehidupan kita. Yang tidak dapat kita ketahui kesudahannya,” Abu Yazid menjelaskan.
“Syeikh begitu mengaguminya. Tentu banyak pengalaman tuan bersamanya.”

Abu Yazid mengangguk-angguk sebelum menggeleng-geleng. Ternyata dia senang dengan kata-kata saya. Tetapi senyum tawar di bibirnya menghentikan niat saya untuk bertanya lebih lanjut. Dia kelihatan seperti tersentuh dan barangkali sedang memikirkan sesuatu – seraya menurunkan kerusinya. Bersandar dan memejam. Kitabnya diletakkan di atas dada.

Lantas saya meneruskan pembacaan yang terbantut.
Sayyid bukan sahaja menulis dalam bidang keagamaan, tetapi dianggap pengarang yang mempunyai kemahiran berbahasa, bergaya, dan sukar ditangkis hujahnya. Menulis dalam pelbagai genre. Malah pernah mengkritik gurunya sendiri –Abbas Mahmud Aqqad – dalam polemik yang dianggap penting dalam perkembangan sastera Islam. Dipenjara tetapi kekal prolifik menulis, sehinggalah bukunya yang terakhir, Ma’alim fi At-Thoriq (Petunjuk Sepanjang Jalan) akhirnya membawa beliau ke tali gantung!
Lantaran kebijaksanaannya yang luar biasa, dan kecenderungannya kepada al-Quran dan idea-idea Islam yang agak membimbangkan kerajaan, beliau dihantar belajar ke Amerika Syarikat selama dua tahun.

Bagaimanapun ketika di sana, beliau berasa hairan setelah melihat orang-orang Barat begitu gembira dengan pembunuhan Al-Banna pada 1949. Takjub dengan kejadian itu, beliau kembali ke Mesir, memimpin Revolusi Julai 1952, sebelum menyertai Ikhwan.

dari. Solah Abdul Fattah al-Khalidi dalam bukunya menyebut : Sayyid Qutb syahid yang hidup. Biarpun jasadnya mati, tetapi wawasan pemikiran Islaminya terus kekal. Dan sememangnya orang yang syahid itu tidak mati.
“Janganlah kau menganggap bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka itu hidup di sisi Allah dengan mendapat rezeki.” - (Ali Imran : 169)
“saya pernah menemuinya. Iya, pernah mendapat tarbiah daripadanya, pernah bekerja bersama-sama dalam gerakan Islam.” Rupa-rupanya syeikh itu belum tidur lagi –mengejutkan saya yang asyik. Dia menghirup kahwa, mengejipkan matanya, dan menunduk. “Malah pernah sama-sama dipenjarakan.”

Ayat sambungannya itu membeliakkan mata saya beberapa detik. Buku terus saya katup.
“Beribu orang ditangkap pada Oktober 1954. Presiden Gamal Abdul Nasser membabitkan Ikhwan dalam perancangan membunuhnya.”
“Syeikh anggota Ikhwan?”
“saya waktu itu baru berusia 20 tahun. Mengaji di Darul Ulum. Tertarik dengan sahsiah Sayyid lalu menuruti jejaknya menyertai Ikhwan pada awal 1953. Pengaruh kami makin kuat waktu itu, tapi benarlah, Yahudi ada di mana-mana.”
“Yahudi?”
“Ya. Ada kajian yang mendakwa Gamal Abdul Nasser berdarah Yahudi. Wallahu-A’lam. Kalau tidak pun, memang pengaruh Yahudi di ‘balik tabir’ menguasai kerajaan waktu itu. Macam kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah juga, semua kerja Yahudi.”

Saya menelan liur. Buku “Al-Yahudiyah” oleh dari. Ahmad Syalaby dan beberapa lagi buku berkaitan Zionis telah saya khatam. Tetapi maklumat orang tua ini membuat saya terasa pembacaan saya selama ini masih tidak seluas mana. Teringat pendedahan sebuah media Britain baru-baru ini. Sepuluh orang pemimpin arab semasa bersusur-galur Yahudi. Sekadar provokasi? Entah.

“Sayyid dihukum penjara selama 15 tahun, sedang kami yang masih muda dan belum berpengalaman dilepaskan selepas berbelas bulan. As-Syahid diazab paling teruk di kalangan kami. Oh, Sijin Harbie, penjara yang takkan kulupa seumur hidup.”
Dia menarik lengan jubahnya. Dua bilur panjang keperangan jelas kelihatan.

“Ini terlalu sedikit jika dibandingkan rakan-rakan lain. Tapi saya … saya tidak tahan menanggung.” Suaranya tiba-tiba melirih. Abu Yazid terbatuk beberapa kali. “Ditambah desakan keluarga yang kuat. saya dihantar ke Damsyik untuk menyambung belajar.”

Tangisan seorang bayi pecah tiba-tiba. Bau asap rokok menyucuk hidung. Seorang lelaki arab-Mesir kira-kira satu setengah meter di sebelah kiri Abu Yazid masih berselamba sekalipun dimarahi ibu bayi yang menangis. Tidak tahu langsung menghormati ketenteraman awam!

“saya beroleh Sarjana, bernikah dengan wanita Syria dan kami dikurniai tiga cahaya mata, sebelum pulang ke Kaherah pada penghujung 1964. Waktu itu, Sayyid baru keluar penjara atas permintaan Presiden Iraq Abdul Salam Arif, tapi ditangkap semula pada Ogos 1965.”
Sudah jelas sekarang, orang tua ini bukan calang-calang orang!

“Jadi, tuan berada di Kaherah semasa hukuman mati dijatuhkan?”
“Hari itu, 29 Ogos 1966. saya tidak mampu mengajar di kolej seperti biasa. Pelajar kusuruh pulang. Kami terlalu hiba dengan kematiannya. Dia digantung bersama dua sahabatnya Muhammad Yusof Hawasy dan Abdul Fattah Ismail. Gamal Abdul Naser terlalu kejam menuduh Sayyid cuba mencetuskan huru-hara. ”

Abu Yazid terdiam. Barangkali segala peristiwa masih terbayang jelas. Lantas pandangan saya buang ke luar. Awan terlalu nipis membolehkan penglihatan tembus ke bawah. Tiada kehidupan selain lautan yang terbentang luas. Laut Merah kelihatan bersisik ditikam seminau matahari. Di sinikah Allah mengajar Firaun yang taghut itu?

“Awal 70-an, ramai anggota Ikhwan yang musafir ke luar negara kerana tidak tahan dengan tekanan kuku besi pemerintah. Antaranya adik Sayyid, Muhammad Qutb yang menjadi profesor di Universiti Ummul Qura. Alhamdulillah. saya juga ditawarkan sebagai pensyarah di Universiti Jordan hingga sekarang. Jordan lebih terbuka, terutama pada zaman Raja Hussein. Agak selesa untuk saya terus berdakwah dan menulis.”
Dia juga seorang penulis?

“Tapi itu dulu, sejak kemangkatan Almarhum, banyak yang kurang menyenangkan,” luahnya kesal.
Saya mengangguk tanda setuju. Memang banyak perubahan politik di Jordan akhir-akhir ini. Pejuang-pejuang Palestin yang tumpang berlindung tidak lagi mendapat keistimewaan seperti dulu. Ada pula ura-ura pejabat-pejabat cawangan HAMAS mahu ditutup seluruhnya.

“Jadi, tuan juga menulis? Rasanya saya belum pernah membaca hasil tulisan tuan.”
Dia mengulum senyum, semacam geli hati.
“Kamu sedang membacanya.”
Tubuh sedikit tersentak. Kali ini saya memandang wajahnya sungguh-sungguh. Dia inikah dari. Ukasyah? Subhan-Allah, dia ulama-penulis yang saya kagumi itu sebenarnya! Patutlah saya begitu tertarik dengan sahsiah lelaki ini sejak tadi.

Lantas perbualan tentu sahaja semakin rancak sedang masa begitu gesit.
“Saya mendapat tahu kitab-kitab tuan diharamkan di Mesir?”
“Aiwah, sebenarnya. saya sendiri sejak Perang Teluk tidak ‘boleh’ kembali ke sana. saya beroleh suaka politik di Jordan. Entah bagaimana kerajaan Mesir boleh menarikbalik pengharaman ke atasku mulai tahun ini,” luahnya dengan wajah berseri.
Saya diterpa rasa gharib. Bagaimana kerajaan Mesir boleh selembut itu sedang ramai lagi tokoh ulama Mesir yang tidak berani pulang? Kembali bermakna menghantar diri ke bilik berjeriji besi.
“Lalu tuan syeikh pulang ini untuk menziarahi kaum kerabat yang lama ditinggalkan?”
“Bukan itu saja. Kebetulan minggu depan, 29 Ogos, ada majlis memperingati syahidnya Sayyid yang ke-33. Ada jemputan, dan saya diminta berucap di majlis itu. Isteri dan anak-anakku melarang juga.” Dia bagai tahu apa yang bermain di kepala saya. “Dan kadang-kadang payah untuk percaya juga. Tapi, inilah kesempatan terbaik untuk bertemu rakan-rakan lama.”

Saya ingin bersuara, tetapi suara kapten lebih dahulu bergema menerusi P.A. System, dan isyarat larangan merokok dan tali pingang bercantum menyala semula. Pesawat mula merendah. Suara penumpang lain mula beraduk dengan pengumuman pendaratan.

Kurang lebih setengah jam kemudian, ketika menanti Irfan yang datang menjemput di lobi terminal, Abu Yazid gagal saya kesan. Dia hilang sewaktu kaunter imegresen faudho dikerumuni penumpang yang sukar diajar supaya berbaris di belakang garisan kuning.
Seminggu pertama di Mesir saya habiskan dengan menziarahi kenalan dan menjejaki kesan-kesan sejarah. Merangkak untuk masuk ke Piramid di Giza, merayau dalam bazar-bazar di Al-Hussein, menjenguk jasad Ramses II (Firaun yang mati lemas) dalam kuboid kaca di Muzium Mesir, hinggalah ke tugu peringatan tempat Anwar Sadat ditembak.

Dan petang awal September itu, saya, Zakuan, Nushi, dengan ditemani Irfan baru selesai memudiki Sungai Nil dengan bot kecil yang disewa, lalu kami singgah minum di gerai tebu berhampiran tebing. Suara pengunjung lain di tebing sungai itu berkacuh dengan bunyi kenderaan di jalanan. Ibu negara yang menampung lebih sepuluh juta penduduk ini tidak pernah sunyi. Senantiasa bingar. Angin sore pinggir Kaherah yang berpuput lembut memukul-mukul pipi. Sesekali kami terpaksa mengejip-ngejipkan mata - mengelak debu yang berterbangan.

Irfan yang ditugaskan mencari ‘alas perut’ muncul dengan sebungkus syawarma dan senaskhah akhbar harian di tangan, sedikit termengah-mengah dan riaknya nampak cemas. Dia menepuk bahu saya dan menunjukkan berita muka depan.
“Tengok ni. Diakah syeikh yang kauceritakan dulu?”
Saya membaca selaju mungkin. Dada berdebar-debar seterusnya kepala saya geleng. Menghela nafas sebelum melepaskannya panjang. Terimbau wajah damai lelaki tua itu juga pertemuan kami yang singkat tetapi bermakna itu.
“Kenapa?” tanya Nushi ingin tahu.

“Hosni Mubarak cedera di tangannya akibat ditikam semasa melambai menerusi tingkap kereta ketika lawatannya di Port Said,” jelas Irfan seraya memandang saya, meminta penjelasan selanjutnya.
“Walhasil … dari. Ukasyah ‘Abu Yazid’ Damanhurie dan berpuluh lagi anggota Ikhwanul Muslimin ditahan selepas Majlis Zikra Istisyhad baru-baru ini atas tuduhan merancang cuba membunuh presiden.”

Saya merapati tembok tebing. Air tebu yang direguk terasa tawar. Sebiji batu sebesar dua ibu jari kaki saya kutip. Terasa sebak juga. Ada kepedihan yang tajam menikam hati. Gamal Abdul Nasser pernah bertindak sedemikian, dan kini sejarah berulang lagi. Realiti dunia Islam memang menyayatkan. Kebenaran masih jauh kelihatan. Konfrontasi menjadi resam. Pendokong Islam masih lagi dijebak dengan prasangka dan dikriminasi. Terlalu banyak mehnah yang merintangi jihad mereka rupanya.
Saya berpaling ke arah mereka.
“Jum!”
“mahu ke mana?” Zakuan bertanya. Masing-masing terpinga-pinga.
“mahu ikut jejak Sayyid Qutb, Hasan al-Banna, dari. Abdullah Azzam, dari. Fathi Syiqaqi, dan syuhada’ lainnya.”
Batu saya lontarkan sekuat hati ke tengah sungai yang seakan tidak beralun. Air sedikit berkocak dan membentuk bulatan yang akhirnya hilang pupus dalam arus Nil yang terus mengalir.

Glosari:
thaqafah – informasi, ilmu bantu
faudho – berserabut, kacau
syawarma – roti berdaging
mehnah – cabaran, tribulasi

ini adalah adaptasi dari portal ukhwah Oleh Zaid Akhtar.

Isnin, 4 Jun 2007

Kembali Menjadi Pelajar


ini adalah gambar sekelas untuk KPLI/KDC/SABK(SEJARAH).Cuma ada 3 orang jejaka dan 19 orang puteri yang dijaga oleh tutor yang baik iaitu En.Rosdi Abu Bakar.

inilah bakal pencorak masa depan anak bangsa...ni tengah tunggu nak buat pemebentangan nie...dah tak sabor da....


kenangan sewaktu menjadi seorang pelajar sering kali ternayang setiap kali saya masuk ke kelas. kini peluang menjadi seorang pelajar masih boleh saya rasakan...best juga jadi peljar ni..walaupun penat tapi itulah cara terbaik saya untuk menuntut ilmu...
Ini pula adalah barisan pensyarah yang sentiasa ceria dan sangat memahati anak didiknya...mana tidaknya selalu je balik awal..gambar ni sempena jamuan khas untuk kelas kami..jgn jelouse ye...

Biarlah apa yang berlaku pada hari ini ada natijah yang hasanah di sana kelak.

Ahad, 3 Jun 2007

BINA INSAN GURU SIRI KE 62



Program Bina Insan Guru ‎
Tarikh : 23- 26/05/2007‎

Tarikh : 23/05/2007‎
Hari : Rabu

‎9.00 pagi – Berangkat dari IPTB ke tapak perkhemahan iaitu di Kem Tok Sakah, ‎
‎ ‎ Teluk Senangin Pantai Remis, Perak.‎

‎10.00 pagi – ‎ Berhenti berehat di Plaza Tol Bukit Merah

‎10.50 pagi – ‎ Meneruskan perjalanan ke destinasi ‎

‎12.10 t/hari – Sampai ke tapak perkhemahan ‎

‎1.15 ptg – ‎ Taklimat secara umum oleh ketua komanden kumpulan BIG iaitu ‎
‎ En.Aznan bin Haron

‎2.10 ptg – Memulakan aktiviti mengangkat barang-barang keperluan dari dalam ‎
‎ Stor

‎2.50 ptg – Mendirikan khemah‎

‎3.30 ptg – Solat Jamak Taqdim Zohor – Asar secara berjemaah‎

‎4.20 ptg – Taklimat khas kali kedua oleh En.Aznan bin Haron‎

‎5.45 ptg – Aktiviti Water Confident ( aktiviti air) diketuai oleh En. Ahmad Jasmi ‎
‎ bin Don.‎

‎6.30 ptg – Pengurusan Diri‎

‎7.30 ptg – Solat Jamak Taqdim Maghrib – Isyak secara berjemaah dan tazkirah ‎
‎ yang dipengerusikan oleh Ust.Harun Haya

‎9.10 mlm – Makan malam‎

‎10.10 mlm – Aktiviti berkawad, suaikenal dengan kem komanden, ketua jurulatih, ‎
‎ tutor dan semua urusetia Kem Bina Insan siri ke-62. ‎

‎10.50 mlm – Aktiviti LDK Ice Breaking yang dipengerusikan oleh En.Mohd Khalil
‎ bin Mohd Yusof dan membuat refleksi.‎

‎10.50 mlm – Bersurai dan minum malam‎

‎11.30 mlm – 4.30 pagi – kawalan keselamatan mengikut jadual yang telah ‎
‎ ditetapkan.‎


Tarikh : 24/05/2007‎
Hari : Khamis

‎12.30 pagi – Perjumpaan dengan ketua komanden ‎
‎ - Taklimat aktiviti untuk hari esok‎

‎4.30 pagi – Quamualail secara berjemaah.‎

‎6.00 pagi – Solat subuh secara berjemaah dan tazkirah yang dipengerusikan
‎ oleh Ust. Harun Haya

‎7.30 pagi – Pengurusan diri‎

‎8.10 pagi – Sarapan pagi‎

‎9.00 pagi – Aktiviti Air dan Darat‎
‎ - Kumpulan A ( Kayak) aktiviti air‎
‎ - Kumpulan B (Kembara) aktiviti darat ‎

‎1.00 ptg –Refleksi

‎2.00 ptg - Solat jamak secara berjemaah ( Zohoor & Asar)‎

‎3.30 ptg – Makan tengahari dan pengurusan diri‎

‎3.40 ptg – Aktiviti LDK ‎
‎1. Telefon karat‎
‎2. Sayang sibuta‎
‎3. Istana Pasir‎
‎4. Conteng-conteng

‎6.00 ptg – Refleksi‎

‎6.10 ptg – Minum petang‎

‎6.45 ptg – Pengurusan diri‎

‎7.30 ptg - Solat Jamak Taqdim Maghrib – Isyak secara berjemaah dan tazkirah ‎
‎ yang dipengerusikan oleh Ust.Harun Haya

‎9.00 mlm – Makan Malam‎

‎10.10 mlm – Aktiviti bersama Tutor ‎
i. SABK Bahasa Melayu – En. Mohd Shafiee bin Hassan‎
ii. SABK Sejerah – En. Rosdi bin Abu Bakar‎
iii. Maktab Mahmud – Ust. Zamri bin Ahmad‎

‎11.00 mlm – Minum Malam‎

‎11.30 malam – 4.30 pagi - kawalan keselamatan mengikut jadual yang telah ‎
‎ ditetapkan.‎


Tarikh : 25/05/2007‎
Hari : Jumaat


‎4.30 pagi – Quamualail secara berjemaah.‎

‎6.00 pagi – Solat subuh secara berjemaah dan tazkirah yang dipengerusikan ‎
‎ oleh Ust. Harun Haya

‎7.30 pagi – Pengurusan diri‎

‎8.10 pagi – Sarapan pagi‎

‎9.00 pagi – Aktiviti Air dan Darat‎
‎ - Kumpulan B ( Kayak) aktiviti air‎
‎ - Kumpulan A (Kembara) aktiviti darat ‎‎ ‎

‎1.00 ptg –Refleksi

‎2.00 ptg - Solat jamak secara berjemaah ( Zohoor & Asar)‎

‎3.30 ptg – Makan tengahari dan pengurusan diri‎

‎5.00 ptg – Taklimat oleh En.Aznan bin Haron‎

‎5.40 ptg – LDK perbincangan persembahan kumpulan‎

‎7.00 ptg – Kehadiran Timbalan Pengarah IPTB Tn.Haji Daud bin Md.Saman dan ‎
‎ sessi bersama beliau serta sessi bergambar.‎

‎7.15 mlm – Menyimpan peralatan kayak ke dalam stor peralatan‎

‎7.35 mlm - Solat Jamak Taqdim Maghrib – Isyak secara berjemaah bersama ‎
‎ Timbalan Pengarah IPTB dan tazkirah yang dipengerusikan oleh ‎
‎ Ust.Harun Haya di Dewan Mini Panggung.‎
‎8.10 mlm – Makan malam‎

‎9.45 mlm – Persembahan setiap kumpulan ‎
‎ - Persemhaban Jurulatih ‎
‎ - Penyampaian Hadiah‎
‎ - Majlis penutup oleh En. Mansor Bin Ahmad
‎ - Sambutan Hari Lahir Peserta BIG ‎

‎11.30 mlm – Minum Malam dan kemaskan barang-barang dapur.‎

‎11.30 malam – 4.30 pagi - kawalan keselamatan mengikut jadual yang telah ‎
‎ ditetapkan


Tarikh : 26/05/2007‎
Hari : Sabtu


‎4.30 pagi – Quamualail secara berjemaah.‎

‎6.00 pagi – Solat subuh secara berjemaah dan tazkirah yang dipengerusikan ‎
‎ oleh Ust. Harun Haya dan Refleksi

‎7.30 pagi – Pengurusan diri‎

‎8.10 pagi – Sarapan pagi

‎8.30 pagi – Senaman pagi‎

‎9.10 pagi – Gotong royong membersihkan tapak perkhemahan BIG, menurunkan ‎
‎ ‎ ‎ khemah dan memasukan semua alatan ke stor penyimpanan ‎

‎11.00 pagi – makan Tengahari‎

‎12.00 thari – Bertolak balik ke IPTB.‎

Sebagai melengkapkan diri ke arah pembentukan insan cemerlang, Kem BIna ‎Insan Guru siri ke -62 telah berjaya meninggkatkan dan mementapkan kredibiliti ‎guru selaras dengan matlamat kerajaan iaitu Guru sebagai Penjana Modal Insan ‎Gemilang. Kami peserta BIG siri ke -62 berbangga kerana telah berjaya ‎menamatkan program ini dengan sebaik mungkin. Kalungan Jutaan terima kasih ‎kami ucapkan kepada semua jurulatih,tutor dan seluruh organisasi induk dalam ‎organisasi program. Segala pengalaman dan ilmu yang kami timba akan kami ‎gunakan sebaik-baiknya untuk memantapkan diri sebagai guru yang cemerlang, ‎gemilang dan terbilang.‎

Wahai Diriku....

Wahai diriku..
Adakah kau tahu matahatimu sedang menderita kerana ditinggalkan setelah sekian lama..
Wahai diriku..sudah lama kau tak bercakap dengan mata hatimu…
Adakah kau tahu “dia” sentiasa menunggu mu untuk mulakan bicara..
Adakah kau tahu“dia” sedang mencari jalan untuk membawamu pulang ke pangkal jalan..
Wahai diriku..
Airmatamu sudah tidak semurah dulu,
Sujudmu juga tak sepanjang zaman remajamu..
Kenapa ye wahai diriku..adakah kau sudah layak berdikari sehingga kau “buang” Tuhanmu yang Satu..
Wahai diriku..
jika kau sedar akan kedudukan mata hatimu nescaya kau akan tinggalkan segala ýapa yang kau kejar ..
tidakkah kau merasakan ia menderita mencari sinar bahagia..
Kau tak pernah tahu bahawa matahatimu itu sentiasa menuntut keadilan..
sentiasa mencari peluang dan ruang untuk lebih mengenalimu..
Kenapa kau seakan lari ye wahai diriku…
kau tak seperti dulu…
kau bukan dirimu yang ku kenal…
kau sudah lupa meminta pertolongan..
engkau takkan mampu mencapai matlamat yang samar..
Wahai diriku..
mata hatimu penuh dengan dendam..
Mata hatimu sarat dengan kebencian..
Mata hatimu melimpah dengan dengki dan percanggahan..
Kau lupa bahawa sudah lama kau tinggalkan matahtimu keseorangan..
ia tiada teman, tiada kawalan sehingga membuat onar tanpa segan..
Mata hatimu penuh cinta terlarang…
amanah dan panduan seakan kau tinggalkan di belakang..
Apa yang kau mahukan wahai diriku…
Apa yang kau cari sehingga kau lupa asal kejadian..
Pengalaman dan teman bukan melebihi kepentingannya dari Tuhan..
Keyakinan pimpinan bukan sehebat kecintaanmu pada Tuhan..
Sejak kita bermula di daerah perkampungan yang indah engkau sudah mula diajar untuk
menjadi lelaki soleh..
Sejak seawall kau didik ibu dan ayah , engkau sudah ditanam mendamba cinta Pencipta sekalian alam…
Wahai Diriku..
Tidakkah kau ingat dirimu tercampak ke daerah asing seawal usia remajamu..
Kepayahan ditanggung keseorangan, kematangan dicari sebagai perisai kekuatan..
Tika saat itu aku llihat dirimu kuat menahan ombak ..
biar hujan, biar rebut kau tetap cekal bertahan ..
kini sepatut nya kematangan mengatasi dulu..
namun entah Kenapa kekuatan yang kau timba dulu makin pudar menyesakkan perjalanan..
sudah berapa kali aku ingatkan dirimu jangan mudah hilang pertimbangan..
sudah berapa kali ku ulang bahawa engkau Cuma pasir ditepian lautan…
Mengapa ya wahai diriku..
Kenapa kau hanya membisu..
Kenapa matahatimu kaku..
Kenapa kau tak seperti dulu…
Wahai diriku…
Aku sedih melihat dirimu..
Aoa yang perlu lakukan wahai tuhanku..
Matahatiku seakan menolak kepulanganku..
Ia beku, kaku dan membatu..
Tuhanku..
Aku sekadar meluah rasa..
Namun aku takkan berputus asa..
Seringkali Kau bawa ku pulang mengadap-MU.
. Seringkali juga KAU menegur perlakuan salah ku ..
Ia mebuatkan aku amat yakin pada-MU..
Tuhanku..
Matahatku sedang keseorangan..
Matahatiku memerlukan pertolongan..
Aku yakin hanya jalan-MU yang membuka ruang,
Hanya diri-MU yang sentiasa memberi peluang..
Ku harapkan diri ini akan sentiasa diberi kepercayaan untuk memikul amanah Tuhan kerana aku tahu kejadianku adalah sebaik2 kejadian..
Ameen…

Posted at 01:30 pm by jundi025

© free template 3 columns